Skip to main content

Arahan Baru Kepada Najib?

Arahan Baru Kepada Najib?

Saya merasakan, berita di bawah ini secara tersiratnya merupakan satu "arahan" Tun Mahathir kepada DS Najib, agar meneruskan projek Jambatan Bengkok yang pernah diluluskan oleh kabinet di bawah pentadbiran beliau pada satu ketika dahulu. Saya percaya - DS Najib perlu bertindak segera, agar idea Tun Mahathir ini dapat direalisasikan semula. Walaupun ini bukanlah arahan berbentuk formal daripada Tun Mahathir - namun demikian, ramai pemerhati politik beranggapan ia mengandungi mesej tersirat daripada Tun Mahathir kepada DS Najib. Justeru itu, sama-sama kita fikirkan.

KUALA LUMPUR 26 Nov. – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pembinaan jambatan baru menggantikan Tambak Johor tidak akan mengundang implikasi undang-undang daripada kerajaan Singapura jika ia menggunakan formula ‘jambatan bengkok’ yang pernah dicadangkan sewaktu pentadbirannya.

Menurut bekas Perdana Menteri itu, keyakinan berkenaan adalah berasaskan reaksi Singapura yang tidak membantah rancangan pembinaan jambatan itu atau membuat apa-apa tuntutan termasuklah mengenai laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA). Katanya, kerana itulah kerja-kerja pembinaan telah dimulakan dengan menambak sebahagian daripada Tambak Johor yang berada dalam kawasan Malaysia untuk dijadikan tempat penyambungan ‘jambatan bengkok’ dari arah Johor.

“Tidak ada sebab kita tidak boleh meneruskan projek ini, cuma apa yang berlaku ialah (bekas Perdana Menteri), Tun Abdullah Ahmad Badawi membuat keputusan untuk menghentikan pembinaan jambatan ini. “Kononnya supaya dapat dirunding semula dengan Singapura, selama dua tahun berlalu namun rundingan tidak berjaya,” katanya yang ditemui selepas menerima sumbangan RM7,000 daripada Pengerusi Persatuan Belia Islam Kepong, Norizan Ali untuk mengisi Tabung Gaza di sini hari ini.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada istiadat sambutan ulang tahun keputeraannya yang ke-52 pada 22 November lalu mengulangi hasrat baginda dan seluruh rakyat Johor supaya pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor yang menghubungkan negeri itu dengan Singapura diteruskan.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan cadangan pembinaan jambatan baru itu perlu dikaji secara terperinci kerana ia memberi banyak implikasi dalam beberapa aspek termasuk perundangan dan kos. Model ‘jambatan bengkok’ yang dicadangkan sewaktu pemerintahan Dr. Mahathir ialah jambatan yang dibina secara bersendirian oleh Malaysia dan bersambung semula di atas Tambak Johor kira-kira 20 meter daripada sempadan Singapura selain membolehkan kapal melalui Selat Tebrau.

Mengulas lanjut, Dr. Mahathir berkata, rundingan yang dilakukan oleh Abdullah adalah berkaitan sama ada Singapura mahu membina sebuah jambatan yang lurus dan bukannya berkaitan ‘jambatan bengkok’. Bagaimanapun kerana Singapura meminta hak penerbangan jet pejuang di ruang angkasa Johor di samping bekalan pasir sebanyak 1 bilion kubik meter dalam tempoh 20 tahun, Malaysia terpaksa menarik diri.

Katanya, yang memelikkan adalah projek ‘jambatan bengkok’ turut dihentikan dengan alasan ia tidak dipersetujui oleh rakyat Johor sehingga membangkitkan kemarahan mereka dan menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan enam kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada pilihan raya umum 2008. “Kerana marah itu sokongan mereka kepada BN merosot, ada kawasan yang dulu menang majoriti 13,000 tinggal 2,000 undi dan ada kawasan yang kalah terus. “Saya yakin kalau jambatan ini dibangunkan ia akan mengembalikan sokongan rakyat Johor kepada BN,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Dr. Mahathir berkata, beliau telah bertemu dengan Sultan Ibrahim dan baginda menunjukkan kesungguhannya untuk merealisasikan pembinaan jambatan baru itu. “Baginda akan menulis (surat), saya fikir kepada kerajaan untuk membuat cadangan bagaimana nak membina jambatan itu jika Kerajaan Pusat tidak ada duit,” katanya.

Comments

shamshul anuar said…
Saudara Azli,

Saya ingin mengulas mengenai gesaan Dr wan azizah, Presiden PKR( nama saja Presiden tetapi tak bekuasa) supaya "Ketuanan Melayu" dihapuskan.

Perkataan ini "Ketuanan Melayu" jarang saya dengar dari mulut ahli UMNO . Yang selalu saya dengar ialah dari PR.

