Kenyataan terbaru Tun Dr Mahathir mungkin akan menghayalkan sebentar para juak dan penyokong parti pembangkang (Baca di sini). Mereka mungkin berandaian, kononnya mereka mampu menumpaskan BN dalam PRU ke-13 yang akan datang. Tetapi percayalah, ia hanya mimpi. InsyaAllah Allah akan membantu BN/UMNO untuk menang selesa dalam PRU yang akan datang.
Saya terpanggil untuk berkongsi sebuah rencana yang agak menarik untuk kita renungi. Rencana yang ditulis oleh JEFRI ZACHARIAH dari Malaysia-Instinct ini sedikit banyak mampu membuka fikiran orang Melayu dan mengapa bangsa kita selalu diperbodohkan oleh orang lain. Baca tulisan menarik beliau : APA SUDAH JADI dengan orang Islam? Itulah persoalan yang bermain di benak saya apabila melihat majoriti mereka yang hadir dalam perhimpunan haram semalam di Masjid Negara. Pada mulanya saya membayangkan bahawa perhimpunan haram ini akan dihadiri oleh rakyat Malaysia berbilang kaum yang tidak berpuas hati dengan kenaikan tariff air. Malangnya apa yang saya bayangkan tidak kesampaian. Nampak sangat orang Islam telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk menjerit di masjid. Nampak sangat pihak tertentu ini bukan sahaja mahu mempergunakan orang Islam tetapi juga mengganggu orang Islam lain yang hendak beribadat. Pernahkah kita terfikir kenapa setiap kali demonstrari haram ...

Comments
ianya berjaya mengeluarkan apa yg tersembunyi dalam hati imigran2 selama ni.
sebaiknya carilah kelemahan sendiri,perbetulkan mana yang silap.
cari punca kenapa rakyat marahkan bn terutamanya umno.
dalam umno sendiri pun ramai yang tidak jujur,pemimpin umno bukan semua baik.
rakyat bukan bodoh.umno dihukum kerana sikap pemimpin umno yg berlagak,sombong,angkuh serta bersikap menunjuk-nunjuk.
dalam umno para pemimpin suka menjatuhkan sesama sendiri,contohnya di kedah.
sampai sekarang para pemimpin umno kedah masih belum sedar diri.sifat busuk hati dan dengki serta pentingkan puak2 masing masih berlaku.
buat apa menyalahkan pihak parti lawan sedangkan dalam rumah-tangga kita pun bercakaran suami isteri.
hendak menjadi ahli umno pun susah,macam2 kerenah dan syarat terpaksa dilalui.
ada ahli yang cawanganya telah ditutup kerana kawasan penempatan telah dibangunkan dan ahli2 telah berpindah kemerata tempat dibandaraya kuala lumpur.
bila memohon untuk jadi ahli cawangan baru mereka menghadapi masaalah,ini terjadi pada diri saya sendiri.
diharap pemimpin2 umno peringkat bahagian dan cawangan berkerjalah dengan jujur..jangan syok sendiri saja.
rakyat sekarang dah bijak,jangan digula-gulakan rakyat dikampong2 dengan sehelai kain pelikat atau kain batik murahan bila tiba hari raya.
sedangkan dirumah ketua cawangan/ketua wanita cawangan menyimpan bertimbun kain2 tersebut.
mereka tamak.itu baru kes kain sumbangan dari ketua bahagian yang dikebas olih ketua cawangan.
sedarlah wahai pemimpin2 umno dari cawangan hingga keperingkat tertinggi..rakyat memerlukan pemimpin yang jujur dan ikhlas.
cukuplah mengaut harta kekayaan..
ipoh marley
Jangan harap UMNO boleh menang lagi... Rakyat dah jelak!!
tengok saja perak nanti.