Skip to main content

Sandiwara Atau Realiti?


Sandiwara Atau Realiti?

Benarkah tindakan Raja Petra yang mengungut untuk menarik sokongannya terhadap Pakatan Rakyat sebagai satu lagi sandiwara Anwar Ibrahim dengan pengendali portal Malaysia Today itu? Atau, Raja Petra cuba menyelamatkan dirinya daripada tindakan mahkamah kerana memfitnah isteri perdana menteri selama ini? Mungkin, Raja Petra mahu membentuk imejnya semula yang selama ini pro-pembangkang kepada pro-kerajaan agar beliau kelihatan menjadi hero? Sekali gus beliau boleh dilepaskan daripada tuduhan memfitnah Rosmah. Semua orang takut masuk penjara - begitu juga dengan Raja Petra. Beliau juga manusia biasa, apatah lagi sejak akhir-akhir ini rakyat, khususnya orang Melayu semakin sedar permainan dan topeng Anwar Ibrahim, apabila saban hari begitu ramai ahli PKR yang meninggalkan parti tersebut. Tidak mustahil, tindakan Raja Petra untuk menarik sokongannya selama ini kepada Anwar Ibrahim - merupakan salah daripada strategi beliau bagi mengelak dikenakan tindakan oleh kerajaan Malaysia. Wallahualam.


KUALA LUMPUR 3 Okt. - Penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin mengkritik secara terbuka pakatan pembangkang kerana masih gagal menunaikan beberapa janji walaupun menguasai beberapa negeri. Serentak dengan itu, beliau mengancam untuk berhenti menyokong pakatan pembangkang jika segala janji yang dibuat pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum 2008 tidak dipenuhi.

Beliau menyatakan pendirian itu pada satu sesi dialog bersama rakyat Malaysia di London yang turut disertai Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam dan disiarkan melalui portal berita propembangkang, Malaysian Insider hari ini.

Raja Petra yang tidak berpuas hati terhadap pencapaian pakatan pembangkang setelah dua tahun memerintah beberapa negeri, memberi kata dua kepada Anwar supaya segera menunaikan beberapa janji jika mahu membentuk Kerajaan Persekutuan kelak.

Menjawab kenyataan Raja Petra itu, Anwar berkata, rakyat perlu memahami bahawa pembaharuan yang dilaksanakan pakatan pembangkang membantu pihaknya untuk berada di Putrajaya bagi melakukan semua pembaharuan yang dijanjikan itu.

Bagaimanapun, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari percaya ancaman Raja Petra yang mahu menarik diri daripada menyokong pakatan pembangkang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas merupakan satu lagi sandiwara yang dirancang penulis blog itu bersama Penasihat PKR itu.

Beliau ketika dihubungi hari ini memberitahu, tindakan itu bagi mengalih perhatian rakyat terhadap krisis dalaman yang berlaku dalam pemilihan PKR yang sedang berlangsung di seluruh negara kini. Kata Anuar, kenyataan yang dibuat penulis blog Malaysia Today itu bukan sesuatu yang mengejutkan atau perkara baru.

"Ia adalah kenyataan yang diulang semula, kali ini untuk mengalihkan perhatian semua terhadap isu dalaman PKR. Raja Petra selalu berkata demikian terutama apabila ada pilihan raya, jadi ia bukan perkara baru," katanya. Anuar menambah, jelas sekali sandiwara terbaru Raja Petra itu menunjukkan bahawa selama ini dia sememangnya ditaja dan dibiayai oleh PKR.

"Jika benar Raja Petra mahu berhenti sokong Anwar ataupun pakatan pembangkang kerana gagal penuhi manifesto pilihan raya umum, dia sepatutnya sudah lama berbuat demikian.

"Kenapa dia masih tidak tinggalkan pakatan pembangkang sedangkan banyak perkara yang tidak ditunaikan mereka sebelum ini," katanya. Malah Anuar berkata, Anwar sendiri tidak terkejut atau bimbang dengan ancaman Raja Petra itu kerana ia adalah sandiwara mereka berdua.

Comments

Anonymous said…
Keputusan PRU 12 tidak ada kaitan dengan Raja Petra. Ia ada kaitan dengan kesedaran dan sentimen politik kekitaan dalam kalangan orang Cina dan dalam masa sama penurunan kesedaran dan sentimen politik kekitaan dalam kalangan Melayu. Kini keadaan seumpama itu pelan-pelan berubah. Selagi pengundi Cina bergerak ke kiri maka selagi itulah (dengan kesedaran baru) pengundi Melayu akan bergerak ke kanan. Dan tidak ada apa yang Raja Petra lakukan untuk menyekat gelombang massa selain memperbodohkan diri dan pembaca.

