Skip to main content

Yang Ini Saya Sokong PAS!


Yang Ini Saya Sokong PAS

Saya fikir, kerajaan harus prihatin dan mengambil berat isu-isu seperti ini. Saya secara peribadi menyokong penuh memorandum Pemuda PAS yang mahu pihak kerajaan membatalkan konsert Adam Lambert. Pada saya, konsert tersebut tidak membawa apa-apa kebaikan pun kepada rakyat. Bahkan hanya mengundang fasad yang lebih besar dan keburukan sahaja. Sudah tiba masanya, pihak kerajaan serius membanteras segala macam maksiat yang berpunca daripada konsert, artis dan filem. Baca laporan MalaysiaKini di bawah ini :

1.Pemuda PAS hari ini menghantar memorandum bantahan terhadap Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) kerana meluluskan konsert artis 'gay' Adam Lambert. Menurut memorandum dua halaman yang ditandatangani oleh timbalan ketuanya Azman Shapawi Abd Rani itu, kerana ia bakal membawa "keruntuhan akhlak masyarakat", khasnya di kalngan anak muda.

2. "Adam Lambert adalah seorang artis yang secara terbuka, bukan sahaja mengaku sebagai gay dan pengamal homoseksual tetapi beliau turut mempamerkan aksi gaynya dengan seringkali mencium dan mengucup penari lelaki serta menggayakan tarian serta aksi lucah bersama kumpulannya," memorandum itu dipetik.Konsert sulung Lamber berjudul 'Adam Lambert Glam Nation Tour Live in Malaysia 2010' dijadual berlangsung 14 Oktober (Khamis) di Stadium Putra Bukit Jalil.

3. Menurut Azman Shapawi seharusnya peka dengan perkembangan budaya songsang itu kerana di msyarakat Barat sendiri didakwa menolak artis pop Amerika Syarikat itu. Beliau juga menyatakan kekesalannya kerana pada hari yang sama seorang artis 'nasyid' popular Sweeden Maher Zain mengadakan persembagan di Shah Alam tidak diberikan tempat. "Fakta dan nasihat yang bagaimana lagi mahu diberikan kepada pihak kerajaan agar menginsafi bahawa program seperti inilah yang akhirnya merosakkan akhlak generasi kita sekali gus membawa budaya dan cara hidup yang bertentangan dengan fitrah?" soal Azman Shapawi.

4. Dalam memorandum itu, Pemuda PAS menggesa semua penganjuran konsert mematuhi garis panduan PUSPAL dan meminta agensi itu memberikan perhatian serius terhadap penerimaan artis luar negara.Malaysiakini difahamkan memorandum yang ditujukan kepada Pengerusi PUSPAL Datuk Kamaruddin Siaraf itu diserahkan sendiri oleh Azman Shapawi di pejabat agensi bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di Kuala Lumpur pagi tadi.

5. Lambert, 28, merupakan penyanyi pop, penulis lirik dan pelakon daripada California. Album bekas peserta American Idol itu For Your Entertainment pada 2009 terjual sebanyak 198,000 selepas seminggu berada dalam pasaran.

Comments

udanggalah said…
Aku sokong juga Pemuda PAS..Angkatan Muda PKR bagaimana?
Anonymous said…
Ini bukan pasal parti..Apa-apa yang baik kita sokong..Pemuda UMNO..???????????
Pok Li said…
Saya sokong..... demi agama
Strept Akiera said…
isu ni x de kene mngena ngan mana2 parti politik. ni mnyentuh bab agama. dan harus dihentikan.
Anonymous said…
perkara seperti ini memang patut kita sokong usaha mereka. Demi imej negara imej yg dicanang selama ini. PAS jgn pula mengambil kesempatan kononnya hanya PAS sahaja yang berjuang utk menghalang konsert ini. Berjuang untuk Agama, jangan berjuang utk kepentingan parti.
Unknown said…
bila nak anta memo pd kmenterian yg
btgjwb

