Saya merasakan, berita di bawah ini secara tersiratnya merupakan satu "arahan" Tun Mahathir kepada DS Najib, agar meneruskan projek Jambatan Bengkok yang pernah diluluskan oleh kabinet di bawah pentadbiran beliau pada satu ketika dahulu. Saya percaya - DS Najib perlu bertindak segera, agar idea Tun Mahathir ini dapat direalisasikan semula. Walaupun ini bukanlah arahan berbentuk formal daripada Tun Mahathir - namun demikian, ramai pemerhati politik beranggapan ia mengandungi mesej tersirat daripada Tun Mahathir kepada DS Najib. Justeru itu, sama-sama kita fikirkan.
KUALA LUMPUR 26 Nov. – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, pembinaan jambatan baru menggantikan Tambak Johor tidak akan mengundang implikasi undang-undang daripada kerajaan Singapura jika ia menggunakan formula ‘jambatan bengkok’ yang pernah dicadangkan sewaktu pentadbirannya.
Menurut bekas Perdana Menteri itu, keyakinan berkenaan adalah berasaskan reaksi Singapura yang tidak membantah rancangan pembinaan jambatan itu atau membuat apa-apa tuntutan termasuklah mengenai laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA). Katanya, kerana itulah kerja-kerja pembinaan telah dimulakan dengan menambak sebahagian daripada Tambak Johor yang berada dalam kawasan Malaysia untuk dijadikan tempat penyambungan ‘jambatan bengkok’ dari arah Johor.
“Tidak ada sebab kita tidak boleh meneruskan projek ini, cuma apa yang berlaku ialah (bekas Perdana Menteri), Tun Abdullah Ahmad Badawi membuat keputusan untuk menghentikan pembinaan jambatan ini. “Kononnya supaya dapat dirunding semula dengan Singapura, selama dua tahun berlalu namun rundingan tidak berjaya,” katanya yang ditemui selepas menerima sumbangan RM7,000 daripada Pengerusi Persatuan Belia Islam Kepong, Norizan Ali untuk mengisi Tabung Gaza di sini hari ini.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada istiadat sambutan ulang tahun keputeraannya yang ke-52 pada 22 November lalu mengulangi hasrat baginda dan seluruh rakyat Johor supaya pembinaan jambatan menggantikan Tambak Johor yang menghubungkan negeri itu dengan Singapura diteruskan.
Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan cadangan pembinaan jambatan baru itu perlu dikaji secara terperinci kerana ia memberi banyak implikasi dalam beberapa aspek termasuk perundangan dan kos. Model ‘jambatan bengkok’ yang dicadangkan sewaktu pemerintahan Dr. Mahathir ialah jambatan yang dibina secara bersendirian oleh Malaysia dan bersambung semula di atas Tambak Johor kira-kira 20 meter daripada sempadan Singapura selain membolehkan kapal melalui Selat Tebrau.
Mengulas lanjut, Dr. Mahathir berkata, rundingan yang dilakukan oleh Abdullah adalah berkaitan sama ada Singapura mahu membina sebuah jambatan yang lurus dan bukannya berkaitan ‘jambatan bengkok’. Bagaimanapun kerana Singapura meminta hak penerbangan jet pejuang di ruang angkasa Johor di samping bekalan pasir sebanyak 1 bilion kubik meter dalam tempoh 20 tahun, Malaysia terpaksa menarik diri.
Katanya, yang memelikkan adalah projek ‘jambatan bengkok’ turut dihentikan dengan alasan ia tidak dipersetujui oleh rakyat Johor sehingga membangkitkan kemarahan mereka dan menyebabkan Barisan Nasional (BN) kehilangan enam kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada pilihan raya umum 2008. “Kerana marah itu sokongan mereka kepada BN merosot, ada kawasan yang dulu menang majoriti 13,000 tinggal 2,000 undi dan ada kawasan yang kalah terus. “Saya yakin kalau jambatan ini dibangunkan ia akan mengembalikan sokongan rakyat Johor kepada BN,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Dr. Mahathir berkata, beliau telah bertemu dengan Sultan Ibrahim dan baginda menunjukkan kesungguhannya untuk merealisasikan pembinaan jambatan baru itu. “Baginda akan menulis (surat), saya fikir kepada kerajaan untuk membuat cadangan bagaimana nak membina jambatan itu jika Kerajaan Pusat tidak ada duit,” katanya.
