Skip to main content

Khairy Terus Dikecam!

Khairy Terus Dikecam!

Oleh Farah Deebah

1. Banyak blog telah membuat ulasan tentang kualiti perbahasan Pemuda UMNO dan ketua mereka, Khairy Jamaluddin. Kesimpulannya ialah Pemuda UMNO adalah terlalu jauh dari matang, keanak-anakan dan masih terkongkong dalam dunia sendiri, tidak berpijak di bumi nyata, tidak mampu memahami realiti hati rakyat dan suasana politik hari ini.

2. Walaupun bukan semuanya begitu, misalnya, hujah pemuda Kelantan dan Kedah adalah lebih ‘dewasa’, tetapi secara keseluruhannya Pemuda adalah lemah dan kehilangan arah. Sesungguhnya apalah yang diharapkan dari sayap yang ketuanya sendiri tidak pernah memahami dan tidak mampu menjiwai serta menghayati apa itu UMNO dan apa itu Melayu.

3. Ada juga yang bertanya, apakah rakyat dan akar umbi UMNO masih tidak dapat memaafkan Ketua Pemuda, si Khairy Jamaluddin walaupun dia kini sudah tidak lagi mampu mengaut harta negara sesuka hati sepertimana ketika era bapa mertuanya? Maaf dipinta, tetapi mungkin pemimpin UMNO yang masih sedia memandang muka Khairy dan sanggup bersalaman dengannya adalah jenis melayu yang mudah lupa.

4. Rakyat dan akar umbi yang sedar, yang berpijak di bumi nyata, yang menjalani kehidupan sebenar bersaing dan berlumba dengan bangsa lain di Malaysia dan tidak pernah melangut menunggu wang mudah suapan UMNO dan kerajaan, tidak pernah dan tidak akan lupa siapa dan apa itu Khairy.

5. Ramai berkata kemusnahan yang dilakukannya selama pemerintahan bapa mertuanya sukar diperbaiki walaupun dalam dua dekad lagi. Bukan sahaja dia telah merobek harta negara, tetapi memecahkan perpaduan kaum juga. Entah otak kecilnya sedar atau tidak akan akibat perbuatannya, kita tidak pasti.

6. Mungkin pemimpin UMNO tidak mengerti bahawa rakyat dan akar umbi seperti kami lebih ikhlas sayangkan UMNO dari juak-juak di dalam UMNO sendiri yang rata-ratanya hanya menyokong UMNO demi projek, demi pekerjaan mudah kerana tidak layak, tidak mampu atau sengaja tidak mahu bersusah payah mencari pekerjaan ‘sebenar’ di luar sana.

7. Pengkhianatan Khairy Jamaluddin kepada Malaysia bukan sedikit dan bukan remeh. Begitu juga pengkhianatan Anwar Ibrahim dan Namewee. Khairy menggadaikan harta negara serta menjual keselamatan negara. Anwar memburukkan nama negara, cuba menggugat kedaulatan negara serta tidak pernah jemu cuba mencetuskan hura-hara.

8. Namewee pula, walaupun namanya kecil tetapi kesalahannya cukup besar iaitu mencabar perlembagaan serta mencetuskan keresahan kaum yang mana boleh menggugat keamanan negara. Takkanlah kerana namanya kecil maka dia berhak berbuat kesalahan besar?

9. Segala apa yang mereka ini lakukan terhadap negara, tidak pernah mendapat pembalasan. Tidak mungkin kepimpinan UMNO boleh meminta rakyat melupakan, memaafkan dan berpura-pura segala-galanya ini tidak pernah berlaku? Apakah hukuman akan diterima oleh mereka-mereka ini andainya mereka adalah rakyat Singapura dan berbuat yang sama terhadap negara tersebut? Atau Indonesia? Atau negara-negara lain di dunia?