x kan x de demo, x kan nak biar je konsert tu Khamis ni
Anonymous said…
Nak dengar pendapat KJ???Hahahhaha..tunggu la kucing bertanduk dulu..Pemuda Pondan
Anonymous said…
Kamarudin Siaraf, the untouchable KSU..
azlishukri said…
alham, InsyaAllah akan ada tindakan susulan
Esperalzi said…
Perbuatan lucah Adam Lambert bercium gay secara terbuka dgn lelaki lain di acara American Music Awards juga dipandang jijik di Amerika Syarikat sehingga Lambert digugurkan oleh stesen TV US American Broadcasting Corporation (ABC) dari program 'Good Morning America' yg dikelolakan oleh stesen tersebut.

Ini tajuk dan sedutan artikel mengenai perkara ini:

"Adam Lambert’s performance gets him kicked off ABC show"

The ABC morning show canceled Lambert’s performance after the “American Idol” alum’s shocking showcase during Sunday night’s awards show, also seen on ABC. In it, Lambert simulated fellatio with a male dancer, kissed his male keyboardist, grabbed his crotch and flipped off the crowd. “Given his controversial American Music Awards performance, we were concerned about airing a similar concert so early in the morning,” an ABC spokeswoman said in a statement

source: http://www.bostonherald.com/track/star_tracks/view/20091125adam_lamberts_performance_gets_him_kicked_off_abc_show/

Jelas dari sedutan di atas, Lambert secara terbuka di khalayak ramai melakukan beberapa aksi gay secara olok2 spt fellatio (hisap konek) dan crotch grabbing (raba kone)selain cium lelaki.

Kalau ABC sendiri haramkan Adam Lambert di bumi AS, apakah kita pula akan halalkan dia beraksi di bumi kita? Harap kita tak jd spt Indonesia yg telah memfestivalkan kegiatan homoseks..
Anonymous said…
Demi Islam, aku sokong 100%
Ahli UMNO said…
Saya juga menyokong 100% supaya konsert Adam Lambert ini dibatalkan. Tidak patut ada tolak ansur dengan gejala yang merosakkan moral anak muda kita.

Walau dengan apa cara sekalipun konsert ini mesti disekat daripada diadakan.

Kerajaan perlu perihatin dengan aktiviti yang boleh meruntuhkan moral anak muda Malaysia. Kerajaan mesti bertanggungjawab.
Al Johari said…
Cadangan yang baik daripada PAS ini patut disokong oleh orang Islam tidak kira dia dari parti mana?

Tetapi yang meragukan, adakah parti PKR yang penasihatnya mengamalkan budaya ... mahu turut menyokong? Kita tunggu dan lihat komen daripada Anwar Ibrahim.
Anonymous said…
kat sini kelebihannya bro...

perangkap maut sedang dipasang
azlishukri said…
yang mana baik kita mesti sokong. Tiada kompromi.
Anonymous said…
Liabiliti perkara mungkar ini lebih tertanggung kepada mereka yg mempunyai mandat & kuasa yakni pemerintah. PAS melakukannya atas sunat. Wajib jatuh kepada Menteri Agama, Jakim, Yadim, dan sekutu2 dgn pemerintah yg berautoriti.
Kepada non-muslim, apa perasaan anda jika anak lelaki anda bercumbu begitu di tempat awam. Sebab itu, Islam itu fitrah. Bukan isu taliban atau dogma.

DR NO
Agent X said…
bro saya pun sokong tapi bang nuar mcm mana?
Anonymous said…
Bang anuar kita selesai cara qazaf lah, peruntakan undang syariah yg termaktub. Bukan sekadar perhiasan je. Isu di sini, perlakuan secara terbuka dgn tertutup. Different deal.