Comments
Saya ingin mengulas mengenai gesaan Dr wan azizah, Presiden PKR( nama saja Presiden tetapi tak bekuasa) supaya "Ketuanan Melayu" dihapuskan.
Perkataan ini "Ketuanan Melayu" jarang saya dengar dari mulut ahli UMNO . Yang selalu saya dengar ialah dari PR.
PAS tak suka perkataan Melayu. Maklumlah katanya assabiyah. PAS terlupa Allah SWT menjadikan manusia berbangsa-bangsa dan berpuak puak. Bukan dengan menyuruh berperang tetapi supaya kita saling mengenali dan belajar.
Bagi PAS, hina megah dengan identiti Melayu. Mereka lupa kepentingan Melayu adalah seiring dengan ke[pentingan Islam kerana majoriti orang islam di Malaysia ialah Melayu.
DAP memanglah anti "Ketuanan Melayu" walaupun ia 100% Menyokong "Ketuanan Cina" dalam ekonomi. Pada DAP, parti politik yang "demokratik, maju, adil mestilah parti politik yang menentang apa-apa saja aspirasi dan hasrat orang Melayu.
PKR pula memang dari dulu tak berkenan dengan cita cita dan hasrat orang Melayu. Maklumlah nak dapatkan undi dan sokongan DAP, mestilah segala apa pruntukan dalam perlembagaan mengenai orang melayu mesti dibantai habis habisan. Ala-ala menjual kepentingan bangsa melayu untuk menjaga hati "big Boss PR" iaitu DAP.
Setengah pemimpin UMNO yang setengah masak pula takut menyatakan kebenaran bahawa di Malaysia terdapat "ketuanan Melayu" dan "ketuanan Cina".
Orang Melayu berhak atas "Ketuanan Melayu" kerana mereka menguasai politik. Bagaimana? Dengan memenangi pilihanraya.
Kerana orang Melayu menguasai politiklah maka segala peruntukan terhadap orang Melayu( perkataan Melayu disebut 54 kali) dalam Perlembagaan), dapat dierjemahkan dalam bentuk yang nyata.
Perlembagaan adalah sekeping kertas. Yang menjamin aspirasi dan kepentingan Melayu bukan Perlembagaan. Perlembagaan hanya menyatakan hak, dan kedudukan orang melayu dalam Malaysia SERTA kedudukan bangsa bukan Melayu di negara ini.
YANG MENJAMIN kedudukan Melayu serta apa saja yang jadi identiti Melayu ialah kuasa orang melayu. Dan kuasa ini diperolehi melalui pilihanraya.
Kedudukan Bahasa Melayu, Islam, Raja raja, keutamman Melayu di sektor awam( disebut 80% dari kakitangan awam mesti Melayu) , keutamaan dari segi kuota, biasiswa, peluang perniagaan MENJADI SATU REALITI kerana orang Melayu berkuasa.
Jika orang Melayu hilang kuasa, jangan mimpi semua ini akan kekal. Sekarang pun sudah ada tentangan terhadap kedudukan Islam sebagai agama rasmi.
"KETUANAN CINA" pula adalah manifestasi penguasaan orang Cina dalam ekonomi. Ini adalah satu lagi "ketuanan" yang semua orang terlepas pandang.
orang melayu tidak marah dan tidak pernah pula pemimpin Melayu UMNO atau pERKASA menyuruh Melayu bertindak zalim pada orang Cina. Kebebasan diberi sepenuhnya untuk mereka cari rezeki dan berniaga.
Salahkah UMNO pertahankan kuasa politik orang Melayu. Salahkah harapan orang Melayu yang berjiwa Islam mengharapkan Melayu menguasai politik demi menjaga kepentingan mereka.
Mengapa Dr wan "menakutkan" orang pasal ketuanan Melayu? Untuk memenangi hati orang Cina? Kerana sedar orang Melayu( saya berani jamin 90% orang Melayu menyampah dengan anwar)tidak akan beri sokongan pada PKR?
SIKAP orang Melayu seperti Dr Wan lah yang menjadikan penguasaan Melayu dalam politik tergugat. Orang Melayu jenis lupa diri ini suka memperlecehkan kepentingan Melayu.
