Skip to main content

Riang-Ria Dunia Namewee

Namewee 2010
Kakitangan Awam
Tidak Lagi Selamat


Oleh Jefri Zachariah

1. Semalam kita diberitahu oleh Dewan Rakyat yang pegawai kanan Biro Tata Negara (BTN) Hamim Husin pula dihukum kononnya kerana mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata, penolong pengarah BTN itu telah digantung tugasnya pada 6 Oktober lalu serta diberikan surat amaran. Pada perjumpaan tertutup majlis anjuran Puteri Umno pada 27 Sept lalu, Hamim dilapor merujuk masyarakat Cina sebagai si sepet mata dan masyarakat India pula sebagai si kaki botol.

2. Selain Hamim, dua pengetua - di Kulaijaya, Johor dan Bukit Selambau, Kedah - juga telah dikenakan tindakan kerana kesalahan yang hampir sama. Kedua-dua pengetua SMK Tunku Abdul Rahman Putra di Johor, Siti Aishah Mansor, dan pengetua SMK Bukit Selambau (SMKBS), Sungai Petani di Kedah, Ungku Aznan Ungku Ismail digantung jawatan mereka.

3. Mereka kini ditugaskan menjalankan kerja-kerja pejabat di jabatan pelajaran di negeri masing-masing. Wow, hebat sungguh. Cepat betul kesemua mereka ini dikenakan tindakan, maklumlah, semuanya pegawai kerajaan jadi kenalah ikut peraturan yang ditetapkan. Dalam hal ini, saya tak mahu ulas panjang walaupun terus-terang, saya cukup sakit hati dengan hukuman yang dijatuhkan ke atas mereka semua.

4. Persoalannya sekarang, bagaimana dengan pemuda berasal dari Muar, Johor, Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee? Namewee terang-terangan menghasilkan klip video terbaru berjudul Namewee F*** Racism Malaysia Nah!!! yang dipercayai bertujuan mengutuk seorang pengetua sekolah menengah di Kulaijaya, Johor, yang dilaporkan mengeluarkan perkataan berbaur perkauman semasa perhimpunan sekolahnya, 12 Ogos lalu.

5. Namewee, 27, dalam klip video itu antara lain mencerca guru berkenaan serta menyebut Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai kurang ajar. Selain itu, dalam klip video yang turut mempersendakan ibadat puasa di laman web Youtube, dia berulang kali menunjuk isyarat lucah serta mencarut. Persoalannya, sampai bila kita asyik nak dengar alasan yang kononnya kertas siasatan terhadap Namewee dah dibawa ke Peguam Negara?

6. Sampai bila kita nak dengar alasan Rais Yatim kata kononnya kekurangan bukti dan ketiadaan pakar forensik komputer antara perkara yang menyebabkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) gagal membawa beberapa kes penghinaan dan hasutan yang berlaku dalam laman web ke mahkamah. Rakyat amnya dan orang Melayu khususnya, tak mau dengar semua itu. Yang mereka nak tahu, bila Nameee akan didakwa?

7. Adakah kerana dia bukan kakitangan awam maka tindakan tidak boleh diambil ke atasnya? Saya cukup sokong pandangan ramai pihak yang tindakan tegas perlu dilakukan seperti melucutkan 'kerakyatan' atau ditahan di bawah ISA terhadap mereka yang tidak 'Cinta Negara' atau memperlekehkan agama Islam yang menjadi agama rasmi Malaysia.

8. Selain itu, pihak SKMM perlu menyusun strategi untuk menyekat komen berbau perkauman dan sensitiviti agama. Mereka yang menghina agama dan bangsa wajar dikenakan tindakan tegas kerana kebodohan dan sikap pentingkan diri menyebabkan ancaman kepada kebebasan hidup di negara ini. Malangnya, di saat ramai yang dikenakan tindakan disebabkan hal ini, Namewee pula terus terbang ke sana ke sini seolah-olah KEBAL daripada dikenakan tindakan undang-undang. Apa mesej yang kita nak sampaikan sebenarnya??? Tepuk dada, tanya selera!

Comments

Anonymous said…
zunar buat kartun kene cekup kurang dari 24 jam.. tapi namewee pula dibebaskan kurang dari 8 jam... apa kisah? sindrom namewee dah merebak.. tu seorang wanita dari malaysia timur yang sekolah dan kerja di singpura pun dah mula nak kutuk malaysia... tu ada seorang lai dari pulau pinang pun sama juga... lihat aja di youtube... apa lagi kerajaan nak forensik? jika dalam youtube tu bukan namewee kenapa namewee siap nak buat roadshow? entahlah...
Anonymous said…
Mesej yang hendak disampaikan: Orang melayu kena berhati-hati dalam berkata-kata, kaum lain boleh sesuka hati berkata-kata. Orang melayulah yang setia mengundi UMNO, tetapi yang perlu dijaga hati adalah orang yang telah dan akan tidak mengundi UMNO selama-lamanya. Eh, macam pelik pulak ye.
gagasan_warisan said…
ermm....keciwa..keciwaaa!!!! telah berulang kali diluahkan tapi tetap sama...
Anonymous said…
celaka babi sekor nie.orang melayu gak yang kena............sumpah dia jadi babi atau accident mata buta
Orang Kampung said…
Beginilah nasib.......untung sambut timbul, untung batu tenggelam...harap-harap tidak selalu.
Anonymous said…
Memang apabila Melayu cuit sikit bangsa asing; cepat si Nazri ni ambil tindakan...konon nak jaga hati mereka supaya tak hilang undi mereka masa pilihanraya nanti.Itu ketentuan ALLAH...apabila "DIA' nak jatuhkan hambanya bila2 masa aje, tak payah nak bodek sikhafir tu. Tapi apabila Melayu kena usek...banyak sangat alasan untuk tidak bertindak...banyak tolak ansurnya, sebab itu bangsa asing ni naik minyak. Mungkin orang Melayu kita nak tunggu sampai kena tekan, kena halau dari kmpong.halaman dan kena pijak2 baru kesedaran nak bertindak tu timbul. MASYALLAHH apa dah jadi pada Melayu sekarang ni?
Anonymous said…
anon 10:05. beb , bab umno umno ni jaga2 sikit, jangan terikut2 sangat perangai B.A.B.I n spesis2nya.

Aku cuma mahu hasut agar pengundi2 d Parlimen Hisham dan Rais pakat ramai2 jangan undi mereka dalam PRU13, biar mereka kalah, senang najib nak cari pengganti

Aku meluat kat Hisham , Rais, Nazri dll .....
Anonymous said…
salam,
teringat satu sajak pyanhabib kalau tak salah la. lama sangat dah. tahun 80an. sy sekolah lagi. antaranya ... melayu kata melayu bodoh,
biarkan, biarkan,
melayu kata melayu malas, biarkan biarkan, ..... dah tak ingat agaknya dah jadi macam tu la. melayu dah tak boleh pertahankan diri kerana akan mengancam dan menyusahkan UMNO dan BN untuk berkuasa dengan undi kemenangan daripada orang bukan melayu. agaknya la dalam fikiran pemimpin kita.
Anonymous said…
hanya kerana nak kan undi cina, maka melayu yang jadi korban?? WTF?? jangan ingat melayu akan tetap undi BN. kesabaran melayu ada hadnya.
santauangin said…
Aku pun dah bosan dgn isu ini. Asyik asyik org melayu sahaja yg kena. Yg menteri melayu diatas tu buat apa. China laknat kata apa pun tak apa, banyak alasan yg diberikan untuk tindakan di ambil keatas china laknat tu.

Adakah hangapa pemimpin melayu diatas sana hanya mahu jaga hati pengundi china dan membelakangkan undi org melayu.Ingat PRU13 dah hampir, jgn pulak susu berok di hutan di suskan anak di rumah mati tak makan. Sekiranya perkara ini terus berlaku, aku rasa PRU13 undi org melayu akan berpindah lagi keparti pembangkang. Ini tidak mustahil sekiranya isu ini dijadikan topik ceramah parti pembangkang kelak.

Sedarlah wahai menteri menteri yg berkenaan jgn asyik nak jaga kerusi empok yg ada tu hingga lupa untuk menjalankan tugas mu secara adil dan saksama.Aku nak lihat sejauh dan selama ini baru tindakan nak diambil keatas China laknta yg mengutuk bangsa melayu, agama Islam serta negara Malaysia ini.

Buat PM DS Najib, kalau menteri yg sediaada ini dah tak ada upaya nak jalankan tugas mereka ( mungkin mereka ini dah jadi OKU ) maka eloklah di buat perubahan keatas mereka. Gugurkan mereka dan lantik mereka yg tegas dlm menjalankan tugas seharian demi undang undang dapat di jalankan. Perlu di ingatkan bahawa KESABARAN ORANG MELAYU ADA HAD NYA, Tapi kalau dah terlampau sangat nak suruh beralah maka lihatlah nanti akan NATIJAHNYA.

" HIDUP BAGSAKU BANGSA MELAYU DAN HIDUP AGAMAKU AGAMA ISLAM SERTA HIDUP NEGARAKU MALAYSIA "
Ahmad said…
Bagaimana nak menyedarkan pemimpin negara yang berjaya menguasai negara dengan sokongan orang melayu ini. Sungguh memalukan begini hina sekali pemimpin melayu didalam usaha meraih sokongan bukan melayu. Tiba masanya melayu mencontohi sikap bukan melayu dalam usaha menarik perhatian kerajaan
tungkaran hati said…
Apakah Kerajaan kita telah diberi amaran dengan amaran sebegini `` jangan diusik orang-orang kami, jika tidak! tunggulah saja pembalasan dari kami''!
shamshul anuar said…
Saudara azli,

Saya berpendapat menteri seperti Nazri dan Hishamuddin perlu dibuang saja. Mereka tak layak jadi menteri kerana mereka enggan berlaku adil.

Hishamuddin berdiam diri bila Namawee bersikap biadap dan mempersendakan Melayu, islam. Aopa tindakan Hishamuddin. Dia diam saja.

Betulkah Pegawai BTN rasis. apa ucapannya? Kenapa tak disiarkan ucapan beliau. Itulah cara menghadapi tuduhan. Siarkan apa yang beliau sebut. Atau beliau difitnah.

Masalah terbesar Najib bukan serangan pasal altantuya atau kempen burukkan Datin rosmah. Masalah beiliau ialah orang melayu lihat beliau terlalu jaga hati orang cina sampai takut bertindak yterhadap orang cina ( yang rasis) hanya kerana mahu undi masyarakat Cina.

Orang melayu kecewa melihat segala aduan pada polis pasal kebiadapan DAP dan pecacai tak diambil peduli.

Satu lagi kita kena fikir juga pasal Peguam Negara. Apa pejabat peguam Negara buat. Ada apa apa yang tak kena kah bila orang Melayu tak bersalah pantas dikenakan tindakan tapi NamaWee yang terang terang bersalah dilepaskan.

Please Najib. Pilih yang beriman sebagai Peguam negara. Jangan pakai hentam saja.
Pok Li said…
Penjawat awam sudah tidak lagi selamat untuk bercakap mengenai bangsanya. Pekeliling juga sudah dikeluarkan untuk tidak membangkitkan soal rasis.

Tetapi perlembagaan membenarkan untuk bercakap mengenai hak Melayu kerana ia memang sudah tertulis dalam Perkara 153. Adakah perlembagaan juga rasis, kerana melebihkan bangsa Melayu daripada kaum lain.

Pilihan Pembaca

Akhil 2009 : Hari Tanpa Esok

AKHIL 2009 Hari Tanpa Esok KUALA LUMPUR 25 Mei - ''Februari lalu, dia pernah meminta kebenaran untuk mengahwini Waheeda. Saya reda dan membenarkannya. ''Bagaimanapun, selepas dia mendiamkan diri termasuk tidak pulang ke rumah dan menjawab telefon, saya sudah hilang sabar serta nekad untuk menuntut cerai.'' Itu tegas isteri kepada penyanyi dan pendakwah Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 33, berhubung kemelut rumah tangga mereka yang kini sedang hangat diperkatakan gara-gara Akhil didakwa mempunyai hubungan dengan penyanyi Waheeda atau Norwahidah Abdul Wahab, 31. Menurut Maizawati, selepas lama memendam perasaan, dia hilang rasa sabar dengan apa yang melanda hidupnya ekoran gosip hubungan berkenaan termasuk apa yang telah Akhil lakukan terhadap dirinya. ''Saya pernah beberapa kali menghubunginya tetapi dia tidak menjawab telefon. Alasan yang diberikan adalah sibuk dengan kerja. ''Dia juga sudah lama tidak pulang ke rumah. Ketika saya memfailka

Matahari Di Tengah Malam

MATAHARI DI TENGAH MALAM MACHANG 13 April — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan hanya mereka yang layak sahaja menawarkan diri untuk bertanding jawatan dalam pemilihan pada Muktamar PAS yang dijadualkan Jun ini. Nik Aziz ketika mengingatkan perkara itu berkata beliau tidak mahu anggota parti itu yang tidak mampu menjadi pemimpin yang baik, membuang masa menonjolkan diri menarik sokongan. “Kalau yang ada kemampuan, tak ada masalah untuk mereka tawar diri untuk bertanding. Kalau yang ada kemampuan menonjol tak apalah, (tapi) kalau yang tidak ada kemampuan tapi menonjolkan diri, tak payahlah undi dia,” katanya. Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Terbuka Loji Rawatan Air Merbau Chondong, sempena sambutan Hari Air Sedunia 2009 peringkat negeri di sini, hari ini. Katanya, PAS turut memberi kebebasan kepada anggota akar umbi untuk memilih barisan pimpinan yang mereka mahukan dan menolak mana-mana

Malam Dengan Bulan Yang Sama

Malam Dengan Bulan Yang Sama Saya paparkan di sini satu komen yang bernas daripada seorang pembaca blog saya yang bernama Shamsul Anuar. Dan saya fikir sangat baik untuk sama-sama kita renungkan. Kepada saudara Shamsul Anuar, terima kasih komen saudara. Menang walaupun satu undi adalah menang. Ada beberapa perkara yang saya nampak disini. 1) Kedua dua PAS dan UMNO mempunyai pengundi setia. Pengundi Cina dan India nampaknya kearah PAS. Bukan sebab suka PAS sangat tetapi PAS tidak sepert UMNO, bukan teras dalam PR. Sekiranya ( dijauhkan Allah swt) BN tumbang, maka kuasa politik Melayu akan berakhir. Ini kerana PAS tidak akan jadi teras PR. 2)UMNO tidak teliti pada pemilihan calon. Walaupun saya rasa tidak adil menuding Rohaizat pasal tduhan isteri 2, saya sedar ianya digunakan secara efektif oileh PAS. 3) Sikap Melayu yang sanggup terima walaupun sampah kalau disulami oleh ayat-ayat Kuran . Ini adalah perkara pelik dalam masyarakat Melayu. Tahu dan sedar perkara itu salah tetapi k