Skip to main content

PAS beri Kemenangan Percuma Jika Ku Li Calon DUN Galas

Islam Tidak Mengharamkan Ku Li Bertanding di DUN Galas :
PAS Sedia Beri Laluan
Ku Li Menang Percuma di DUN Galas?

Ulasan terbaru Nik Aziz yang menolak cadangan Ku Li sebagai calon BN untuk DUN Galas, pada hemat saya sangat tidak tepat. Hujah Nik Aziz yang mendakwa bahawa cadangan tersebut dianggap melampau dan tidak layak untuk status manusia seperti Ku Li yang juga merupakan keturunan raja - sangat tidak tepat dan terpesong daripada kehendak Islam. Untuk pengetahuan Nik Aziz, Islam tidak melihat kepada kedudukan dan keturunan, tetapi kepada takwa. Mencalonkan Ku Li untuk bertanding di DUN Galas sama sekali tidak merendah-rendahkan beliau.

Ia merupakan satu strategi UMNO untuk menang, jadi mengapa mesti Nik Aziz dan PAS berasa gentar? Ku Li merupakan pemimpin UMNO yang berjiwa rakyat, tiada masalah dan tiada sesiapa pun yang akan merasa KU Li seolah-olah menjadi terhina, semata-mata menjadi calon UMNO untuk kerusi DUN Galas. Bahkan, tiada hukum haram pun di sisi Islam, sekiranya insan berketurunan raja menjadi calon di DUN.

Nasihat saya hanya satu, selama ini PAS sering menggunakan Ku Li demi kepentingan politik sempit mereka, justeru itu sekiranya Ku Li menjadi calon UMNO di DUN Galas, saya mencabar Nik Aziz dan PAS agar memberi kemenangan percuma untuk Ku Li yang selama ini bersusah-payah memperjuangkan hak royalti minyak untuk negeri Kelantan. Apakah PAS dan Nik Aziz berani? Baca Laporan di bawah :


KOTA BHARU 2 Okt. - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan cadangan untuk menamakan Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas sebagai tidak wajar. Menteri Besar Kelantan itu menyifatkan cadangan itu juga sebagai merendahkan darjat Tengku Razaleigh yang tidak layak sama sekali bagi seorang pemimpin veteran itu bertanding di peringkat DUN.

"Saya boleh sebut ini dah melampau. Ku Li (Tengku Razaleigh) bukan taraf dia (bertanding di DUN), dia menteri dah. Dia dah ke Parlimen dan turun ke DUN ini ada benda tak betul.

"Tak jaga lidah betul (cadangan pilih Tengku Razaleigh), jagalah lidah sikit. Ku Li ni berketurunan raja dan (pernah) jadi Menteri Kewangan; tiba-tiba nak letak di DUN. Ini tak betul. Ada masalah lain le ni...," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Ke-13 Pertubuhan Kerabat Raja Jembal Kelantan di sini, hari ini. Nik Aziz berkata demikian ketika mengulas cadangan untuk memilih Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu sebagai calon pada Pilihan Raya Kecil DUN Galas berikutan ketokohan pemimpin itu.

Cadangan untuk memilih Tengku Razaleigh itu juga mendapat perhatian Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilaporkan berkata, BN bersedia untuk mencalonkan pemimpin itu kerana ia paling sesuai dan tepat berdasarkan kepada pengalaman dan pengaruhnya di Gua Musang. - Bernama

Comments

Anonymous said…
bukan apa bro...mereka takut sebenarnya kalah.lgpun ku li ahli parlimen di situ..kemungkinan pengundi ahli parlimen akan mengundi di galas jg utk ku li
Anonymous said…
lu sapa nik,tak setuju...
Unknown said…
salam ziarah..
nik aziz dgn 1001 komen yg pelik2..

hope u can be my follower n put my blog in ur bloglist..
TQ..

http://panggungopera.blogspot.com/
aiman said…
Mengapa Ajis kata begitu. Ini sebab racun yang disembur sudah hampir kehabisan dan lawannya sudah jumpa penawar. Tambahan racun-racunnya itu kini sedikit sebanyak diresapi oleh beliau dan terkena bahangnya hingga hampir layu dan tunggu hari untuk tumbang.......
Anonymous said…
hehe,PAS kalah kat galas tak de efek apepun dlm DUN sekarang, tp kesan jangka panjang menjelang PRU13 yg membimbangkan poknik.. bimbang jawatan MBnya.. tulah aku perhati Poknik ni dah macam gollum. takut benar hilang kuasa..

KuLi jika bertanding dan menang bergaya akan merubah landskap politik Kelantan secara drastik.. KuLi konsisten menuntut royalti minyak dan Gua Musang mmg membangun dgn jalan perhubungan persekutuan yg giat dimajukan, tak dapat disangkal lg..
Abdul Hayee Zabidin said…
Amat jelas Dato Nik Aziz tak senang Tengku Li jadi calon bukan kerana menjatuhkan martabat Tengku Li tetapi takut akan tewas teruk di DUN GALAS kepada BN.

