Skip to main content

Zaid Ibrahim 2010 : Langit Tanpa Warna

Zaid Ibrahim 2010
Langit Tanpa Warna


Sebulan yang lalu, saya sudah meramalkan akan peristiwa ini - mereka yang mengikuti blog saya akan tahu, sejak dari awal lagi saya sudah membuat rumusan penting berhubung pertandingan Timbalan Presiden PKR yang bakal kecoh dan penuh dengan penipuan. Zaid Ibrahim menyatakan rasa "tersilapnya" kerana terlalu mempercayai "kebebasan" dan "ketelusan" yang selama ini dilaung-laungkan oleh parti tersebut. Jelaslah, slogan-slogan tersebut tidak lebih daripada retorik kosong yang penuh dengan kejijikan dan kejelekan.

Sudah saya ingatkan kepada Zaid di dalam blog ini sebulan yang lalu - sesungguhnya beliau akan dizalimi dan dianiayai dalam pemilihan tersebut. Malah, saya sudah meramalkan Zaid akan segera mengadakan sidang media, bagi memperincikan masalah dalaman dan hakikat sebenar "demokrasi" yang sedang berjalan dalam PKR selama ini. Saya, secara peribadi menyokong Zaid sebagai calon Timbalan Presiden PKR dan bukan Azmin - tetapi nampaknya, Zaid sudah mengakuh kalah di tengah jalan. Nasi sudah pun menjadi bubur - tiada apa-apa lagi yang tinggal dalam PKR, selain daripada bau busuk yang membusukkan.

Skrip berkenaan kisah Kekecewaan Zaid ini sudah disiap terlebih dahulu, demi menidakkan kemenangan beliau. Dan hal ini, pada hemat saya, Zaid sudah mengetahuinya lebih awal - namun demikian, Zaid masih tetap mahu meneruskan "pertarungan" dengan Azmin, kerana pada firasat saya - Zaid mahu membuktikan kepada semua orang, sesungguhnya PKR sememangnya parti yang bermasalah. Nampaknya, Zaid lebih licik dan cerdik daripada Anwar Ibrahim - Zaid menjadikan dirinya sebagai mangsa dan korban "demokrasi" ala-Anwar Ibrahim, agar beliau mampu menuju ke puncak dan menjadi sang juara pada masa ketiadaan Anwar Ibrahim kelak!

Menjadikan diri sendiri sebagai mangsa kezaliman dan penindasan - merupakan jalan pintas dan paling mudah untuk seseorang ahli politik menuju ke puncak kuasa- Zaid meletakkan semua jawatan politiknya dalam PKR, namun demikian, harus diingat beliau masih tetapi sebagai ahli PKR, yang pada bila-bila masa mampu untuk kembali merebut jawatan-jawatan utama dalam PKR. Zaid bijak berpolitik - beliau tahu bila dan di mana mesti bertindak. Untuk masa yang akan datang - Zaid Ibrahim bakal menjadi nama besar dalam politik PKR - dan tidak mustahil menjadi salah seorang daripada penggerak "politik generasi baru" yang sangat diharapkan oleh mantan Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin. Wallahualam. Baca laporan di bawah :

KUALA LUMPUR, 8 Nov — Datuk Zaid Ibrahim meletakkan semua jawatan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden di sebalik siri dakwaan pemilihan parti dicemari kecacatan dan tidak telus.

Keputusan Zaid itu, yang diumumkan selepas kira-kira 18 bulan menyertai PKR, dilihat akan memberi kesan ke atas parti, diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku penasihat, yang sedang berusaha untuk kembali pulih daripada kekalahan dua pilihan raya kecil berturut-turut dan selepas sekumpulan wakil rakyatnya keluar parti awal tahun ini. Zaid berkata, beliau mengambil keputusan itu kerana tiada usaha di kalangan pucuk kepimpinan parti untuk menangani pelbagai isu manipulasi dan amalan-amalan pemilihan tidak adil meskipun isu terbabit telah dibangkitkan berulang kali.

“Saya ingin mengumumkan keputusan saya menarik diri daripada sebagai salah seorang calon yang bertanding jawatan timbalan presiden PKR dan kesemua jawatan yang dipegang dalam parti,” kata Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan ini dalam tulisan terbaru blognya, disiarkan awal pagi ini.

Zaid, bekas anggota Kabinet kerajaan pusat, menyertai PKR pertengahan tahun lalu. Beliau kini merupakan anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan menganggotai Biro Politik. Bagaimanapun beliau tidak menyebut sama ada akan kekal bersama PKR sebagai ahli biasa. Pucuk kepimpinan parti itu sebelum ini termasuk yang terbaru semalam menafikan wujudnya sebarang elemen manipulasi dan penyelewengan dalam proses pemilihan secara langsung yang julung kali diadakan.

Dalam penafian kira-kira 4 petang semalam, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail menafikan wujudnya elemen manipulasi dengan kertas undi didakwa boleh dibeli sebagaimana didakwa blogger hujung minggu lalu.

Dalam saingan jawatan timbalan presiden, Zaid berhadapan dengan cabaran dua naib presiden Azmin Ali, yang didakwa mendapat sokongan dan restu Anwar, dan Mustaffa Kamil Ayub. Selepas 87 cabang telah menyelesaikan proses pengundian Azmin berada jauh di depan khususnya selepas pemilihan cabang-cabang Sabah kelmarin dan semalam. Penyokong-penyokong Zaid mendakwa wujud manipulasi undi dalam proses pemilihan cabang-cabang di Sabah, tetapi ia turut dinafikan oleh jawatankuasa pemilihan pusat.

