Skip to main content

Khairy Desak Najib?

Khairy Desak Najib?

Saya kurang pasti apakah niat sebenar kenyataan Khairy Jamaluddin di bawah ini? Apakah beliau mendesak DS Najib agar memberikannya jawatan kabinet? Peluang apa yang dimaksudkan oleh Khairy dalam ucapannya itu? Dan apakah maksud tanggungjawab yang lebih besar harus diberikan kepada Pemuda UMNO? Khairy banyak bermain dengan retorik bahasa yang memualkan. Saya ingin mengingatkan Pemuda UMNO, agar tidak terlalu berbangga dengan angka dan jumlah ahli yang telah didaftarnya - yang penting sudahkan semua ahli UMNO yang baru itu berdaftar sebagai pengundi?

Jika belum, sia-sia sahaja usaha Pemuda mendaftarkan mereka sebagai ahli UMNO. Khairy berkata tentang peluang dan tanggungjawab - soalnya sudahkah beliau memberi peluang kepada para penyokong Mukhriz dan Khair Toyo untuk memegang jawatan dalam barisan EXCO Pemudanya? Jika belum, rasanya tidak perlulah beliau meminta Presiden Parti memberi peluang dan tanggungjawab yang lebih kepadanya. Wallahualam.

KUALA LUMPUR 20 Okt. – Golongan muda perlu diberi banyak peluang dalam parti dengan memegang dan memikul tanggungjawab lebih besar jika mahu melihat mereka sebagai pewaris untuk memperjuang dan membela nasib orang Melayu pada masa depan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, meskipun rata-rata generasi muda menerima corak kepimpinan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak, masih ada lagi pihak dalam parti sendiri yang masih ragu dengan kredibiliti mereka. Katanya, golongan tersebut amat berharap agar kepimpinan parti bersikap lebih terbuka kepada Pemuda UMNO.

“Namun, keterbukaan sama masih belum ditarikan oleh semua di mana masih ramai yang ragu-ragu dan takut untuk membuka ruang penyertaan lebih luas kepada orang muda. “Anggaplah kami sebagai harapan dan bukan ancaman, berikanlah juga kami peluang dan kepercayaan, upayakanlah kami untuk memegang dan menggalas tanggungjawab lebih berat.

“Saya percaya, Pemuda UMNO hari ini bukan golongan yang mengejar jawatan, gila kuasa, tamak projek tetapi kami pendokong harapan, pembela nusa, pencetus semangat, satria setia,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar Perhimpunan Pergerakan Pemuda UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. Menurutnya, senario politik semasa adalah berteraskan pemikiran dan idea yang bertunjangkan ilmu, bukan bergantung pada kuasa eksekutif semata-mata. “Anak-anak muda sekarang lebih gemar disajikan dengan pilihan politik yang menguji daya pemikiran mereka.

“Penyebaran maklumat melalui media sosial seperti Facebook dan Twitter sudah menjadi alternatif pilihan kepada media massa tradisi. “Pemikiran golongan muda dibentuk bukan melalui kenyataan atau ulasan menteri dalam Buletin Utama TV3 atau Warta Perdana TV1 tetapi melalui apa yang mereka lihat dan dengar dalam YouTube yang tidak boleh dikawal atau dipengaruhi,” ujarnya.

Justeru, beliau memberitahu, usaha mendampingi mereka juga mesti melalui pendekatan berpaksikan pemikiran dan pandangan yang lebih kritis dari era dahulu. Jelas beliau, golongan tersebut tidak boleh disumbat dengan propaganda berat sebelah, sebaliknya UMNO perlu mengamalkan budaya inklusif yang menghargai penyertaan belia dan remaja, bukan lagi budaya politik dari atas ke bawah. Beliau menambah, pergerakan itu merupakan penyumbang keahlian baru terbesar kepada parti dengan pertambahan seramai 41,663 orang yang membentuk 43 peratus daripada keseluruhan ahli baru.

