Skip to main content

Namewee Terlalu Kebal!


Namewee Terlalu Kebal!

Saya sebenarnya malas untuk mengulang perbicaraan berhubung isu kebiadapan Namewee. rasanya sudah terlalu lama kita membazir masa untuk meminta ihsan kerajaan agar budak kurang ajar ini dihadapkan ke mahkamah. Orang Melayu menjadi sakit hati adalah berpunca daripada sikap kerajaan juga, yang kelihatan sangat bertegas dengan dua guru yang kononnya mengeluarkan kenyataan racis dan berbau perkauman - tetapi malangnya, bukti yang terang lagi bersuluh berkenaan "sikap kurang ajar" Namewee, seakan-akan dibiarkan begitu sahaja, sedangkan tindakan telah diambil serta-merta ke atas dua guru tersebut, walaupun kesalahan mereka masih belum dibuktikan. Soalnya sekarang, kerajaan takutkan siapa sebenarnya? Baca tulisan yang menarik di bawah, semoga menjadi renungan kita bersama :

YB Nazri Aziz dilihat begitu proaktif dan bersemangat waja mahu mengambil tindakan dua guru masing-masing di Johor dan Kedah yang dikatakan mengeluarkan kenyataan berunsurkan perkauman pada Ogos lepas. Beliau berkata "keputusan yang diambil kelak merupakan keputusan yang adil kepada semua pihak". Pihak mana tu? Hanya YB Nazri saja yang tahu. Kes Namewee macam mana pulak YB Nazri? Berdasarkan rekod, Namewee pun bikin 'rasis' pada bulan Ogos jugak. Kenapa hingga sekarang masih tiada tindakan? Nak tahu apa jawapan YB Nazri? Nah...ini jawab beliau. "Kita tetap akan ambil tindakan terhadap Namewee tapi mesti berdasar kepada fakta-fakta yang menyabitkannya. Dia bukan pegawai kerajaan jadi kita tak boleh ambil tindakan terhadapnya sebagai seorang pegawai kerajaan. "Laporan polis telah dibuat dan kita sedang timbang beberapa undang-undang untuk mengambil tindakan terhadapnya".

1. Keadaan di negara ini memang sukar hari ini. Mungkin Malaysia patut ditukar kepada Cinasia sahaja. Apa sahaja orang Melayu buat semua salah kalau tidak menguntungkan kaum Cina. Tapi apa yang Cina buat semua tidak salah biar pun mencabar perkara-perkara di dalam Perlembagaan Negara.

2. Sebelum ini, Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek mendesak diambil tindakan ke atas Timbalan Pengarah Biro Tata Negara (BTN) yang dikatakan mengucapkan perkataan-perkataan perkauman dalam satu perjumpaan tertutup dengan Puteri UMNO Malaysia. Jika ada ucapan yang menghina mana-mana kaun maka sewajarnya tindakan diambil. Soalnya mengapa Chua Soi Lek tidak pula mengecam wartawan berbangsa Cina dari Malaysian Insiders tersebut yang memakai tudung menyamar sebagai Puteri UMNO.

3. Adalah jelas penganjur telah menyatakan bahawa program tersebut merupakan program tertutup. Apakah bukan satu kesalahan menyamar sebagai ahli Puteri UMNO dan kemudiannya melaporkan dalam portal Malaysian Insiders kenyataan-kenyataan dalam program tertutup tersebut?

4. Tiada sepatah perkataan pun kecaman daripada Chua Soi Lek terhadap sikap tidak beretika wartawan berbangsa Cina tersebut. Apakah suatu hari nanti kalau kita berkata sesuatu dalam rumah sendiri pun apabila dilaporkan oleh portal berita yang tidak beretika dan bertanggungjawab maka kita yang salah?

5. Apabila ramai orang Melayu menjadi kakitangan kerajaan maka MCA sibuk membuat komen kononnya ratio kaum tidak adil dalam kerajaan. Apakah ini bukan perkauman? Kalau sudah kaum Cina tidak fasih berbahasa Melayu yang merupakan bahawa kebangsaan negara adakah layak mereka menyertai perkhidmatan awam?

6. Sekarang dituntut pula disediakan pegawai yang boleh berbahasa Mandarin dalam kerajaan kerana ada orang cina tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Cina juga betul. Tapi apabila syarikat Cina mengiklan kerja kosong berasaskan kebolehan berbahasa mandarin tidak pula dianggap perkauman. Majoriti wartawan The Star terutamanya jawatan-jawatan tertinggi berbangsa Cina apakah ini bukan perkauman? Boleh Chua Soi Lek nyatakan berapa ramai Melayu dalam jawatan kanan editorial The Star?

7. Apabila Perkasa bercakap soal hak orang Melayu dan Bumiputera, mereka dituduh rasis. Tapi apabila pertubuhan Cina menolak sekolah satu aliran dan mempertahankan sekolah aliran Cina tidak pula dianggap rasis? Lihat sahaja produk sekolah Cina seperti Namwee yang penuh dengan sikap rasis, kurang ajar dan tidak mampu berbahasa kebangsaan. Tidak pula dikecam oleh pemimpin Cina baik dari BN mahupun Pakatan Rakyat.

8. Pernahkah mana-mana pemimpin Cina mengecam Akhbar Cina yang melakukan pembohongan, kenyataan rasis dan anti-kaum bumiputera? Tidak ada. Pernahkan mana-mana pemimpin Cina mengecam kaum Cina yang mengeluarkan perniagaan mereka, harta benda yang mereka perolehi di negara ini di bawa ke Singapura, Hong Kong dan China sebagai tidak patriotik? Tidak ada.

9. Hakikatnya di negara ini hanya Cina Islam sahaja boleh dipercayai kesetiaan mereka. Kaum Cina yang lain boleh diragui jika mereka ada peluang yang lebih baik di negara lain. Apakah kenyataan ini juga akan dianggap berbaur perkauman berbanding makian Namwee ke atas seorang guru wanita Melayu Islam? Nampaknya di Malaysia ini semua Cina buat betul, apa yang kaum bumiputera buat semua salah biarpun hak-hak mereka dijamin oleh perlembagaan.

10. Siapa yang rasis? Bumiputera yang mahukan hak mereka dikekalkan mengikut Perlembagaan seperti mana orang Cina mahukan hak warganegara mereka dikekalkan? Atau orang seperti Chua Soi Lek, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng yang mahukan hak warganegara yang diperolehi melalui kemerdekaan dikekalkan tetapi hak bumiputera melalui cara yang sama dihapuskan.

Comments

Anonymous said…
sy rasa rata2 pembaca blog dah menyampah bila baca berkaitan racist ni. sama sahaja. melayu cepat jerk ambil tindakan dan lain2 bangsa biarkan begitu. tiada jawapan konkrit dari mana2 menteri yang bertanggungjawab. kita tunggu je PRU nanti siapa yang kena.. sy nak tengok jerk siapa yang kena keputusan PRU itu nanti.
Anonymous said…
umno nak bergantung undi kpd cina je, takpe, kita tunggu dan lihat, penjawat awam terutama puak guru dah lama makan hati,,,,,,,,,,
Wanredone said…
KITA BUAT APA YANG NAMEWEE BUAT......
KALAU NAMEWEE RACIST KITA PATUT LEBIH RACIST...... INI NEGARI MELAYU.AYUHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH GEMPUR
whackthembugger said…
Lagi lama tiada tindakan diambil ketas anak bangsat DAP ini, lagi lagi berapi kemarahaan khusas bangsa Melayu dan secara am nya bangsa Malaysia.Permainan rasist DAP akan makan tuan nya sendiri, satu satu fakta yang menyatukan perpaduan Melayu untuk menolak parti parti yang berjinak atau berkaitan rapat dengan permainan dan penipuan DAP. Namewee bukan nya kebal, sebalik nya dia dibenarkan "disodomi" berulang kali oleh DAP.
tebing tinggi said…
Kalau pokok yang tidak mendatangkan hasil atau hasil tidak sebagimana yang diharapkan, adakah kita akan membiarkan shaja pokok itu tetapi dalam masa yang sama bersungut tentang hasilnya sedangkan kita tidak mempunyi tanah yang lain.
Selagi barisan yang ada sekarang maka akan bagitulah lagunya.
Mereka yang menentukan kita atau kita yang menentukan mereka ?,jawapan hanya ada pada kita.


1sekolah>1bahasa>1Malaysia
Unknown said…
Salam

Cina tetap Cina. Perkauman dan sikap serta perasaan keCinaan mereka sahaja yang dipaksa kita layan. Dan yang amat menyakitkan hati Kerajaan sendiri seolah bersedia menuruti kehendak mereka.

Di dalam hal-hal yang mengaitkan keCinaan, DAP dan MCA memang ada persetujuan antara satu sama lain. Mereka berbalah dipermukaan cermin politik namun di bawah mereka tetap satu. Kita juga yang diperbodohkan.
Sampul Kecil said…
adakah sukar untuk semua kaum saling hormat menghormati satu sama lain.. Masih relevankah lagi kontrak sosial digunakan?