PAS tak suka perkataan Melayu. Maklumlah katanya assabiyah. PAS terlupa Allah SWT menjadikan manusia berbangsa-bangsa dan berpuak puak. Bukan dengan menyuruh berperang tetapi supaya kita saling mengenali dan belajar.

Bagi PAS, hina megah dengan identiti Melayu. Mereka lupa kepentingan Melayu adalah seiring dengan ke[pentingan Islam kerana majoriti orang islam di Malaysia ialah Melayu.

DAP memanglah anti "Ketuanan Melayu" walaupun ia 100% Menyokong "Ketuanan Cina" dalam ekonomi. Pada DAP, parti politik yang "demokratik, maju, adil mestilah parti politik yang menentang apa-apa saja aspirasi dan hasrat orang Melayu.

PKR pula memang dari dulu tak berkenan dengan cita cita dan hasrat orang Melayu. Maklumlah nak dapatkan undi dan sokongan DAP, mestilah segala apa pruntukan dalam perlembagaan mengenai orang melayu mesti dibantai habis habisan. Ala-ala menjual kepentingan bangsa melayu untuk menjaga hati "big Boss PR" iaitu DAP.

Setengah pemimpin UMNO yang setengah masak pula takut menyatakan kebenaran bahawa di Malaysia terdapat "ketuanan Melayu" dan "ketuanan Cina".

Orang Melayu berhak atas "Ketuanan Melayu" kerana mereka menguasai politik. Bagaimana? Dengan memenangi pilihanraya.

Kerana orang Melayu menguasai politiklah maka segala peruntukan terhadap orang Melayu( perkataan Melayu disebut 54 kali) dalam Perlembagaan), dapat dierjemahkan dalam bentuk yang nyata.

Perlembagaan adalah sekeping kertas. Yang menjamin aspirasi dan kepentingan Melayu bukan Perlembagaan. Perlembagaan hanya menyatakan hak, dan kedudukan orang melayu dalam Malaysia SERTA kedudukan bangsa bukan Melayu di negara ini.


YANG MENJAMIN kedudukan Melayu serta apa saja yang jadi identiti Melayu ialah kuasa orang melayu. Dan kuasa ini diperolehi melalui pilihanraya.

Kedudukan Bahasa Melayu, Islam, Raja raja, keutamman Melayu di sektor awam( disebut 80% dari kakitangan awam mesti Melayu) , keutamaan dari segi kuota, biasiswa, peluang perniagaan MENJADI SATU REALITI kerana orang Melayu berkuasa.

Jika orang Melayu hilang kuasa, jangan mimpi semua ini akan kekal. Sekarang pun sudah ada tentangan terhadap kedudukan Islam sebagai agama rasmi.

"KETUANAN CINA" pula adalah manifestasi penguasaan orang Cina dalam ekonomi. Ini adalah satu lagi "ketuanan" yang semua orang terlepas pandang.

orang melayu tidak marah dan tidak pernah pula pemimpin Melayu UMNO atau pERKASA menyuruh Melayu bertindak zalim pada orang Cina. Kebebasan diberi sepenuhnya untuk mereka cari rezeki dan berniaga.

Salahkah UMNO pertahankan kuasa politik orang Melayu. Salahkah harapan orang Melayu yang berjiwa Islam mengharapkan Melayu menguasai politik demi menjaga kepentingan mereka.

Mengapa Dr wan "menakutkan" orang pasal ketuanan Melayu? Untuk memenangi hati orang Cina? Kerana sedar orang Melayu( saya berani jamin 90% orang Melayu menyampah dengan anwar)tidak akan beri sokongan pada PKR?

SIKAP orang Melayu seperti Dr Wan lah yang menjadikan penguasaan Melayu dalam politik tergugat. Orang Melayu jenis lupa diri ini suka memperlecehkan kepentingan Melayu.

Tiada salahnya dengan penguasaan Melayu dalam politik. Adakah Dr Wan MASIH BERMIMPI yang tanpa kuasa politik kepentingan Melayu akan terjamin?

dalam keadaan orang Melayu masih berkuasa pun kedudukan dan kepentingan mereka diasak. Dr Wan dan suami TAK GUNANYA inilah yang menjaja cerita diluar negeri kononnya UMNO perkauman.



