Skip to main content

Siapa Zaid Ibrahim?

Siapa Zaid Ibrahim?

Oleh Rozaid A. Rahman

1. Penulis berasa simpati dengan apa yang sedang dilalui oleh Datuk Mohd Zaid Ibrahim. Dia melalui perjalanan yang payah lagi getir ketika di dalam Umno dan kini dia sedang melalui saat-saat yang serupa di dalam PKR.

2. Orang yang memiliki sifat dan susuk pemikiran seperti Zaid ini susah berada di dalam mana-mana gerakan atau pertubuhan melainkan dia sendiri yang menjadi kapten yang mengemudi dan menentukan halatuju bahteranya sendiri.

3. Ini kerana pada pandangan penulis, dia telah sampai ke tahap di mana dia tidak perlu lagi akur kepada telunjuk orang lain. Orang lain tidak perlu menentukan halatuju hidupnya lagi. Dia telah mencapai segala-galanya dalam hidup. Dia ada kekayaan dan duit. Dia dikenali ramai, dia ada pangkat malah kalau hendak dikatakan dia ada kedudukan pun boleh. Ini kerana dia pernah menerajui dan memiliki firma guaman terbesar di Malaysia.

4. Apabila dia melupuskan semua kepentingannya dalam firma Zaid Ibrahim & Co, kita tidak tahu berapa juta ringgitkah yang diperolehinya hasil daripada jualan itu. Hakikatnya sudah tentulah dalam angka juta. Dan selepas dilupuskan apa jua pinjaman dengan bank, nescaya baki angka yang masih ada tentulah masih dalam kategori juta. Kalau tidak buat untung tak gunalah dia membina empayar sebegitu hebat dalam sejarah firma guaman Malaysia.

5. Itu pun belum termasuk lagi hasil jualan lebih RM4 juta bekas bangunan Umno Kota Bharu kepada Pas Kelantan baru-baru ini. Walaupun orang Umno buat bising sana-sini ekoran daripada tindakannya itu tetapi Zaid buat tidak peduli kerana di atas kertas, bangunan dan tanah itu mungkin atas namanya atau nama syarikat yang dimilikinya.

6. Pendek kata, wang dari hasil kekayaan Zaid mungkin cukup untuk beberapa lagi generasinya hidup dengan hasil titik peluhnya itu. Jadi setiap pagi apabila Zaid bangun dari tidur, apakah yang ada dalam benak pemikirannya? Kalau ikutkan kata-kata terbaru Zaid pada pagi Isnin, dia ada banyak benda lagi yang boleh dibuat selain daripada politik.

7. Ya memanglah dia boleh buat macam-macam benda lagi kerana dia tidak perlu buka suratkhabar mencari kerja sepertimana orang lain. Tapi itu sekarang iaitu selepas dia kecewa dengan apa yang telah dan sedang berlaku dalam PKR. Tapi sebelum itu bagaimana?

8. Hanya Zaid sahaja yang boleh menjawab segala pertanyaan itu. Kita hanya sekadar meneka. Yang paling hampir yang boleh kita andaikan ialah kuasa. Dia berkehendakkan kuasa untuk memerintah dan menzahirkan apa yang dia rasa betul dan wajar untuk melakukan pembaharuan politik dalam negara ini.

9. Tetapi satu-satunya pengajaran yang Zaid perolehi daripada semua ini ialah, dalam politik ia tidaklah semudah itu. Dia membuat ‘pelaburan’ yang sangat mahal untuk naik dalam Umno pada tahun-tahun 1980an dengan menapak di peringkat cawangan terlebih dahulu kemudian bahagian, selepas itu negeri sehingga berjaya menjadi wakil rakyat dan kemudiannya menteri di dalam kabinet kerajaan persekutuan. Untuk apa dia buat semua ini sedangkan dia sudah memiliki segala-galanya. Dia telah bekerja keras daripada seorang anak yang miskin di kota Bharu sehinga memiliki firma guaman terbesar di Malaysia.

10. Zaid memilih Umno kerana dia merasakan itu adalah platform yang terbaik untuk dia berjaya dalam politik. Pada zahirnya pelaburannya itu kelihatan berbaloi. Tetapi selepas dia dilantik di dalam kabinet, dia mula mendapati, cara dan politiknya tidak secocok dengan anggota jemaah menteri yang lain.