Sebagai orang lama dan orang yang penuh pengalaman Tengku Li sebenarnya amat layak untuk menjadi calon BN di DUN GALAS. Tengku Li hampir kenal semua pengundi2 di kawasan tersebut dan sebagai seorang anak raja yang berjiwa rakyat YBM amat mesra dengan penduduk2 di kawasan tersebut.

Dato Nik Aziz kehabisan modal untuk berkempen dan benar2 rasa terguguat dan serba salah. Maka tidak hairanlah Dato Nik Aziz terpaksa mengeluarkan statement yang boleh menikam diri sendiri.

Hanya satu jalan buat PAS. Beri kemenangan percuma kepada BN sekiranya calon BN Tengku Li.

Sanggupkah PAS?
udanggalah said…
BN tak jaga lidah...PAS terjelir lidah bila Tengku dicalon.
The Clown said…
Nik Aziz memang pakar dalam segala hal.
Anonymous said…
kahkahkah! dunia menghampiri hujungnya! kahkahkah!

kahkahkah! kesucian ruang solat tidak diambil peduli, tang kesucian manusia yang dirisaukan! kahkahkah!
Anonymous said…
heran betul aku,kalimah Allah dicemar dan direndahkan martabatnya utk org2 kapir bleh plak?Mana lebih tggi darjatnya kalimah Allah atau TGku razaligh?nik aziz ni mmg btul2 munafik,tak jga lidah betul...
Zeks said…
Orang buta pun boleh nampak, orang bisu pun boleh cakap, orang capek pun boleh jalan, orang pekak pun boleh dengar, orang kurang cerdik pun boleh faham kenapa Nik Aziz mengeluarkan kenyataan yang begitu rupa tentang calon BN. Sah, terang dan nyata Nik Aziz takut sangat Ku Li jadi calon BN.

Kalau ditakdirkan Ku Li jadi calon BN maka hancurlah harapan PAS hendak mengekalkan kerusi DUN GALAS. Maka sebab itulah dia beria-ia benar cuba menghalang BN meletakkan Ku Li jadi calonnya. Sudah terang lagi bersuluh.

Lagi pun kenapa dia nak menyebuk. Bukankah baik dia memikirkan siapa dia nak letak calon PAS untuk bertanding dengan calon BN.
Anonymous said…
Mereka sebenarnya amat takut jika Ku Li ada semasa persidangan di dalam DUN Kelantan, maklumlah segalanya ada di hujung jari KU Li..
Unknown said…
sebelum kita semua bising2...kena ingat juga Ku Li belum beri kata putus lagi samada setuju ke tak jadi..pengarah pilihanraya apa lagi jadi calon..kena tunggu 9hb ni baru boleh tau...

apa2pun Ku Li memang ada pengaruh yg kuat di Gua Musang...cuma diharapkan pemimpin2 UMNO dipusat jgn keluarkan statement2 yg menyukarkan UMNO kelantan disepanjang kempen nanti...

harus diingat org kelantan tidak suka di'ugut'...jadi berkempen le dgn bijak..saya yakin dan percaya org gua Musang inginkan perubahan..org gua musang inginkan UMNO
shamshul anuar said…
Saudara Azli,

Saya ingin menyuarakan pendapat mengenai satu perangkap oleh Lim Kit siang kepada pemimpin Melayu.

LIm Kit siang bertanya samada Muhyiddin adalah Melayu dulu atau Malaysian dulu. Muhyiddin berkata benar yang ia Melayu baru Malaysia.

Ini kerana Muhyiddin jujur dan faham yang ia berada dikedudukan TPM hasil dari sokongan Melayu yang membolehkan ia menjadi Timbalan Presiden UMNO.

Oleh itu ia mesti tumpukan perhatian pertamanya kepada bangsanya sendiri TANPA menyisihkan bangsa lain.

Ini adalah lumrah alam . Tanyalah pada semua orang Melayu dan mereka akan kata yang Kit siang sendiri jaga kepentingan Cina terutamanya barulah bangsa bangsa lain.

Tiada apa yang hendak dimalukan. Inilah sikap manusia seluruh dunia. ada rasa kasih pada bangsa sendiri( kecuali mungkin anwar Ibrahim) . Tentulah perhatian utama diberi pada bangsa sendiri sebelum melihat orang lain. Tak guna cakap pasal kepentingan bangsa lain kalau hak bangsa sendiri terhakis.

Namun ada juga Menteri Melayu yang terperangkap. Nazri contohnya cakap yang ia Malaysia dulu baru melayu. dia mungkin lupa yang Melayu pilih dia atas kapasiti UMNO.

