Skip to main content

Tahniah Syed Mokhtar Al-Bukhary


Tahniah
Syed Mokhtar Al-Bukhary

Antara tokoh korporat yang saya kagumi ialah Syed Mokhtar Al-Bukhary. Berita terkini berkenaan hasrat beliau untuk membeli UEM Group sangat dialu-alukan. Seharusnya umat Islam di Malaysia mencontohi akhlak dan cara Syed Mokhtar berniaga. Inilah tokoh korporat yang diperlukan pada masa kini. Syabas Syed Mokhtar!

KUALA LUMPUR, 5 Okt – Khazanah Nasional Berhad mengesahkan yang ia sedang meneliti tawaran jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary mahu membeli Kumpulan UEM Berhad, konglomerat yang menguruskan pemegang konsesi lebuh raya PLUS dengan mengambil kira rekod kewangan beliau.

Pengarah urusan Khazanah Tan Sri Azman Mokhtar berkata, kerajaan telah pun menerima cadangan daripada syarikat Syed Mokhtar, MMC Corp Berhad untuk mengambil alih syarikat tersebut. “Khazanah akan melihat pada semua aspek cadangan,” kata beliau.

“Kami juga akan melihat soal situasi apa jua cadangan yang dikemukakan dan rekod latar belakang pembeli,” kata beliau di sini hari ini. Laporan media yang tidak disahkan menyebut tawaran itu bernilai RM15.6 bilion. Semalam, MMC memaklumkan Bursa Saham bahawa ia telah memanjangkan tawaran mahu membeli UEM kepada kerajaan tetapi belum memaklumkan kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) agar menyertai konsortium usaha tersebut.

Laporan The Malaysian Insider semalam menyebut Syed Mokhtar dipercayai telah menulis kepada Putrajaya untuk mendapatkan tanah seluas 1,200 hektar di Sungai Buloh dan pusat latihan polis di ibu negara - sebahagian daripada usaha beliau mahu mengambil alih konsesi-konsesi lebuh raya PLUS.

The Malaysian Insider difahamkan, MMC telah mengemukakan bidaan itu kepada Kementerian Kewangan Ogos lalu dan perkara tersebut telah dibawa kepada perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan. Kumpulan UEM Berhad dimiliki oleh Khazanah, badan pengurusan pelaburan kerajaan.

Bidaan mendapatkabn UEM hanya salah satu daripada beberapa usaha digerakkan oleh jutawan kelahiran Kedah ini. Difahamkan Syed Mokhtar juga telah menulis kepada kerajaan untuk membeli tanah seluas 1,200 daripada 3,000 hektar miliki Institut Penyelidikan Getah (RRI) di Sungai Buloh untuk dibangunkan oleh pentadbiran Najib di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP). Selain itu, juga difahamkan tokoh perniagaan ini juga mahu mendapatkan Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak di sini, yang menempatkan Muzium Polis dan pusat logistiknya untuk dimajukan.

Comments

Anonymous said…
Zaman Rasulullah SAW dan Sahabat dulu, baitul-mal dan perbendaharaan negara kaya, rakyat hidup sederhana dengan kemahuan mereka sendiri. Jangan jadi negara miskin, rakyat kaya, itu pun dalam segelintir kelompok elitis sahaja.
Macam cerita nak wujud 1000 jutawan melayu dulu (kononnya angsa bertelur emas), tapi makan sorang !

DR NO
Unknown said…
Salam, Setidaknya ramai dikalngan rakyat yang mendapat limpah seperti pekerjaan kebanyakannya dikalangan kaumMelayu yang diwujudkan oleh konglomerat2 terutamanya seperti Syed Mokhtar, kita bangga atas usaha bermula dari budak kampong yang membantu keluarga menternak kambing berjaya hingga kepuncak gading. ramai lagi yang telah dan sedang menjejaki langkah Syed Mokhtar, usaha sekuat - kuatnya tangga kejayaan, peluang terbuka pada semua hanya kebijaksanaan dan berusaha yang perlu. tahniah Syed Mokhtar.
Anonymous said…
Bagus kalau memberi peluang kepada melayu melayu untuk maju. Jangan jadi seperti setengah2 yg mempunyai boss melayu tapi jawatan2penting diberikan kepada yg anti melayu. Melayu jadi kuli2 saja.
Anonymous said…
Alhamdullillah, syukur kita kahadrat ALLAH swt kerana telah melahirkan saorang bernama Syed Mokhtar Al-Bukhary untuk menebus meruah umat Islam (Melayu) yang telah berjaya di dalam bidang perniagaan. kita sama sama berdoa agar beliau dapat terus melangkah maju membela nasib bangsa dan negara dan tidak lari dari tuntutan agama amin.
ikan emas said…
Amat berharap agar suatu hari nanti nama ini akan melonjak ke tempat Pertama dalam Senarai Paling Kaya di negara ini malah di Asia dan Dunia !!!!

Tumpang bangga teramat !
Anonymous said…
aku bangga dengan Syed Mokhtar seorang jutawan yang tidak pernah lokek memulangkan kekayaan kepada rakyat semula...kenalilah beliau sebelum memberi ulasan yang negatif..
udanggalah said…
Aku juga tumpang bangga.
Anonymous said…
ALHAMDULILLAH! HIDUP ISLAM! HIDUP MELAYU!
Anonymous said…
Kita tak mahu jutawan melayu yg lahir daripada skim 'tongkat' kerajaan seperti pemberian konsesi, tender, kontrak, saham dan sebagainya menjadi kacang lupakan kulit. Duk sibuk menghimpun mansion kat England, Aussie dan Canada. Duk sibuk juga membelek majalah hiburan nak cari calon no. 2. Kecualilah kekayaan mereka itu hasil 100% usaha dan kecerdikan sendiri seperti Bill Gates dan budak pengasas facebook tu.

