Skip to main content

Syafie Apdal Beri Tali Gantung Kepada UMNO?

Syafie Apdal Beri Tali Gantung
Kepada UMNO?

1. Saya tidak tahu sama ada perkara ini akhirnya memakan diri sendiri, atau pun kita anggap ia sebagai perkara yang tidak memberi apa-apa kesan kepada parti. Yang pasti, cadangan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Syafie Apdal (baca di sini) sudah mula menjadi "bola tanggung" parti pembangkang bagi menghentam UMNO. Saya fikir, pada waktu lain, biarlah cadangan seperti ini didiamkian sahaja. Kita gerakan sahaja jentera dan jangan cakap dikhalayak ramai. Sekarang apa yang perlu kita jawab apabila orang PAS berkata, "Kalau UMNO guna masjid untuk politik halal, tetapi kalau PAS guna untuk ceramah dan politik haram".

2. Perkara seperti ini, mungkin nampak remeh-temeh bagi para pemimpin UMNO, tetapi isu-isu seperti inilah yang mempengaruhi orang kampung. Saya sedih, masih ada pemimpin UMNO yang tidak berfikir panjang apabila berucap. Yang penat kita juga untuk menjawab. Saya bimbang hal-hal kecil seperti inilah yang akan merosakkan UMNO. Wallahualam.

Comments

anaklangkawi said…
:)../ salam..
rasanya tak perlu gundah risau.. sbb ini baru cadangan.. MT perlu tolaklah cadangan..

tapi bezanya PAS telah menggunakan Masjid & surau utk berkempen.. maka kita tak perlu ikut.. selaras dgn larangan oleh Sultan..
azlishukri said…
harap begitu anaklangkawi...
Anonymous said…
jika nak daftar pengundi melayu bukan kat masjid tapi kat cyber cafe, shopping complex dan tempat2 yang ada hiburan macam jom heboh..
shamshul anuar said…
Saudara azli,

Masalah utama ialah tak ramai dalam UMNO berusaha memberi jawapan balas pada setiap fitnah contohnya dari PAS, PKR dan DAP.

Ada beberapa cadangan yang bernas:
1) Gerakkan unit kebajikan di setiap bahagian. Tolong orang yang kesusahan seperti anak menghidap penyakit kronik dan perlu rawatan segera.

Dana boleh dikumpul dari ahli dengan syarat ada audit yang ketat. Dari situ orang boleh lihat UMNO sebagai prihatin.

2) Jawab dengan tegas setiap isu. contohnya jawab isu yang dimanipulasi PAS berkenaan isu "Allah". Tak salah hantar flyer dalam surau dan masjid untuk kepentingan ugama.

Ini bukan memperalatkan masjid macam PAS tetapi masjid memang saluran penting dalam menangani isu ugama.

3) Belajar dari beberapa ahli UMNO yang dinamik bagaimana mereka gigih tambah ahli. Pergi jumpa Razlan ( anak Wak) di Taman Salak Jaya, salak selatan. Belajar darinya bagaimana ia dapat ahli baru UMNO dari kalangan belia.

4) Hentikan budaya "spoon feed " MCA dan MIC serta GErakan. Biar mereka bertanding dikawasan bukan Melayu. Dengan itu MCA terpaksa berdepan dengan DAP dan MCA terpaksa jawab segala fitnah DAP jika mereka tidak mahu pupus dalam dunia ini.

5) "Undi MCA maknanya undi UMNO", satu cara DAP untuk tanamkan kebencian pada UMNO.

"UNDI PAS maknanya undi DAP", patut sentiasa dilaungkan UMNO kerana memang PAS talibarut DAP.

tidakkah UMNO sedar undi PAS merosot dikalangan Melayu kerana ramai tak suka PAS jadi kuli DAP.

Sebenarnya banyak boleh dilakukan. Orang Melayu banyak leka. Mereka terlupa bahawa yang penting bukan peratus penduduk TETAPI PERATUS PENDAFTAR.

Kalau UMNO tak sedarkan mereka, siapa lagi. Mulakan dengan ahli UMNO sendiri. Susah sangatrkah nak pastikan mereka mendaftar.
Anonymous said…
Bagi kita cadangan YB Dato Sri Shafie Afdzal tak payah di tolak oleh MT. Ini adalah satu cadangan yang baik.

