Skip to main content

Tuan Guru Harussani Bersuara Lagi!

Tuan Guru Harussani
Bersuara Lagi!

1. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mahu para pemimpin politik bukan Islam tidak sewenang- wenangnya mempergunakan ayat suci al-Quran untuk kepentingan politik mereka. Tegas beliau, ahli politik bukan Islam tidak dibenarkan menggunakan ayat suci al- Quran dalam ceramah mereka.

2. “Perkara itu sama seperti menghina Islam dan umat Islam yang menjadi majoriti rakyat di negara ini. “Kita perlu ingat bahawa al- Quran merupakan kitab suci bagi umat Islam dan ayat suci al- Quran tidak boleh dipermainkan oleh sesiapapun,” katanya. Beliau mengulas tindakan ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) beragama Islam yang sanggup membenarkan seorang perwakilan bukan Islam menghina kesucian al-Quran apabila tafsir yang digunakan tunggang-langgang dan terkeluar daripada konteks sebenar.

3. Ia terjadi semasa Perwakilan Angkatan Muda Keadilan (AMK), K.Subramaniam membahaskan ucapan dasar Presiden pada hari terakhir Kongres Nasional Tahunan PKR Ketujuh di Petaling Jaya semalam apabila dia membaca tafsir daripada ayat 190 dan 191 surah Ali-Imran. Tindakan beberapa ahli pakatan pembangkang menghina kesucian al-Quran bukan perkara baru di negara ini. Tahun lepas, dalam satu ceramah politik Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan daripada PKR tanpa segan silu menggunakan ayat suci al-Quran bagi menarik perhatian penyokong parti itu.

4. Pada 4 April 2009 pula, Ahli Parlimen Taiping yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pantai Remis daripada DAP, Nga Kor Ming turut melakukan perbuatan yang sama dalam ceramah pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang. Harussani mengingatkan, jika dibiarkan perkara itu berlarutan, ia boleh mencemarkan imej Islam. Dalam pada itu, tokoh serta golongan bijak pandai agama dalam parti pembangkang khususnya Pas disaran menasihati kepimpinan di kalangan pakatan itu agar belajar menghormati ayat-ayat suci al-Quran dan bukannya menjadikannya 'bahan mainan.'

5. Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Terengganu, Khazan Che Mat berkata, adalah tidak manis dan tidak wajar sekiranya golongan bukan Islam membaca ayat-ayat suci al-Quran apatah lagi maksud yang dibaca itu diterjemah secara membuta tuli dan lari daripada maksud sebenar. Justeru beliau mempersoalkan ke mana perginya para pemimpin agama dan tokoh ulama yang dicanang serta dijulang di kalangan kepimpinan parti pembangkang sehingga peristiwa malang berkenaan terus berlaku.

6. "Kalau tidak silap saya perkara seumpama ini sudah berlaku sebelum ini namun tidak ada teguran. Mungkin atas alasan itu, (golongan) bukan Islam sesuka hati membaca dan mentafsir ayat al-Quran. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku.

7. "Saya percaya jika perkara yang sama dilakukan oleh kepimpinan Barisan Nasional (BN), berapi-rapi kutukan akan menyusul tetapi disebabkan yang menterjemah ayat-ayat suci al-Quran mengikut seleranya itu datang yang daripada kalangan mereka, terus sunyi sepi," katanya. Beliau berkata demikian seperti dipetik daripada laman UMNO-Online hari ini.

8. Dalam perbahasannya, Subramanian telah mentafsir ayat 190 dan 191 dari surah Ali-Imran yang tunggang langgang dan keluar daripada konteks sebenar. Khazan yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Terengganu seterusnya berkata, kepimpinan agama parti-parti pembangkang selepas ini berkemungkinan akan mencari dalil dan hujah bagi menyokong tindakan berkenaan.

9. Justeru beliau percaya para pemimpin pembangkang akan menggunakan alasan seperti 'berdakwah' bagi menutup perkara berkenaan sedangkan hakikat yang sebenarnya adalah tidak betul dan tidak sepatutnya berlaku. "Saya percaya, akan ada pembelaan daripada tokoh agama mereka dalam soal ini. Bagaimanakah mereka yang tidak percaya dengan al-Quran boleh menterjemah ayat-ayat suci itu?

10. "Janganlah kerana kepentingan politik, perkara yang terang-terangan salah dan mencemarkan kesucian Islam di depan mata tidak dihiraukan. Renung-renungkanlah soal maruah Islam dan bukannya nawaitu (niat) politik semata-mata," katanya. Sumber : Malaysia-Instinct.

