1. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mahu para pemimpin politik bukan Islam tidak sewenang- wenangnya mempergunakan ayat suci al-Quran untuk kepentingan politik mereka. Tegas beliau, ahli politik bukan Islam tidak dibenarkan menggunakan ayat suci al- Quran dalam ceramah mereka.
2. “Perkara itu sama seperti menghina Islam dan umat Islam yang menjadi majoriti rakyat di negara ini. “Kita perlu ingat bahawa al- Quran merupakan kitab suci bagi umat Islam dan ayat suci al- Quran tidak boleh dipermainkan oleh sesiapapun,” katanya. Beliau mengulas tindakan ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) beragama Islam yang sanggup membenarkan seorang perwakilan bukan Islam menghina kesucian al-Quran apabila tafsir yang digunakan tunggang-langgang dan terkeluar daripada konteks sebenar.
3. Ia terjadi semasa Perwakilan Angkatan Muda Keadilan (AMK), K.Subramaniam membahaskan ucapan dasar Presiden pada hari terakhir Kongres Nasional Tahunan PKR Ketujuh di Petaling Jaya semalam apabila dia membaca tafsir daripada ayat 190 dan 191 surah Ali-Imran. Tindakan beberapa ahli pakatan pembangkang menghina kesucian al-Quran bukan perkara baru di negara ini. Tahun lepas, dalam satu ceramah politik Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan daripada PKR tanpa segan silu menggunakan ayat suci al-Quran bagi menarik perhatian penyokong parti itu.
4. Pada 4 April 2009 pula, Ahli Parlimen Taiping yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Remis daripada DAP, Nga Kor Ming turut melakukan perbuatan yang sama dalam ceramah pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang. Harussani mengingatkan, jika dibiarkan perkara itu berlarutan, ia boleh mencemarkan imej Islam. Dalam pada itu, tokoh serta golongan bijak pandai agama dalam parti pembangkang khususnya Pas disaran menasihati kepimpinan di kalangan pakatan itu agar belajar menghormati ayat-ayat suci al-Quran dan bukannya menjadikannya 'bahan mainan.'
5. Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Terengganu, Khazan Che Mat berkata, adalah tidak manis dan tidak wajar sekiranya golongan bukan Islam membaca ayat-ayat suci al-Quran apatah lagi maksud yang dibaca itu diterjemah secara membuta tuli dan lari daripada maksud sebenar. Justeru beliau mempersoalkan ke mana perginya para pemimpin agama dan tokoh ulama yang dicanang serta dijulang di kalangan kepimpinan parti pembangkang sehingga peristiwa malang berkenaan terus berlaku.
6. "Kalau tidak silap saya perkara seumpama ini sudah berlaku sebelum ini namun tidak ada teguran. Mungkin atas alasan itu, (golongan) bukan Islam sesuka hati membaca dan mentafsir ayat al-Quran. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku.
7. "Saya percaya jika perkara yang sama dilakukan oleh kepimpinan Barisan Nasional (BN), berapi-rapi kutukan akan menyusul tetapi disebabkan yang menterjemah ayat-ayat suci al-Quran mengikut seleranya itu datang yang daripada kalangan mereka, terus sunyi sepi," katanya. Beliau berkata demikian seperti dipetik daripada laman UMNO-Online hari ini.
8. Dalam perbahasannya, Subramanian telah mentafsir ayat 190 dan 191 dari surah Ali-Imran yang tunggang langgang dan keluar daripada konteks sebenar. Khazan yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Terengganu seterusnya berkata, kepimpinan agama parti-parti pembangkang selepas ini berkemungkinan akan mencari dalil dan hujah bagi menyokong tindakan berkenaan.
9. Justeru beliau percaya para pemimpin pembangkang akan menggunakan alasan seperti 'berdakwah' bagi menutup perkara berkenaan sedangkan hakikat yang sebenarnya adalah tidak betul dan tidak sepatutnya berlaku. "Saya percaya, akan ada pembelaan daripada tokoh agama mereka dalam soal ini. Bagaimanakah mereka yang tidak percaya dengan al-Quran boleh menterjemah ayat-ayat suci itu?
Comments
Allahuakbar...
Masyarakat Malaysia mula sedar bahawa bahayanya jika ayat-ayat Al-Quran dijadi bahan politik.
Dahulu tokoh-tokoh agama memainkan isu-isu agama untuk mempolitikkan suasana pada masa itu. Kini orang-orang KAFIR mempolitikkan ayat-ayat Allah untuk melaga-lagakan sesama Islam.