Kalau semua rakyat Malaysia memahami konsep 1Malaysia.. mesti aman Malaysia ni.. tak payah gaduh2 lagi.. tak payah rasict2 lagi.. semua hidup tanpa perasaan prasangka..



JOM JOIN BIZ NI.. TAK DE DOWNLINE PON STILL DAPAT UNTUKNG LAGI.. http://www.PeluangBaik.com/hardyzs
Ahmad said…
Jangan salahkan melayu jika tidak sokong UMNO. Ini kerana kerajaan yang diterajui oleh UMNOlah yang membuat dasar atau tindakan yang meremeh, menyalah malah dirasa tahap menindas dah keatas orang melayu. Kuasa ditangan UMNO(orang melayu) tetapi mengapa cina yang berkuasa. Saya juga ahli UMNO, tapi saya rasa bersalah, malah rasanya bloger juga bersalah kerana membiarkan malah berkempen agar UMNO terus berkuasa hanya untuk kepenting kaum cina semata-mata. Mulai sekarang para bloger perlu berkempen agar melayu menjauhi UMNO sehinggalah UMNO kembali kepada perjuangan asal.Malah presiden UMNO juga tidak perlu lagi 'playsafe' depan cina cakap lain, depan melayu berbohong malah membuat janji palsu
Wake UP! said…
Anon 8:43 PM. Mana ada menyampah? Cuma kiasu komunis yang menyamar jadi Melayu macam kau je menyampah sebab perkara sebenar didedahkan dan kau dibogelkan.
nt menteri amaran said…
sokong pendapat wanredone
kita biken lagu2 racist mcam namewee cibai tu buat..
kita tgok ape kerajaan bole buat...
nt menteri amaran said…
yakin..
belum senikata lagu yg akhir siap ..
rumah aku dah kena kepong polis..
ha..ha..nasib2..kalo jadi melayu..
Anonymous said…
hello wake up... maksud saya menyampah coz tiada langsung pihak yang berkaitan ambil tindakan kat
DAP dan cina kiasu tu.. tang melayu cepat jerk.. bila sy baca ttg racist ni dah terbuku dihati macam nak memberontak sahaja. apakan daya sy pekerja kerajaan. ty sy ckp sy nak tengok menteri yang berkaitan apa akan terjadi masa PRU nnt.Bagi sy ada 4 menteri yg patut kalah PRU nnt biar dia sedar kita dah mendidih hati. kalau sy sebut nama nnt atlast blog ni ngan sy2 kena masuk jail sptmana bro rocky dah kena.. huhuhu...
AnakGanu said…
tolong la najib buat sesuatu...aku nampak cina dengan india hari-hari kecik je sekarang ni...
Esperalzi said…
Kan aku dah berkali2 tulis bahawa UMNO ni cuma berani kata 'NO' pada org2 Melayu saja, tapi sangat takut kepada org2 Cina...UMNO sudah tak ada 'UM' lagi!

Aku dah banyak beri pandangan tentang masalah UMNO ni sehingga aku pernah saran kita boikot di PRU13 ketiga2 parti Melayu yg pada pandangan aku sudah terlalu banyak mengkhianati org2 Melayu...

Kalau bab PRK, UMNO cuma pandai tambun duit berjuta2 utk kawasan Cina tp Cina2 tu bukan nak undi mereka pun..

Bila Cina simbah arak ke surau org2 Melayu, MCA cepat2 minta org2 Melayu maafkan Cina2 penghina Melayu tu. Siap dengan kempen publisiti di TV, bawa penyimbah2 arak tu dan mak bapak mereka, minta maaf kepada org2 Melayu atas penghinaanitu.

Tapi bila giliran Melayu hina Cina, MCA cepat2 minta Melayu dihukum, siap gertak UMNO, langsung tak timbul soal mau maafkan Melayu2 tu..

Dan UMNO sentiasa ikut rentak MCA. Senang saja bagi aku. PRU13 nanti, boikot jer calon2 Cina dari MCA dan Gerakan, kalau pun tak nak boikot calon UMNO...
AMIR RAOF said…
nak kata salah cam salah jugak. naewee ni asal muar. aku pun org muar gak. aku rasa hukuman perlu adil dan diamabil tindakan segera.
Bijen M. said…
Rasanya dah sampai masa untuk umat Islam bersatu.
Bersatu atas satu agama.
Anonymous said…
Pemimpin melayu memang dah tak ada batu.berani bertindak cuma dengan bangsa melayu aje. kalau bangsa asing buat mana depa berani bertindak.Tak ada batu punya pemimpin.Bacul
Anonymous said…
salam,

namawee tu cuma seekor babi. sebab tu la kdn tak boleh ambil tindakan terhadap binatang tu.
Anonymous said…
kita harapkan kerajaan jaga keselamatan dan keharmonian kaum..
kawal dan sekat sape2 yg cuba buat taik..gunakan peruntukan undang2 yg ada atau ISA..
tapi bila kerajaan buat dono je..muncullah watak2 atau kumpulan yg akan ambil tindakan sendiri..
baru masa tu kerajaan kelamkabut nasihatkan rakyat bersabar dan tenang..
konon biar kerajaan saja yg uruskan..
rakyat jangan buat ape2..
ceh...memang bodo..kalau berlaku macam nih..

Pilihan Pembaca

"Beli Emas Ketika Ekono mi Tidak Menentu." - Prof. Bala Shanmugam Oleh Muhammad Azli Shukri Ekonomi dunia yang semakin tertekan akibat daripada masalah kewangan yang melanda AS, diburukkan lagi dengan pengumuman ahli kongres AS yang meluluskan pakej bantuan kewangan berjumlah AS$700 bilion bagi tujuan menstabilkan pasaran kewangannya yang dikatakan semakin teruk. Pengumuman tersebut menggambarkan betapa serius masalah kewangan yang sedang melanda AS dan langkah yang sewajarnya perlu diambil. Sehubungan dengan itu, ikuti pandangan Profesor Dr. Bala Shanmugam dari Monash University Sunway dan penulis buku Subprime Mortgage Crisis : Causes, Effects and The Way Forward bagi mendapatkan pandangannya berkenaan isu tersebut. Apakah sebenarnya yang berlaku semasa krisis Subprima di Amerika Syarikat? Krisis Subprima pada asasnya berlaku disebabkan oleh dua perkara, pertama pihak bank yang memberi pinjaman telah mengehadkan kadar pinjaman kepada peminjam. Hal ini
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 8 : Kenapa Bukan Khairy Memilih pemimpin bukanlah seperti memilih pakaian. Mana-mana yang kita berkenan, maka kita terus memilih dan membeli tanpa banyak berfikir. Memilih pemimpin juga bukanlah seperti memilih makanan yang mana-mana kita suka, maka kita terus makan, tanpa banyak berfikir. Tetapi, memilih pemimpin adalah umpama memilih seorang isteri atau seorang suami. Mesti kenal dan mesti pastikan bahawa calon isteri atau suami tersebut memahami diri dan mengetahui hati budi kita yang sebenar. Begitu juga dalam memilih seorang pemimpin, sebelum kita memilih seseorang pemimpin, seharusnya kita fahami terlebih dahulu siapakah pemimpin yang hendak kita pilih itu. Bukan boleh main ikut suka atau ikut hati semata-mata. Kita seharusnya melakukan analisis terlebih dahulu, layak atau tidak seseorang itu memegang sesuatu jawatan yang sedang dipertandingkan. Hal ini adalah kerana, jawatan adalah amanah dan tanggungjawab. Jika salah kita memilih, maka akan hancurlah ses
KEMUNCULAN MAHATHIR BARU Tidak ramai yang berkesempatan bertemu secara bersemuka dengan tiga orang anak Tun Dr. Mahathir Mohamad dan berbincang-bincang dengan mereka, tentang politik, ekonomi dan perniagaan. Salah satu sebab mengapa saya mahu bertemu mereka adalah kerana, saya tidak suka mendengar fitnah tentang keluarga Tun Mahathir yang dilemparkan oleh penyokong-penyokong Anwar Ibrahim. Lebih selesa saya bertemu dengan mereka dan bertanya sendiri bagaimanakah sikap dan cara Tun Mahathir di rumah dalam mendidik mereka. Melalui itu, kita akan dapat menangkap “cara” dan “kaedah” Tun Mahathir mentadbir negara. Kerana sikap seseorang itu hanya dapat dihidu dan dibaca oleh ahli keluarganya yang rapat sahaja. Lantaran itu, analisis kita akan lebih menghampiri kebenaran dan bukan tohmahan dan andaian semata-mata. Bagaimana Tun Mahathir mendidik dan mentadbir rumah tangganya, maka begitu jugalah cara dan kaedah beliau menguruskan negara. Dalam ruang yang terhad ini, saya tidak bisa menyimpul