Skip to main content

Tahniah, Yang Lain Bila Lagi?

ADUN kawasan Malim Nawar, Keshvinder Singh yang sebelum ini keluar daripada DAP untuk menjadi wakil Bebas yang menyokong BN, mengumumkan beliau akan menyertai Parti Progresif Penduduk (PPP). Katanya, beliau memutuskan untuk menyertai parti komponen BN itu selepas dipelawa oleh Naib Presiden PPP Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff.


Permohonan akan dikemukakan selepas Presiden PPP Datuk M Kayveas balik dari luar negara tidak lama lagi, katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Yayasan Bina Upaya (YBU) dan Institut Darul Ridzuan di Ipoh. Keshvinder mengisytiharkan keluar daripada DAP pada 15 Jun lalu.

"Setelah mengambil kira PPP adalah sebuah parti yang dianggotai pelbagai kaum dan sesuai dengan jiwa saya maka saya menerima pelawaan itu," katanya.

Sementara itu, menteri besar Perak yang juga pengerusi BN Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir ketika ditemui pada majlis sama, menyifatkan hasrat Keshvinder itu sebagai keputusan yang bijak. Beliau berkata BN sentiasa mengamalkan dasar pintu terbuka untuk menerima sesiapa saja untuk menyertainya asalkan mereka bersedia menerima perjuangan BN.

Keshvinder adalah ADUN DAP kedua keluar parti itu selepas ADUN Jelapang, Datuk Hee Yit Foong, awal tahun lalu, juga mengambil tindakan yang sama sehingga menyaksikan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tumbang.

Pada pilihan raya negeri 2008, Keshvinder Singh mengalahkan calon Barisan Nasional Dr Chai Song Poh dengan majoriti 1,362 undi.

Dengan keputusan itu, bilangan pembangkang di dewan undangan negeri Perak sekarang ini adalah 27 orang berbanding 29 yang dikuasai oleh Barisan Nasional manakala wakil Bebas yang mesra BN pula adalah 3 orang.

Comments

Fadzrul Hisyam said…
Walaupun gembira dengan mendapat pejuang baharu, jangan lupa...UMNO ibarat keseorangan apabila MIC, MCA, & Gerakan masih belum bercambah sejak PRU-12 yang lalu...

Apabila UMNO nampak lebih menyerlah ditambah dengan Perkasa yang semakin kuat, kemungkinan akan timbul Melayufobia di kalangan pengundi bukan Melayu. MIC, MCA, Gerakan patut lebih cergas.
Unknown said…
Salam, senang ke zambry nak kepong tu.

Pilihan Pembaca

Kebenaran Tanpa Penghujung Oleh Muhammad Azli Shukri "Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya." - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki. Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia- lebih gemar mendengar khabar a...

Dari Kuala Kangsar Ke Bukit Gantang

Dari Kuala Kangsar ke Bukit Gantang Saya terpanggil bagi menjawab beberapa tuduhan liar Datuk Seri Nizar di Kemunting semalam, dengan mendakwa bahawa rakyat di Bukit Gantang harus menolak BN beralaskan kepada beberapa alasan tersebut : 1. BN/UMNO mengamalkan politik perkauman. 2. BN/UMNO mengugut rakyat. Kedua-dua hujah yang dikemukakan oleh Nizar semalam begitu jelas menggambarkan kegoncangan hati dan emosi beliau selama ini. Saya sangat berkeyakinan bahawa Nizar merupakan seorang yang baik - tetapi malang kerana terpengaruh dengan gaya politik PAS selama ini, akhirnya beliau menjadi kasar serta terikut-ikut dengan rentak dan gaya pemimpin PAS yang lain. Benarkah UMNO mengamalkan politik perkauman? Jawapannya mudah UMNO hanyalah sebuah parti yang percaya bahawa asal Malaysia ini adalah hak orang Melayu, lantaran itu terkandung di dalamnya beberapa hak yang harus ada kepada penduduk asalnya. Dan UMNO hanya mempertahankan hak bangsanya sahaja. "Hak" bermaksud kepunyaan wajib ...

Daripada Rakyat Kepada Rakyat : Ke mana Mukhriz Selepas Ini?

Daripada Rakyat Kepada Rakyat Kita harus bersyukur - sesungguhnya "Kem Kebenaran" sudah menang. Setidak-tidaknya gandingan Datuk Seri Najib bersama Tan Sri Muhyiddin sangat sesuai dan mampu meneruskan perjuangan UMNO. Setakat ini, nampaknya kumpulan bersih telah berjaya mewarnai dan menerajui kepimpinan tertinggi UMNO - walaupun saya agak kecewa sedikit dengan kekalahan Datuk Seri Rais Yatim dan Datuk Mukhriz Mahathir. Namun demikian, suara lantang masih wujud di dalam UMNO. Datuk Seri Shahrizat dalam ucapannya setelah bergelar Ketua Wanita UMNO, turut mengucapkan terima kasih beberapa kali kepada Tun Mahathir - kerana banyak menyokongnya dalam dunia politik. Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Najib juga dikatakan sangat rapat dengan Tun Mahathir - ini menandakan, InsyaAllah mungkin banyak idea dan pandangan Tun Mahathir akan didengari selepas ini. Saya ucapkan tahniah juga kepada Datuk Seri Hishamuddin, Datuk Syafie Apdal dan Datuk Seri Zahid Hamidi kerana berjaya seperti mana...