Dalam tulisan terbaru ini, tegas Zaid, beliau ditawarkan menyertai PKR di bawah kepercayaan bahawa boleh menghidupkan politik kesedaran dan progresif selain memelihara dan mengembangkan nilai-nilai politik berprinsip dan budaya dianggap penting bagi mengembangkan demokrasi dan urus tadbir pemerintahan baik di negara ini.

“(Tetapi) saya silap,” kata Zaid yang sebelum ini pernah mengkritik tatacara pemilihan dan meminta sekretariat membetulkan kelemahan dan kekurangan yang wujud. Malah beberapa pihak meminta agar pemilihan ditangguhkan sementara segala kelemahan dapat diatasi. Zaid menambah, di sebalik pemilihan parti insiden-insiden yang disaksikan menunjukkan kepimpinan parti membiarkan kecacatan dan penyelewengan dalam proses pemilihan demi mencapai matlamat disasarkan.

“Saya pasti mana-mana parti politik yang membawa nilai palsu dan hipokrit sedemikian tidak akan berupaya menawarkan pembaharuan bermakna kepada rakyat negara ini,” kata beliau. Meskipun memutuskan untuk meletakkan semua jawatan dalam PKR, Zaid berkata, beliau akan kekal berpegang pada perjuangan Pakatan Rakyat dan terus membawa isu-isu menyentuh rakyat jelata. Pakatan Rakyat turut dianggotai DAP dan PAS.

“Akhirnya, saya berharap peminat-peminat taksub Anwar Ibrahim tidak lagi menganggap saya sebagai pengacau dalam usaha menuju Putrajaya. Saya ucapkan mereka semoga berjaya,” kata beliau yang bertindak sebagai penyelaras Pakatan Rakyat dalam proses mendaftarkannya sebagai perikatan yang sah. Sambil mengucapkan terima kasih kepada kesemua ahli yang menyokongnya dan meletakkan kepercayaan terhadap perjuangan reformasi selama ini, kata Zaid, adalah sesuatu yang mengecewakan kerana tidak mampu untuk meneruskan usaha itu ekoran proses pemilihan yang cacat ini.

Comments

Anonymous said…
Tak hairan dan tak terkejut. Dah diduga apabila melihat penyelewengan leluasa berlaku dalam pemilihan jawatan dalam parti PKR.

THE ZEKS
azlishukri said…
zeks - zaid ibrahim baru tersedar...
Anonymous said…
li, langit banyak warna la...putih,biru,kelabu,merah,warna pelangi.....ayat kasi jelas...
Ada ke harapan anwar nak ke putrajaya? macam luncai ngan labu jerr...?

pengallas
azlishukri said…
mungkin kena belajar sastera semula nie...

Pilihan Pembaca

Ini Pandangan Saya

INI HANYALAH PANDANGAN SAYA Setelah berdoa dan membuat penyelidikan, maka di sini saya perturunkan hasil "Ijtihad Politik" saya berkenaan pemimpin UMNO, (menurut pandangan) yang layak untuk dipilih oleh para perwakilan UMNO kelak. Menurut pengetahuan yang saya miliki (jika salah tolong betulkan), ini adalah senarai pemimpin UMNO yang terbaik dan bersih sehingga saat ini. Masalah peribadi mereka yang lain, saya tidak tahu. Saya serahkannya kepada Allah, hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui yang mana benar-benar bersih dan yang mana pula yang kotor. Wallahualam. Kita hanya berupaya menilai dan mencari yang benar-benar hampir ke arah pemimpin yang bersih. Tetapi, hakikatnya hanya Allah sahaja yang mengetahui. Semoga Allah selamatkan UMNO dan pemimpinnya daripada fitnah dan malapetaka. Amin. Presiden UMNO merangkap Perdana Menteri Malaysia ke-6 Datuk Seri Najib Razak Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Naib Presiden UMNO I Datuk ...
Kebenaran Tanpa Penghujung Oleh Muhammad Azli Shukri "Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya." - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki. Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia- lebih gemar mendengar khabar a...

Anwar 2009 : Bernafas Di Dalam Lumpur

ANWAR IBRAHIM 2009 Bernafas Di Dalam Lumpur Saya sempat ke Bukit Gantang sebentar tadi, mendengar ucapan Tun Mahathir, di samping meninjau-ninjau markas UMNO/BN di sana. Dalam kesibukan tugas harian dan menghadiri mesyuarat di Pulau Pinang, saya masih ada masa untuk turun padang walau pun tidak lama. Melihat kepada begitu ramai yang hadir bagi mendengar ucapan mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir Mohamad, teringat saya seolah-olah beliau masih merupakan Perdana Menteri kita semua. Bolehlah saya gambarkan bahawa, kekuatan UMNO dan PAS di Bukit Gantang agak sama-sama kuat, dan kedua-dua parti berada dalam keadaan 50-50. Yang menarik minat saya pada kali ini adalah cara ucapan Tun Mahathir menceritakan bagaimana kaum Cina dan India di Malaysia harus bersyukur dengan kehidupan dan menikmati pelbagai kemudahan di negara ini, berbanding dengan negara-negara maju yang lain. Jika di negara lain, kita tidak akan dapat melihat kewujudan sekolah kebangsaan beraliran Cina atau India. Seb...