Sebabnya ialah, Mesjid adalah menjadi tempat tumpuan umat Islam. Jika di kampong2 terlalu banyak orang Melayu dan jika dibandar banyak atnik lain yang beragama Islam.

Kerana tujuannya baik, iaitu untuk memperbanyakkan pengundi atau pemilih yang boleh mengundi bagi mereka menunaikan tanggung jawab sebagai rakyat di negara demokrasi saperti Malaysia ini.

Yang Dato Sri Shafie Afdzal menyeru ialah kapada orang UMNO, orang PAS pun boleh melakukannya, kerana kerja saperti ini tidak menyalahi undang-undang negara.

Kenapa harus disebut itu bola tanggung dari Dato Sri Shafie? Itu adalah nasi minyak yang dihidangkannya, sapa2 pun boleh makan. Jika benar bolatanggung, tak payah lipat laaahhh...

Memang benar, berpolitik di Mesjid atau Surau di larang oleh KDYMM Sultan, contohnya di Selangor. Daftar pemilih bukan politik parti, tapi menunaikan tanggung jawab rakyat. Harus di lakukan dimana2 sahaja tempat himpunan ramai. Walau pun di lakukan oleh UMNO, iaitu sabuah organisasi politik, itu adalah tanggung jawab parti itu kapada negara.

Selain dari Mesjid dan Surau, aktiviti boleh juga dibuat dalam Kelab Malam, Pub, Padang Lumba Kuda atau di mana saja tempat himpunan ramai, jika pihak mana yang mahu buat, buatlah. Tidak salah dari segi apa-apa pun.

Jika tidak jelas, tanya lah lagi, kita akan jelas lebih panjanglagi.

Pendapat Dato Sri Shafie Afdzal, memang tepat, tak salah dan tepat pada masanya memandangkan orang Melayu/Islam terlalu lalai dari segi mendaftar sebagai pemilih. Sedangkan, bangsa lain melalui DAP amat bersemangat medaftarkan bangsa mereka sebagai pemilih.

siberangan
amieiezam said…
saudara azli,

saya rasa tak salah kalau dicadangkan begitu. yang akan mendaftarkan undi adalah pihak SPR yg kerajaan sendiri akui bersifat adil tanpa memihak kepada mana2 fahamn politik. kecuali dalam usaha mendaftarkan ahli UMNO yg tidak mendaftar mengundi..at the end, individu itu sendiri yang perlu mendaftar bagi memastikan haknya dalam rangka demokrasi negara

apa yg saya faham pula drpd ucapan "lanun" tadi ialah kuasa melayu tanpa mengira fahaman politik perlu digerakkan mengatasi gerak kerja DAP dalam membawa pengundi baru dalam senarai SPR. kerana dalam senarai pendaftaran DAP hanya bangsa cina yang menjadi majoriti.
Anonymous said…
Sdr Azli,

Tak sedar ke Shafiee Afdal nie yg org UMNO atau Prosect UMNO nie tak datang Masjid. Kalau datang pun bila ada Pak Menteri atau ADUN BN datang buat majlis kat Masjid, dan sembahyang 2 hari raya....

Solat 5 waktu jgn harap, apa lagi kuliah2 maghrib-Isyak atau suboh..... hampeh.......

Tapi, kalau ini bak di implement juga, bagus juga kerana PR pun boleh but gak!!!!!
AMIR RAOF said…
tgk dulu mmana baik atau tidak.politik dan agama tidak boleh dpisahkan
amribimakruf said…
Mana ada penyokong UMNO yang muda-muda datang masjid, terutama waktu zohor dan asar. Jarang-jarang ada laa. Kalau isyak ramai sikit tapi takkan nk daftar malam kot. opis dan tutup.

Tak payah buat di masjid, nanti ramai ahli PAS pulak yang daftar.

Kenapa pulak...sebab UMNO memang tak suka ke masjid. Kecuali saudara Azli sorang.
Anonymous said…
Perragh... anon 11.22 pm, hang jang korang ajar. Jangan cakap orang UMNO tak pi Mesjid.

