Skip to main content

Bagaimana Pakatan Rakyat Boleh Tahu Lebih Awal?


Bagaimana Pakatan Rakyat
Boleh Tahu Lebih Awal?

Saya agak pelik, bagaimana para pemimpin Pakatan Rakyat boleh tahu parti mereka akan tewas dalam PRU-13, sekiranya DS Najib membubarkan parlimen pada waktu sekarang? Apakah ini merupakan strategi politik? Atau pun sememangnya mereka sudah tahu, rakyat semakin berpihak dan yakin dengan BN/UMNO. Namun demikian, antara PKR, DAP dan PAS - yang lebih kelihatan rasional ialah DAP dan PKR, PAS pula terlalu emosional untuk menguasai Malaysia.

PAS sangat jelas tidak berpijak di bumi yang nyata. Kempen PAS dengan slogan "PAS ganti UMNO" sangat memualkan. Ternyata slogan dan kempen tersebut hanya sekadar retorik kosong dan terdesak untuk menanamkan kebencian rakyat terhadap UMNO. Slogan terbaik untuk PAS sebenarnya adalah seperti berikut : "PAS Terajui Pakatan Rakyat", "PAS Sedia Laksana Hudud Jika Memerintah", "PAS Ganti PKR" atau "PAS Menerajui Malaysia" - Apakah pemimpin-pemimpin PAS berani? Jika setakat ganti UMNO sahaja - maknanya PAS tidak kemana pun.

Yang rakyat mahu, PAS bukan sekadar menggantikan UMNO, tetapi turut menguasai kerajaan dan parti komponen, seperti mana UMNO menguasai MIC dan MCA. Dengan kata lain, rakyat mahu DAP dan PKR tunduk kepada kehendak Islam, dan bukan sebaliknya. Kita mahu DAP dan PKR ikut Islam, bukan Islam ikut DAP atau PKR. Sekarang, hal tersebut sudah terbalik. Mungkin faktor ini, sedikit sebanyak menyebabkan Pakatan Rakyat mula berasa gusar dan dapat merasakan detik-detik kekalahan mereka dalam PRU yang akan datang. Wallahualam. Baca laporan Malaysia Insider di bawah :

KUALA LUMPUR, 15 Nov — Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengakui perikatan itu berhadapan dengan situasi rugi jika pilihan raya umum ke-13 dipanggil lebih awal, di sebalik kebangkitan semula Barisan Nasional (BN) yang memenangi dua pilihan raya kecil serentak baru-baru ini.

Malah, perikatan itu melihat pilihan raya umum tergempar juga tidak memihak kepada mereka dan merupakan satu kekurangan jika mengambil kira beberapa perkembangan membabitkan komponennya.

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat juga merasakan kesan negatif ekoran pemilihan langsung PKR julung kali diadakan, yang tercalar dengan dakwaan manipulasi dan pelbagai kecacatan. Malah pemilihan DAP Perak semalam, yang menyaksikan wujudnya perpecahan kepimpinan komponen PR di negeri itu juga menimbulkan tanda tanya sama ada boleh menghadapi pilihan raya umum dengan penuh yakin.

Keadaan itu diburukkan dengan tindakan Datuk Zaid Ibrahim — pengumuman terbaru menunjukkan beliau keluar PKR hari ini. Justeru, beberapa wakil rakyat PR yang dihubungi berkata, waktu pilihan raya umum ke-13 diadakan kemungkinan tidak memihak mereka jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memutuskan untuk membubarkan Parlimen dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Pun begitu, mereka mengakui bahawa mereka perlu bersedia untuk menghadapi persaingan memandangkan mereka tidak boleh mempengaruhi proses pemilihan waktu untuk diadakan pilihan raya. Malah mereka juga mengakui bahawa sudah ada peralihan sokongan bukan Melayu ke arah BN dengan prestasi pilihan raya kecil kerusi DUN Galas dan Parlimen Batu Sapi walaupun mereka menekankan bahawa trend itu tidak mewakili sokongan sebenar di peringkat nasional. “Nampaknya, pilihan raya umum akan diadakan dalam waktu terdekat, dalam tempoh beberapa bulan ini.

“Waktu ia akan diadakan bukan sesuatu yang memihak kami,” kata Ahli Parlimen Rasah Anthony Loke kepada The Malaysian Insider apabila ditanya pandangannya mengenai cakap-cakap mengenai pilihan raya umum tergempar. BN mempunyai mandat sehingga Mei 2013 untuk mengadakan pilihan raya umum iaitu lima tahun selepas pilihan raya umum 2008.