PERKAUMAN kah UMNO bila lebih satu juta kewarganegaraan diberi pada bukan Melayu dalam satu hari pada August 31, 1957. Ianya satu rekod dunia. Satu rekod tentang kemurahan hati satu bangsa yang tiada tandingan sampai sekarang.
azlishukri said…
satu kupasan yang menarik tuan shamsul!
Anonymous said…
Anwar dan Azizah mahu memastikan sokongan kaum Cina dan India berterusan kpd PR kerana mereka sedar sokongan org Melayu telah mula merosot.
Masih ada sebilangan kecil org Cina dan India kemungkinan yg berkepentingan dlm MCA,Gerakan dan MIC yg masih menyokong BN.Kumpulan ini yg disasarkan olih Azizah.
Jika semua bukan Melayu menyokong PR dan dibantu olih sokongan 1/3 org Melayu sudah mencukupi bagi PR utk mengambil alih pemerintahan.
Saya percaya Anwar dan Azizah tahu yg isu ketuanan Melayu adalah roh perlembagaan negara.Kenyataan Azizah hanya menunjukan betapa desperatenya PR pada ketika ini.
Pada tahun 2009 kelihatan saperti PR mempunyai momentum tetapi kebelakangan ini petanda-petanda sudah tidak lagi positif.Sokongan terhadap PAS dan PKR jelas merosot, hanya DAP yg mungkin telah mendapat pertambahan pengaruh dari kaum Cina.
Anwar dan Azizah sedar yg usaha mereka ke Putrajaya tidak akan menjadi realiti.
oRang kAmpong said…
Salam bro.teman pun setuju jg klu projek jambatan bengkok ni dpt diteruskan.xp tidak kerana utk kapal lalu.rasa teman tujuan itu xberapa relevan digunakan utk kita meneruskan projek tu.atas dasar kesesakkan tambak johor pun sudah cukup sebenarnya utk kita bg tau dunia betapa perlunya jambatan satu lg bg menggantikan tambak johor.samaada bengkok atau lurus ianya mesti dibuat.sebut pasal kapal lalu ni teman rasa mungkin penasihat2 tun mahathir dulu terlepas pandang beberapa perkara.teman yakin operator kapal tidak akan menukar haluannya dgn hanya blh menjimatkan masa perlayaran mereka sekedar beberapa jam sahaja xdak saperti suez chanel dan panama chanel.sebuah kapal yg berkelajuan 15-20 not/per our blh jimat 18 hari utk ke eropah sekiranya mereka melalui suez chanel dan xdak menjadi masaalah kpd mereka utk membayar tol takat 70 - 80 k usd ikut saiz kapal per entry.dan satu bro kemudahan yg sedia ada di singapore port memang menarik dgn kecekapan daya urusnya dan tawaran harga minyak kapal yg sgt murah klu xsilap teman perbezaannya sekitar lebih 40 usd/mt.banyak tu klu satu kapal yg bersaiz sekitar 15000-2000 dwt sekali ngisi minyak 600 tan dah bape lari tu.kdg2 pelik juga nape singapore bolih jual minyak kapal murah sgt mcm tu.teman bukan ape bro masa muda dulu lama jadi kelasi kapal baja,
To Live Again said…
Entah la sedara azli..Sy nmpk mcm DSN ada perjanjian SULIT je dgn pak lah..Sy perhatika sejak DSN jd PM, Dia seolah2 MENGELAK dr berbincang mengenai JAMBATAN BENGKOK..Yg dia ckp " Kita akan kaji bagi menglakkan komplikasi di ms depan"..Nk kaji ape lg DSN?? Jgn la ingt rakyat malaysia ni bodo sgt..

Sy pnh baca buku karangan A.Ldir Jsin kalau x slah bertajuk MAHATHIR MENYINGA..Dlm buku 2 dihuraikan pnjg lebar berkaitan dgn kebaikan pembinaan jmbtn bengkok dn dia sertakan jugak kenyataan media dr DSN yg ketika itu TPM..Beliau secara konsisten berkata msia akn tetp membina jmbtn samada luru,bengkok atau herot..Beberapa kali statement media DSN buat mengenai pendirian kerajaan hinggakan x smpai sebulan sebelum pembatalan 2 pon DSN ada mengeluarkan kenyataan bahwasanya "Kita akn tetap bina jambatan samada bengkoknlurus atau herot".

Tup2 sekrg dia dh jd PM dia blh plak ckp "Kita kena buat kajian secara detail"

Sebab 2 sy ckp seolah2 ada PERJANJIAN SULIT dgn syarat WIN-WIN Situation supaya Pak Lah resign dn DSN jd PM..

Akn mejadi satu yg MENGAIBKAN pak lah jika pembinaan jambatan ini diteruskan kerana jelas di sini menunjukkan betapa KURG CERDIK pak lah dlm mentadbir negara hinggakan memberi alasan yg bodo sperti implikasi undg2 untuk project yg kita buat di dlm TANAH KITA SNDIRI!..
To Live Again said…
Dlm buku itu juga penulis ada membuat RAMALN beliau sndiri bahawasanya ada TANGAN2 GHAIB di belakang Pak Lah yg sy rs suadara dn suma pembaca maklum siapa org 2..

