Skip to main content

Rokok : Tiba Masanya Kerajaan Haramkan Terus

Rokok : Tiba Masanya
Kerajaan Haramkan Terus

Oleh SM Mohamed Idris,

(Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang)


1. Kenaikan sebanyak tujuh puluh sen bagi sebungkus rokok. Jadi apakah langkah yang dilakukan ini sejak ia dilaksanakan dua minggu yang lalu? Adakah ia telah menyebabkan lebih ramai orang meninggalkan tabiat buruk, tidak sihat dan boleh membunuh ini? Atau menambahkan lagi pendapatan kerajaan?

2. Perdebatan kami daripada bertahun-tahun mengkaji isu ini, ialah adalah 70 sen lebih itu tidak menjadi sebarang perbezaan kepada poket perokok. Sudah tentu ia akan menambah pendapatan kepada kedai runcit di setiap kejiranan yang menjual rokok sebatang atau dua atau lebih kepada perokok dan pelajar sekolah yang pada hari ini boleh dilihat merokok di kawasan taman dalam berpakaian sekolah!

3. Oleh sebab itu, kepada CAP tidak terdapat keikhlasan di pihak kerajaan untuk berusaha dengan ikhlas dan melaksanakan langkah anti merokok. Kami telah lama menggesa supaya langkah yang lebih produktif diambil untuk mengawal tabiat merokok yang semakin meningkat, memandangkan kenaikan harga yang minimum sahaja tidak mencukupi. Jadi kenapa kerajaan tidak bertindak? Adakah industri tembakau terlalu berkuasa?

4. Dengan lebih daripada 4,000 bahan kimia di dalam asap rokok, bahan kimia toksik, penyebab kanser atau penyebab sebagai iritasi, merokok telah diterima di seluruh dunia sebagai salah satu penyebab utama kanser. Statistik hospital kerajaan menunjukkan kanser paru-paru merupakan bentuk kanser paling biasa dalam kalangan lelaki dan penyebab kanser ini adalah penggunaan tembakau. Kajian menunjukkan kanser paru-paru semakin meningkat pada kadar 17% setahun.

5. Merokok di Malaysia telah mencapai peringkat membimbangkan. Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) 2001, kira-kira separuh daripada lelaki Malaysia merokok dan setiap hari kira-kira 50 remaja di bawah usia 18 tahun mula merokok.

6. Kajian menunjukkan kira-kira 30% remaja lelaki (berusia 12 hingga 18 tahun) merokok. Merokok dalam kalangan remaja perempuan juga semakin meningkat. Menurut dua kajian ke atas remaja yang dijalankan di Malaysia pada 1996 dan 1999, bilangan remaja perempuan yang merokok meningkat daripada 4.8% kepada 8%. Pada keseluruhannya, kajian 1999 mendapati hampir seorang daripada lima remaja Malaysia merokok.

7. Kajian WHO juga menggelar Malaysia sebagai “kota iklan tidak langsung” dunia. Sesetengah industri tembakau kebanyakannya dengan sewenang-wenangnya berusaha untuk mensasarkan golongan muda boleh dilihat di Malaysia.

8. Perbelanjaan untuk pengiklanan tembakau di Malaysia amat tinggi. Pada 1997, industri ini membelanjakan kira-kira US$90 juta, manakala pada tahun 2000, dua firma tembakau sahaja melaporkan membelanjakan lebih US$40 juta untuk pengiklanan. Merokok telah menyebabkan kematian kepada kira-kira 10,000 orang setahun, belum dinyatakan kos yang besar yang menelan berbilion ringgit untuk merawat penyakit berkaitan tembakau.

9. Di seluruh dunia, kajian WHO memberi amaran: penyakit berkaitan merokok menyebabkan empat juta kematian setiap tahun dan jika aliran semasa ini berterusan, merokok akan membunuh seorang dalam setiap enam orang setiap hari menjelang tahun 2030. Oleh sebab itu, CAP sekali lagi menggesa supaya merokok diharamkan di semua tempat awam termasuk taman, kawasan rekreasi, bangunan awam, semua restoran, disko dan bar.

10. Rokok tidak seharusnya dibenarkan untuk dijual di tempat awam seperti restoran, kedai kopi, pasar raya atau kedai runcit atau di mana-mana tempat yang menjadi tumpuan remaja. Hanya sebilangan tempat yang terhad perlu dibenarkan untuk menjual rokok serta jauh dari kawasan kediaman.