10. Patutlah orang Melayu sering diperkotak-katik dan diketawakan. Orang tidak hormat dengan kita kerana kita tegas tidak bertempat dan tidak tegas tidak bertempat juga. Memanglah sifat pemaaf itu adalah sifat yang mulia, tetapi bagaimana kita boleh memaafkan orang yang tidak pernah meminta maaf pun? Bagaimana kita memaafkan orang yang tidak insaf, tidak serik, malah sombong, bongkak dan terus berbuat kesalahan yang sama?

11. Inilah keresahan rakyat yang gagal difahami oleh pemimpin UMNO. Sekurang-kurangnya, Anwar dan Namewee bukan wakil parti pemerintah dan segala pengkhianatan mereka adalah bersifat luaran. Tetapi, lain halnya dengan Khairy Jamaluddin. Dia berada di dalam UMNO, memegang kuasa penting iaitu menerajui pemuda yang sepatutnya menjadi harapan bangsa, pemimpin pelapis yang bakal mengambil alih tampuk pemerintahan negara.

12. Kelemahan dan kesilapan Khairy akan memberi kesan domino kepada Pemuda dan seterusnya UMNO. Usaha kita memperkasakan UMNO terbantut dengan faktor kewujudan Khairy. Pemuda di bawah pimpinannya bagaikan sesat, tiada arah tuju. Satu-satunya matlamat mereka yang jelas adalah memastikan Khairy mendapat kuasa dalam kabinet. Ini terbukti dengan ucapan Khairy sendiri yang mengingatkan kepimpinan atasan bahawa pemuda bukan ancaman. Secara tersiratnya, Khairy ingin meminta jawatan, semua orang tahu.

13. Usaha Khairy untuk meyakinkan kepimpinan bahawa pemuda di bawahnya adalah pemuda yang mampu menggalas tanggungjawab, bukan mengejar jawatan atau gila projek, pencetus semangat satria dan apa bala lagi, hanya dilihat sebagai retorik, kosong dan tidak membawa sebarang makna.

14. Ini kerana Khairy tidak dapat memberi satu contoh pun untuk membuktikan kata-katanya. Malah segala tindak tanduk pemuda dan ucapan Khairy itu sendiri menunjukkan yang dia sememangnya ‘hadap’ kepada jawatan dan kuasa sekali gus wang semata-mata. Khairy juga menyebut bahawa golongan muda lebih terpengaruh dengan Youtube dari Warta Perdana TV1, maka Khairy sudah tentu sedar bahawa sentimen perkauman yang dibawa Namewee amatlah bahaya. Tetapi Khairy lebih berminat untuk menegaskan agar golongan muda Melayu bertolak ansur dengan kaum lain kerana kita memerlukan undi Cina seperti Namewee.

15. Sedarkah Khairy bahawa Melayu sudah cukup bertolak ansur? Melayu tidak pernah meminta hak Cina, Melayu hanya ingin agar Cina tidak memulakan provokasi perkauman serta mana-mana Cina yang sengaja memulakannya, diambil tindakan. Itu saja. Dalam Khairy menyahut seruan Presiden agar bangsa Melayu sedar akan kebergantungan kita terhadap bangsa lain, yakni parti-parti komponen BN, dan memastikan keadilan kepada semua kaum, Khairy gagal mendesak keadilan kepada kaumnya sendiri yang dihentam sesuka hati oleh anak muda kaum lain.

16. Khairy gagal memahami hati golongan muda Melayu. Kepimpinan Khairy sehingga kini, masih berada dalam kegelapan dan terawang-awangan. Walaupun usia Khairy sudah meningkat, dan sudah menimba sedikit pengalaman tetapi dia masih belum matang kerana terlalu ego dan bongkak untuk terus belajar melalui kesilapan, persekitaran serta orang lain. Walaupun Khairy graduan universiti terkemuka tetapi dia gagal dalam ilmu kehidupan.

