Skip to main content

Model Politik Baru : Bersediakah Pemimpin UMNO Berubah?

Model Politik Baru
Bersediakah UMNO Berubah?

Saya agak tertarik dengan istilah "Model Politik Baru" yang diperkenalkan oleh DS Najib semalam. Saya juga mengharap agar ia bukan sekadar model semata-mata, malah mampu menjadi budaya dan amalan dalam kalangan ahli UMNO. Pada hemat saya, antara "Model Politik Baru" yang mesti menjadi amalan dalam politik UMNO adalah seperti berikut :

1. Para pemimpin UMNO tidak boleh memimpin sesebuah bahagian terlalu lama. Cukuplah sekadar tiga hingga empat penggal. Begitu juga untuk menjadi wakil rakyat, cukup sekadar tiga hingga empat penggal menikmati elaun sebagai wakil rakyat.

2. Semua ahli UMNO diberi kuasa untuk memilih siapa presiden dan ahli Majlis Tertinggi yang mereka inginkan.

3. Mana-mana ahli UMNO yang sudah dikenakan tindakan disiplin, tidak lagi diizinkan aktif bagi merebut mana-mana jawatan tertinggi parti.

4. Ulama mesti diberi kedudukan yang tinggi dalam hieraki kepimpinan UMNO. Islam dan Melayu mesti dijadikan perjuangan utama parti.

5. Budaya elit dan mewah mesti dihapuskan dalam kalangan pemimpin utama UMNO. Semua pemimpin tertinggi UMNO perlu mendedahkan kekayaan yang mereka miliki dan kehidupan berzuhud harus menjadi amalan mereka. Wallahualam.

PUTRAJAYA 16 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengusulkan kemungkinan diwujudkan Model Politik Baru bagi memastikan kelangsungan UMNO sebagai parti yang menerajui pemerintahan negara.

"Bukan sahaja kita perlu Model Ekonomi Baru, kita mungkin perlu Model Politik Baru," katanya ketika berucap di Majlis Pelancaran Kelab UMNO Pesara Kakitangan Kerajaan di Seri Perdana di sini. Najib, yang juga Presiden UMNO berkata, strategi seperti "politik pembangunan" tidak lagi berkesan jika digunakan sekarang.

"Saya kira mengapa orang menolak parti-parti yang banyak berjasa dahulu kerana parti itu tidak berubah. Parti itu dilihat sebagai kaku dan tidak dinamik. "Mereka tidak berubah mengikut masa. "Tetapi sebaliknya kalau kita berubah dan kita dilihat sebagai parti yang dinamik dan segar, Insya-Allah sokongan rakyat pada kita akan berterusan pada masa-masa akan datang," katanya.

Najib berkata, kegemilangan sesebuah parti yang memerintah, membawa banyak perubahan dan membela untung nasib rakyat bukanlah satu jaminan untuk parti itu terus berkuasa. Namun begitu, katanya, Model Politik Baru ini tidak akan mengubah matlamat perjuangan UMNO, sebaliknya perubahan yang dilakukan hanya daripada segi kaedah namun objektif adalah sama dan akan terus dipertahankan.

"Takrifkan semula perjalanan ke arah mencapai matlamat kita sebab persekitaran sudah berubah. Persekitaran yang berubah ini bermakna strategi kita juga disesuaikan dengan konteks yang baru ini. Kalau kita dalam persekitaran yang baru menggunakan metodologi yang lama... buruk padahnya. "Orang kata persekitaran baru metodologi lama (walhal) yang sepatutnya persekitaran baru metodologi baru. Barulah UMNO dilihat sebagai parti yang dinamik," kata Perdana Menteri.

Beliau memberi jaminan bahawa walaupun perubahan berlaku, namun matlamat dan semangat perjuangan UMNO sejak dahulu tetap kekal dan pimpinan hari ini akan terus memperjuangkan apa yang telah diasaskan pemimpin terdahulu. Najib berkata, pada masa sama, keseimbangan perlu ada dalam memerintah sesebuah negara.

"Takkanlah (kumpulan) majoriti dalam satu negara (memiliki) jumlah kekayaan yang kecil (dan) tidak seimbang dengan (kedudukannya sebagai) majoriti. Itu bukan asas kestabilan jangka panjang," katanya. Sehubungan itu, beliau berkata, UMNO perlu terus dilihat sebagai sebuah parti yang mempunyai prinsip yang adil dan bertimbang rasa.

"Kita mesti berlaku adil... adil kepada orang Melayu dan adil kepada semua bangsa lain dalam negara kita, barulah kita akan wujudkan negara yang bersatu padu, kukuh dan berjaya," katanya. Najib berkata, UMNO sejak di bawah kepimpinan terdahulu sememangnya bukan sebuah parti yang ekstrem.

