Skip to main content

Wan Azizah Dirayu Berundur : Tumpu Perhatian Kepada Ibadah


Wan Azizah Dirayu Berundur
Tumpu Perhatian Kepada Ibadah

Saya berpandangan, sudah tiba masanya Wan Azizah menarik diri daripada mempertahankan jawatan Presiden PKR. Beliau sebenarnya sudah tidak sanggup lagi untuk bergelumang dengan politik kotor PKR. Malah, rasanya sudah sampai waktu untuk Wan Azizah menumpukan sepenuh perhatian untuk beribadah kepada Allah. Lepaskan sahaja jawatan Presiden PKR kepada Zaid Ibrahim. Zaid lebih layak mengemudi PKR dengan lebih baik dan berkesan.

PKR memerlukan seorang pemimpin yang bukan lagi menjadi pak turut kepada sesiapa pun. Percayalah PKR memerlukan suntikan idealisme dan prinsip perjuangan yang jelas dan tidak lagi tersepit di celak ketiak Anwar Ibrahim untuk selama-lamanya. Perjuangan PKR jauh lebih besar daripada impian peribadi Anwar Ibrahim, yang berhajat untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Pada hari ini, hanya Zaid sahaja yang mampu mengubah PKR menjadi lebih baik dan harmoni.

Wan Azizah mesti mengundurkan diri - dan berilah laluan mudah untuk Zaid Ibrahim menjadi Presiden PKR yang baru. Masih belum terlambat untuk Wan Azizah berundur. Semua orang tahu, sesungguhnya Wan Azizah sudah terlalu "letih" dengan dunia politik Anwar Ibrahim yang tidak kunjung selesai. Cukuplah, pergilah berehat dan tumpukanlah perhatian mencari Allah yang Maha Besar - serahkanlah jawatan Presiden parti kepada mereka yang benar-benar layak dan berkemampuan. Sesungguhnya, Wan Azizah telah gagal menjadi presiden parti yang dihormati lagi disegani oleh seluruh ahli PKR akar umbi. Justeru itu - berundurlah Kak Pah! Baca artikel tulisan Rosli Ismail di bawah :

1. Perhatian kini bertumpu sepenuhnya pada move Datuk Zaid Ibrahim.Ini setelah harapan untuk menjadikan Nurul Izzah sebagai ayam tambatannya berentap di arina Timbalan Presiden PKR tiba-tiba lenyap bila anak Datuk Seri Anwar Ibrahim didapati tidak layak bertanding jawatan itu. Sama ada beliau memberi reaksi segera atau tidak langkah Zaid dalam percaturan pemilihan PKR akan diketahui pada Sabtu 16 Oktober – tiga hari dari sekarang, yakni tarikh tutup dimana semua calon perlu mengesahkan penerimaan pencalonan dan jawatan yang hendak ditandingi.

2. Soalnya apakah Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan ini nak tunggu hingga saat akhir untuk respon setelah menghadapi fiasco Nurul Izzah. Zaid kini mempunyai tiga pilihan sama ada menarik diri dari bertanding,terus bertanding Timbalan Presiden atau naik lagi atas bertanding jawatan Presiden.

3. Ini yang menjadi teka teki semua ahli PKR sekarang. Logiknya kalau beliau memegang pada janji asalnya tidak akan bertanding jika Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim masuk jawabnya tinggal dua pilihan saja baginya – tarik diri atau tanding jawatan Presiden. Dalam kalangan yang rapat dengan Zaid dan tahu stailnya ‘ yang tak peduli sapa’ lebih meletakan taruhan mereka beliau akan langgar jawatan nombor satu. Zaid dikatakan mahu sangat berentap dengan Anwar yang turut dicalonkan untuk jawatan Presiden.

4. Masalahnya bagaimana dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail? Anwar sendiri berkali-kali kata beliau tidak mahu bertanding apa-apa jawatan kerana nak kekal sebagai Ketua Umum PKR saja. Sanggupkah Zaid langgar Wan Azizah? Ada juga pemerhati PKR meragui kemungkinan itu. Cuma ada satu ruang kecil pada kemungkinan Zaid bertanding juga Timbalan yakni Khalid tarik diri. Menteri Besar Selangor itu ketika mengumumkan hajatnya bertanding jawatan itu telah menyerahkan kepada jawatankuasa pelobinya menentukan disaat akhir nanti perlu ke tak perlu beliau terus bertanding.

5. Namun melihat pada setup jenteranya yang serba serbi lengkap kemungkinan beliau tarik diri nampak macam kabur. Ada juga yang membuat andaian orang yang paling tersepit dalam percaturan pemilihan PKR sekarang ialah Zaid. Beliau tiba-tiba nampak keseorangan. Ikut ceritanya ramai kalangan ahli PKR yang masih blur mengapa beliau jolok Nurul agar bertanding jawatan Timbalan. Tidak ramai yang dapat baca nawaitu beliau.

