Skip to main content

Terima Kasih Tuan!

Terima Kasih Tuan!

Berikut ialah intipati Bajet 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat hari ini, Soalnya sekarang, bagaimana pula dengan bajet kita?

1. Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh yang dijangka siap pada 2025.

2. Pembinaan projek bersepadu "Warisan Merdeka" dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015.

3. Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta.

4. Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.

5. Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.

6. RM85 juta untuk membina kemudahan infrastruktur bagi membolehkan hotel dan resort peranginan di kawasan pedalaman yang berpotensi menarik pelancong.

7. RM50 juta bagi membina beberapa laluan pejalan kaki berbumbung di kawasan lingkaran KLCC-Bukit Bintang.

8. Pembangunan resort bersepadu eco-nature pertama di dunia bernilai RM3 bilion oleh Nexus Karambunai di Sabah bermula tahun depan.

9. Pemansuhan duti import ke atas 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan pada kadar 5 peratus sehingga 30 peratus bagi menjadikan Malaysia destinasi utama membeli-belah di Asia.

10. RM119 juta untuk membangunkan penciptaan kandungan tempatan, hosting kandungan tempatan dan pembukaan saluran baru untuk kandungan.

11. Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.

12. RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan wilayah.

13. RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi, aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai landasan peningkatkan aktiviti nilai ditambah dalam setiap bidang ekonomi.

14. Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.

15. RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.

16. Kadar cukai perkhidmatan dicadang dinaikkan satu peratus kepada enam peratus untuk menjamin kesejahteraan masa hadapan negara.

17. Cukai perkhidmatan juga dicadang dikenakan ke atas perkhidmatan penyiaran TV berbayar.

18. Meningkatkan penguatkuasaan dan pengauditan serta memperluaskan liputan ke atas semua pihak yang sepatutnya membayar cukai bagi memantapkan kutipan hasil.

19. Menyusun semula dan memperkukuhkan aspek pendidikan dan latihan dengan belanja mengurus RM29.3 bilion untuk Kementerian Pelajaran, RM10.2 bilion (Kementerian Pengajian Tinggi) dan RM627 juta (Kementerian Sumber Manusia).

20. Menubuhkan "Talent Corporation" di bawah Jabatan Perdana Menteri pada awal 2011 untuk membangunkan pangkalan data tenaga kerja berkepakaran serta menjalin kerjasama dengan jaringan bakat di seluruh dunia.

Comments

Anonymous said…
Bersyukurlah apa yang diberikan. Walaupun penjawat awam berharap dapat 2 bulan bonus atau 10%-30% kenaikan gaji diberikan tahun depan. Jika diteliti dapat juga RM500 diberikan. Mungkin lain-lain kelebihan tidak dalam bentuk pemberian RM direct kepada kita tetapi ada peluang dan benefit lain dalam bentuk lain diberikan seperti pengurusan jenazah, cuti bersalin wanita, pinjaman perumahan dll. Bagi mereka yang sentiasa tidak bersyukur dan mencari salah kerajaan, mereka ini jangan dilayan kerana orang yang baik sentiasa bersyukur apa yang diberi.
udanggalah said…
Bagi yang tak tahu bersyukur beri banyak mana pun tak cukup...!
Anonymous said…
Bagi yang "AMBU" atau "Anak Melayu Benci UMNO", semua faedah diatas jangan kelapaq atau kebuloq nak ambik pulak. Kutuk macam2 semua Kerajaan buat salah, bila bagi insentif tak malu pulak nak ambik. Aku challenge jangan ambik... Kalau ambik makna hampa betul2 anjing.
Abdul Hayee Zabidin said…
Bersyukur kepada ALLAH dan berterima kasih sesama insan. Berterima kasih kepada kerajaan. Kerajaan BN.

Terima kasih PM. Terima kasih Dato Seri Najib.
badol said…
cukai naik yg membebankn dikatakn perlu bersyukur..ko la yg anjing sbnrnya.
Anonymous said…
Tksh sdra Azli.Salam
Anonymous said…
Hopefully, good goodies come with good delivery. RM5 billion utk bina bangunan 100 tingkat, dari duit PNB ? Satu lagi monumen macam kat mesir purba ? Dan, RM111 juta utk PERMATA, angka yg begitu menarik, gitu ?