"Kalau kita ekstrem tidak mungkin kita dapat kemerdekaan. British tidak akan bagi kemerdekaan kalau dituntut oleh orang Melayu sahaja. British beri kerana kaum lain bersama dengan orang Melayu. "Tetapi orang Melayu mesti merupakan peneraju kepimpinan dalam negara kita... kepimpinan negara kita kepimpinan Melayu dan UMNO. Ia mengenai kepimpinan Melayu dan kepimpinan Melayu adalah adil kepada semua," katanya. - BERNAMA

Comments

Unknown said…
persoalannya mahukah UMNO berubah?
Anonymous said…
Jadikan UMNO sebagai wadah perjuangan. Perjuangan yg dibalas oleh rahmat Allah yg menjadi kunci pintu syurga di alam yg kekal abadi nanti. Bukannya wadah mencari wang lubuk golongan opportunist bernafsu besar.Indikator nafsu besar ialah baru sepenggal jadi YB, dah pakai mercedes mewah dan tergila kat artis. UMNO juga kena pastikan idealism talks louder than money.

DR NO
Anonymous said…
Gagasan 1Malaysia yang diperkenal Najib Razak terbukti hanya retorik apabila Perdana Menteri itu masih mengamalkan politik perkauman dan adu domba.

Jika benar Najib ikhlas dengan gagasan 1Malaysianya, sudah tentu beliau tidak menyalakan api perkauman dengan cuba menuduh Pakatan Rakyat mempersoal perlembagaan.

"Saya rasa Najib ketinggalan dan tidak mengikuti poilitik semasa. Pakatan Rakyat telah buat resolusi bahawa kita akan sokong malah akan pertahankan Perlembagaan Negara termasuk Perkara 153,"

Demikian sebagai mengulas ucapan Perdana Menteri ketika melancarkan Kelab Umno Pesara Kakitangan Kerajaan di kediaman rasminya di Seri Perdana di Putrajaya semalam.

Najib dalam ucapannya menggambarkan bahawa Pakatan Rakyat mempersoal perkara 153 Perlembagaan termasuk isu hak orang Melayu.

Najib juga menuduh Pakatan Rakyat mewujudkan peristiwa tidak mendoakan Yang di-Pertuan Agong dalam khutbah dan mahu membuka UiTM kepada bukan Melayu.

Semua itu dipersoal Najib bagi menunjukkan betapa Umno memperjuangkan Melayu manakala Pakatan Rakyat pula sebaliknya.

"Najib lupa, Umno lah yang membuat dasar membuka 5 peratus kepada bukan Melayu memasuki MRSM (Maktab Rendah Sains Mara).

"Najib nampaknya sudah mainkan politik adu domba. Di majilis pesara kakitangan kerajaan dia kata PR tidak menghormati perkara 153, waktu rasmi mesyuarat MCA dia kata PAS akan melaksanakan dasar Islam jika PR memerintah," katanya.

Sementara itu Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dalam satu kenyataan hari ini menuduh Najib menggunakan "kepalsuan dan retorik" untuk orang mengapi-apikan kemarahan pegawai kerajaan daripada kalangan orang Melayu.

Pua yang juga anggota Parlimen Petaling Jaya Utara juga menyifatkan kenyataan Najib itu menggambarkannya "sebagai hulu balang Perkasa sebenar".

Sebab itu kata Pua, Najib mengambil pendirian tidak mengkritik Perkasa biarpun NGO tersebut didakwa ekstrem dan rasis.

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Lagi Kisah Siti Nurhaliza : Mana Perginya Produk CTea?

Lagi Kisah Siti Nurhaliza Mana Perginya Produk CTea? Oleh Satu Hala (Malaysia Instinct) Inilah antara benda-benda yang buat sakit hati dengan orang kaya Melayu ni. Datuk K sanggup perabis RM66,550 untuk beli nombor plate KCT 1 untuk isteri tercinta, Datuk Siti Nurhaliza. Kononnya cintan maut habislah tu kan. Tak tahulah kot-kot Rozita Che Wan yang dulu orang kata dapat Mercedes dari Datuk K (lepas dah kahwin dengan Siti) pun akan dapat nombor plate yang sama. Gasaklah hal Rozita Che Wan tu. Yang penulis tertarik nak tulis ialah sikap orang macam Datuk K dan Siti Nurhaliza. Parasit adalah perkataan paling tepat. Tahu tak Siti Nurhaliza adalah pemohon pinjaman Tekun untuk bisnes barang solek Simply Siti. Kalau tak percaya, pergilah cek dengan Tekun. Pasti nama Siti akan terpacul. Sakit hati betul penulis dengan orang-orang macam ini. Dah tahu duit banyak, gunalah duit sendiri untuk berniaga, tak pun pinjamlah bank. Gi pinjam dengan Tekun tu buat apa? Mentanglah bayar

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil