Skip to main content

Hapuskan PTPTN : Jalan Terbaik Raih Undi Generasi Muda

Hapuskan PTPTN
Jalan Terbaik Raih Undi
Generasi Muda

Cadangan PKR di bawah ini saya sokong sepenuhnya. Sepatutnya sudah lama kerajaan melakukan sesuatu dengan masalah PTPTN yang sangat membebankan generasi muda. Saya bimbang, PTPTN mampu menjadi isu besar - sekiranya Pakatan Rakyat berjanji akan menghapuskannya jika mereka berkuasa kelak. Saya menyarankan agar kerajaan bertindak proaktif dalam menarik undi generasi muda dengan menggantikan pinjaman PTPTN sebagai biasiswa.

PEMUDA PKR (AMK) mendesak kerajaan supaya menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional (PTPTN) dan digantikan dengan "biasiswa rakyat Malaysia" untuk golongan mahasiswa. Wakil AMK Yusmadi Yusoff menyifatkan pinjaman itu membebankan mahasiswa sedangkan pendidikan merupakan salah satu daripada hak asasi manusia. "Hak pelajar daripada hasil mahsul negara bukan daripada tawar menawar pak menteri.

Hak pelajar (itu) adalah hak asasi manusia. "Sehubungan itu, Keadilan perlu mencadangkan (satu) biasiswa rakyat Malaysia," katanya ketika membahaskan usul pendidikan dalam kongres PKR hari ini. Yusmadi yang juga ahli parlimen Balik Pulau berkata pinjaman itu menyebabkan mahasiswa dicop sebagai "penghutang" selepas mereka tamat pengajian.

"(Apabila) tamat pelajar, sudah ada cop dekat dahi, hutang RM15 ribu. Hendak kahwin, hutang lagi. Hendak berniaga, hutang lagi," katanya sambil disambut gelak ketawa para perwakilan. Dalam perbahasan itu juga, beliau mencadangkan supaya timbalan presiden PKR Dr Syed Husin Ali menjadi ketua dalam bidang pendidikan dalam parti yang disifatkannya sebagai "Universiti Masyarakat".

"Didiklah kami, anak muda, kami akan lawan, lawan sampai ke Putrajaya," katanya sambil menambah ketokohan Dr Syed dalam bidang akademik sudah terbukti sebelum ini. Petang ini, secara rasminya Dr Syed Husin akan menyerahkan jawatannya kepada penggantinya Azmin Ali yang memenangi pemilihan bagi jawatan tersebut. Beliau memilih bersara daripada jawatan politik bagi menumpukan usaha kepada bidang penulisan dan anggota keluarganya.

Comments

Anonymous said…
HERAN JUGA...PKR MELALAK..MINTA PTPTN...DIHAPUSKAN...UNISEL TAK DE YURAN KE....HAPUSKAN YURAN DI UNISEL DAHULU BARULAH HAPUSKAN...PTPTN...KITA SEMUA PANDAI KIRA...NAK HAPUSKAN PTPTN...SAMA LAH JUGA HASPUSKAN YURAN SEMUA UNIVERSITI...MANA NEGARA DI DUNIA ADA BUAT MACAM NI...

Hapuskan PTPTN : PKR perlu hapuskan yuran Unisel dahulu
pada 11/28/2010 02:12:00 PM Posted by Aspirasi

Rakyat nak tengok juga.. handal sangat ke PKR ni urus ekonomi Selangor...

Dalam konvensyen PKR, Wakil AMK Yusmadi Yusoff menyifatkan pinjaman itu membebankan mahasiswa sedangkan pendidikan merupakan salah satu daripada hak asasi manusia [klik sini].

"Hak pelajar daripada hasil mahsul negara bukan daripada tawar menawar pak menteri. Hak pelajar (itu) adalah hak asasi manusia.

Jadi kepada PKR jangan pandai cakap je.. buktikanlah dahulu.. hapuskan yuran Unisel... pendidikan kan hak asasi manusia...

Kalau PKR boleh buktikan... mungkin cadangan ini diterima.. tapi kalau setakat nak melalak sebagai jaguh tak payahlah..

Tak cukup lagi ke.. PKR membuang duit rakyat Selangor... 3 tahun berturut-turut unisel rugi...

Inilah akibatnya bila ekonomi dan pendidikan dijadikan alat politik... sekarang pula ada cadangan nak jadikan Syed Husin sebagai Naib Chenselor [klik sini]... lagi jahanamlah Unisel...
To Live Again said…
Dalam hal ni sy x blh bersetuju dgn saudara azli yg tampak menyokong saranan AMK PKR itu..

