Skip to main content

UMNO Nyanyuk? Tidak Ingat Lagi Tahun Yang Ke Berapa Perhimpunan?

UMNO Nyanyuk? Tidak Ingat
Tahun Yang Ke Berapa Perhimpunan?

1. Ada satu soalan penting, siapa tahu, tahun ini, tahun yang ke berapa kali Perhimpunan Agung UMNO telah diadakan? Rasanya mungkin ramai ahli UMNO sendiri yang tidak mampu menjawab. Saya bangkitkan isu ini kerana ia sudah mula dipertikaikan oleh sesetengah pihak. Bahkan seakan-akan terdapat kekeliruan dalam hal yang sangat remeh seperti ini. Kita tidak mahu pembangkang menjadikan isu tersebut untuk menggambarkan seolah-olah "UMNO Sudah Nyayuk" dan pelupa.

2. Urus setia UMNO Pusat harus prihatin dengan isu seperti ini, agar parti kesayangan kita tidak terus-menerus dilayak dan diketawakan oleh parti pembangkang, semata-mata hal-hal yang sangat kecil seumpama ini. Selesaikan segera, sebelum terlambat. Baca Laporan di bawah : Jadi, ada sesiapa yang boleh tolong jawabkan?

KUALA LUMPUR, 19 Okt (MalaysiaAktif) -- Dalam kesibukan jentera UMNO menyambut dan meraikan hampir 5,000 anggota perwakilan ke Perhimpunan Agung UMNO 2010, timbul tanda tanya perhimpunan kali ini sebenarnya yang ke berapa?

Akhbar The Star menghitungnya sebagai perhimpunan UMNO kali ke 61, sementara Utusan Malaysia menganggapnya sebagai yang ke 64. Ada pula pihak yang berpendapat ia yang ke 59 dan ada yang langsung tak menyebut langsung yang ke berapa. Setelah berminggu-minggu melabelkan perhimpunan 2010 sebagai yang ke 64, apabila sampai di nadi majlis tersebut, iaitu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kita disambut papan tanda yang mengumumkan ia sebagai yang ke 61.

Justeru, memandangkan kekeliruan ini timbul persoalan mengenai saranan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak supaya diterapkan Model Politik Baru bagi memastikan kelangsungan UMNO sebagai parti yang menerajui pemerintahan negara. Baik juga tu, tetapi sebelum menghalusi kaedah-kaedah ke arah matlamat tersebut, apa kata seluruh warga UMNO duduk semeja memutuskan sudah berapa lama perhimpunan tahunan parti itu di adakan.

Maksudnya, elok jugak kita belajar mengira dulu...

Comments

Sudir said…
Rasanya tahun ke berapa perhimpunan tak penting.
azlishukri said…
sudir, saya bimbang hal yang tampak remeh-temeh inilah bakal menjadi modal besar pembangkang...
anaklangkawi said…
Salam.. Blog saudara telah dipaut..
Admin said…
Bro! UMNO asal yang ditubuhkan tahun 1949 sudah dibatalkan pendaftarannya pada tahun 1980-an (kalau tak salah 82) Jadi sekarang ini sebenarnya UMNO baru yang ditubuhkan semula oleh Tun Dr. Mahathir. Tu yang buat depa confuse, nak kira dari UMNO lama ke UMNO baru...!
Anonymous said…
tahun terakhir berhimpun...kalau tak buang liabiliti dlm UMNO...KP khasnya..
tebing tinggi said…
Kekeliruan mengambarkan dengan jelas betapa ahli UMNO menjiwai perjuangan mereka bukan menjiwai perjuangan UMNO.
UMNO hanya seperti tongkat kapada mereka,yang akan dibuang apabila tidak perlu digunakan lagi dan juga akan membuangnya sekiranya "tongkat" tadi sudah tidak membantu.
Begitulah UMNO dipergunakan hari ini, bukan diperjuangkan.