11. Kedai runcit seharusnya dikeluarkan lesen khusus yang tertakluk kepada pembaharuan setiap tahun dan dengan syarat yang disertakan untuk penjualan rokok. Peniaga yang didapati melanggar sebarang syarat seperti menjual kepada mereka di bawah umur, perlu dikenakan tindakan yang tegas dan hukuman yang keras termasuk denda yang berat serta hukuman penjara mandatori. Hanya dengan cara ini maka ia akan dipandang serius.

12. Harga rokok semasa perlu dinaikkan lagi, lebih tinggi untuk mencegah lebih ramai daripada penduduk negara ini membelinya. Membeli dua kotak sehari masih mampu kepada kebanyakan orang, jadi harga sekotak rokok perlu dinaikkan kepada RM30. Rakyat Singapura membayar RM35.40 sekotak dan rakyat Norway RM22.

13. Banyak kerajaan telah mengambil langkah untuk tidak menggalakkan merokok dengan menjadikan harga tembakau sebagai cukai larangan. Contohnya di Australia, jumlah cukai ke atas rokok pada 2007 merupakan 62.5% daripada harga akhir sekotak rokok. Langkah lain yang diambil oleh kerajaan Australia yang mensasarkan merokok ialah rokok mestilah dijual dalam kotak biasa yang kosong yang tidak menarik seperti sekarang menjelang 1 Julai 2012.

14. Kementerian Kesihatan terutamanya melambat-lambatkan usahanya terhadap merokok dan masalah yang disebabkan olehnya kepada negara. Walaupun Malaysia menandatangani Konvensyen Rangka Kerja Kawalan Tembakau (FCTC) WHO yang menetapkan mekanisma untuk mengawalselia tindakan negara dan mempertanggungjawabkan kepada mereka. Peruntukan FCTC akan mengukuhkan kemampuan negara untuk melaksanakan kawalan tembakau, menawarkan padang permainan yang sama rata bagi semua pihak dan lebih cepat serta perjanjian antarabangsa paling meluas dengan kira-kira 170 negara terlibat.

15. Kementerian Kesihatan telah menandatangani FCTC pada September 2003 dan dua tahun kemudian, pada September 2005, Malaysia telah meratifikasikannya dengan ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York. Kementerian Kesihatan telah membincangkan FCTC WHO dengan penekanan kepada perlunya komitmen politik yang kuat untuk memajukan dan menyokong langkah kawalan tembakau, dengan masyarakat awam di seluruh negara, tetapi tiada sesuatu pun yang keluar daripada ini. Dalam jangka panjang, ia adalah langkah yang wajar untuk mengharamkan rokok dan produk tembakau lain.

Comments

Anonymous said…
setuju sangat2. :D haramkan terus. jgn terus naikkan harga rokok or whatever. KKM harus TEGAS!
isu rokok bahaya wooo..silap silap kerajaan boleh tumbang sebab isu rokok..kalau kerajaan tumbang, lagi hancur negara apabila pembangkang ambil alih..

maklumlah perokok tegar boleh menjadi pengganas kalau rokok disekat.

jalan terbaik sekarang adalah menaikkan harga rokok sedikit demi sedikit..secara tak langsung perokok ni tak rasa sangat tapi lambat laun mereka terasa beban juga.

isu rokok ibarat menarik rambut didalam tepung. rambut tak putus, tepung tak berselerak.
Anonymous said…
kalau haram terus hilangla income kerajaan. Bukat sikit, 3 bilion setahun. hee..
Unknown said…
Salam, keputusan kena diambil kira berbagai sudut, adakah dengan pengharaman masalah rokok akan dapat ditangani, seperti kita mengharamkan dadah, gejala dadah tetap berlaku. tidak kah apa bila diharam kelak maka Kerajaan terpaksa menanggung risiko perbelanjaan akan meningkat dgn terpaksa menyediakan Pusat pemulihan semata2 untuk perokok, tidakkah berlaku lagi teruk gejala penyeludupan, tidakkah berjuta perokok akan dilabel kan sebagai PESALAH mahupun PENAGIH yang akan merosakkan imej individu, keluarga malah negara sendiri tercemar imejnya. Adakah asap rokok tak sebahaya asap- asap kenderaan, habuk - habuk yang berterbangan secara tidak nampak mencemari alam sekitar setiap masa, bagaiman pula dengan hasil buangan industri.