Kita kena sedar banyak implikasi yang akan timbul apabila PTPTN ditukar kepada biasiswa 100%..

1. Kita kena lihat dari segi quality graduan yang bakal dihasilakan apabila PTPTN yg sebelum ini bertaraf PINJAMAN bakal menjadi BIASISWA..Pelajar akan hilang sifat tanggingjawabnya untuk belajar bersungguh2 kerana mereka tahu jika mereka lulus 2.9 atau 3.8 pon sudh tiada beza kerana sebelum ini hnya yg mendapat keputusan yg sgt bagus akn ditukar pinjaman menjadi bisiswa..Kita lihat sekrg ni pon keputusan dikalangan pelajar melayu majoritinya masih di takuk yg lemah cubalah bayangkan apabila suma pinjaman menjadi biasiswa maka rasa BERHARGA terhadap PEMBERIAN org lain akn mulai hilang dt dlm diri pelajar..

2. Sy tertarik dgn Yusmadi yg menyalak dgn retorik murahan " Belajar adalah hak asasi manusia dn bukan tawar-menawar pak menteri"..Wah cukup asyik dn mengulitkan apabila didengar sm sperti ayat abg nuar al-jubri(gelaran mat sabu) apabila berckp dn berjanji.Sy nk cabar yusmadi, kalau dia kata pendidikan merupakan hak asasi manusia bkn kuasa menteri, maka sy nk menayarankan dia merujuk kepada teori maslow hierarchy yg menyatakan bukan sahaja pelajaran yg menjadi hak asasi manusia tp, kenderaan,makanan,tmpt tinggal,pasangan hidup( keinginan sex) juga merupakan hak asasi manusia..Lepas ni yusmadi blh la berjuang menuntut plak supaya kerajaan menanggung suma kos membeli kenderaan secara percuma, memberi rumah kepada semua secara percuma, menanggung suma urusan perkahwinan suma rakyat malaysia secara percuma dn memberi makan kepada suma rakya malaysia secara percuma kerana itu adalah HAK ASASI MANUSIA!

Sy cabar berani x dia menuntut perkara cm 2..Kalau setakat nk berckp iabart menanam tebu di pinggir bibir mmg la sng..Kita yg mendengar ni pon kalau x berfikir menggunakan akal yg waras akan terkulai layu sebagaimana sorang pmpuan yg akan menyerahkan tubuhnya pd lelaki yg sgt disyanginya apabila terkulai layu mendengar segala jnji2 manis lelaki..

Saya harap saudara azli berfikir semula tentang cadangan yusmadi yg x lebh dari sekadar retorik..Percaya lah masia kan bankrap dlm ms 2-3 thn je kalau idea gila cm ni dilaksanakan..Jika ditakdirkan Allah mereka memerintah mmg mereka akan laksanakan..Tp bila smpai suatu ketika di mana mereka sudah x mampu lg maka mereka akn berhentikan bantuan ini dn mula la mengeluarkan retorik murahan "Sebenarnya kami mampu untuk menanggung suma rakyat msia.Tp duit kerajaan sudh hbs ketika kami mengambil alih kerana habis dkikis suma pemimpin umno sebelum ni".

Sy pasti itu yg akn berlaku nnti..Tnggu dn lihat
To Live Again said…
This comment has been removed by the author.
To Live Again said…
Saya harap saudara azli berfikir semula tentang cadangan yusmadi yg x lebh dari sekadar retorik..Percaya lah masia kan bankrap dlm ms 2-3 thn je kalau idea gila cm ni dilaksanakan..Jika ditakdirkan Allah mereka memerintah mmg mereka akan laksanakan..Tp bila smpai suatu ketika di mana mereka sudah x mampu lg maka mereka akn berhentikan bantuan ini dn mula la mengeluarkan retorik murahan "Sebenarnya kami mampu untuk menanggung suma rakyat msia.Tp duit kerajaan sudh hbs ketika kami mengambil alih kerana habis dkikis suma pemimpin umno sebelum ni".

Sy pasti itu yg akn berlaku nnti..Tnggu dn lihat..