6. Ada yang kata Nurul sendiri seram sejuk dibuatnya kerana lebih berminat nak bertanding jawatan Naib Presiden. Malah pengumuman beliau tiada kelayakan bertanding jawatan Timbalan kerana cuma dapat satu pencalonan saja ( wajib dua) dianggap satu blessing . Sumber PKR memberitahu rating Khalid tiba-tiba naik mendadak kebelakangan ini melihat pada nama-nama mereka yang backing beliau. Nurul dikatakan salah seorang darinya.Juga jangan lupa pada Wan Azizah yang diketahui ‘ banyak kurang’ dengan Azmin.

7. Sekalipun mendapat pencalonan terbanyak sekali Azmin dikatakan jadi makin tak senang duduk dengan perkembangan terbaru ini walaupun nampak tenang-tenang terbang menghadiri program bersama Anwar ke Jakarta. Mungkinkah Zaid angkat bendera putih dan mengerakan jenteranya backing habis Khalid untuk menentang Azmin bagi jawatan nombor dua?

8. Zaid sudah kata beliau sanggup tarik diri jika Nurul bertanding Timbalan.Beliau juga pernah berjanji tak bertanding jika Khalid masuk. Soalnya mahukah Zaid yang sampai ke hari ini masih terus mengadakan ‘ pertemuan ramah mesra’ dengan orang-orang di cabang PKR di sana sini tiba-tiba giveup . Makanya jangan tolak kemungkinan beliau memilih ‘ mati bergaya’.

Comments

zainalsamsudin said…
Kak Wan Berundurlah , Semua Orang tahu kak Wan dah Letih dah...Dulu Kak Wan Menjadi Idola kpd Segenap Wanita kerana Persenaliti Kak Wan ... Tapi kini mungkin tak kurang jugak yang benci dengan tingkah laku kak Wan yg taat tak tentu pasal dengan suami. ambil saja keputusan untuk memulihkan diri kakWan demi masa depan negara , agama dan bangsa yang sama2 kita cintai.. hari pun dah makin hampir....
Anonymous said…
Dah lah tu kak Jah, dok rumah main ngan cucu lagi baik. Kubur kata mari, anak2 dah kata Pi. Tak kan nak dok buat ceramah politik lagi kut. Cukuplah mak2 kami kena bayar RM10 setiap kali orang2 hang mai rumah dok jemput pi dengar ceramah hang. Bayangkan nak dengar ceramah kena bayar RM10. Gila betul...

..anak mukim permatang pauh
Unknown said…
Salam, bro, AN war tak senang - senang nak lepaskan kekuasaan empayernya dalam PKR Sdn. Bhd.

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

UMNO ke Arah Pemulihan?

UMNO KE ARAH PEMULIHAN? Semalam, Datuk Norza Zakaria, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dihadap ke mahkamah atas tuduhan rasuah untuk pemilihan parti hujung bulan ini. Saya tidak mahu banyak komen dalam hal ini. Saya percaya ramai lagi yang terlibat - dan yang dituduh pasti akan mendakwa bahawa mereka teraniaya, sebelum ini Datuk Seri Azalina Othman turut menerima nasib yang sama apabila pegawai kananya ditemui bersama dengan wang berjumlah RM70 000 dan disyaki untuk tujuan politik wang. Saya agak sedih jika begini keadaan UMNO, di saat-saat UMNO memerlukan pemimpin yang bersih dan ikhlas dalam mengemudi parti tersebut pada hujung bulan ini. Pemimpin-pemimpin UMNO harus faham, fitnah terjadi kepada UMNO adalah disebabkan sikap mereka yang memudahkan orang ramai memandang negatif kepada UMNO. Hentikan perbuatan memberi duit untuk mendapatkan sokongan. Manakala para perwakilan pula, tolong hentikan perbuatan meminta wang dan imbuhan daripada calon-calon tertentu,- semua ini jelas h

Semua Bloggers Pro-Mukhriz Diminta Memberi Sokongan Moral

MEMBERI SOKONGAN MORAL KEPADA DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Saya sudah katakan, bahawa Khairy mempunyai masalah, dan terlibat dalam "isu" yang selama ini dilaung-laungkan oleh pihak akar umbi, apabila lembaga disiplin memberi amaran kepada Khairy dengan sebegitu rupa, sebentar tadi apakah kita masih mahu memilih Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia? Saya sudah berkali-kali menjelaskan dalam blog saya ini, dari tahun lepas lagi bahawa Khairy telah gagal sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO, dan sekarang buktinya telah jelas. Saya menyeru kepada semua ahli UMNO memberi sokongan kepada Datuk Mukhriz Mahathir sebagai KETUA PEMUDA UMNO yang baharu, Dan sekarang dengan secara rasminya, saya membuka peluang kepada seluruh bloggers meletakkan komen sokongan anda ke blog ini secara besar-besaran, sebagai satu usaha menyokong Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Ketua Pemuda. Amaran , mana-mana komen yang cuba membuat provokasi, akan dipadam, hanya komen yang memberi sokongan moral kepada Datuk Mukh