Oleh Jefri Zachariah
1. Semalam kita diberitahu oleh Dewan Rakyat yang pegawai kanan Biro Tata Negara (BTN) Hamim Husin pula dihukum kononnya kerana mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata, penolong pengarah BTN itu telah digantung tugasnya pada 6 Oktober lalu serta diberikan surat amaran. Pada perjumpaan tertutup majlis anjuran Puteri Umno pada 27 Sept lalu, Hamim dilapor merujuk masyarakat Cina sebagai si sepet mata dan masyarakat India pula sebagai si kaki botol.
2. Selain Hamim, dua pengetua - di Kulaijaya, Johor dan Bukit Selambau, Kedah - juga telah dikenakan tindakan kerana kesalahan yang hampir sama. Kedua-dua pengetua SMK Tunku Abdul Rahman Putra di Johor, Siti Aishah Mansor, dan pengetua SMK Bukit Selambau (SMKBS), Sungai Petani di Kedah, Ungku Aznan Ungku Ismail digantung jawatan mereka.
3. Mereka kini ditugaskan menjalankan kerja-kerja pejabat di jabatan pelajaran di negeri masing-masing. Wow, hebat sungguh. Cepat betul kesemua mereka ini dikenakan tindakan, maklumlah, semuanya pegawai kerajaan jadi kenalah ikut peraturan yang ditetapkan. Dalam hal ini, saya tak mahu ulas panjang walaupun terus-terang, saya cukup sakit hati dengan hukuman yang dijatuhkan ke atas mereka semua.
4. Persoalannya sekarang, bagaimana dengan pemuda berasal dari Muar, Johor, Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee? Namewee terang-terangan menghasilkan klip video terbaru berjudul Namewee F*** Racism Malaysia Nah!!! yang dipercayai bertujuan mengutuk seorang pengetua sekolah menengah di Kulaijaya, Johor, yang dilaporkan mengeluarkan perkataan berbaur perkauman semasa perhimpunan sekolahnya, 12 Ogos lalu.
5. Namewee, 27, dalam klip video itu antara lain mencerca guru berkenaan serta menyebut Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai kurang ajar. Selain itu, dalam klip video yang turut mempersendakan ibadat puasa di laman web Youtube, dia berulang kali menunjuk isyarat lucah serta mencarut. Persoalannya, sampai bila kita asyik nak dengar alasan yang kononnya kertas siasatan terhadap Namewee dah dibawa ke Peguam Negara?
6. Sampai bila kita nak dengar alasan Rais Yatim kata kononnya kekurangan bukti dan ketiadaan pakar forensik komputer antara perkara yang menyebabkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) gagal membawa beberapa kes penghinaan dan hasutan yang berlaku dalam laman web ke mahkamah. Rakyat amnya dan orang Melayu khususnya, tak mau dengar semua itu. Yang mereka nak tahu, bila Nameee akan didakwa?
7. Adakah kerana dia bukan kakitangan awam maka tindakan tidak boleh diambil ke atasnya? Saya cukup sokong pandangan ramai pihak yang tindakan tegas perlu dilakukan seperti melucutkan 'kerakyatan' atau ditahan di bawah ISA terhadap mereka yang tidak 'Cinta Negara' atau memperlekehkan agama Islam yang menjadi agama rasmi Malaysia.
8. Selain itu, pihak SKMM perlu menyusun strategi untuk menyekat komen berbau perkauman dan sensitiviti agama. Mereka yang menghina agama dan bangsa wajar dikenakan tindakan tegas kerana kebodohan dan sikap pentingkan diri menyebabkan ancaman kepada kebebasan hidup di negara ini. Malangnya, di saat ramai yang dikenakan tindakan disebabkan hal ini, Namewee pula terus terbang ke sana ke sini seolah-olah KEBAL daripada dikenakan tindakan undang-undang. Apa mesej yang kita nak sampaikan sebenarnya??? Tepuk dada, tanya selera!