Dlm hal ni sy teringat kata2 DSN ketika mebentangkan belnjawan 2011..Beliau berkata:
"Kita ni bukan la saudagar mimpi.Sy tidak akan mengadaiakan kepentinagn negara dn rakyat hnya kerana nk menjadi popular sekelip mata.".Kita perlu ingat bahwa stiap tahun ilangan pelajar semakin meningkat dn perbelanjaan kerajaan melalui ptptn jgan akan meningkat.Jika hanya ingin menjadi poular melalui pintu belakang maka ikutlah cadangan Ysumadi tu..
Dot said…
salam mas,

maaf! 'i beg to differ' dlm hal ini mas!

aku bantah ptptn ditukar jd biasiswa sebab negara2 kaya mcm britain, USA, perancis & lain2 lagi TIDAK PERNAH memberi biasiswa kpd kesemua pelajar2 mrk kecuali yg benar2 LAYAK shj!! pelajar2 mrk yg ingin ke U kena cari kerja lepas sekolah tinggi utk bayar yuran belajar. itu negara2 kaya! malaysia negara membangun, belum lagi jadi negara kaya!!!

anak2 aku pun ada yg dapat biasiswa kerana layak & ada yg aku kena pinjam bank bayar yuran nak sambung mengaji. duit poket pinjam mara. nanti dia kerja kena bayar balik. kalau dia cemerlang, baru mara kira sebagai biasiswa. aku rasa adil lagu tu sebab anak aku kena study betui2 kalau tak nak menyusahkan makbapak dia balik. ni baru ada cabaran belajar. kalau dak, tentu goyang kaki kepala memanjang sebab senang dapat duit. tak payah bersusah sepanjang hayat, semua free...banyak cantik!

tunggula bila betul2 dah mampu jadi negara kaya berkebajikan, mungkin boleh dilaksanakan. tapi sekali lagi syarat2 kelayakan perlu ditekankan. kalau masuk U dgn kabel besar padahal tak layak, tak payahla bising2 kalau tak dapat! nak jadi negara maju pun ada syaratnya juga. biarlah semua berubah cara berfikir & bertindak. barulah boleh mengaku maju...

lagipun aku setuju sangat dgn To Live Again.

tengok di sekolah sudahla. yg dapat bantuan KWAMP bukanlah mrk yg benar2 layakpun. malah ada yg menipu status keluarga utk mengaut duit 'biasiswa kecil' tu yg sepatutnya utk pelajar2 yg bijak, tiada maslah disiplin & dari keluarga yg benar2 kurang berkemampuan. aku tahu sebab kwn aku cikgu yg mengendalikan wang bantuan ni selalu bagitahu ada guru & ibubapa yg marah2 ka dia bila dia terpaksa tolak permohonan bedasarkan kelayakan yg disenaraikan... apa tidaknya, yg makbapak kerja hebat2 pun ada pelajar sanggup bohong kata duduk dgn tok sedarala, nenekla, kerja NGO (noreh getah orang!)..berapa kerat yg betul2 jujur? kalau bab menipu nak duit orang cukup bijak. tapi Allah SWT Maha Mengetahui. makan duit haram ni, mengajipun kelam perut! tak bijak2 jugak!!!

tu bab duit bantuan kerajaan. semua ibubapa & pelajar2 nak free sedangkan mrk tak layak pun. begitu jugak bantuan buku2 teks. tau apa dah jadi? kwn aku yg jaga bahagian buku teks selalu merungut kata pljr2 tidak menghargai langsung buku2 yg mrk dapat, tak balut elok2, ada yg conteng2, ada yg hilangkan & tak ganti, ada yg koyak/gunting gambar2 dlm buku2 teks bahkan ada yg buat lapik punggung masa perhimpunan! dahsyat kan?

masa aku belajar dulu, punyala siksa nak beli buku teks, lepas tu jagala baik2 boleh peturun pulak ke adik beradik yg lain! aku belajar aliran inggeris, yuran bulanan plak (RM13.50) tiap2 bulan, boleh botak kepala arwah ayah aku sbb zaman 70'an duit banyak tu macam seratus lebih sekarang ni!!! bayangkan tiap2 bulan bayar dari aku tingkatan 1 hingga tingkatan 5!

sebab tu aku rasa berbaloi mengaji mcm tu bila berjaya. rasa nikmat belajar & sampai sekarang aku kagum dgn semangat kental arwah ayah & mak aku cari duit utk kami adik beradik belajar zaman kami susah dulu2...aku tanamkan didlm jiwa anak2 aku..jgn nak senang2 tanpa usaha!