DR NO
Ryzal72 said…
Assalamualaikum,
Hmmm....why PERMATA so special lor!. "Bagaimana dgn anak Pakcik yang bukan PERMATA, yang hanya ARANG BAKAU jea....adakah peruntukan untuk mereka".- Kata Orang Kedai Kopi.
azlishukri said…
terima kasih komen tuan2 semua
Anonymous said…
ada yg bagi komen tak nak sokong bn/umno dah pru13 krn tak ada bonus. bangang punya manusia, ada jaminan ke jika ko tukar kerajaan skrg ko akn dpt yg lbh baik? tengoklah apa yg berlaku kat kedah dan selangor tu, entah2 gaji dan kerja ko pun hilang, padan muka dah masa tu, ko sendiri yg bakaq kelambu ko....
Pian said…
Terima kasih apa yg diberi.Dok tengok pi mai pi mai kakitangan kerajaan juga gabus.RM 500 bulan disember ini.Cuti wanita bersalin sampai 90 hari.Emak aku dulu motong getah mengandung adik aku.Lepas itu kandak susu getah turun bukit.Balik masak pula.Petang cari kayu api.Kemudia angkut ayak dari telaga.Begitulah bertuah nikmat merdeka dan kerajaan BN.Cumanya emak aku dulu tak reti main politik.walau pun begitu aku harap tolonglah pemimpin dibawah yg diamanahkan itu berlaku adil dan saksama pada lapisan masyarakat yang wajib ditolong terutama orang miskin.Jangan perancangan cukop elok dan menarik.Tapi sampai pada perlaksanaan berlaku kezaliman dan kejurangan pada rakyat.Dato Najib kena pantau semua ini.Jangan sekali-kali menzalimi orang miskin yang terinaya.Kerna doa orang miskin yg terinaya di makbul oleh Allah.Beringat wahai semua pemimpin yang diamanah segala tugas.
Anonymous said…
9. Pemansuhan duti import ke atas 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan pada kadar 5 peratus sehingga 30 peratus bagi menjadikan Malaysia destinasi utama membeli-belah di Asia.

ini bajet utk Rosmah!!
Anonymous said…
cuti bersalin 90 hari.. dulu kerajaan kelantan buat, puak2 umno melenting bagai!! sekarang tiru pulak!! banyak dah dia tiri kerajaan kelantan yang pada mulanya wira2 umno ni bersilat menyanggah..Akhirnya dijadikan tauladan pulak!!
Anonymous said…
Fokus kerajaan tersasar : Pusat Anak Permata Negara (PERMATA) yang hanya dinikmati oleh segelintir kecil pihak dan masih diperingkat percubaan menikmati dana sebanyak RM111 juta, berbanding dengan RM 100 juta untuk meningkatkan taraf hidup orang asli dan Peribumi, dan lebih parah lagi berbanding peruntukkan RM95 juta yang diperuntukkan sebagai bantuan per-kapita untuk sekolah agama rakyat (SAR) rendah dan menengah
Anonymous said…
bajet kerajaan yang amat perihatin menjelang pilihanraya.. itu pun banyak lagi compang-campingnya. cuba kalo takde pilihanraya...

Hmm... pasal minyak knape tak masuk dalam bajet ya sebagaimana tol.

Pilihan Pembaca

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

Yang Mana Satu?

Fikir-fikirkan...yang mana satu Allahyarham Baharuddin Ahmad, Baharuddin meninggal di KLCC, tetapi gambar yang dikatakan sebagai arwah itu diambil di Hentian Puduraya, cuba lihat gambar kedua tersebut, tertera di belakangnya tertulis Puduraya. Baca juga penjelasan menarik daripada sahabat saya di sini... Double Y

Isu Tan Sri Ali Hashim : Di Sini Putih Bukanlah Warna

1. Saya mengenali bekas Pengerusi dan CEO Johor Corporation, Tan Sri Ali Hashim hampir dua tahun. Selalu berurusan dengan para pegawai kanannya dan sering pula menulis tentang perkembangan anak-anak syarikat JCorp. Sepanjang saya menjadi wartawan, saya sangat selesa bekerjasama dan begitu mudah mendapatkan pandangan dan idea daripada Tan Sri Ali Hashim. Secara jujur saya katakan, beliau merupakan salah seorang CEO yang sangat saya kagumi dan hormati. Cara dan strategi Tan Sri Ali Hashim mengIslamisasikan organisasi di bawah pentadbirannya, patut dipuji dan diberi penghargaan. 2. Walaupun apa pun yang dikatakan oleh musuh-musuhnya - ia masih belum mampu menafikan segala kebaikan dan jasa beliau dalam membina dan membangunkan JCorp, sehingga dihormati dan dikagumi oleh banyak pihak. Saya tidak tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku dalam pentadbiran JCorp sejak akhir-akhir ini. Namun demikian, saya yakin ada sesuatu yang tidak kena, sehingga Tan Sri ali Hashim bertindak meletakkan jaw