Penguatkuasaan di kawasan2 terlarang adalah jalan terbaik cuma dikuatkuasakan, kenaikan harga sedikit demi sedikit salah satu jalan terbaik untuk mengiksafkan masyarakat perokok walaupun dikalangan petani dan nelayan yang majoriti penghisap rokok mengeluh malah ramai dikalangan mereka tidak menyokong kerajaan akibat kerajaan dikatakan menekan mereka, orang bandar dan kaya hisap rokok Dunhill, kami dikampung hisap rokok tak berjenama malah ada yang hisap rokok daun, mereka mendakwa kami pun rakyat, kami pun pengundi, nantilah kami akan hukum kamu.
Anonymous said…
Kita boleh ikut contoh Negara Thailand. Boleh dikatakan susah juga nak merokok, kalau pergi 7 eleven, pasaraya susah nak nampak penjualan rokok, kalau nak pun kena tanya penjual itu pun belum tentu ada. Tpt awam pun ada lokasi tertentu boleh merokok, bahkan hotel,mall pun susah nak nampak, kira haram terus.

Apa pun, difikirkan kembali, kalau rokok tak jualkan mati akal pulak org malaysia yg tegar rokok. silap haribulan hisap benda lain.
Anti merokok said…
Merokok itu sendiri hukumnya memanglah haram. Yang penting ialah memperbanyakkan kempen anti merokok.

Gunakan sepenuhnya media cetak dan media electronik untuk menerangkan bahaya merokok.

Contohnya "BUSUKNYA NAFAS KAMU NI. BAU BANGKAI. INI MESTI SEBAB MEROKOK." atau "AKU TAK MAHU KAWAN DENGAN KAMU SEBAB KAMU MEROKOK" atau "JANGAN DEKAT AKU. BAU MULUT KAU BUSUK SEBAB KAU MEROKOK"

Orang yang merokok itu akan berasa malu. Dan dia akan cuba meninggalkan tabiat merokok.

X merokok
Esperalzi said…
Aku setuju merokok itu perbuatan sia2 yg merbahaya kpd kesihatan, semua orng tahu.

Tp mengharamkan rokok adalah satu tindakan yg ekstrim yg mungkin akan mendorong perokok2 yg ketagihan itu melakukan perkara2 lain yg tak diigini, termasuk menghisap bahan2 lain sbg alternatif kpd rokok yg telah diharamkan..

Bahkan aku takut perokok2 tegar semua akan naik gila! Di samping itu, kegiatan menyeludup rokok akan meningkat, malahan akan ada org2 yg membuat rokok2 palsu dari bahan2 yg lebih merbahaya dari tembakau itu sendiri, semua hanya kerana nak kaut keuntungan haram..

Kempen anti-rokok perlu diteruskan, dan mesti dumulai di peringkat sekolah lagi. Anak2 kita perlu disumbat kepala mereka dgn kebencian terhadap rokok sejak mereka di bangku sekolah lagi..

Pilihan Pembaca

10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia

Di bawah ini saya senaraikan 10 buah buku yang pada perkiraan dan pendapat saya, merupakan buku-buku yang penuh dengan kontroversi serta memberi impak besar ke atas masyarakat Malaysia, baik dari aspek politik, agama mahu pun perkauman. Saya mengalu-alukan sebarang komen daripada tuan-tuan sekiranya terdapat penambahbaikan dalam senarai ini. Harap maklum. 10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia 1. Falsafah Takdir (1932) : Pendita Za'ba 2. Dilema Melayu (1970) : Mahathir Mohamad 3. Aurat Muhammadiyah Pegangan Darul Arqam (1985) : Ashaari Muhammad 4. Hadis : Satu Penilaian Semula (1986) : Kassim Ahmad 5. 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM (1998) : Khalid Jeffry 6. Shit (1999) : Shahnon Ahmad 7. Khairy Jamaluddin Bakal Perdana Menteri? (2004) : Yahaya Ismail 8. The March To Putrajaya (2010) : Kim Quek 9. Menuju PAS Baru (2010) : Mujahid Yusuf Rawa 10. Interlok (Versi 2010) : Abdullah Hussien .

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil...

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...