1sekolah>1bahasa>1Malaysia
Idus said…
Kalau dibaca daripada keputusan diatas, nampaknya The Star yg betul. Memang UMNO ni alat. Tapi alat pun kena jaga dgn baik. Kena sentiasa tengok manuals. Kerana alatlah UMNO dibatalkan pendaftarannya dan diperbaharui dgn nama UMNO BARU. Biasa le, yg jadi macam ni pun bukannya kerja ahli tapi pemimpin; kita sekarang bukan jaga ketuanan melayu, tapi jaga tuan2 melayu.....Sudah Makan?

Pilihan Pembaca

MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 8 : Kenapa Bukan Khairy Memilih pemimpin bukanlah seperti memilih pakaian. Mana-mana yang kita berkenan, maka kita terus memilih dan membeli tanpa banyak berfikir. Memilih pemimpin juga bukanlah seperti memilih makanan yang mana-mana kita suka, maka kita terus makan, tanpa banyak berfikir. Tetapi, memilih pemimpin adalah umpama memilih seorang isteri atau seorang suami. Mesti kenal dan mesti pastikan bahawa calon isteri atau suami tersebut memahami diri dan mengetahui hati budi kita yang sebenar. Begitu juga dalam memilih seorang pemimpin, sebelum kita memilih seseorang pemimpin, seharusnya kita fahami terlebih dahulu siapakah pemimpin yang hendak kita pilih itu. Bukan boleh main ikut suka atau ikut hati semata-mata. Kita seharusnya melakukan analisis terlebih dahulu, layak atau tidak seseorang itu memegang sesuatu jawatan yang sedang dipertandingkan. Hal ini adalah kerana, jawatan adalah amanah dan tanggungjawab. Jika salah kita memilih, maka akan hancurlah ses...
KENALI DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Siri Pertama "Saya membesar seperti kanak-kanak lain." Oleh Muhammad Azli Shukri Menelusuri kehidupan zaman remaja Datuk Mukhriz Mahathir, sangat teruja. Anak ketiga kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad ini begitu ceria sewaktu membicarakan zaman remajanya kepada penulis. “Zaman remaja saya penuh dengan keriangan, saya seperti kanak-kanak lain, hidup dalam budaya Melayu yang sangat menekankan soal adat dan agama Islam.” Ujar Mukhriz ketika memulakan perbualan. “Saya dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan pendidikan dan agama, ayah saya Tun Mahathir sangat tegas dalam pendidikan kami. Walaupun beliau sibuk sebagai ahli politik, namun pendidikan anak-anaknya sangat diambil berat.” Sambung Mukhriz lagi. Menurut beliau, zaman remajanya sangat menarik untuk dikongsi bersama. Walaupun keluarga Mukhriz sangat dihormati oleh masyarakat pada ketika itu, kerana Tun Mahathir merupakan seorang doktor perubatan, namun hubungan...
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 11 : Bukan Salah En. Jamaluddin Saya sebenarnya malas untuk mengulas isu debat yang dilaung-laungkan oleh Khairy Jamaluddin (KJ) sejak cadangan tersebut beliau utarakan di media massa. Pada hemat saya, berdebat untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, seperti yang disarankan oleh beliau hanyalah sia-sia, dan sama sekali tidak akan mencapai objektif yang diharapkan. Sebelum kita pergi jauh, sebab musabab mengapa saya tidak bersetuju dengan debat ini haruslah diketahui terlebih dahulu dan kemudian kita bisa menganalisisnya secara jujur. kita harus tahu apakah matlamat utama debat yang begitu diminati oleh KJ ini? selepas mengetahui matlamatnya, barulah dibincangkan apakah debat tersebut mampu mengukuhkan UMNO dan menarik minat orang muda kembali kepada UMNO, jika tidak, lupakan sahaja. Orang luar daripada UMNO tidak tahu apakah kesan debat ini terhadap imej dan nama UMNO itu sendiri. Mereka mungkin menyokong agar debat calon-calon ketua Pemuda UMNO M...