Skip to main content

Azli Shukri Bukan Milik Kita Lagi...



Azli Shukri
Bukan Milik Kita Lagi

Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan blogger dan pembaca setia blog ini yang sudi meluangkan masa dan tenaga bagi memeriahkan lagi majlis perkahwinan saya pada 31 Oktober yang lalu. Semoga Allah membalas jasa baik tuan semua. Doakan juga, agar saya dan isteri akan terus bahagia sehingga ke anak cucu. Dikesempatan ini juga, saya menyusun sepuluh jari, mewakili keluarga saya, memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang kecacatan sewaktu tuan-tuan menghadiri majlis tersebut, khususnya kepada mereka yang terpaksa berbaris panjang untuk mengambil makanan. Sesungguhnya hal tersebut bukanlah disengaja - ia berlaku diluar jangkaan, kerana para jemputan hadir terlalu ramai pada masa yang sama. Saya berharap agar tuan-tuan berpuas hati dengan layanan dan masakan yang telah kami sediakan. InsyaAllah blog ini akan kembali aktif dalam masa dua atau tiga hari lagi. Sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi hadir ke majlis saya. Jazakumullahu khairan kasiran wa shukran jazilan.

Comments

tahniah saudara. semoga kekal ke anak cucu
azlishukri said…
terima kasih bro...perjuangan mesti diteruskan...
Pak Lang Kiwi said…
tahniah.. semoga terus berjuang
Anonymous said…
Tahniah tuan azli...
melanau blogger said…
Salam,
sekalung tahniah buat saudara.
semoga sentiasa dirahmati dan dilindungi-Nya...
Unknown said…
taniah saudara Azli...
azlishukri said…
terima kasih sahabat seperjuanganku semua!!!
CUCU TOK WAN said…
semoga rumahtangga yang baru dibina, akan dipenuhi kasih sayang dan kemesraan sehingga ke akhirnya. Asam garam rumahtangga akan wujud... dan samalah seperti menulis blog, rajin kita 'menulis dan menganalisa', eloklah... tapi kadang-kadang kalau buat derk jer macam bloggers pakatan yang syok membaca blog sesama sendiri, rumahtangga pun boleh selamat gak cuma laki bini jenis bengong macam PAS, PKR dan DAP la...

heheheh... maaflah, itu sahaja perumpampaan yang datang ke kepala masa la nih...
pacat said…
salam tahniah.. semoga pejuangan akan lebih kental dan bersemangat seiring dengan sokongan dari insan tersayang disamping!!
Anonymous said…
Selamat pengantin baru! Semoga bahagia hingga ke akhir hayat.
blogenstarz said…
Patulah senyap aje....
Apa pun TAHNIAH dan diharapkan agar KEKAL SEHINGGA KE AKHIR HAYAT.

Orang jawa kata "Alon2"
Orang ingris kata " slow2"
Orang Cina kata "Man2"
Orang india kata "Adiq2"

Pergilah noneymoon......
Anonymous said…
tidak terlambat sy mengucapkan selamat pengantin baru semoga dimurahkan rezeki untuk mendapat anak yang ramai, dimurahkan rezeki berganda dalam menjana kehidupan serta lebih umphhh dalam menyiarkan pro n kontra politik masa kini,
Kama At-Tarawis said…
kak puteri ucapkan selamat pengantin baru. semoga aman bahagia dan kekal hingga ke akhir hayat.
Ali Abdullah said…
tahniah! selamat pengantin baru.. semoga bahagia hingga ke anak cucu. Amin.

Akan bertambahlah lagi anak pejuang warisan negara kita.
Cute Oven said…
salam tuan...tahniah semuga bahgia berpanjangan...Amin
add said…
Assalamualaikum wahai MAS dan Pasangan,, semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat,,, bukan hingga ke anak cucu sahaja,,, kalau sehingga ke anak cucu,,, bila dah dapat cucu nanti bercerai,,,, ni pesanan dari ustaz juga ni...

Walaubagaimana pun sebaik sahaja lepas "bersama" jangan lupa jenguk blog ni.... kerana perjuagan kita semua belum selesai selagi keputusan PRU 13 belum berpihak kepada kita (BN).

Kepada cik puan Azli, jangan mudah merajuk kalau abang azli asyik dok depan komputer sahaja,,,, kerana misi abang azli ni sama penting dengan misi antara cik puan dan sdr azli...

wassalam.. selamat ber dot dot dot... he he he
Anonymous said…
tahniah! selamat pengantin baru.. semoga bahagia dunia dan akhirat Amen.
PaKMie said…
Salam...

Semuga saudara Azli dan isteri berbahagia dan di redhai Allah sentiasa.

SLMT PENGANTIN BARU DRI PAKMIE.BLOGSPOT.COM

Asalamualaikum salam perjuangan..
The Informist said…
Selamat Pengantin Baru dan tahniah
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خي

means -
The Informist said…
Tahniah dan selamat pengantin baru

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
zeme said…
Salam Saudara Azli,

Tahniah dan selamat pegantin baru. Semoga diberkati dan dirahmati semuanya. Masjid yang dibina penyambung generasi ukhwah.

Wasalam.
udanggalah said…
Selamat Pengantin Baru..Selamat Berbahagia..Selamat Ke Anak Cucu...
Hariz Hussein said…
wahhh saudara azli...dah kawin yer...
hehehe...semoga berbahagia ke anak cucu....tunaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga....may both of you have a wonderful marriage

salam perjuangan..
Abdul Hayee Zabidin said…
Semoga kekal ke akhir hayat. AMIN!

Terima kasih kerana ziarah ke rumah saya bersama isteri dan ibu.
GAP KEMBALI said…
salam sahabat..

tahniah aku ucapkan. selamat pengantin baru. semoga kekal hingga ke akhir hayat..

tahniah
Nasionalis1982 said…
cukup ke 3 hari bro? hehehe...kurang2 kena cuti seminggu. Kemudian baru masuk blog.

apa2 pun, selamat pengantin baru. moga bahagia hingga ke syurga.
Unknown said…
tahniah. semoga bahagia bukan sahaja sehingga ke anak cucu, malah ke akhir hayat :)
IMANSHAH said…
tahniah bro..teruskan perjuangan..perjuangan mendapatkan zuriat jangan lupa..haha
IMANSHAH said…
tahniah bro..teruskan perjuangan..perjuangan mendapatkan zuriat jangan lupa..haha
tungkaran hati said…
Salam Salam!
Ya Allah
Satukanlah hati dua hambaMu ini sepertimana Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaika dan seperti Engkau satukan hati Muhammad SAW dan Siti Khadijah...
-Amin Ya Rabbal Alamin-
Dot said…
salam azli,

selamat melayari bahtera kehidupan bersama yg tersayang, semuga berbahagia ke anakcucu.

(aku takkan minta macam orang lain cakap 'semuga hati kamu disatukan seperti nabi yusuf & zulaikha' kerana nabi yusuf tak pernah menyintai zulaikha yg gila bayang & mendurhakai suaminya kerana cuba sedaya upaya menggoda nabi yusuf bahkan nabi yusuf memohon Allah SWT melindunginya dari godaan zulaikha & syaitan yg tersangat gilakan kekacakkan nabi yusuf..jgnlah kisah zulaikha menggilai yusuf dinobatkan sebagai cinta abadi! tolonglah jgn cetakkan lagi perkataan mcm tu di kad kahwin... tak betul pun kalau ikut sejarah nabi yusuf sendiri...sampai mati zulaikha tidak diterima nabi yusuf. tolonglaaa...mana mari ni?!)

jgn lupa kembali ke medan siber dgn lebih umphh lagi!
Salam AST,
Selamat menempuh kehidupan sebagai seorang suami, ketua keluarga dan insyallah diberi rezeki anak-anak yang baik dan soleh. Semoga saudara bahagia. Dan terus menulis blog.
Zamz said…
tahniah bro..semoga kekal hingga akhir hayat
Azizan Yaakob said…
SELAMAT PENGANTIN BARU SEMOGA KEKAL KEANAK CUCU. sALAM HORMAT SDR aZLI.S
detguaq said…
Walaupun tidak di jemput untuk menjemput sesuapa nasi minyak, Saya tetap turut tumpang gembira di atas kepencenan Azli sebagai BUJANGAN, tetapi jangan pula bila pencen dari jadi BUJANGAN, jadi BAJINGAN, tetapi menjadi suami yang setia kepada rumahtangga dan pemimpin ulung dalam kerajaan kecil bernama RUMAHTANGGA.

**Rasa macam nak naik pelamin sekali lagi...hik hik hik...
Selamat pengantin baru sdr Azli...semoga kekal ke akhir hayat....
teruna tua said…
Sdr Selamat berbahagia selepas berpengantin baru....alam baru.Disambut musim banjir pula.Hebat.....
azlishukri said…
terima kasih atas doa sahabat semua...semoga Allah membalasnya..
abidin tawau said…
selamat pengantin baru semoga bertahan sehingga akhir hayat
Kenn said…
Tahniah semoga bahagia berkekalan sepanjang hayat.

Maaf kerana agak terlambat (terlebih makan maruku dalam cuti).
Unknown said…
sALAM, WAH!!! HANSOME NYA BRO, TAHNIAH!!!! DIDOAKAN SEMUGA KE ANAK CUCU
Pok Li said…
Salam Tahniah. Semoga kekal ke anak cucu
echah_syed said…
selamat pengantin baru.. *blom terlambat kan*
Anonymous said…
Tahniah dari saya, Kadirpokya...
Maaf kerana takdapat hadir sbb kereta kena langgar pada malam yang esok harinya azli shukri today disandingkan...apa pun kadirpokya ucapkan ' welcome to the club'...
azlishukri said…
terima kasih echa dan kadirpokya...
tahniah...


selamat berbahagia...


nanti saya buat posting hehe..


ttp rasanya ramai dah tahu kan.


hehe
azlishukri said…
panglima...taiping mali pun ada datang...

Pilihan Pembaca

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Isu Tan Sri Ali Hashim : Di Sini Putih Bukanlah Warna

1. Saya mengenali bekas Pengerusi dan CEO Johor Corporation, Tan Sri Ali Hashim hampir dua tahun. Selalu berurusan dengan para pegawai kanannya dan sering pula menulis tentang perkembangan anak-anak syarikat JCorp. Sepanjang saya menjadi wartawan, saya sangat selesa bekerjasama dan begitu mudah mendapatkan pandangan dan idea daripada Tan Sri Ali Hashim. Secara jujur saya katakan, beliau merupakan salah seorang CEO yang sangat saya kagumi dan hormati. Cara dan strategi Tan Sri Ali Hashim mengIslamisasikan organisasi di bawah pentadbirannya, patut dipuji dan diberi penghargaan. 2. Walaupun apa pun yang dikatakan oleh musuh-musuhnya - ia masih belum mampu menafikan segala kebaikan dan jasa beliau dalam membina dan membangunkan JCorp, sehingga dihormati dan dikagumi oleh banyak pihak. Saya tidak tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku dalam pentadbiran JCorp sejak akhir-akhir ini. Namun demikian, saya yakin ada sesuatu yang tidak kena, sehingga Tan Sri ali Hashim bertindak meletakkan jaw