Skip to main content

Dewan Bahasa dan Pustaka Tidak Pernah Sunyi


Lagi Isu DBP

Oleh Abdullah Abd Ghafar

Pada minggu lepas penulis telah menghadiri Seminar Pemikiran Sasterawan Negara Muhammad Haji Salleh. Seminar itu telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah DBP. Penulis pelik dan hairan kenapa Ketua Pengarah DBP Termuzi Abd. Aziz masih berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka? Pada 7 November 2010 minggu lepas, Termuzi telah berumur 66 tahun. Pada dua minggu kebelakangan ini, kita mendapat maklumat tentang perlantikan dua orang pegawai tertinggi di Kementerian Pelajaran.

Mereka ialah Dato’ Dr. Rosli Muhamad sebagai Ketua Setiausaha Kementerian yang baru menggantikan Tan Sri Dr. Zulkarnain Awang. Dr. Rosli berumur 52 tahun menggantikan Dr Zulkarnain yang berumur 60 tahun.

Seorang lagi ialah Dato Abdul Ghafar Karim sebagai Ketua Pengarah Pelajaran menggantikan Tan Sri Alimuddin Mohd Dom. Alimuddin digantikan oleh Abdul Ghafar juga kerana telah mencapai umur 60 tahun. Apa yang pelik di sini ialah Dewan Bahasa dan Pustaka adalah Badan Berkanun di bawah kawalan Menteri Pelajaran.

Umur penjawat pegawainya juga sepatutnya sama seperti yang diamalkan di Kementerian Pelajaran, tetapi umur penjawat jawatan tertinggi di Kementerian Pelajaran tidak sama dalam kes yang melibatkan Termuzi Abd Aziz. Dr Zulkarnain dan Alimuddin ditamatkan perkhidmatannya bila umur mereka menjelang 60 tahun tetapi Termuzi masih bekerja walaupun sudah berumur 66 tahun. Sambung bacaan anda di sini...

Comments

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Permatang Pasir 2009 : Undi Protes Untuk PAS?

PERMATANG PASIR 2009 Undi Protes Untuk PAS? Menurut HarakahDaily, calon PAS di Permatang Pasir akan memenangi kawasan tersebut sekali lagi dengan majoriti 2500. Dan paling tinggi pun mungkin 3500 undi. Pada hemat saya pula, secara jujur mungkin PAS akan memenangi kawasan tersebut dengan majoriti sekitar 800 hingga 1000 undi sahaja. Walaupun PAS mungkin akan mengekalkan kawasan tradisinya itu, tetapi saya percaya pengaruh parti tersebut semakin menurun selepas pilihanraya kecil di Manek Urai. Hal ini jelas membuktikan beberapa perkara antaranya : 1. Rakyat tidak suka sikap kasar dan cara maki hamun yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin tertinggi PAS terhadap UMNO. 2. Rakyat yang celik tidak gemar cara PAS berkompromi dengan DAP yang jelas menghina Islam 3. PAS tidak mempunyai prinsip yang jelas berhubung pembentukan negara Islam dan hak keistimewaan orang Melayu. 4. PAS lebih suka berpolitik berbanding dengan agenda meningkatkan taraf hidup rakyat. 5. PAS dilihat sebagai parti yang dipe...
KENALI DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Siri Pertama "Saya membesar seperti kanak-kanak lain." Oleh Muhammad Azli Shukri Menelusuri kehidupan zaman remaja Datuk Mukhriz Mahathir, sangat teruja. Anak ketiga kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad ini begitu ceria sewaktu membicarakan zaman remajanya kepada penulis. “Zaman remaja saya penuh dengan keriangan, saya seperti kanak-kanak lain, hidup dalam budaya Melayu yang sangat menekankan soal adat dan agama Islam.” Ujar Mukhriz ketika memulakan perbualan. “Saya dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan pendidikan dan agama, ayah saya Tun Mahathir sangat tegas dalam pendidikan kami. Walaupun beliau sibuk sebagai ahli politik, namun pendidikan anak-anaknya sangat diambil berat.” Sambung Mukhriz lagi. Menurut beliau, zaman remajanya sangat menarik untuk dikongsi bersama. Walaupun keluarga Mukhriz sangat dihormati oleh masyarakat pada ketika itu, kerana Tun Mahathir merupakan seorang doktor perubatan, namun hubungan...