kadang2 ibubapa ni ada yg nak senangkan anak2 hinggakan anak2 tidak pandai menghargai pengorbanan mrk...semua nak senang, nak motor, nak kereta semua mak bapak belikan. aku hairan kerana sebagai anak,mrk sepatutnya jgn menysuahkan ibubapa yg tak senang manapun!
azlishukri said…
terima kasih atas pandangan sahabat semua..ini hanyalah pandangan peribadi saya semata2
Anonymous said…
bro tak kan tak biasa...dulu air percuma...ada ke...ada ke...ada ke...biasa pkr..ni parti kelentong rakyat...yusmadi hanya pandai cakap...melayu penang ...lu...nak cakap apa...isu negeri sendiri hangkang nak gimik isu nasional...
To Live Again said…
Lgpon gomen dh byk membantu dlm memartabatkan pendidikan negra..Tgk la dulu yuran kena byr sekrg dh mansuh..Buku teks dulu sesetemgah yg mampu kena beli tp sekrg suma dh dpt pinjaman secra percuma..Kekdng aku fikir ni x adil sbb yg gaji beribu pon sng2 je dpt..Kt situ nmpk jelas pembaziran wang negara..Yuran pepriksaan pon skrg dh mansuh..Kalau ptptn pon mansuh aku xtau la ape nk jd dgn msia..

Mak bapak aku pon cikgu..Mak bapak aku ckp sejak segalanya percuma di pergkat sekolah ni perangai bdk2 semakin teruk..Makin x terkawal..Pegi ke sekolah bkn lagi 1 NIKMAT bg mereka..Bak kata mak aku mgkn dh hilg BARAKAHA agaknya pasal dh suma terlmapau mudh nk dpt..Ilmu jd x berkat..2 yg kalau jd pndai pon bila dh besr jd x tentu hala..Jd liberal la konon..Hak bangsa sndiri pon dijual..

Kepada yusmadi hang x pyh la ckp byk..Hang mng di balik pulau pon pasal undi protes pasai org balik pulau MARAH dgn pak lah yg suka2 hati tukaq Dr.Hilmi dn letak Dr.Noraesah yg x pnh berjasa pon di situ lwn 2 yg hang mng..

Yusmadi ni mmg pndai retorik..Dia ni sebijik cm nuar la..Ckp manis lg berapi..Guna slogan HANYA ORG MISKIN YG MEMAHAMI ORG MISKIN..Ptuuii..Miskin kepala hotak dia..Org balik pulau kenai la sapa hang yusmadi oi..X pyh nk berretorik la..
fiza said…
sy pon xsetuju sgt..
sy xfhm dgn owg zaman skrg..makin lame mkin malas n semuanya nk free..cube pk blik
1)time dlu time PTPTN lambat byar pinjaman evry sem kt pnyerla kutuk soh cepat2 bayar..so pandai plak nk cepat2..skrg ni ble time nk byar blik sume ckap ianya membebankan..pandai plak kt nk delay2 pembayaran.. the true is hutang tetap hutang n kite perlu bayar..walaupun kadang2 ianya membebankan (interest)...nk ke roh kite xsmpai ke langt disebabkan hutang2 yg x terlansai tu..
2)PTPTN yg kt byar bukanla utk mencari keuntungan..kt bayar utk generasi hadapan yg masih memerlukan pembiayaan..so kt byr untuk generasi depan..mgkin utk ank2 kt nnt...sekian terima kasih..maaf dipohon sekiranya sy terlanjur kt
Anonymous said…
mengarut... politik x abis2.

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Isu Tan Sri Ali Hashim : Di Sini Putih Bukanlah Warna

1. Saya mengenali bekas Pengerusi dan CEO Johor Corporation, Tan Sri Ali Hashim hampir dua tahun. Selalu berurusan dengan para pegawai kanannya dan sering pula menulis tentang perkembangan anak-anak syarikat JCorp. Sepanjang saya menjadi wartawan, saya sangat selesa bekerjasama dan begitu mudah mendapatkan pandangan dan idea daripada Tan Sri Ali Hashim. Secara jujur saya katakan, beliau merupakan salah seorang CEO yang sangat saya kagumi dan hormati. Cara dan strategi Tan Sri Ali Hashim mengIslamisasikan organisasi di bawah pentadbirannya, patut dipuji dan diberi penghargaan. 2. Walaupun apa pun yang dikatakan oleh musuh-musuhnya - ia masih belum mampu menafikan segala kebaikan dan jasa beliau dalam membina dan membangunkan JCorp, sehingga dihormati dan dikagumi oleh banyak pihak. Saya tidak tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku dalam pentadbiran JCorp sejak akhir-akhir ini. Namun demikian, saya yakin ada sesuatu yang tidak kena, sehingga Tan Sri ali Hashim bertindak meletakkan jaw...

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil...