Azli Shukri
Bukan Milik Kita Lagi
Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakan blogger dan pembaca setia blog ini yang sudi meluangkan masa dan tenaga bagi memeriahkan lagi majlis perkahwinan saya pada 31 Oktober yang lalu. Semoga Allah membalas jasa baik tuan semua. Doakan juga, agar saya dan isteri akan terus bahagia sehingga ke anak cucu. Dikesempatan ini juga, saya menyusun sepuluh jari, mewakili keluarga saya, memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat sebarang kecacatan sewaktu tuan-tuan menghadiri majlis tersebut, khususnya kepada mereka yang terpaksa berbaris panjang untuk mengambil makanan. Sesungguhnya hal tersebut bukanlah disengaja - ia berlaku diluar jangkaan, kerana para jemputan hadir terlalu ramai pada masa yang sama. Saya berharap agar tuan-tuan berpuas hati dengan layanan dan masakan yang telah kami sediakan. InsyaAllah blog ini akan kembali aktif dalam masa dua atau tiga hari lagi. Sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi hadir ke majlis saya. Jazakumullahu khairan kasiran wa shukran jazilan.
Comments
sekalung tahniah buat saudara.
semoga sentiasa dirahmati dan dilindungi-Nya...
heheheh... maaflah, itu sahaja perumpampaan yang datang ke kepala masa la nih...
Apa pun TAHNIAH dan diharapkan agar KEKAL SEHINGGA KE AKHIR HAYAT.
Orang jawa kata "Alon2"
Orang ingris kata " slow2"
Orang Cina kata "Man2"
Orang india kata "Adiq2"
Pergilah noneymoon......
Akan bertambahlah lagi anak pejuang warisan negara kita.
Walaubagaimana pun sebaik sahaja lepas "bersama" jangan lupa jenguk blog ni.... kerana perjuagan kita semua belum selesai selagi keputusan PRU 13 belum berpihak kepada kita (BN).
Kepada cik puan Azli, jangan mudah merajuk kalau abang azli asyik dok depan komputer sahaja,,,, kerana misi abang azli ni sama penting dengan misi antara cik puan dan sdr azli...
wassalam.. selamat ber dot dot dot... he he he
Semuga saudara Azli dan isteri berbahagia dan di redhai Allah sentiasa.
SLMT PENGANTIN BARU DRI PAKMIE.BLOGSPOT.COM
Asalamualaikum salam perjuangan..
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خي
means -
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير
Tahniah dan selamat pegantin baru. Semoga diberkati dan dirahmati semuanya. Masjid yang dibina penyambung generasi ukhwah.
Wasalam.
hehehe...semoga berbahagia ke anak cucu....tunaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga....may both of you have a wonderful marriage
salam perjuangan..
Terima kasih kerana ziarah ke rumah saya bersama isteri dan ibu.
tahniah aku ucapkan. selamat pengantin baru. semoga kekal hingga ke akhir hayat..
tahniah
apa2 pun, selamat pengantin baru. moga bahagia hingga ke syurga.
tahniah
=)
Ya Allah
Satukanlah hati dua hambaMu ini sepertimana Engkau satukan hati Adam dan Hawa, Yusuf dan Zulaika dan seperti Engkau satukan hati Muhammad SAW dan Siti Khadijah...
-Amin Ya Rabbal Alamin-
selamat melayari bahtera kehidupan bersama yg tersayang, semuga berbahagia ke anakcucu.
(aku takkan minta macam orang lain cakap 'semuga hati kamu disatukan seperti nabi yusuf & zulaikha' kerana nabi yusuf tak pernah menyintai zulaikha yg gila bayang & mendurhakai suaminya kerana cuba sedaya upaya menggoda nabi yusuf bahkan nabi yusuf memohon Allah SWT melindunginya dari godaan zulaikha & syaitan yg tersangat gilakan kekacakkan nabi yusuf..jgnlah kisah zulaikha menggilai yusuf dinobatkan sebagai cinta abadi! tolonglah jgn cetakkan lagi perkataan mcm tu di kad kahwin... tak betul pun kalau ikut sejarah nabi yusuf sendiri...sampai mati zulaikha tidak diterima nabi yusuf. tolonglaaa...mana mari ni?!)
jgn lupa kembali ke medan siber dgn lebih umphh lagi!
Selamat menempuh kehidupan sebagai seorang suami, ketua keluarga dan insyallah diberi rezeki anak-anak yang baik dan soleh. Semoga saudara bahagia. Dan terus menulis blog.
**Rasa macam nak naik pelamin sekali lagi...hik hik hik...
Maaf kerana agak terlambat (terlebih makan maruku dalam cuti).
Maaf kerana takdapat hadir sbb kereta kena langgar pada malam yang esok harinya azli shukri today disandingkan...apa pun kadirpokya ucapkan ' welcome to the club'...
selamat berbahagia...
nanti saya buat posting hehe..
ttp rasanya ramai dah tahu kan.
hehe