17. Semua ini membuktikan bahawa Khairy tidak punya sifat kepimpinan. Tanpa sifat kepimpinan dia tidak akan mampu mencetuskan semangat positif kepada pemuda. Tanpa wang dan kuasa, ternyata Khairy tidak akan dapat memimpin siapa dan apa pun jua. Khairy bukan sahaja liabiliti, tetapi masalah atau gangguan kepada UMNO. Kewujudannya di dalam UMNO merupakan masalah jangka panjang yang mana sedikit demi sedikit akan menjadi masalah besar di kemudian hari.

18. Bagaimana kita ingin membersihkan UMNO, jika sampah yang begitu besar tidak dibuang? Apakah benar kepimpinan UMNO inginkan rakyat menjadi Melayu pelupa dengan melupakan segala pengkhianatan Khairy dan memaafkannya begitu saja? Apakah benar kepimpinan UMNO ingin melihat UMNO diuji sekali lagi suatu hari nanti oleh kesilapan yang dibuat hari ini? Apakah kita yakin yang UMNO dapat menahan ujian yang pasti lebih besar dengan terus memberi peluang kepada orang yang telah terbukti bersalah dan tidak pernah insaf ini?

19. Tulisan ini ditulis bukan atas dasar bencikan Khairy, tetapi atas dasar sayangkan UMNO. Buat kesekian kali, pemimpin Melayu harus mengenepikan emosi dan melihat fakta. Ketepikan sifat tidak apa kerana kasihan atau ingin menjaga air muka orang yang bersalah, demi matlamat yang lebih suci iaitu agama, bangsa, parti dan negara.

20. Katakan salah pada yang salah, dan benar pada yang benar. Yang salah harus menerima akibat dan yang benar tidak perlulah dipujuk agar sama-sama menanggung akibat itu. Hanya dengan menerapkan ketegasan ini dalam diri bangsa Melayu maka bangsa kita akan boleh ke maju ke hadapan seperti bangsa-bangsa lain.

Comments

Pokok said…
salam kemelayuan..
semasa persidangan pemuda UMNO.. ada seorang wakil pemuda (bahagian mana tak ingat).. dia cakap.. Pemuda deposit tetap UMNO.. deposit tetap BURIT DIA.. sumabnagn baru berapa kerat.. jadi ahli baru berapa tahun.. tapi dah ungkit pasal pemuda deposit tetap UMNO.. nampak sgt tak matang.. cuba berlagak hero.. kepada wakil pemuda tu.. boleh email aku kalau nak bincang pasal UMNO dan deposit tetap.. email aku dzuanm@gmail.com. Encik Azli..tolongkan sampaikan kepada dia..
azlishukri said…
hang nadim, sekali sekali kena ajar juga ahli UMNO yang mcm tu
Anonymous said…
Kawan setuju dengan pandangan saudara. Sebenarnya Pemuda UMNO dimusnahkan oleh mereka yang mengejar bukan untuk agama, bangsa dan tanahair. Hanya di dalam pemikiran mereka ialah kesenangan diri sendiri.
whackthembugger said…
For someone who parachutes into political power via the support of his father-in-law (the then PM) and did not work his way up from the grassroots as well as having a tainted “corrupted” background, KJ is as usual his chameleon self talking hypocrisy and nonsense, not reflecting the kind of leadership required to transform UMNO Youth as envisaged by PM. Anybody can talk like that (his speech) but can he transform it into action when the grassroots and public have negative perception of him. A true leader must earn the respect and trust of those he lead and on this score card; he is at the bottommost pit and what has he done to show otherwise except talk “cock”. I would believe I am not alone in believing that UMNO Youth can transform and progress multifold without the ego centric KJ.
kingnek said…
Maaf cakap, tapi Khairy gagal. Bukan dendam, tapi perlu ingat, perbuatannya yang amat melampau itu belum dikenakan hukuman

Rasuah dengan wang yang besar, mencuri beratus juta ringgit untuk diri sendiri, berbilion diberi kepada kroni (ingat, wang minyak ketika itu amat banyak) melepaskan Anwar Ibrahim, memukau Pak Lah hingga Khairy menjadi de-facto PM dan banyak lagi