DR NO
Emily said…
tumpang bangga jugak.....
azlishukri said…
terima kasih komen tuan2
Unknown said…
bangga sangat2.....malah turut berdoa semoga ALLAH memberi hidayah dan murahkan lagi rezeki pada Tuan Syed..
banyak jasa Tuan Syed kepada orang melayu dan ugama islam.
TAPI...hanya satu nak minta Tuan Syed tolong2 tengokan apa yang berlaku di daerah padang sanai,kuala nerang,kedah.
apa yang TRADEWIND dah buat..
banyak tanah yg diusahakan olih penduduk kampong telah diambil olih TRADEWIND.
dulu memang lah kawasan ladang tebu,dan tanah yg tak sesuai ditanam tebu sepanjang sungai durian burung telah diusahakan olih orang kampong.tapi bila tebu dah diganti dengan getah.
tanah2 yg diusahakan ini sepatutnya biarlah jadi milik orang kampong.
masa SYARIKAT GPTB dulu diuruskan olih orang inggeris mereka tak kisah pun tanah yg diusahakan ini.
bila GPTB diuruskan olih orang2 malaysia sendiri(tradewind),sifat mereka lebih dahsyat dari bangsa YAHUDI pula.
orang2 melayu mereka halau.tanah kuburan pun mereka musnahkan.kisah ni dah masuk dalam berita tv,astro dan akhbar metro pun.
dengar cerita...pengarah urusan TRADEWIND(MENIAGA ANGIN????)bukan orang melayu.
AMIR RAOF said…
saya suka beliau sebab bagi tuisyen percuma kepada pelajar sekolah. bukan cam stegh org kaya lain.
PB adalah salah seorang pelajar yg mengikuti tuisyen tajaan Syed Mohktar ..

dia ini mmg jutawan Melayu yg ada Roh Melayu !!

Pilihan Pembaca

Menanti Kemenangan Zaid Ibrahim

Menanti Kemenangan Zaid Ibrahim Oleh Lukman Abdullah (Agenda Daily) 1. Semua orang sudah tahu siapa tiga calon yang akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR bila pengesahan pencalonan mereka yang nak bertanding dalam pemilihan parti itu ditutup petang Sabtu. Azmin Ali dan Mustapha Kamil Ayub tidak begitu menjadi tumpuan kerana itu memang satu-satunya jawatan yang kedua mereka dah set nak bertanding sejak awal-awal lagi. 2. Wartawan yang membuat liputan di ibupejabat PKR di Tropicana,Petaling Jaya dari pagi sampai ia ditutup lebih nak tahu apa cerita Datuk Zaid Ibrahim sehingga beliau muncul sebelah tengahari untuk mengesahkan bertanding jawatan nombor dua. Pengumuman itu dengan sendirinya menjadikan kedudukan Datuk Seri Dr wan Azizah Ismail tidak terusik dan menang tanpa bertanding jawatan Presiden. 3. Zaid asalnya sudah bikin suspen kerana tidak menolak kemungkinan bertanding jawatan nombor satu itu kerana ditangannya ada empat pencalonan. Kemungkinan Azmin-Mustapha-Zaid saja ber...

Tun Mahathir Dalam Bahaya!

Saya rasa Anwar Ibrahim akan menyaman Tun Mahathir dengan jumlah amaun yang sangat besar - mungkin mencecah RM 1 Bilion. Mahathir sangat berani mendedahkan kebenaran, sekali pun beliau mungkin akan dizalimi oleh Anwar dan kumpulannya. Berita di bawah saya petik daripada portal Agenda Daily - tulisan Helme Hanafi. Selamat membaca. 1. TUN DR MAHATHIR MOHAMAD mengakui sepanjang 22 tahun mentadbir Malaysia beliau buat banyak silap, tetapi menegaskan keputusan memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri bukan satu kesilapan sama sekali. Bekas Perdana Menteri itu berkata Anwar sepatutnya menjadi pemimpin nombor satu negara kini, tetapi itu tidak berlaku kerana perbuatannya sendiri Ini dinyatakan beliau dalam memoir bertajuk ‘A doctor in the house’ yang dilancarkan di Kuala Lumpur petang Selasa. 2. Dr Mahathir menulis dua bab dalam buku itu untuk menjelaskan tentang isu Anwar.Buku setebal 816 muka surat itu keseluruhan terbahagi kepada...

Roti Canai Banjir dari UIA

ROTI CANAI BANJIR DARI UIA Saya agak sibuk dalam minggu ini, namun demikian ada beberapa perkara menarik yang ingin saya katakan, dan ia sangat penting bagi melihat ke mana Malaysia selepas ini, hal ini terlintas dalam kota fikiran saya tatkala saya selesai minum pagi dan makan roti canai banjir di UIA pagi tadi. Antaranya : 1. Sultan Azlan mendakwa bahawa rakyat di negara ini lebih gemar berpolitik daripada memikirkan pembangunan negara - saya sangat bersetuju. Bagaimana penyelesaiaanya? 2. Tahap pembacaan dalam kalangan rakyat Malaysia masih rendah dan membimbangkan. Apa yang harus dibuat? 3. Terdapat segelintir individu/golongan yang lebih mementingkan kuasa dan politik, sehingga sanggup melakukan apa-apa sahaja agar cita-citanya tercapai. Siapakah mereka? 4. Pemilihan pucuk pimpinan PAS pada bulan Jun ini. Siapa pilihan kita? 5. Jambatan Bengkok atau Lurus? Apakah komen Datuk Seri Najib? 6. Transformasi pendidikan - Apa kata rakyat? 7. PPSMI - Bagaimana penyudahnya? 8. ...