Comments

Anonymous said…
Khairy yang terdesak mahu mendesak Najib.

Kau jadi menteri nikah kawin saja lah.

boleh jugak buat duit print sijil nikah.
Anonymous said…
Bagi Khairy, jawatan Menteri adalah fokus utama. Menteri lubuk duit, menteri ada power, cakap laku.... Tidak lain dan tidak bukan untuk menutup temolok yg dahagakan metarialistik, menjaga hati kroni, pengampu, pengipas dll

Khairy adalah musuh UMNO, idealogi KJ hanyalah ingin membalas dendam kpd beberapa nama besar yang telah membawa negara maju, berjaya, aman dan cemerlang.

KJ dan para pengampunya umpama sampah-sampah. Merekalah yang membusukkan lg keadaan UMNO.

UMNO harus pisahkan sampah-sampah tersebut dgn cara bakar, buang ke dalam longkang atau timbus dlm tanah sahaja.

***Pemuda Kedah***
sumpit said…
KJ boleh jadi menteri tak ber'pelior'

lepak kat pejabat nmy cari projek. masyukkkk
Anonymous said…
lantik le kera jantan jadi menteri jib kalau ko nak menang besor pru13.

lantik le,kalau boleh lantik tundoltidur skali jadi menteri mentor,nesacaya lepas pru13 nnti bolehle ko pencen....

kalau boleh lantik gak sepupu ko yang mulut besor tu jadi timbalan ko ke
Anonymous said…
BAGUI LA KALAU ORANG KEDAH DAH SEDAQ! AKU DARI DULU LAGI DAH BALUN KJ NI! AKU BENCI UMNO BUKAN KERANA UMNO TAPI KERANA ADA SPESIS MACAM KJ, BIG MOUTH, NAZIS, DLL... KJ TAK ADA KEJA LAIN, NAK NYAMU* ! PAS TU BAGI GULA GULA KAT PEMUDA, BIG MOUTH TAK SEDAQ2 LAGI MELAYU DAH MARAH, SEBAB TERUS TERUSAN DIPERLEKEH, TINDAKAN HANYA KEPADA MELAYU TAPI BUKAN KAUM LAIN,,, MELAYU DILABEL RACIS , KAUM LAIN? BIG MOUTH LU PUND**

Mat Loya
Penyokong said…
Mohon promosi blog kami. terima kasih.

- Galas untuk BN -
hangkedee said…
Anak sapa la ni ,menantu sapa ni ? ooooo menantu TUNDOL yang kuat tidoq ka awat hangpa dok pangkah di lagi,bagi pelingkop boleh la mamat ni
Anonymous said…
Arus dahulu puji KJ. Arus sekarang kutuk KJ puji Mukriz. Politik..politik..
KJ tu ambitious tapi ada substance, Mukriz tu tak da apa idelisma & karisma cuma BEN MAHATHIR.

DR y NO
Anonymous said…
KJ pun tak betul dan Mukhriz pun tak betul. Yang 'betul' hanya DR.NO.
Terror betul DR.NO. ni ya.

DR.YES
Anonymous said…
Apa ketua Pemuda UMNO dah buat.terhadap negara dan orang melayu.Isu apa yang diselesaikan atau lain isu..haprak ..apa puntidak ada.gantikan sahaja KJ ini.Cakap memang teror tetapi kerja ..ada ke yang berhasil.
Anonymous said…
DS Najib jangan buat kesilapan apa yang Pak Lah buat semasa membebaskan Anwar dahulu. Seperti melepas anjing tersepit.

Huru hara negara dibuatnya kerana membebaskan Anwar daripada penjara.

Begitu juga kalau diberi jawatan menteri kepada KJ maka perkara yang sama akan berlaku.