Khairy perlu dipinggirkan sekurang-kurangnya lagi 10 tahun, selepas tu, nak masuk politik, masuk lah. aku tak percaya dia dah berubah, kata2 dia masih pro-Anwar
Anonymous said…
Sdra Azli, tulisan sdra dan komen yang terpapar sungguh tepat dan menyedarkan kita akan kelemahan didalam UMNO itu sendiri. Yang menjadi tandatanya saya ialah bukan baru malahan sudah lama perkara mengenai KJ ini dipersoalkan oleh akar umbi dan rakyat secara keseluruhannya tetapi apakah pihak atasan didalam UMNO pekak dan buta tuli mengenai hal ini? Pemuda UMNO harus mengambil tindakan mengadakan EGM utk memecat KJ atas alasan tidak berkesan sebagai Ketua. KJ hanya mendapat 300 lebih undi sahaja itu pun di beli, yang selebihnya mengapa diam membisu, mereka harus bertindak, Naib Ketua seharusnya memulakan gerakan ini atau MEREKA tak telor, nak pemuda yang dihormati harus agresif sikit tolak sampah yang busuk dan harus dibakar seperti diBanting agar tidak ada baunya lagi. Kita harus cabar Pemuda utk nyahkan anjing yg mengigit tuan.
Jika pemuda tidak berani lebih baik pakai gown dan buat pementasan.
Anonymous said…
Once a thief, always a thief!

Among the blinds, the one-eyed is the King!

Bukan hanya Sdr Anwar sahaja wajib taubat! Termasuklah Tok Guru pendusta agama serta PEMUDA Pengkhianat dan pendurhaka negara!

Tak mampu nampaknya First Gentleman nak bertindak?
Anonymous said…
Jangan terlepas pandang pula gang Putera UMNO. Pemimpin depa ni pun banyak penyamun, hipokrit tunjuk glamour buat kerja....
Anonymous said…
KJ memang tak da maruah..termasuk pencacai beliau dalam Pemuda.
Dalam kepala dia tak da lain..Kuasa..wang..
Memang dia tak kan insaf..
DS Najib jangan bagi dia apa-apa jawatan dalam kerajaan,walaupun sebagai peon..
Nanti Putrajaya dia jual....
Anonymous said…
Jalan keluar bagi KJ ialah tinggalkan UMNO dan masuk PKR supaya dapat bersama dengan idolanya.

Lagipun ramai orang dah tahu siapa yang KJ suka. Kalau tidak masakan boleh hantar sendiri PASSPORT Anwar. Mengikut undang-undang imigresyen hanya tuanpunya passport sahaja yang boleh mengambilnya.

DR YES
Anonymous said…
Masih ku ingat dan terdengar-dengar jeritan sebilangan besar ahli pergerakan pemuda UMNO menjerit "KJ RASUAH".

Apa tidaknya. JK Disiplin parti telah mendapati KJ bersalah mengamalkan rasuah untuk mendapatkan pencalonan bagi jawatan Ketua Pemuda.

Tetapi kerana pada masa itu, bapa mertuanya masih PM maka tindakan yang diambil terhadapnya tidak sama dengan apa yang diterima oleh Dato Ali Rustam walaupun dia melakukan kesalahan yang sama. Maklumlah anak menantu Dato Abdullah Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia.

Kesalahan sama tetapi hukuman berbeza.

Maka dapatlah dia bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Yang akal fikiran aku tak dapat terima ialah mengapa mengambil masa begitu lama untuk mengira undi. Kira-kira lapan jam untuk mengira 790 undi. Boleh percaya ke? Kalau beri pada budak sekolah rendah untuk kira pun boleh selesai dalam masa 2 jam paling lama.

Menang pula dengan undi lebih kurang 340 undi. Maknanya 450 ahli pemuda tak sokong dia. Tak apalah kerana demokrasi. Kalau menang satu undi pun tetap dikira menang.

Tetapi dalam perlantikan ketua-ketua pemuda negeri, kumpulan daripada 450 ini dipinggirkan terus kerana menyokong Dato Mukhriz dan Dato Khir Toya. Bagaimana nak dapat kerjasama.

