Skip to main content

Ibrahim Ali Tetap Bergelar Datuk : Bila Gelaran "Datuk Seri" Anwar Ibrahim Hendak Ditarik Pula?


Ibrahim Ali Tetap Bergelar Datuk
Bila Gelaran "Datuk Seri" Anwar Ibrahim
Hendak Ditarik Pula?

1. Saya tidak tahu apakah sebab musabab gelaran Datuk yang diberikan kepada Ibrahim Ali ditarik balik oleh Sultan Kelantan yang baharu. Tanpa mempertikaikan hak baginda untuk berbuat sedemikian, namun, pada masa yang sama - bagi mengelakkan sebarang fitnah, eloklah rasanya pihak istana memaklumkan kepada rakyat apakah alasan atas penarikan gelaran tersebut. Apakah Ibrahim Ali dikira mengkhianat kesultanan Melayu Kelantan?

2. Saya rasa, rakyat juga ingin tahu apakah "dosa besar" yang mengakibatkan gelaran Datuk yang diberikan kepada Ibrahim Ali selama ini ditarik semula. Hal ini penting, agar "dosa besar" yang telah dilakukan oleh Ibrahim Ali kepada Sultan Kelantan tidak diulangi oleh orang lain. Sebelum ini - gelaran Datuk juga pernah ditarik balik oleh Sultan Johor daripada beberapa individu ternama di negara ini - namun demikian, sedikit sebanyak rakyat mengetahui, sebab musabab penarikkan gelaran tersebut.

3. Di Malaysia, begitu ramai pengkhianat kepada agama, bangsa dan negara yang masih terus menikmati gelaran Datuk dan Datuk Seri, namun demikian tidak pula kedengaran Sultan-sultan Melayu menarik semula gelaran-gelaran tersebut. Sebagai contoh Anwar Ibrahim. Pada hemat saya, semua Sultan di Malaysia mengetahui bertapa bahayanya idealisme Anwar Ibrahim yang secara terang-terangan bersekongkol dengan musuh negara yang begitu bersungguh untuk mengubah perlembagaan negara, menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu, menghina institusi sultan, mempertikaikan kuasa raja dan kouta bumiputera serta menjemput kuasa asing untuk mencampuri urusan Malaysia - tetapi orang ini - yang namanya Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak dilucutkan gelaran "Datuk Seri"nya - bagaimana ia boleh berlaku seperti ini.

4. Bukankah sudah terang lagi bersuluh, bahawa selama ini Anwar Ibrahim sudah banyak membawa kerosakan kepada negara? Mengapa gelaran "Datuk Seri"nya masih tidak ditarik-tarik lagi? Apakah kita semua restu dan redho dengan segala kemungkaran yang selama ini dilakukan oleh Anwar Ibrahim di atas nama keadilan dan demokrasi? Saya berpendapat, Sultan yang telah memberi anugerah "Datuk Seri" kepada Anwar Ibrahim perlu menarik balik gelaran yang telah diberikan itu - dosa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim terhadap negara ini terlalu besar - hampir sahaja memenuhi ruang antara bumi dengan langit. Fitnahnya terhadap agama, bangsa dan negara - tidak mungkin dapat diampunkan oleh cucu-cicit kita nanti.

5. Soalnya sekarang sangat mudah : Antara Ibrahim Ali dengan Anwar Ibrahim, siapakah yang sebenarnya pengkhianat kepada agama, bangsa dan negara? Nampaknya, pada hari ini, orang yang memperjuangkan agama, bangsa dan negaranya akan dianggap "berdosa besar", manakala orang yang menghina sultan, mengancam keselamatan negara, mempertikai hak orang Melayu dan ingin merombak perlembagaan negara, akan ditatang sebagai hero dan perjuang! Justeru itu, saya merayu agar gelaran "Datuk Seri" yang dimiliki oleh Anwar Ibrahim, ditarik semula! Wallahualam. Baca Laporan di bawah :

Istana Kelantan hari ini menarik balik anugerah gelaran Datuk yang diberikan kepada Ahli Parlimen Pasir Mas dan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali.Turut kena tarik balik gelaran Datuk ialah bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Wan Hashim Wan Daud. Ikut ceritanya penarikan balik gelaran Ibrahim ada kaitan dengan kunjungannya keatas bekas Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra Jumaat lalu.Ibrahim mempunyai dua gelaran Datuk lain yang diberikan oleh Selangor dan Melaka. Ditemui wartawan di bangunan Parlimen sejurus itu, Ibrahim kata soal itu tidak jejaskan perjuangannya pada rakyat. "Panggil saya Saudara Ibrahim pun tak apa,"katanya. Beliau akui ada jumpa bekas Sultan Kelantan.

Comments

Anonymous said…
HAK MUTLAK SULTAN! senang sangat menyebut ayat ini! HAK MARUAH RAKYAT?
Anonymous said…
Ada MB pun tak berbangga berbangsa Melayu.
Kemudian, bersama2 pula dengan Parti yang memecah belahkan bangsa Melayu.
Nampaknya jarum Lee Kuan YU sudah masuk kedalam Kerajaan Kelantan....



"blogenstarz"
Yb raz said…
beginilah bila raja gila kuasa..dendam tak sudah.sesama adik beradikpun nak bergaduh...berebut tahta...ahh lantaklah gelaran tu bukannya tiket untuk masuk syurga..

zaman sekarang sultan yang tak sokong orang melayu akan dipinggirkan..hidup Ibrahim Ali!
Anonymous said…
Setuju. Peliwat yang bergelar Dato' Seri. Kalau tak ditarik gelaran tu, macam menyokong pula perbuatan dia. Mahkamah pun dah kata dia meliwat, apa tunggu lagi?
Jibam said…
woi woi..jahanam la korg ni..memperkecilkan institusi raja pulak. penderhaka dan pengkhianat bangsa btl.. aku nk ISA kn korg.. pengkhianat dan penderhaka!! kah kah kah. kena daulat la korg!!kah kah kah
Anonymous said…
Sepatutnya seorang pengkhianat negara seperti Anwar bukan sahaja dilucutkan gelarannya tetapi dilucutkan juga kerakyatannnya sekali.
hilbert said…
Raja adil raja disembah, Raja zalim raja disanggah!