Tgn2 ghaib ini yg mempengaruhi Pak Lah membatalkan jamabatan bengkok ini dn pak lah akhirnya terpengaruh..Dlm ms yg sm DSN ketika itu sbgai TPM secara konsisten menyatakan pendirian kerajaan yg TETAP AKN MEBINA JAMBATAN SAMADA LURUS,BENGKOK ATAU HEROT..DSN sbgai TPM xkn berckp atas kapasiti peribadi, belaiu pasti berckp ats KAPASITI TPM yg berckp mengenai dasar kerajaan..

Tup2 Pak Lah dgn sng hati memanggil 1 mesyuarat kabinet dn mengumumkan membatalkan pembinaan itu.Org yg plg terjejas KREDIBILITI pastinya DSN yg seringkali muncul di media menyatakan pendirian kerajaan.Tp dgn slumbernya project 2 terbatal dn di situ MARUAH DN KREDIBILITI beliau jatuh meurdum dn pihak2 terbabit betepuk tangan dgn senang hatinya..

Sy rs saudara azli dn rakan2 lain tahu siapa yg sy maksdudkan..
Kami rakyat Johor sememangnya mengharapkan sangat-sangat agar Selat Tebrau menjadi hab perdagangan perkapalan diantara Pelabuhan Pasir Gudang dan Pelabuhan Tg. Pelepas dengan adanya jambatan baru menggantikan Tambak Johor.
Kepada pemerintah janganlah mencari pelbagai alasan untuk menidakkan harapan rakyat dan titah Sultan.
oRang kAmpong said…
Isu jambatan bengkok adalah merupakan isu nasional yg perlu ditangani dgn bijaksana.Rakyat sebenarnya ingin tau kenapa ianya dibatalkan setelah segalanya sudah siap diatur dgn baik.Sekiranya melibatkan kerajaan Singapura kita mohon supaya kerajaan memcari satu solution baru yg blh diterima olih Singapura.Seandainya tidak ada jln keluar eloklah kita teruskan sajer rancangan TDM yg dulu iaitu JAMBATAN BENGKOK.bos teman dulu pernah berniaga di Singapura.dia ada le pesan klu nat buat aggrement ngan org Seberang tuu jgn panjang2 sgt.KALAU TAK TIPU BUKAN CINA.pesan dialah.

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Lagi Kisah Siti Nurhaliza : Mana Perginya Produk CTea?

Lagi Kisah Siti Nurhaliza Mana Perginya Produk CTea? Oleh Satu Hala (Malaysia Instinct) Inilah antara benda-benda yang buat sakit hati dengan orang kaya Melayu ni. Datuk K sanggup perabis RM66,550 untuk beli nombor plate KCT 1 untuk isteri tercinta, Datuk Siti Nurhaliza. Kononnya cintan maut habislah tu kan. Tak tahulah kot-kot Rozita Che Wan yang dulu orang kata dapat Mercedes dari Datuk K (lepas dah kahwin dengan Siti) pun akan dapat nombor plate yang sama. Gasaklah hal Rozita Che Wan tu. Yang penulis tertarik nak tulis ialah sikap orang macam Datuk K dan Siti Nurhaliza. Parasit adalah perkataan paling tepat. Tahu tak Siti Nurhaliza adalah pemohon pinjaman Tekun untuk bisnes barang solek Simply Siti. Kalau tak percaya, pergilah cek dengan Tekun. Pasti nama Siti akan terpacul. Sakit hati betul penulis dengan orang-orang macam ini. Dah tahu duit banyak, gunalah duit sendiri untuk berniaga, tak pun pinjamlah bank. Gi pinjam dengan Tekun tu buat apa? Mentanglah bayar

Tulisan Terbaik Mufti Perak

1. Minggu yang lepas telah memaparkan semula perbahasan tentang ancak serta beberapa isu yang berkesinambungan dari perkara-perkara yang sepatutnya sudah selesai dan tidak diperbincangkan lagi di media cetak dan elektronik mahupun laman sesawang. Tidak kurang juga beberapa ulasan dari blogger tentang isu ancak yang masih tidak berkesudahan nampaknya. Tambah menyemarakkan keadaan, terdapat komen-komen yang agak pedas di samping cacian, pendustaan dan kalam-kalam yang terbit dari hati sekiranya dibaca berulang kali boleh membawa kepada kesedihan yang amat mendalam 2. Itulah realiti yang perlu ditempuh oleh semua orang terutamanya para pemimpin, pendakwah atau pun sesiapa sahaja. Itulah juga mentaliti sebahagian dari kita yang banyak menghabiskan masa dan memerah fikiran semata-mata untuk memuaskan hawa nafsu mereka yang selama-lamanya tidak akan puas. 3. Masih ramai di kalangan umat Melayu-Islam ini tertarik dan terpesona untuk membuat ungkapan, percakapan ma