“Pentadbiran Barisan Nasional akan mengambil peluang ekoran kemenangan di Galas dan Batu Sapi, dan juga perkembangan dalam Pakatan sekarang. Mereka akan mengambil kesempatan daripada kedudukan kami yang lemah,” katanya. Sehubungan itu, kata Ketua Pemuda DAP ini, Pakatan Rakyat perlu bertindak secara bersama dengan mengetepikan salah faham dan pergeseran sesama sendiri.

“Dalam konvensyen Pakatan Rakyat akan datang, kami perlu datang dengan garis panduan yang lebih jelas, bertindak ke atas cadangan-cadangan bagi menyelesaikan isu semasa seperti isu air, kenaikan tol... kami perlu mengurangkan politiking, sebaliknya perlu menyelesaikan masalah yang wujud.

“Saya merasakan rakyat sudah penat dengan persekitaran politiking (sejak sekian lama),” kata beliau. PR akan mengadakan konvensyen keduanya di Pulau Pinang bulan depan. Sambil menekankan bahawa Pakatan Rakyat tiada pilihan apabila berhadapan dengan pilihan raya, Pengarah Strategi PKR Chua Tian Chang berkata, “kami perlu menghadapinya sama ada kami sebenarnya sudah bersedia ataupun sebaliknya.”

“Menjadi kerajaan yang memerintah adalah satu kelebihan, BN boleh menentukan tarikh (pilihan raya),” kata beliau ketika dihubungi. Bagaimanapun Ahli Parlimen Batu itu mengakui bahawa jika pilihan raya umum diadakan dalam waktu terdekat, ia tidak akan menjadi sesuatu yang memihak kepada Pakatan Rakyat. “Tetapi kami kena iktitaf bahawa pilihan raya tergempar, jika diadakan pada bila-bila masa, ia akan menjadi satu kekurangan kepada kami,” kata beliau lagi. Beliau bagaimanapun mendakwa sokongn bukan Melayu masih kekal kuat di sebelah Pakatan Rakyat meskipun BN menang di Galas dan Batu Sapi.

“Dari segi sokongan bukan Melayu, meskipun ada peralihan di Galas, tetapi tidak ada peralihan di Batu Sapi. “Sebenarnya di Batu Sapi, ada peningkatan sokongan bukan Melayu ke arah Pakatan. “Sebagai seorang ahli politik, sudah tentu saya akan mengatakan bahawa trend pengundian di Galas dan Batu Sapi tidak mewakili trend kebangsaan,” kata beliau lagi.

Bendahari PAS Dr Hatta Ramli memberitahu, peralihan sokongan bukan Melayu ke arah BN di Galas dan Batu Sapi merupakan kes terpencil dna bukan sesuatu yang signifikan. Kata beliau, peralihan seumpama itu bukan sesuatu yang biasa dalam pilihan raya kecil ekoran skala kempen dan sumbangan yang diberikan untuk mendapatkan sokongan mereka.

“Saya tidak melihat ia mewakili sentimen keseluruhan negara,” katanya. “Pun begitu, ia masih merupakan panggilan amaran bagi setiap orang dalam Pakatan untuk memobilisasikan jentera kami untuk bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum,” kata Ahli Parlimen Kuala Krai ini.

Pemerhati dan penganalisis politik melihat kejayaan BN di dua pilihan raya kecil serentak termasuk merampas balik kerusi Galas sebagai petanda Pakatan Rakyat sudah hilang momentum 2008 manakala Umno dan BN memperbaiki kedudukan menjelang pilihan raya umum ke-13.

Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin akan turun padang menemui ahli dan penyokongnya mulai awal tahun depan, yang dilihat sebagai petanda pilihan raya umum semakin dekat. Beliau dijangka mengumumkan perubahan kepimpinan Umno peringkat negeri akhir bulan ini.

Comments

Anonymous said…
Tuan... PAS memang dok ganti UMNO dah pun... Hat kerja dok ludah UMNO dulu ni depa dok buat..contok dia "kita memusuhi UMNO bukan kerana nama dia UMNO (lebih kurang)..lani -peluk cuim DAP langkah mayat nihhh..hahahaha..