Hidup Datuk Ibrahim Ali!
Hidup PERKASA!
Hidup Melayu/Bumiputera!
Anonymous said…
Walaupun benar menganugerah dan melucutkan gelaran itu hak Sultan, tetapi yang peliknya waktu diberi dinyatakan kebaikannya. Kenapa waktu dilucutkan tidak diberitahu kesalahannya.
Anonymous said…
DATUK IBRAHIM ALI TERUSKAN PERJUANGAN MEMBELA AGAMA, BANGSA DAN NEGARA.

HIDUP DATUK IBRAHIM ALI!
Anonymous said…
Mengekalkan gelaran DATUK SERI kepada Anwar Ibrahim memalukan. Peliwat dapat DATUK SERI. Sudah tidak ada nilainya gelaran tersebut kalau orang seperti Anwar Ibrahim dikekalkan gelaran Datuk Seri.

Sungguh Aib dan memalukan.
Anonymous said…
Saya percaya ramai rakyat negara ini akan hormat kepada Sultan yang pertama melucutkan gelaran Datuk Seri daripada Anwar Ibrahim.
Anonymous said…
Azli Shukri Derhaka!! mempertikai kuasa SULTAN!!
Anonymous said…
sudah laa Ibrahim Ali!! Dulu sujud sembak kaki tok guru sbb nak bertanding atas tiket PAS.. skrg ni bila dah ada kuasa macam kacang lupakan kulit.. dasar katak!! Elok laa tarik gelaran tu.. Sultan tahu ape yang dia buat. Daulat Tuanku!!

Pilihan Pembaca

"Beli Emas Ketika Ekono mi Tidak Menentu." - Prof. Bala Shanmugam Oleh Muhammad Azli Shukri Ekonomi dunia yang semakin tertekan akibat daripada masalah kewangan yang melanda AS, diburukkan lagi dengan pengumuman ahli kongres AS yang meluluskan pakej bantuan kewangan berjumlah AS$700 bilion bagi tujuan menstabilkan pasaran kewangannya yang dikatakan semakin teruk. Pengumuman tersebut menggambarkan betapa serius masalah kewangan yang sedang melanda AS dan langkah yang sewajarnya perlu diambil. Sehubungan dengan itu, ikuti pandangan Profesor Dr. Bala Shanmugam dari Monash University Sunway dan penulis buku Subprime Mortgage Crisis : Causes, Effects and The Way Forward bagi mendapatkan pandangannya berkenaan isu tersebut. Apakah sebenarnya yang berlaku semasa krisis Subprima di Amerika Syarikat? Krisis Subprima pada asasnya berlaku disebabkan oleh dua perkara, pertama pihak bank yang memberi pinjaman telah mengehadkan kadar pinjaman kepada peminjam. Hal ini
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 8 : Kenapa Bukan Khairy Memilih pemimpin bukanlah seperti memilih pakaian. Mana-mana yang kita berkenan, maka kita terus memilih dan membeli tanpa banyak berfikir. Memilih pemimpin juga bukanlah seperti memilih makanan yang mana-mana kita suka, maka kita terus makan, tanpa banyak berfikir. Tetapi, memilih pemimpin adalah umpama memilih seorang isteri atau seorang suami. Mesti kenal dan mesti pastikan bahawa calon isteri atau suami tersebut memahami diri dan mengetahui hati budi kita yang sebenar. Begitu juga dalam memilih seorang pemimpin, sebelum kita memilih seseorang pemimpin, seharusnya kita fahami terlebih dahulu siapakah pemimpin yang hendak kita pilih itu. Bukan boleh main ikut suka atau ikut hati semata-mata. Kita seharusnya melakukan analisis terlebih dahulu, layak atau tidak seseorang itu memegang sesuatu jawatan yang sedang dipertandingkan. Hal ini adalah kerana, jawatan adalah amanah dan tanggungjawab. Jika salah kita memilih, maka akan hancurlah ses
KEMUNCULAN MAHATHIR BARU Tidak ramai yang berkesempatan bertemu secara bersemuka dengan tiga orang anak Tun Dr. Mahathir Mohamad dan berbincang-bincang dengan mereka, tentang politik, ekonomi dan perniagaan. Salah satu sebab mengapa saya mahu bertemu mereka adalah kerana, saya tidak suka mendengar fitnah tentang keluarga Tun Mahathir yang dilemparkan oleh penyokong-penyokong Anwar Ibrahim. Lebih selesa saya bertemu dengan mereka dan bertanya sendiri bagaimanakah sikap dan cara Tun Mahathir di rumah dalam mendidik mereka. Melalui itu, kita akan dapat menangkap “cara” dan “kaedah” Tun Mahathir mentadbir negara. Kerana sikap seseorang itu hanya dapat dihidu dan dibaca oleh ahli keluarganya yang rapat sahaja. Lantaran itu, analisis kita akan lebih menghampiri kebenaran dan bukan tohmahan dan andaian semata-mata. Bagaimana Tun Mahathir mendidik dan mentadbir rumah tangganya, maka begitu jugalah cara dan kaedah beliau menguruskan negara. Dalam ruang yang terhad ini, saya tidak bisa menyimpul