DR YES
azlishukri said…
terima kasih komen tuan2
Khairy macam belum sesuai jadi Menteri. Belum ada political wisdom...
Esperalzi said…
Khairy Jamaluddin: You are a piece of crap! Everything that you have crapped at UMNO Convention is nothing but craps and more craps! Stop crapping in UMNO! Take your craps elsewhere, maybe to PAS or PKR which are truly crap dumping outfits! UMNO does not need crap like you! What a crap hole you are!!!
azlishukri said…
kj tetap beban untuk UMNO

Pilihan Pembaca

Akhil 2009 : Hari Tanpa Esok

AKHIL 2009 Hari Tanpa Esok KUALA LUMPUR 25 Mei - ''Februari lalu, dia pernah meminta kebenaran untuk mengahwini Waheeda. Saya reda dan membenarkannya. ''Bagaimanapun, selepas dia mendiamkan diri termasuk tidak pulang ke rumah dan menjawab telefon, saya sudah hilang sabar serta nekad untuk menuntut cerai.'' Itu tegas isteri kepada penyanyi dan pendakwah Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 33, berhubung kemelut rumah tangga mereka yang kini sedang hangat diperkatakan gara-gara Akhil didakwa mempunyai hubungan dengan penyanyi Waheeda atau Norwahidah Abdul Wahab, 31. Menurut Maizawati, selepas lama memendam perasaan, dia hilang rasa sabar dengan apa yang melanda hidupnya ekoran gosip hubungan berkenaan termasuk apa yang telah Akhil lakukan terhadap dirinya. ''Saya pernah beberapa kali menghubunginya tetapi dia tidak menjawab telefon. Alasan yang diberikan adalah sibuk dengan kerja. ''Dia juga sudah lama tidak pulang ke rumah. Ketika saya memfailka

Matahari Di Tengah Malam

MATAHARI DI TENGAH MALAM MACHANG 13 April — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menasihatkan hanya mereka yang layak sahaja menawarkan diri untuk bertanding jawatan dalam pemilihan pada Muktamar PAS yang dijadualkan Jun ini. Nik Aziz ketika mengingatkan perkara itu berkata beliau tidak mahu anggota parti itu yang tidak mampu menjadi pemimpin yang baik, membuang masa menonjolkan diri menarik sokongan. “Kalau yang ada kemampuan, tak ada masalah untuk mereka tawar diri untuk bertanding. Kalau yang ada kemampuan menonjol tak apalah, (tapi) kalau yang tidak ada kemampuan tapi menonjolkan diri, tak payahlah undi dia,” katanya. Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Hari Terbuka Loji Rawatan Air Merbau Chondong, sempena sambutan Hari Air Sedunia 2009 peringkat negeri di sini, hari ini. Katanya, PAS turut memberi kebebasan kepada anggota akar umbi untuk memilih barisan pimpinan yang mereka mahukan dan menolak mana-mana

Malam Dengan Bulan Yang Sama

Malam Dengan Bulan Yang Sama Saya paparkan di sini satu komen yang bernas daripada seorang pembaca blog saya yang bernama Shamsul Anuar. Dan saya fikir sangat baik untuk sama-sama kita renungkan. Kepada saudara Shamsul Anuar, terima kasih komen saudara. Menang walaupun satu undi adalah menang. Ada beberapa perkara yang saya nampak disini. 1) Kedua dua PAS dan UMNO mempunyai pengundi setia. Pengundi Cina dan India nampaknya kearah PAS. Bukan sebab suka PAS sangat tetapi PAS tidak sepert UMNO, bukan teras dalam PR. Sekiranya ( dijauhkan Allah swt) BN tumbang, maka kuasa politik Melayu akan berakhir. Ini kerana PAS tidak akan jadi teras PR. 2)UMNO tidak teliti pada pemilihan calon. Walaupun saya rasa tidak adil menuding Rohaizat pasal tduhan isteri 2, saya sedar ianya digunakan secara efektif oileh PAS. 3) Sikap Melayu yang sanggup terima walaupun sampah kalau disulami oleh ayat-ayat Kuran . Ini adalah perkara pelik dalam masyarakat Melayu. Tahu dan sedar perkara itu salah tetapi k