Tuan Azli..cuba pahamkan PAS GANTI UMNO...PAHAMKAN DAN TELITI BAHASA MELAYU NIHHHH...PAS GANTI UMNO....KENPEN LA BANYAK SIKIT..LAST2 TAK DAK PAS...SEMUA PAKAT MASUK UMNO...HAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHA
azlishukri said…
moh kita kempen ramai2
PEJUANG BANGSA said…
Bro,gua dah muak dengan pakatan rakyat yang asyik menyalahkan orang lain atas kelemahan mereka sendiri.4 negeri yang dikuasai mereka mengalami banyak masaalah,yang secara langsung menjejaskan kehidupan rakyat jelata.Sebab itu gua cuba membantu dengan BLOG yang baru gua buka.Moga pada PRU akan datang pakatan songsang ini jatuh terus ke liang lahat.
azlishukri said…
tahniah pejuang bangsa..sama kita berjuang.
Anonymous said…
hahaha..pathetic la. The same thing when UMNO proclaim they going to do transformation to earn back the rakyat trust, PAS has gone beyond that by saying they are now in better state than UMNO hence rakyat can put more confidence in them than UMNO.

WHy can't UMNO take this positively and fight like a real man?? instead of manipulating the media and intreprate those slogan in their own way? takut kahh?? podahh...!
Anonymous said…
to anon mat salleh celup di atas,
the pathetic one is you and you pakatan shit cohort. a lunatic can say they are in a better state than a healthy mind person. why cant PAS stop being a lunatic n embrace the real deal?

jentayu

Pilihan Pembaca

"Semalam, Saya Menerima SMS daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin."

HENTIKAN SEGALA FITNAH Saya agak tertarik dengan kenyataan Datuk Seri Ali Rustam semalam, bahawa tidak timbul isu konspirasi untuk menjatuhkan beliau melalui Lembaga Disiplin. Kenyataan tersebut turut disambut oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib dengan menegaskan bahawa ahli-ahli UMNO perlu menerima keputusan tersebut, serta memikirkan kepentingan UMNO melebihi daripada kepentingan individu. Yang menarik perhatian saya adalah, terdapat satu mesej yang sangat jelas bahawa apa-apa yang sedang berlaku ketika ini merupakan pertembungan antara "pemimpin UMNO yang berimej bersih VS pemimpin UMNO yang berimej tidak bersih", malah terdapat usaha yang meminta mana-mana pemimpin UMNO yang mempunyai imej tidak baik dan bersih, disaran berehat dahulu daripada politik, serta pikirkan terlebih dahulu kepentingan parti dan kehendak akar umbi. Saya mengucapkan kesyukuran, tatkala Datuk Seri Ali Rustam, mengakui kesilapan beliau dan berharap agar para penyokongnya bertenang dan ...
MONOLOG AZLI SHUKRI BAB 9 : PEMIMPIN UMNO AL-MUNTAZAR “UMNO telah mengguna pakai sistem demokrasi untuk pastikan pengkhianat parti dapat ditolak dan digantikan dengan mereka yang lebih berupaya. Tetapi jelas demokrasi UMNO tidak selalunya berjaya. Ramai yang berjaya merebut jawatan walaupun mereka sebenarnya tidak berkebolehan dan tidak jujur. Apabila sampai ke puncak mereka gunakan jawatan dan kuasa yang ada untuk menghalang demokrasi daripada menyelamatkan parti. Dengan memberi jawatan dan wang serta pangkat, dengan menyalahgunakan kuasa yang diberikan kepada mereka, dengan menggunakan pelbagai bentuk ancaman, mereka ini telah berjaya menyekat apa-apa usaha untuk mengusir mereka, setidak-tidaknya untuk sekian masa.” – Tun Mahathir Mohamad Saya mulakan Monolog Azli Shukri Bab 9 kali ini dengan kenyataan Tun Mahathir yang didakwa oleh ramai pihak bahawa beliau cuba campur tangan dalam mempengaruhi pemilihan dan pencalonan pemimpin-pemimpin UMNO Mac depan. Namun demikian, saya t...
KENALI DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Siri Pertama "Saya membesar seperti kanak-kanak lain." Oleh Muhammad Azli Shukri Menelusuri kehidupan zaman remaja Datuk Mukhriz Mahathir, sangat teruja. Anak ketiga kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad ini begitu ceria sewaktu membicarakan zaman remajanya kepada penulis. “Zaman remaja saya penuh dengan keriangan, saya seperti kanak-kanak lain, hidup dalam budaya Melayu yang sangat menekankan soal adat dan agama Islam.” Ujar Mukhriz ketika memulakan perbualan. “Saya dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan pendidikan dan agama, ayah saya Tun Mahathir sangat tegas dalam pendidikan kami. Walaupun beliau sibuk sebagai ahli politik, namun pendidikan anak-anaknya sangat diambil berat.” Sambung Mukhriz lagi. Menurut beliau, zaman remajanya sangat menarik untuk dikongsi bersama. Walaupun keluarga Mukhriz sangat dihormati oleh masyarakat pada ketika itu, kerana Tun Mahathir merupakan seorang doktor perubatan, namun hubungan...