Wahai umat Islam di Malaysia, bersatu-padulah dan berpegang teguh dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah Nabi. Biarlah kita semua mendaulatkan agama Islam bukan mempolitikkan agama atas kepentingan parti dan puak kita.
***Pemuda Kedah***
http://cikgupj.blogspot.com/
Saya hendak tambah komen sikit di ruangan blog saudara.
Petikan menarik yang saya ambil dari Utusan Online.
Jangan sesuka hati guna ayat al-Quran - Oleh Mufti Kelantan
KOTA BHARU 30 November, 2010 – Para pemimpin politik bukan Islam tidak boleh menggunakan ayat suci al-Quran secara sesuka hati di dalam ceramah mereka.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamed berkata, al-Quran merupakan kitab suci yang kesucian dan kehormatannya perlu dijaga dan tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya terutama untuk tujuan ceramah politik.
Beliau berkata, tidak salah sekiranya orang bukan Islam berhasrat mempelajari kitab suci umat Islam itu, tetapi ayat-ayat al-Quran tidak boleh digunakan dengan cara yang tidak betul sehingga boleh menimbulkan salah faham di kalangan orang ramai.
"Kalau peringkat awal belajar, ia hendaklah digunakan untuk peribadi dahulu, tak boleh gunakan untuk orang lain, nanti orang salah faham,” katanya. – Utusan
Ulasan saya pula;
Isu ini timbul berikutan berlakunya insiden yang menyedihkan di mana seorang perwakilan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Kesavan Subramaniam telah memanipulasikan Surah Al-Imran semasa beliau berhujah di Kongres PKR baru-baru ini.
Apa yang menyedihkan kita, tidak ada seorangpun yang berstatuskan Ustaz dikalangan ramai ahli-ahli PKR yang hadir menegur kesilapan pembahas berkenaan.
Malah, sebagai pemimpin tertinggi PKR, DSAI dan isterinya seolah-olah bersetuju dengan terjemahan Al-Quran yang dibuat oleh perwakilan berkenaan.
Diberitakan juga di dalam laman-laman blog bahawa ada ketikanya semasa berhujah Kesavan bertanya kepada semua perwakilan kalau-kalau tafsiran yang dibacanya itu betul atau tidak.
Tidak ada langsung yang membantah malah semua perwakilan PKR yang hadir ketika itu menjawab betul tanpa merasa jijik dan jelek melihat ayat Quran diperlekehkan oleh orang bukan Islam.
Na’uzubillah himin za lik….
Teramatlah mendukacitakan kita kerana sebagai pemimpin tertinggi parti PKR yang beragama Islam, kegagalan DSAI, isteri dan anaknya menegur kesilapan perwakilan tersebut secara spontan telah memberi pertunjuk kepada kita bahawa mereka anak beranak sebenarnya tidak faham maksud terjemahan dari Surah Al-Imran berkenaan.
Adakah ini yang Presiden PKR banggakan sehingga sanggup memuji suaminya, DSAI adalah seorang insan hebat yang memang dianugerahkan Tuhan untuk kita semua untuk menjadikannya pemimpin rakyat?
Alangkah malunya…adakah ini juga balasan segera dari Allah kepada hamba-hambanya yang berterusan membohongi rakyat?
Nasihat saya kepada DSAI dan keluarga, banyak-banyaklah bertaubat serta kembalilah ke pangkal jalan….
Sekian
http://salamsemua2010.blogspot.com
BERTINDAK PANTAS ,TANGKAS DAN CANTAS MEREKA.
Ada stengahnya, bila dah pencen....bru tunjuk taring godam kjaan. Ada pula yg dok sabotaj dari dlm. Di pejabat2 agama pun,mmg ada yg kaki sabotaj kjaan supaya ternampak seolah kjaan longgar dlm bab2 agama ni.
ustaz harussani sepatutnya, dari dulu lagi dah vokal dan lantang tentang puak yg memanipulasi agama seperti PAS. Atau mungkin, dia dulu pun sebenarnya adalah mendokong PAS.
Isu Murtad.....yg gempak lebih dan isu sure heboh dan ada lagi yg aku tak ingat. Ketika itu, seolah harussani seolah memberi peluru kpd pembangkang dan agak menekan.
kenapa, lepas PRU12 dulu trus p jumpa+pujuk nik aziz dan nanggis2 tentang kjaan campuran ?!!
skrg, nama harussani telah dihina dan dicaci oleh penyokong PAS.
Trngat juga dgn ustad2 yg terkenal dan glamer dari rancangan Ehwal Islam....rupa2nya ada udang sebalik mi.