11. Penulis difahamkan, setiap kali selesainya mesyuarat mingguan kabinet, Zaid akan kembali ke pejabatnya di Aras 3 JPM dengan wajah yang cemek. Dia berhadapan dengan kekecewaan politik yang mendalam kerana khabarnya banyak perubahan yang selama ini hendak dia lakukan khususnya dalam sistem perundangan kita, tidak sehaluan dengan anggota jemaah menteri yang lain.

12. Walaupun pada satu sudut yang lain, dia telah mencapai apa yang selama ini ingin dicapai oleh semua orang politik iaitu untuk menjadi sebahagian daripada jemaah menteri tetapi nampaknya bagi Zaid itu belum memadai. Dia perlu buat apa yang dia rasakan dia perlu lakukan.

13. Jadi apabila Zaid menyertai PKR selepas dipecat dari Umno, perkara pertama yang terdetik di hati penulis ialah lama manakah Zaid mampu bertahan dalam sepak terajang politik PKR ini pula. Dan setelah berada di dalam, Zaid mungkin dapati, di PKR pun sama.

14. Dia mendapati pembaharuan yang dilaung-laungkan oleh PKR di pentas politik tidak sama dengan politik dalaman parti itu sendiri. Akhirnya di PKR pun dia kecewa. Tapi satu kelebihan Zaid ialah bila dia tidak suka, dia tidak teragak-agak untuk berhenti atau keluar atau buat hal. Dia berhenti dari kabinet kemudian buat hal dengan Umno supaya kena pecat dan hari ini dia buat hal dalam PKR pula. Langkah pertama ialah lepaskan semua jawatan dulu sama seperti ketika dalam Umno.Langkah seterusnya kita sudah boleh agak bagaimanakah saga politik Zaid akan berakhir.

Comments

Anonymous said…
Zaid,Anwar,Nazri,Zahid,Ezam dan KJ sama spesis.
DAJJAL.....

Pilihan Pembaca

Mengapa Mesti Di Masjid? Mana Kaum Lain?

Saya terpanggil untuk berkongsi sebuah rencana yang agak menarik untuk kita renungi. Rencana yang ditulis oleh JEFRI ZACHARIAH dari Malaysia-Instinct ini sedikit banyak mampu membuka fikiran orang Melayu dan mengapa bangsa kita selalu diperbodohkan oleh orang lain. Baca tulisan menarik beliau : APA SUDAH JADI dengan orang Islam? Itulah persoalan yang bermain di benak saya apabila melihat majoriti mereka yang hadir dalam perhimpunan haram semalam di Masjid Negara. Pada mulanya saya membayangkan bahawa perhimpunan haram ini akan dihadiri oleh rakyat Malaysia berbilang kaum yang tidak berpuas hati dengan kenaikan tariff air. Malangnya apa yang saya bayangkan tidak kesampaian. Nampak sangat orang Islam telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk menjerit di masjid. Nampak sangat pihak tertentu ini bukan sahaja mahu mempergunakan orang Islam tetapi juga mengganggu orang Islam lain yang hendak beribadat. Pernahkah kita terfikir kenapa setiap kali demonstrari haram ...

Ranking Terbaru Blog Politik : Di Mana Kedudukan Anda?

Terlalu ramai blogger yang telah menghantar alamat blog mereka dan setelah diaudit, 10 blog baru telah tersenarai kedalam Top 100 dan 10 blog yang berada didalam Top 100 pada 15 Disember telah terkeluar. Pada kali ini sebanyak 54 blog telah jatuh anak tangga, yang paling teruk ialah blog 'Buaya Merah' sebanyak 23 anak tangga. Sebanyak 23 blog berjaya berubah tempat yang mana blog 'Ipoh Malay' melompat sebanyak 13 anak tangga dan 13 blog lagi kekal ditangga masing-masing. Pihak kami masih menerima mana-mana blog yang tiada dalam senarai Top Ranking Online. Memandangkan terlalu banyak blog yang mempunyai potensi untuk meningkat naik, pihak kami mungkin akan menambah 50 anak tangga lagi, menjadikan ia sebagai Top 150 pada masa akan datang. Segala sokongan daripada anda semua sangat-sangat kami alukan. Untuk memudahkan, anda boleh melihat dibahagian bawah laman Top Ranking Online adakah blog anda ada dalam senarai jika tiada, sila hantar alamat blog anda. Lihat ranking terb...

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...