DR NO
Anonymous said…
Anon 3.06

Kita sokong konsert ini harus dibatalkan atas sebab penyanyi itu gay...ok.
"Isu di sini, perlakuan secara terbuka dgn tertutup. Different deal."
apa maksud layanan berbeza adakah kerana peliwat negara seorang politikus? tidak harus di asingkan antara babi yg diternak di negeri Cina dengan babi diternak kat Selangor pase dua-dua tu babi.
joehan said…
aku skong penuh saranan pas dlm bab ni..wlpon anti dgn pr..tp dlm bab agama..yg btul kite skong..yg xbtul kite bantah..
Anonymous said…
Different deal not selective deal !!!

DR NO

Pilihan Pembaca

Kabinet Najib : Masih Kenal Saya?

NOSTRADAMUS SUDAH MATI! Hampir semula ramalan dan tekaan daripada para pemerhati politik dan ahli-ahli politik telah gagal membaca betapa dalamnya hati nurani DS Najib bagi memilih senarai ahli kabinetnya sebentar tadi. Saya percaya, beberapa hari yang lalu, lobi melobi telah berlaku, malah tidak kurang juga ratusan SMS berlegar diruang udara, menceritakan siapa yang bakal dilantik ke kementerian tertentu. Namun demikian, saya percaya pasti ramai yang terkejut dengan barisan kabinet DS Najib pada kali ini, kerana sangat jelas bahawa DS Najib tidak terpengaruh dengan sesiapa pun ketika beliau membuat keputusan melantik ahli jemaah menterinya. Hal ini sangat jelas, tatkala semua ramalan awal dan ramalan di saat-saat akhir turut tersasar jauh daripada hakikatnya. DS Najib memang bijak, maka tidak hairanlah mengapa Tun Mahathir menginginkan beliau menjadi PM, dan terbuktilah juga mengapa Anwar Ibrahim selama ini begitu bimbang andaikata DS Najib menerajui negara. Sesungguhnya, banyak tin

Kecewa Dengan Sikap Ketua Pemuda UMNO Malaysia

KECEWA DENGAN SIKAP KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Hrkh) - Sudah sebulan lebih surat jemputan Pemuda PAS mengajak wacana ilmiah bersama Pemuda Umno, namun sayap kanan parti itu yang diketuai Khairy Jamaluddin sehingga kini belum memberi sebarang maklum balas untuk turut serta dalam wacana tersebut. Yang ada, ialah surat Khairy ingin bertemu secara tertutup - pertemuan empat mata dengan Ustaz Nasrudin Hassan Al-Tantawi, yang ditolak mentah oleh Ketua Pemuda PAS itu, kerana wacana tersebut adalah untuk pengetahuan rakyat dan mengelakkan sebarang fitnah. Demikian dimaklumkan oleh Setiausaha Pemuda PAS merangkap jawatankuasa teknikal Kamaruzaman Mohammad ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi. "Kita sudah membentuk jawatankuasa teknikal, tetapi Umno masih tidak ada sehingga kini dan belum berbincang lagi berhubung wacana tersebut. "Yang ada surat Khairy yang tidak berapa setuju dengan tajuk wacana 'Benarkah Perjuangan Umno

"Perhimpunan Bersih 2.0 Haram, Peserta Perhimpunan Harus Bertaubat" - Majlis Fatwa Kebangsaan

Itulah akibatnya menyokong sesuatu perbuatan tanpa ilmu. Apa-apa sahaja yang disuruh oleh si Ambiga itu, semua penyokong Pakatan Rakyat ikut dan taat - tidak ubah seperti seekor lembu yang dicucuk hidung. Sekarang - tidak pasal-pasal para penyokong tegar PR yang bakal menyertai Perhimpunan Haram Bersih 9 Julai ini diminta bertaubat nasuha. Inilah akibatnya apabila tiada ilmu agama dan bertakliq buta kepada ulama-ulama PAS. Berita terkini Majlis Fatwa Kebangsaan meminta peserta Perhimpunan Bersih, 9 Julai ini agar bertaubat. Baca berita ini..