Orang cakap pasai daftar pemilih boleh buat di Mesjid ka tidak, bukan cakap pasai orang pi Mesjid ka tidak, bodoh. Awat? di Mesjid la ni semua orang PAS ka?. Masuk Syorga bukan mesti ahli PAS. Ahli PAS yang kena masuk neraka pun ada, terutama kaki mohong macam hang tuh...
lebai pondok said…
Sdr budiman.Yang jadi masaalahnya orang UMNO sendiri liar dengan surau dan masjid termasuklah pemimpin UMNO.Tak percaya buatlah sikit study tentang masjid/surau dan orang UMNO.

Pilihan Pembaca

Terima Kasih ITNM!

TERIMA KASIH ITNM! Peraduan "Beli Buku ITNM & Menangi Hadiah Bernilai RM100,000" telah pun diketahui keseluruhan pemenangnya semalam. Saya mengucapkan tahniah kepada para pemenang. Namun demikian, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih secara peribadi kepada Institut Terjemahan Negara kerana memilih slogan saya sebagai salah seorang pemenang untuk hadiah ke-3 pertandingan tersebut dengan membawa wang tunai RM1000 (Seribu). Saya agak terkejut pada awalnya, hal ini adalah kerana saya cuma menghantar tiga atau empat penyertaan sahaja (jika tidak silap saya) sewaktu berada di tapak Pesta Buku Antarabangsa di PWTC bulan April lepas, itu pun slogan tersebut ditulis secara main-main sahaja, selepas kawan baik saya saudara Khairul Anuar Manshor memperkenalkan buku terjemahan tulisan Presiden Amerika Syarikat, bertajuk, "Keberanian Menggapai Harapan". Hakikatnya, sehingga kini pun saya masih tidak ingat apakah slogan yang telah saya tuliskan itu. Walaubagaiman...
Mukhriz Telah Menang! Oleh Muhammad Azli Shukri Saya bertemu dengan Datuk Mukhriz Mahathir di Parlimen baru-baru ini, ada sesuatu yang telah lama terbuku dalam benak dan fikiran saya, agar isu ini dapat diselesaikan dengan segera antara saya dengan Mukhriz. Sebagai seorang sahabat baik dan penyokong setia beliau, saya rasa bertanggungjawab untuk menyelesaikan apa-apa yang sekian lama bermain dalam kotak minda saya. Petang itu, setelah Mukhriz bersetuju meluang masa untuk berjumpa, maka saya bergegas ke Parlimen. Tidak sabar untuk saya mendapatkan kepastian daripada mulut beliau sendiri, setelah tersebar fitnah paling ganas terhadap dirinya di Internet sejak belakangan ini. Kepastian dan kebenaran harus segera saya cara dan temui, jika tidak – saya tidak bisa tidur malam. Hampir dua jam saya berbual tentang pelbagai isu, bermula daripada isu bahasa, hinggalah ke isu politik dan ekonomi, semuanya beliau jawab dengan penuh meyakinkan – tiada ragu-ragu – tiada rasa haru biru – semua dijawa...

Tan Sri Isa Samad 2009 : Gendang Perang Yang Tidak Berbunyi

Tan Sri Isa Samad 2009 Gendang Perang Yang Tidak Berbunyi MUAR 21 Sept. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Barisan Nasional (BN) akan memilih calon yang berwibawa, dihormati dan mampu menjalankan tugas dengan baik untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Timbalan Perdana Menteri menegaskan, nama calon berkenaan yang memenuhi kriteria dan mengambil kira pandangan semua pihak akan diumumkan pada 29 September ini selepas perbincangan mengenainya selesai."Itu kriteria biasa kita gunakan. Penerimaan masyarakat setempat juga penting kerana mereka yang akan menjadi pengundi, itu juga akan diambil kira, kita mengambil kira semua perkara," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Timbalan Perdana Menteri di Kompleks Seri Pekembar di Pagoh di sini hari ini. Beliau mengulas persiapan BN dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang yang dijadual pada 11 Oktober ekoran kematian wakil ra...