Chinglot
Bijen M. said…
Dah dapat hidayat gamaknya.
Terkesan dengan anak dia.
Anonymous said…
RPK is running out of money to support his lifestyle abroad. Entah berapa banyak Anwar bayar RPK untuk hentikan repekannya tu.
Anonymous said…
Suasana anarki yang dibayangkan oleh Raja Petra susulan pengambilalihan Putrajaya oleh pakatan haram menerusi kaedah 'matlamat menghalalkan cara', hanya akan berlaku kalau orang Melayu terus tidak faham makna sebenar sandiwara politik majmuk dan implikasinya.

Kini, setelah golongan majoriti tersentak dari lamunan dan telah mulai faham makna sebenar sandiwara berkenaan maka anarki yang dibayangkan oleh RPK, kalau sekalipun berlaku hanya akan membawa kerugian pada diri sendiri dan pihak yang beliau didewa-dewakan.

Tidak mustahil selepas ini RPK akan memainkan sandiwara baru demi memastikan kelangsungannya dalam persada politik nasional kekal relevan kerana tidak mungkin RPK melupakan begitu saja semua yang telah beliau curahkan dan laburkan.

kAH-kAH-kAH
Anonymous said…
apa lagi option yg RPK ada selain sound anwar secara berdepan. duit tarak masyukkk kalu. no support. hehehe....

tapi anwar ni jenis kaki sondol blakang. dah puas dia kuda RPK, dan kalu RPK gagal tarik audience maka RPK tak diperlukan lagi.

jadi diantara main tarik tali. RPK lagi desperate, pertama tulisan dia org dah tak peduli, kedua dia tak dak duit. jadi RPK lagi desperate. sbb tu dia sound anwar secara berdpn.

zek
Anonymous said…
Kenyataan klise di ambang PRK kerap kali keluar dari mulut Raja Petra setiap kali iklim politik setempat tidak banyak berpihak kepada kehendak dan sasaran yang telah dia tetapkan.

Apabila RPK mendapat petanda bahawa sesuatu PRK itu sukar diramalkan hinggakan ramalan yang beliau akan buat mungkin tersasar maka adalah lebih afdal kalau RPK mengambil jalan selamat - lanyak PR.

Namun itu hanyalah aksi bersifat sementara yakni RPK akan kembali pada watak asal (balaci PR) kalau sememangnya pasca PRK Galas tidak banyak mencemarkan atau memberikan tamparan kepada reputasi dan keegoannya.

AntiHipokrit

Pilihan Pembaca

MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang.
KENALI DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Siri Pertama "Saya membesar seperti kanak-kanak lain." Oleh Muhammad Azli Shukri Menelusuri kehidupan zaman remaja Datuk Mukhriz Mahathir, sangat teruja. Anak ketiga kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad ini begitu ceria sewaktu membicarakan zaman remajanya kepada penulis. “Zaman remaja saya penuh dengan keriangan, saya seperti kanak-kanak lain, hidup dalam budaya Melayu yang sangat menekankan soal adat dan agama Islam.” Ujar Mukhriz ketika memulakan perbualan. “Saya dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan pendidikan dan agama, ayah saya Tun Mahathir sangat tegas dalam pendidikan kami. Walaupun beliau sibuk sebagai ahli politik, namun pendidikan anak-anaknya sangat diambil berat.” Sambung Mukhriz lagi. Menurut beliau, zaman remajanya sangat menarik untuk dikongsi bersama. Walaupun keluarga Mukhriz sangat dihormati oleh masyarakat pada ketika itu, kerana Tun Mahathir merupakan seorang doktor perubatan, na

Daripada Rakyat Kepada Rakyat : Ke mana Mukhriz Selepas Ini?

Daripada Rakyat Kepada Rakyat Kita harus bersyukur - sesungguhnya "Kem Kebenaran" sudah menang. Setidak-tidaknya gandingan Datuk Seri Najib bersama Tan Sri Muhyiddin sangat sesuai dan mampu meneruskan perjuangan UMNO. Setakat ini, nampaknya kumpulan bersih telah berjaya mewarnai dan menerajui kepimpinan tertinggi UMNO - walaupun saya agak kecewa sedikit dengan kekalahan Datuk Seri Rais Yatim dan Datuk Mukhriz Mahathir. Namun demikian, suara lantang masih wujud di dalam UMNO. Datuk Seri Shahrizat dalam ucapannya setelah bergelar Ketua Wanita UMNO, turut mengucapkan terima kasih beberapa kali kepada Tun Mahathir - kerana banyak menyokongnya dalam dunia politik. Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Najib juga dikatakan sangat rapat dengan Tun Mahathir - ini menandakan, InsyaAllah mungkin banyak idea dan pandangan Tun Mahathir akan didengari selepas ini. Saya ucapkan tahniah juga kepada Datuk Seri Hishamuddin, Datuk Syafie Apdal dan Datuk Seri Zahid Hamidi kerana berjaya seper