Comments

Anonymous said…
kenapa tiada laporan polis dibuat???kenapa JAIS tak ambil tindakan???JAKIM bila nak bersuara???cukuplah agama suci Allah S.W.T ini dihina dan diperlekehkan oleh ejen-ejen syaitan ini...wahai umat Islam Malaysia sekalian 'bangkitlah saudara2ku sekalian...sudah tiba masanya kita berhijad menentang para kafir laknat ini...demi Allah S.W.T,demi Rasulullah S.A.W,demi Islam dan demi tanah tumpah darah tercinta,Malaysia...
Allahuakbar...
Anonymous said…
Sepatutnya Mufti panggil mereka dan berbincang. Maklumkan sebab musabab dan apa yang boleh dan tak boleh. Bagus juga mereka dah mula nak baca Quran, manakala ADUNx Melayu tu langsung dan jarangx rujuk Quran dan ada tak faham kot. Kalaulah mufti pun gunakan media macam ahli politik, macamana orang ramai nak hormat. Dalam Islam ada cara berhemah untuk berdakwah.
Anonymous said…
Syukur kepada Allah.
Masyarakat Malaysia mula sedar bahawa bahayanya jika ayat-ayat Al-Quran dijadi bahan politik.

Dahulu tokoh-tokoh agama memainkan isu-isu agama untuk mempolitikkan suasana pada masa itu. Kini orang-orang KAFIR mempolitikkan ayat-ayat Allah untuk melaga-lagakan sesama Islam.

Wahai umat Islam di Malaysia, bersatu-padulah dan berpegang teguh dengan ajaran Al-Quran dan Sunnah Nabi. Biarlah kita semua mendaulatkan agama Islam bukan mempolitikkan agama atas kepentingan parti dan puak kita.

***Pemuda Kedah***
Anonymous said…
aktifkan ISA....kenapa KDN diam jer?org islam dah naik terbakar??? hishamudin tido ker???? ....
Mohar Yahya said…
salam abang azli, dah lama teman tak berkunjung ke sini kerana putus hubungan setelah tukar template dulu. Harap dapat di pautkan semula blog kita supaya senang kunjung mengunjung.Terima kasih.link cpj:

http://cikgupj.blogspot.com/
Salam semua said…
Salam semua…

Saya hendak tambah komen sikit di ruangan blog saudara.

Petikan menarik yang saya ambil dari Utusan Online.

Jangan sesuka hati guna ayat al-Quran - Oleh Mufti Kelantan

KOTA BHARU 30 November, 2010 – Para pemimpin politik bukan Islam tidak boleh menggunakan ayat suci al-Quran secara sesuka hati di dalam ceramah mereka.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamed berkata, al-Quran merupakan kitab suci yang kesucian dan kehormatannya perlu dijaga dan tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya terutama untuk tujuan ceramah politik.

Beliau berkata, tidak salah sekiranya orang bukan Islam berhasrat mempelajari kitab suci umat Islam itu, tetapi ayat-ayat al-Quran tidak boleh digunakan dengan cara yang tidak betul sehingga boleh menimbulkan salah faham di kalangan orang ramai.

"Kalau peringkat awal belajar, ia hendaklah digunakan untuk peribadi dahulu, tak boleh gunakan untuk orang lain, nanti orang salah faham,” katanya. – Utusan

Ulasan saya pula;

Isu ini timbul berikutan berlakunya insiden yang menyedihkan di mana seorang perwakilan Angkatan Muda Keadilan (AMK), Kesavan Subramaniam telah memanipulasikan Surah Al-Imran semasa beliau berhujah di Kongres PKR baru-baru ini.

Apa yang menyedihkan kita, tidak ada seorangpun yang berstatuskan Ustaz dikalangan ramai ahli-ahli PKR yang hadir menegur kesilapan pembahas berkenaan.

Malah, sebagai pemimpin tertinggi PKR, DSAI dan isterinya seolah-olah bersetuju dengan terjemahan Al-Quran yang dibuat oleh perwakilan berkenaan.

Diberitakan juga di dalam laman-laman blog bahawa ada ketikanya semasa berhujah Kesavan bertanya kepada semua perwakilan kalau-kalau tafsiran yang dibacanya itu betul atau tidak.

Tidak ada langsung yang membantah malah semua perwakilan PKR yang hadir ketika itu menjawab betul tanpa merasa jijik dan jelek melihat ayat Quran diperlekehkan oleh orang bukan Islam.

Na’uzubillah himin za lik….

Teramatlah mendukacitakan kita kerana sebagai pemimpin tertinggi parti PKR yang beragama Islam, kegagalan DSAI, isteri dan anaknya menegur kesilapan perwakilan tersebut secara spontan telah memberi pertunjuk kepada kita bahawa mereka anak beranak sebenarnya tidak faham maksud terjemahan dari Surah Al-Imran berkenaan.

Adakah ini yang Presiden PKR banggakan sehingga sanggup memuji suaminya, DSAI adalah seorang insan hebat yang memang dianugerahkan Tuhan untuk kita semua untuk menjadikannya pemimpin rakyat?

Alangkah malunya…adakah ini juga balasan segera dari Allah kepada hamba-hambanya yang berterusan membohongi rakyat?

Nasihat saya kepada DSAI dan keluarga, banyak-banyaklah bertaubat serta kembalilah ke pangkal jalan….

Sekian

http://salamsemua2010.blogspot.com
Amaran said…
Dato Hisham tak tido, sedang mengarang statement AMARAN yg tersangat keras. mua ha ha.
Anonymous said…
PERKASAAAAAA!!!!!!!....BANGUUUUNN!!
BERTINDAK PANTAS ,TANGKAS DAN CANTAS MEREKA.
Anonymous said…
Perkara ini silap kita.selepas mengadai bangsa dan kini agama pula.dulu perkara ni tak berlaku.Mereka buka islam tidak faham.kita kena beritahu dan buat teguran.kalau kita biarkan,jangan marah kalau esok ayat quran dan Al Quran dijual dikedai bukan islam.jangan jual agama dan bangsa kerana politik.Kita mesti bersatu kerana agama dan bangsa.Siapa nak tolong agama dan bangsa kita,kecuali kita sendiri.tak tau apa nak jadi lagi.
Anonymous said…
pstt pstttt..... depa ada nik aziz.....tukang backing. ulamak munafik imam khawarij. apa nga & ngeh nak takuitt.
megat said…
har har har, minta maaf la.....aku kdg2 dah naik muak dgn org2 yg kononnya berstatus hebat dlm agama ni.

Ada stengahnya, bila dah pencen....bru tunjuk taring godam kjaan. Ada pula yg dok sabotaj dari dlm. Di pejabat2 agama pun,mmg ada yg kaki sabotaj kjaan supaya ternampak seolah kjaan longgar dlm bab2 agama ni.

ustaz harussani sepatutnya, dari dulu lagi dah vokal dan lantang tentang puak yg memanipulasi agama seperti PAS. Atau mungkin, dia dulu pun sebenarnya adalah mendokong PAS.

Isu Murtad.....yg gempak lebih dan isu sure heboh dan ada lagi yg aku tak ingat. Ketika itu, seolah harussani seolah memberi peluru kpd pembangkang dan agak menekan.

kenapa, lepas PRU12 dulu trus p jumpa+pujuk nik aziz dan nanggis2 tentang kjaan campuran ?!!

skrg, nama harussani telah dihina dan dicaci oleh penyokong PAS.

Trngat juga dgn ustad2 yg terkenal dan glamer dari rancangan Ehwal Islam....rupa2nya ada udang sebalik mi.

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Lagi Kisah Siti Nurhaliza : Mana Perginya Produk CTea?

Lagi Kisah Siti Nurhaliza Mana Perginya Produk CTea? Oleh Satu Hala (Malaysia Instinct) Inilah antara benda-benda yang buat sakit hati dengan orang kaya Melayu ni. Datuk K sanggup perabis RM66,550 untuk beli nombor plate KCT 1 untuk isteri tercinta, Datuk Siti Nurhaliza. Kononnya cintan maut habislah tu kan. Tak tahulah kot-kot Rozita Che Wan yang dulu orang kata dapat Mercedes dari Datuk K (lepas dah kahwin dengan Siti) pun akan dapat nombor plate yang sama. Gasaklah hal Rozita Che Wan tu. Yang penulis tertarik nak tulis ialah sikap orang macam Datuk K dan Siti Nurhaliza. Parasit adalah perkataan paling tepat. Tahu tak Siti Nurhaliza adalah pemohon pinjaman Tekun untuk bisnes barang solek Simply Siti. Kalau tak percaya, pergilah cek dengan Tekun. Pasti nama Siti akan terpacul. Sakit hati betul penulis dengan orang-orang macam ini. Dah tahu duit banyak, gunalah duit sendiri untuk berniaga, tak pun pinjamlah bank. Gi pinjam dengan Tekun tu buat apa? Mentanglah bayar

Tulisan Terbaik Mufti Perak

1. Minggu yang lepas telah memaparkan semula perbahasan tentang ancak serta beberapa isu yang berkesinambungan dari perkara-perkara yang sepatutnya sudah selesai dan tidak diperbincangkan lagi di media cetak dan elektronik mahupun laman sesawang. Tidak kurang juga beberapa ulasan dari blogger tentang isu ancak yang masih tidak berkesudahan nampaknya. Tambah menyemarakkan keadaan, terdapat komen-komen yang agak pedas di samping cacian, pendustaan dan kalam-kalam yang terbit dari hati sekiranya dibaca berulang kali boleh membawa kepada kesedihan yang amat mendalam 2. Itulah realiti yang perlu ditempuh oleh semua orang terutamanya para pemimpin, pendakwah atau pun sesiapa sahaja. Itulah juga mentaliti sebahagian dari kita yang banyak menghabiskan masa dan memerah fikiran semata-mata untuk memuaskan hawa nafsu mereka yang selama-lamanya tidak akan puas. 3. Masih ramai di kalangan umat Melayu-Islam ini tertarik dan terpesona untuk membuat ungkapan, percakapan ma