Maka tidak hairanlan program pemuda di Janda Baik tak dapat sambutan.

Jasa pun belum ada, dah nak minta jawatan Menteri. Cermin2lah diri dulu. Janganlah bercita-cita terlalu tinggi KJ hoi nanti rebah.

Fikirlah sendiri. Bye.
Anonymous said…
Dalam ucapan PAU tahun lalu Presiden UMNO telah menegas dan mengajak supaya UMNO berubah jika tidak mahu UMNO diubah(baca disingkir).Tepat dan benar sekali saranan Presiden itu.Lalu kita mengharapkan satu perubahan yg drastik dan menyeluruh berlaku didalam UMNO.Perubahan itu termasuklah tindakan membersihkan segala kotoran yg busok dan menukargantikan segala yg rusak,lemah dan repok dengan yg baru,kuat dan dinamik.Yang paling rusak dan busok yg patut digantikan segera pada masa itu ialah KP kerana kemenangannya pun melalui rasuah dan penyelewengan.Selain daripada itu nama beliau dikalangan orang UMNO dan juga orang Melayu amnya terlalu busuk sehingga ada yg menanggapnya sebagai pengkhianat dan perusak parti UMNO,sekali gus pengkhianat bangsa Melayu.

Dengan imejnya yg begitu terok dan diperburokkan lagi dengan pendirian dan pandangannya yg tidak matang yg ternampak lebih cenderong kepada sikap liberal dan mengalah kepada kaum pendatang,menyebabkan beliau amat tidak layak dan sesuai untu terus memegang jawatan KP.Beliau kini telah menjadi beban dan liabliti kepada UMNO keseluruhannya.

Askar Tua
hangkedee said…
DSN tak tahu ke atau buat deeq aja masaalah keri jamban ni
Anonymous said…
ADA MOU DGN DOLLAH....TUNGGU NANTI PEMILIHAN KETUA PEMUDA .. TAU LAH NASIB DIA.. DIA BERI DUIT KEBAS UNDI NOT FOR HIM DAT THE FACT...
matrengganu said…
SATAY..........


Cucuk...Bakar... Kipas

KJ punya
Anonymous said…
Bukan saja khairy patut disingkirkan Parti UMNO pun patut bibubarkan.
putrarahman said…
Saya nampak Ketua Pemuda UMNO tidak mengikut arus perjuangan kebanyakan pemimpin sayap UMNO yang lain. Beliau saya lihat berperanan seolah-olah seperti pemimpin besar yang perlu berhati-hati bila mengeluarkan pendapat bimbang menguris perasaan kaum lain.Persidangan UMNO seolah-olah bercakap dalam keluarga. Semua pihak harus berani mengeluarkan pendapat tanpa perlu takut dan risau dengan perasaan pihak yang bukan keluarga UMNO. Mungkin juga KP masih ingat perihal Mencium Kerih dahulu. Itu pasal dia takut-takut.
Anonymous said…
Khairy ooo Khairy.
Pi jahanam Khairy.
UMNO berulat dan bernanah kerana KJ.

Siapa yang boleh melondeh dan menimbus Khary..?

Ahli-ahli UMNO la..
Khairy jenis muka tak tau malu.

Satu masaelah kesatu masalah yg dilakukan KJ. Semuanya memeningkan UMNO.

Buang saja si KJ, Beribu-ribu lagi pemuda akan menjadi benteng UMNO. KJ bukan ada tulooorrr, asyik membodek Cina kafir ajeee.
Anonymous said…
Bestnya Ketua Pemuda UMNO.
macam Pandir Moden.
Bangsa Cina gelak, dah kecut telor.
Kaum India kentut, dah menyorok celah ketiak.
Bangsa Melayu lemah terus ambil tindakan dan kritikan yg pedas.