Tiada salahnya dengan penguasaan Melayu dalam politik. Adakah Dr Wan MASIH BERMIMPI yang tanpa kuasa politik kepentingan Melayu akan terjamin?
dalam keadaan orang Melayu masih berkuasa pun kedudukan dan kepentingan mereka diasak. Dr Wan dan suami TAK GUNANYA inilah yang menjaja cerita diluar negeri kononnya UMNO perkauman.
PERKAUMAN kah UMNO bila lebih satu juta kewarganegaraan diberi pada bukan Melayu dalam satu hari pada August 31, 1957. Ianya satu rekod dunia. Satu rekod tentang kemurahan hati satu bangsa yang tiada tandingan sampai sekarang.
Masih ada sebilangan kecil org Cina dan India kemungkinan yg berkepentingan dlm MCA,Gerakan dan MIC yg masih menyokong BN.Kumpulan ini yg disasarkan olih Azizah.
Jika semua bukan Melayu menyokong PR dan dibantu olih sokongan 1/3 org Melayu sudah mencukupi bagi PR utk mengambil alih pemerintahan.
Saya percaya Anwar dan Azizah tahu yg isu ketuanan Melayu adalah roh perlembagaan negara.Kenyataan Azizah hanya menunjukan betapa desperatenya PR pada ketika ini.
Pada tahun 2009 kelihatan saperti PR mempunyai momentum tetapi kebelakangan ini petanda-petanda sudah tidak lagi positif.Sokongan terhadap PAS dan PKR jelas merosot, hanya DAP yg mungkin telah mendapat pertambahan pengaruh dari kaum Cina.
Anwar dan Azizah sedar yg usaha mereka ke Putrajaya tidak akan menjadi realiti.
Sy pnh baca buku karangan A.Ldir Jsin kalau x slah bertajuk MAHATHIR MENYINGA..Dlm buku 2 dihuraikan pnjg lebar berkaitan dgn kebaikan pembinaan jmbtn bengkok dn dia sertakan jugak kenyataan media dr DSN yg ketika itu TPM..Beliau secara konsisten berkata msia akn tetp membina jmbtn samada luru,bengkok atau herot..Beberapa kali statement media DSN buat mengenai pendirian kerajaan hinggakan x smpai sebulan sebelum pembatalan 2 pon DSN ada mengeluarkan kenyataan bahwasanya "Kita akn tetap bina jambatan samada bengkoknlurus atau herot".
Tup2 sekrg dia dh jd PM dia blh plak ckp "Kita kena buat kajian secara detail"
Sebab 2 sy ckp seolah2 ada PERJANJIAN SULIT dgn syarat WIN-WIN Situation supaya Pak Lah resign dn DSN jd PM..
Akn mejadi satu yg MENGAIBKAN pak lah jika pembinaan jambatan ini diteruskan kerana jelas di sini menunjukkan betapa KURG CERDIK pak lah dlm mentadbir negara hinggakan memberi alasan yg bodo sperti implikasi undg2 untuk project yg kita buat di dlm TANAH KITA SNDIRI!..
Tgn2 ghaib ini yg mempengaruhi Pak Lah membatalkan jamabatan bengkok ini dn pak lah akhirnya terpengaruh..Dlm ms yg sm DSN ketika itu sbgai TPM secara konsisten menyatakan pendirian kerajaan yg TETAP AKN MEBINA JAMBATAN SAMADA LURUS,BENGKOK ATAU HEROT..DSN sbgai TPM xkn berckp atas kapasiti peribadi, belaiu pasti berckp ats KAPASITI TPM yg berckp mengenai dasar kerajaan..
Tup2 Pak Lah dgn sng hati memanggil 1 mesyuarat kabinet dn mengumumkan membatalkan pembinaan itu.Org yg plg terjejas KREDIBILITI pastinya DSN yg seringkali muncul di media menyatakan pendirian kerajaan.Tp dgn slumbernya project 2 terbatal dn di situ MARUAH DN KREDIBILITI beliau jatuh meurdum dn pihak2 terbabit betepuk tangan dgn senang hatinya..
Sy rs saudara azli dn rakan2 lain tahu siapa yg sy maksdudkan..
Kepada pemerintah janganlah mencari pelbagai alasan untuk menidakkan harapan rakyat dan titah Sultan.