Comments
Aku cuma mahu hasut agar pengundi2 d Parlimen Hisham dan Rais pakat ramai2 jangan undi mereka dalam PRU13, biar mereka kalah, senang najib nak cari pengganti
Aku meluat kat Hisham , Rais, Nazri dll .....
teringat satu sajak pyanhabib kalau tak salah la. lama sangat dah. tahun 80an. sy sekolah lagi. antaranya ... melayu kata melayu bodoh,
biarkan, biarkan,
melayu kata melayu malas, biarkan biarkan, ..... dah tak ingat agaknya dah jadi macam tu la. melayu dah tak boleh pertahankan diri kerana akan mengancam dan menyusahkan UMNO dan BN untuk berkuasa dengan undi kemenangan daripada orang bukan melayu. agaknya la dalam fikiran pemimpin kita.
Adakah hangapa pemimpin melayu diatas sana hanya mahu jaga hati pengundi china dan membelakangkan undi org melayu.Ingat PRU13 dah hampir, jgn pulak susu berok di hutan di suskan anak di rumah mati tak makan. Sekiranya perkara ini terus berlaku, aku rasa PRU13 undi org melayu akan berpindah lagi keparti pembangkang. Ini tidak mustahil sekiranya isu ini dijadikan topik ceramah parti pembangkang kelak.
Sedarlah wahai menteri menteri yg berkenaan jgn asyik nak jaga kerusi empok yg ada tu hingga lupa untuk menjalankan tugas mu secara adil dan saksama.Aku nak lihat sejauh dan selama ini baru tindakan nak diambil keatas China laknta yg mengutuk bangsa melayu, agama Islam serta negara Malaysia ini.
Buat PM DS Najib, kalau menteri yg sediaada ini dah tak ada upaya nak jalankan tugas mereka ( mungkin mereka ini dah jadi OKU ) maka eloklah di buat perubahan keatas mereka. Gugurkan mereka dan lantik mereka yg tegas dlm menjalankan tugas seharian demi undang undang dapat di jalankan. Perlu di ingatkan bahawa KESABARAN ORANG MELAYU ADA HAD NYA, Tapi kalau dah terlampau sangat nak suruh beralah maka lihatlah nanti akan NATIJAHNYA.
" HIDUP BAGSAKU BANGSA MELAYU DAN HIDUP AGAMAKU AGAMA ISLAM SERTA HIDUP NEGARAKU MALAYSIA "
Saya berpendapat menteri seperti Nazri dan Hishamuddin perlu dibuang saja. Mereka tak layak jadi menteri kerana mereka enggan berlaku adil.
Hishamuddin berdiam diri bila Namawee bersikap biadap dan mempersendakan Melayu, islam. Aopa tindakan Hishamuddin. Dia diam saja.
Betulkah Pegawai BTN rasis. apa ucapannya? Kenapa tak disiarkan ucapan beliau. Itulah cara menghadapi tuduhan. Siarkan apa yang beliau sebut. Atau beliau difitnah.
Masalah terbesar Najib bukan serangan pasal altantuya atau kempen burukkan Datin rosmah. Masalah beiliau ialah orang melayu lihat beliau terlalu jaga hati orang cina sampai takut bertindak yterhadap orang cina ( yang rasis) hanya kerana mahu undi masyarakat Cina.
Orang melayu kecewa melihat segala aduan pada polis pasal kebiadapan DAP dan pecacai tak diambil peduli.
Satu lagi kita kena fikir juga pasal Peguam Negara. Apa pejabat peguam Negara buat. Ada apa apa yang tak kena kah bila orang Melayu tak bersalah pantas dikenakan tindakan tapi NamaWee yang terang terang bersalah dilepaskan.
Please Najib. Pilih yang beriman sebagai Peguam negara. Jangan pakai hentam saja.
Tetapi perlembagaan membenarkan untuk bercakap mengenai hak Melayu kerana ia memang sudah tertulis dalam Perkara 153. Adakah perlembagaan juga rasis, kerana melebihkan bangsa Melayu daripada kaum lain.