Barua punya manusia yg suka "PILIH KASIH"
Anonymous said…
Kalau Rosmah Presiden UMNO saya rasa dah lama KJ kena terajang keluar.
Idrus said…
Ada ke pemimpin Umno yg tak gunakan Umno utk mendapat takhta dan wang? Sejak saya menceburi dan bergiat dalam Umno, dan pernah 4 kali jadi perwakilan bahagian ke perhimpunan Agung, saya belum jumpa lagi pemimpin2 yg diatas yg mampu meloloskan diri dari cengkaman takhta dan wang. KJ bukan berseorangan; ada ramai lagi yg macam dia, soalnya kenapa tak disebut. Ini soalan yg semua ahli UMNO tahu jawapannya. DiTV2 sekarang ni dari jam 6pm-7pm ada drama cina tg JUSTICE BAO. Cuba tonton. Mereka yg korap dalam cerita ini tak ubah macam pemimpin2 UMNO yang ada sekarang. Masalahnya dalam UMNO kita tak ada Hakim Bao, yg ada kaki2 ampu dan kaki2 pao.
Anonymous said…
Presiden UMNO kata waima darurat sekalipun perkara 153 perlembagaan tidak akan tergugat. Habis, apasal duk main politics of fear dan apa relevannya lagi PERKASA itu. Benda sudah terjamin. Tak perlu angkat keris lagi. Patutnya bersidang atas roh muhasabah, bukan puji-memuji utk tonjol diri.

DR x NO

Pilihan Pembaca

10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia

Di bawah ini saya senaraikan 10 buah buku yang pada perkiraan dan pendapat saya, merupakan buku-buku yang penuh dengan kontroversi serta memberi impak besar ke atas masyarakat Malaysia, baik dari aspek politik, agama mahu pun perkauman. Saya mengalu-alukan sebarang komen daripada tuan-tuan sekiranya terdapat penambahbaikan dalam senarai ini. Harap maklum. 10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia 1. Falsafah Takdir (1932) : Pendita Za'ba 2. Dilema Melayu (1970) : Mahathir Mohamad 3. Aurat Muhammadiyah Pegangan Darul Arqam (1985) : Ashaari Muhammad 4. Hadis : Satu Penilaian Semula (1986) : Kassim Ahmad 5. 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM (1998) : Khalid Jeffry 6. Shit (1999) : Shahnon Ahmad 7. Khairy Jamaluddin Bakal Perdana Menteri? (2004) : Yahaya Ismail 8. The March To Putrajaya (2010) : Kim Quek 9. Menuju PAS Baru (2010) : Mujahid Yusuf Rawa 10. Interlok (Versi 2010) : Abdullah Hussien .

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Hafal Al-Quran Kerajaan Diminta Serius

Hafal Al-Quran Kerajaan Diminta Serius KUALA TERENGGANU 12 Julai — Sebanyak 1,286 pelajar di empat buah Sekolah Menengah Imtiaz di Terengganu berjaya menghafaz di antara satu hingga 30 juzuk al-Quran sehingga Mei tahun ini. Pengarah Yayasan Terengganu (YT), Mohd Kamaru Al-Amin Ismail berkata daripada jumlah itu, 636 pelajar menghafaz antara satu hingga sembilan juzuk, 299 pelajar (10-14 juzuk), 193 pelajar (15-19 juzuk), 115 pelajar (20-29 juzuk) dan 43 pelajar (30 juzuk). “Ini satu kelebihan dan keistimewaan pelajar-pelajar Sekolah Menengah Imtiaz kerana boleh menghafaz al-Quran di samping cemerlang dalam akademik,” katanya kepada Bernama di sini hari ini. - Bernama Ulasan Saya : 1. Suka saya jika kerajaan meluaskan konsep hafazan al-Quran ini di sekolah-sekolah harian di seluruh Malaysia. 2. Terbukti jika pelajar boleh menghafal al-Quran dengan baik, mereka juga berupaya menghafal fomula-fomula sains dan matematik dengan sangat mudah. 3. Pengalaman saya mengajar di sekol...