Nazri siap boleh "sound" Utusan yang HANYA kerana dia Malaysian dulu baru Melayu tak semestinya anti Melayu.

Masalah Nazri ialah dia buat tak peduli dengan anggapan orang melayu yang ia(Nazri) sebenarnya bersikap anti Melayu.

Contoh paling jelas bila Nazri bersikap biadap dengan Tun Dr Mahathir dengan menyatakan Tun rasis. Tun adalah bekas PM. Menuduh beliau rasis samalah seperti menuduh kerajaannya perkauman.

Menuduh kerajaan perkauman samalah seperti menuduh parti utama dalam kerajaan( UMNO) sebagai rasis.

Bukankah ini boleh ditafsirkan sebagai anti Melayu. Bila masa pula UMNO rasis. Kalau UMNO rasis, Chua Soi Lek janganlah mimpi dapat jadi Menteri atau menang pilihanraya.

Dimana Menteri Subramaniam menang? tapah, majoriti Melayu. Hampir semua anggota kabinet bukan Melayu di semenanjung menAng dikawasan Melayu.

Dimana perkaumaannya UMNO? Kalau UMNO perkauman, UMNO boleh "lanyak" bukan Melayu 50 tahun dahulu ketika ia menguasai hampir 70% kerusi Parlimen.

Dan siapa lupa Nazri seolah mengiakan fitnah Lim Kit Siang yang BTN menganjurkan perkauman. Sepatutnya Nazri pertahankan BTMN kerana BTN tidak menghina atau memperlecehkan bukan Melayu.

Nazri mungkin bangga cakap ia Malaysia baru Melayu. Namun dia tak sedar Lim Kit Siang pun pentingkan Cina dulu . Bukan itu saja malah bersikap anti Melayu.

Soalan yang patut UMNO tanya pada Lim Kt siang ialah kalau betul is Malaysia dulu baru Cina, tentu ia sokong satu sekolah untuk semua bangsa.

Kalau tak setuju maknanya memang betul ia hipokrit.

Secara tak sedar, orang Melayu "dihasut" supaya melihat perbuatan mempertahankan Melayu dari fitnah atau mempertahankan hak Melayu SEBAGAI PERKAUMAN.

Malangnya Nazri tidak dapat melihat masalah ini kerana ia sebenarnya sebahagian dari masalah tersebut.
azlishukri said…
terima kasih komen tuan2

Pilihan Pembaca

Hayat Ronnie Liu Semakin Berakhir...

Hayat Politik Ronnie Liu Semakin Berakhir Nama Ronnie Liu tidak asing lagi di negara ini. Salah seorang pemimpin DAP yang sangat kontroversi - namanya dikaitkan dengan kumpulan gengster, menghalang penguatkuasaan daripada merampas penjualan arak di kawasan penduduk Islam, dan terbaru terlibat dengan skandal penyalahgunaan "kepala surat" yang dikatakan bertujuan untuk mendapatkan tender tertentu. Rupa-rupanya Ronnie tidak hanya mempunyai ramai musuh di luar sana, sebaliknya kedudukan beliau sendiri di dalam DAP masih tidak terjamin. Isu penyelewengan "kepala surat" telah digunakan oleh musuh-musuhnya untuk menjatuhkan Ronnie daripada tampuk pentadbiran kerajaan Selangor. Selain didesak untuk meletakkan jawatan sebagai exco, saya percaya kedudukan beliau sebagai ADUN Pandamaran juga akan terjejas. Mungkin, silap haribulan beliau tidak akan dicalonkan semula di kawasan tersebut dalam PRU yang akan datang. Sama-sama kita tunggu plot kejatuhan si Ronnie i

6 Asas Penting Mengapa Perhimpunan Bersih Haram Di Sisi Islam

Demonstrasi, sering dilihat dari kaca mata perundangan dan ekonomi, jarang kita melihatnya dari aspek agama. Maksud saya, isu ini acapkali disisihkan daripada kaca mata Islam, bahkan tidak kedengaran langsung dalam kalangan ulama tempatan membicarakannya, seolah-olah mereka turut redho atas segala tindak tanduk penyokong-penyokong PKR yang menganjurkan demonstrasi besar-besaran selama ini bagi menjatuhkan kerajaan. Mengapa para ulama membisu? Mengapa mereka tidak bercakap perkara yang hak? Dan mengapa mereka menyembunyikan ilmu dan hukum? Jika berkenaan Karnival Sure Heboh atau konsert artis, para ulama pantas memberikan hukum, tetapi dalam isu demonstrasi dan tunjuk perasaan yang sering dianjurkan oleh parti pembangkang, tiada ulama pun yang menegur. Apakah mereka takut dituduh sebagai penyokong kerajaan? Atau mereka tidak mahu bercakap benar? Aneh, dan kadangkala menjadi misteri dalam kalangan ulama tempatan, baik yang berfahaman salaf mahup

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil