Skip to main content

Akhirnya Karpal Singh Tewas Juga!


Akhirnya Karpal Singh
Tewas Juga!


1. Pada mulanya saya agak curiga dan sangsi juga dengan satu kenyataan daripada rakan baik saya yang mendakwa, sesungguhnya Karpal Singh dan kumpulan peguam bela Anwar Ibrahim dalam satu prosiding pembelaan kes liwat Anwar Ibrahim ini - sebenarnya sudah dapat mengidu lebih awal akan kekalahan di pihak mereka adalah besar.

2. Hal ini adalah disebabkan bukti yang dibawa oleh kumpulan pendakwaraya sangat kemas dan terperinci, tiada manipulasi dan tiada pembohongan - segala bukti sudah pun terhidang dengan jelas. Menurut rakan baik saya ini, dalam penghujahan tertutup yang melibat sessi soal jawab antara Saiful dengan kumpulan peguam bela Anwar Ibrahim, Saiful Bukhari begitu yakin dan konsisten dengan segala jawapan yang diberinya, tanpa percanggahan dan tanpa banyak keraguan - malah, pihak peguam bela yang cuba mewujudkan "keraguan" telah gagal sama sekali.

3. Kes kali ini sangat berbeza dengan kes liwat pertama Anwar Ibrahim, yang mana peguam bela Anwar Ibrahim boleh melakukan pelbagai cara untuk mewujudkan kesangsian akibat daripada sikap suspek utama, iaitu Azizan pada ketika itu, yang sering terperangkap dengan pelbagai soalan yang mengelirukan daripada para peguam pembela Anwar Ibrahim.

4. Namun demikian, tidak pada kali ini - Saiful Bukhari bukanlah manusia yang bodoh dan mudah diperbodohkan, jawapannya konsisten dan tepat, tiada keraguan dan tiada percanggahan. Hal ini secara tidak lansung menyukarkan para peguam bela Anwar Ibrahim untuk mewujudkan "keraguan kes" sekali gus mempengaruhi hakim untuk membebaskan Anwar Ibrahim.

5. Namun demikian, sejak akhir-akhir ini, saya semakin yakin sesungguhnya Anwar Ibrahim benar-benar bersalah - cubaan para peguam belanya untuk menangguh kes liwat Anwar Ibrahim berkali-kali, membuktikan, barisan peguam belanya itu seakan-akan sudah hilang akal dan cara untuk membela anak guaman mereka itu.

6. Malah, perkembangan terkini berhubung gesaan Karpal Singh yang meminta Peguam Negara menggunakan nolle prosequi (menghentikan pendakwaan) ke atas kes liwat Anwar Ibrahim semata-mata beralaskan kepada kritikan usahawan terkemuka Britain, Richard Branson yang mendakwa, kononnya ekonomi Malaysia boleh musnah sekiranya kes liwat Anwar Ibrahim tidak digugurkan segera oleh kerajaan Malaysia - merupakan alasan bodoh, di samping memperlihatkan "ketewasan awal" barisan peguam bela Anwar Ibrahim dalam membela anak guaman mereka itu.

7. Sebenarnya barisan peguam bela Anwar sudah mengetahui, sesungguhnya bukti yang terang lagi nyata sudah pun didedahkan - kes liwat yang melibatkan Saiful Bukhari bukanlah omong kosong dan konspirasi - sebaliknya ia adalah benar dan penuh dengan bukti. Saiful Bukhari begitu istiqamah dari mula-mula beliau menjunjung al-Quran untuk bersumpah sehinggalah ke hari ini - pendiriannya tidak pernah kacau dan berubah - inilah bukti paling terang dan jelas, siapa yang benar dan siapa pula yang salah.

8. Membaca laporan MalaysiaKini di bawah - seolah-olah Karpal Singh cuba mengungut Perdana Menteri dan isterinya, dengan cara mengheret mereka berdua ke mahkamah sebagai saksi kes liwat Anwar Ibrahim - soalnya untuk apa? Yang rakyat mahu tahu sekarang hanya satu - bukan konspirasi dan bukan teori, yang kami mahu tahu hanyalah, benar atau pun tidak, Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam dubur Saiful, itu sahaja! Buktikan jika hal ini tidak benar. Bukankah ia hal yang sangat mudah? Baca laporan di bawah :

PEGUAM KANAN Karpal Singh menggesa Peguam Negara mengunakan nolle prosequi (hentikan pendakwaan) ke atas kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, berikutan percabangan antarabangsa seperti yang dinyatakan oleh usahawan Britain, Sir Richard Branson.

Karpal yang juga adalah peguambela yang mengetuai pihak pembelaan berkata menarik balik dakwaan adalah cara terbaik untuk menarik 'duri dalam daging' yang disebut oleh Branson. "Menyeksa Anwar dilihat tidak produktif terhadap pendirian kerajaan, khususnya selepas pilihan raya umum 8 Mac, 2008 yang menunjukkan BN tidak menikmati mandat padu daripada rakyat. "Di latar antarabangsa, kerajaan terus dibidas dalam isu ini. Saya seru kerajaan agar pragmatik dan realistik. Mendakwa Anwar addalah bercanggahan dengan kepentingan nasional kerana tumpuan antarabangsa adalah ke atas perbicaraan itu,” kata Karpal dalam satu kenyataaan media hari ini.

Branson pada 27 September lalu berkata perbicaran liwat membabitkan ketua pembangkang itu yang sedang berlangsung memberi kesan ke atas Malaysia dan mematahkan semangat pelabur untuk menanam modal di negara ini.

"Malaysia mempunyai reputasi yang baik di luar negara. Tetapi apa yang berlaku ke atas Anwar Ibrahim membawa kesan buruk ke atas Malaysia,” katanya pada majlis khas forum Invest Asia 2010, anjuran International Herald Tribune di Kuala Lumpur. "Saya fikir ia bukan isu utama tetapi yang pasti ia bagaikan duri dalam daging. Saya berpendapat ini telah berlarutan agak lama. Ini tidak baik di luar negara,” katanya.

Karpal juga mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak bahawa pihaknya akan cuba mengheret beliau dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor untuk bertindak sebagai saksi dalam perbicaraan itu.

"Jika perdana menteri dan isterinya bersedia diheret, jadi biarkannya. Pasukan pembela memberi jaminan bahawa semua kebenaran akan didedahkan,” katanya. Pengadu utama kes berkenaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan pernah berkata dia berjumpa dengan Najib di kediaman rasminya, dan Najib yang ketika itu timbalan perdana menteri melahirkan rasa terkejutnya.

Comments

FataMorgana said…
bangkai gajah tak dapat ditutup dgn nyiru...
pacat said…
belum pon panas dah nak hentikan!!! baru beberapa saksi dah jerit suruh henti.. mana saksi dari pihak pembela.. nak tengok juga mereka2 yg sanggup "dibayar" untuk "meliwat" fakta sebenar !!!
Anonymous said…
KESAN BURUK PADA SIAPA MALAYSIA ATAU ANUAR....PASTINYA ANUAR..DIA YANG AKAN MENDAPAT NAMA YANG PALING BURUK BUKAN SAJA RAKYAT,DUNIA MALAH KELUARGA DAN ANAK BINI DIA SENDIRI.....INILAH AKIBATNYA KALAU SUKA TANGGUH KES...MAKIN LAMA TANGGUH MAKIN KELUAR BAU BUSUKNYA.....ALLAH MAHA MENGETAHUI..ORANG YANG BENAR AKAN MENANG WALAUPUN PADA AWALNYA DISEKSA DAN DIHINA MACAM SAIFUL...ITULAH HUKUM ALAM....
bekas penyokong said…
Memang betul kes ni dah berlarutan terlalu lama dan bersiri pula.Siapa pula yang sengaja meliwat2kan perbicaraan sampai ia berlarutan dan menjejaskan nama baik negara seperti dakwaan branson gay dan karpal,kalau bukan pihak pembelaan sendiri?

Kenapa pula takut benar menghadapi perbicaraan dengan cara gentleman?Sudah tentu kerana bersalah.

Masakan orang tak bersalah takut menghadapi kebenaran?Masakan orang tak bersalah takut untuk bersumpah setelah dicabar oleh 'pemfitnah'?Hanya orang yg benar2 dungu dan taksub dengan anwar ibrahim saja yg tak nampak lagi permainan pengkhianat ini.

Saya pernah berada di kedudukan pentaksub2 itu dulu dan saya faham benar bagaimana sikap pemuja2 anwar ibrahim ini.Tapi itu dulu sebelum kes sodomi episod 2.Kes saiful ini terlalu straight forward dan anwar terlalu merendah2kan kadar keintektualan rakyat Malaysia untuk mempercayai dia dikonspirasi sekali lagi.Sedangkan orang luar terutamanya barat sudah lama tahu kes sodomi ini memang benar cuma sebagai non muslim mereka cuma mempertikaikan hak asasi manusia(menurut ukuran mereka) untuk kebebasan seks termasuk homoseksual.Sebab itu juga anwar ibrahim menerima sokongan yg amat kuat dr pertubuhan lgbt di seluruh dunia.

Sementelah lagi anwar ibrahim tidak pernah sekalipun menafikan yg dia adalah gay atau biseksual di depan mana2 media baik tempatan mahupun luar negara.Bayangkan ini sangat mudah untuk dilakukan cuma perlu mengatakan 'saya bukan biseksual,saya straight'tapi anwar tidak pernah mengucapkannya walaupun ditanya media.

Jadi kenyataannya begitu terang dan nyata untuk orang2 yg mahu melihat kebenaran.
Jibam said…
salam..bro, tlg jwb satu benda ni je.logik ke sorg yg gagal dlm universiti, bukan sesiapa pun, trs berjumpa PM utk mohon biasiswa. adakah PM menguruskan biasiswa pelaran secara peribadi? kalo btl aku nk apply sbb aku pun nk apply smbg study.tp aku cerdik skit la dr saifol..aku grad dgn 3.56. yg kedua, logik ke dgn skali dgr shja, si saifol trs dpt hafal no tipon KPN? logik? wow sggh genius mamat gagal universiti itu.

bro, kalo ko anak jantan sila jwb komen aku ni secara trs trg.keluarkn komen aku..jwb trs tyrg tanpa belit2. tq daun keladi.

pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas.
Anonymous said…
Makin lama kes ni diheret..., makin hancur kredibiliti Anwar.

He's suffering a slow 'death' in his political career...

Bye-bye, Anwar...!!
azlishukri said…
jibam - tolong jawab satu sahaja soalan ini,siapa lebih bodoh dan dungu daripada seorang yang berbohong sewaktu mengangat sumpah dengan menggunakan nama Allah? Orang cina pun takut main2 dengan nama Allah, apatah lagi manusia bernama saiful, logik ke orang seperti saiful ini sanggup guna nama Allah untuk fitnah orang lain? fikir sendiri la bro..kita guna otak untuk fikir bukan kepala lutut...
Anonymous said…
Bro,
Takyah jawab soalan Jibam tu. Dia tanya "logik ker Saiful yang tak lulus universiti pegi jumpa TPM untuk dapat biasiswa."

Pastu dia mungkin nak tanya lak.., "logik tak orang yang petah baca alQuran mcm Anwar tu meliwat orang..?"

Tanya ler dia balik..: "Logik tak orang pi jumpa loyar nak urus jualbeli tanah tu dibunuh pulak oleh geng2 loyar tu?"

Letih, bro, layan orang2 macam ni...
Anonymous said…
hello jibam....
ko ada kes kena liwat jugak ke nak report mcm si sepul tu kat PM?
tu la kalau dah grad 3.56 tu pandai2 la pi settlekan hutang belajar tu dulu ... pastu hidup takyah lah ikut saluran kerajaan ...ko ni tak sedar dek senang la... nikmat kat Malaysia ni datang tiba2 je ke tanpa ada satu kebaikan k'jaan? .. aku cabar ko sebut SATU jer kebaikan kerajaan yang telah ko nikmati?
Jibam said…
bro azli.. hahaha satu lg kenyataan penakut dr seorang blogger.aku tny, tp xpnh dpt jwpn dr mu en azli.hg xjwb pun soalan aku.huhu..aku mintak itu je..jwb soalan aku tu.logik ke sume tu? boleh ke aku dtg sewenang2nya dtg jumpa PM nk mintak biasiswa?

aku jwb soalan hg- ye mmg logik..disbbkn hg yakin sgt di berliwat, mmg logik la dia sggp mainkn nama Tuhan. rela je berliwat buat perbuatan terkutuk kn.perlu di igt ye,pertuduhan adalah suka sm suka.dan dia pun bile ketakutan aku mula memakai towel dgn rela hati. kah kah kah.
Jibam said…
hahaha budus!! aku ada ckp ke yg aku ni sokong sapa2?aku cuma bertanya pd soalan yg en azli ni tak berani nk tny.. taktik biasa dia, aku tny blk soalan kat org yg bertny soalan2 yg dia terpaksa nafikn.biasa lah tu..jwb lah en azli..pelisss..
Kenn said…
Apa saja cara dan di mana saja lubang cacing akan dicari oleh pihak Anwar. Yang terang lagi bersuluh sudah sukar untuk di"gelap"kan. Kini tinggal Tunda! Tunda! Tunda Kes dengan harapan suatu hari nanti beliau jadi PM untuk buang kes?
Anonymous said…
encik jibam
kalau najib berkonspirasi sekalipun yg jelas air mani anwar ade dlm jubur saiful..mungkin jijah terlibat skali sebab jijah sorang je yg buleh supply air mani anwar..mungkin dikemam tanpa pengetahuan anwar & dijual kpd najib sblm di inject kedlm jubor saiful..kalau rase tk bersalah buktikanlah..berape lame mau tunda daa.. sodomi tetap haram walaupun diperangkap..tikus kalau dihidangkan lauk dlm sangkar mane bole tolak beb..
Jibam said…
sesape pun yg berniat nak bertny or hentam aku,sila jwb soalan aku dulu.. kalo berani la.jwb jgn xjwb. takut dgn jwpn logik yg bermain dlm hati ke? ahaks. jgn jd mcm si penulis blogger..tulis berdegar2, aku nk bertny skit takut nk jwb.
Anonymous said…
mana x sokongnya kalo dah sama2 main bontot~
Anonymous said…
kalau mereka boleh kutip derma untuk bermunjat royalti di mekah, aku juga mohon semua tok guru, ulama buat baca yassin dan solat hajat mohon tuhan tunjuk siapa yang betui dan siapa yang salah..mohon tunjuk di dunia ini...kalau peliwat yang bersalah maka bengkak kan lah pelir supaya semua orang nampak dan jika yang di juburi membuat tuduhan menipu bengkakan pungkok nya biar dia tak boleh berak selama-lamanya
Anonymous said…
Jibam

Dalam islam kita harus bersangka baik terhadap semua umat. Sekarang ni belum tahu lagi yg anwar meliwat ke x. kalau saiful menipu azab tuhan menanti. Tapi tgklah pemimpin ko tu. Ada sapa2 baca verdict kes anwar dulu? hakim bersependapat yg kes sodomi mmg berlaku tetapi kes digugur atas kesilapan teknikal.
Sekarang ni klo anwar betul xbersalah kenapa takut sgt nk bersumpah atas nama Allah?sejahat2 dia tahu lak takut nk sumpah sesuka hati? dari situ dah nmpak takutnya. berani kerana benar takut kerana salah. Anwar sendiri yg hancurkn keyakinan org pd dia. Jika dia ambil jln utk bersumpah mana org lebih yakin pd dia tapi ni penakut ape cer?benci aku dgn pemimpin yg bermuka2.
Anonymous said…
Siapa karpal singh "murtad"? Siapa Branson? Ahlil muzik? Ahli majlis selangor?.....Tidak mak dia loyar dan branson ialah ahlil perniagaan?
huh pantanggggg datuk nenek moyang aku satu loyar buruk dan satu lagi ahlil penyokong gay sedunia. Tak akan aku percaya muka mereka berdua dan aku bertambah yakin bahawa bang auwww mat leather king tu memang peliwat tegar no 1 seantero malaya.
hanis madu said…
bodoh ke hape dak si jibam nieh. kata budak 'U' tapi cam pakai kpala lutut je
Jibam said…
bro aku xsentuh psl liwat atau pun kat sini..aku xpenah nyatakn sokongan aku pd anwar atau sesape.aku cuma bertny 2 soalan td. tlg jawab.kenapa smpi skrg xberani nak jawab?
azlishukri said…
jibam..jibam...saiful tidak bertemu dengan Najib, dia bertemu dengan pegawai khas najib bernama Anas, dan anas juga merupakan kawan baik saya. Pada hari ini untuk berjumpa menteri atau perdana menteri tidak lagi sukar, saya sendiri bukan setakat bertemua bahkan selalu ber"sms" dengan menteri-menteri termasuk dato mukhriz, rais yatim dan muhyiddin yassin, bukan setakat bertanya khabar, malah turut sama saya meluahkan masalah rakyat melalui sms kepada menteri-menteri ini, soalnya siapa saya? saya bukan orang besar dan pelajar pandai, saya rakyat biasa dan tiada masalah sama sekali untuk berhubung dengan menteri tersebut, so apa masalahnya si saiful bertemu dengan PA najib? soal menghafal nombor phone KPN, mengapa la saudara jibam menggunkan kepada lutut untuk berfikir, semua VIP no phone mereka adalah bernombor istimewa, saudara tahu atau tidak no phone KPN? nombornya mudah diingat, bukan mcm no phone kita yang banyak nombor yang tak sama...so lain kali saya nasihat fikir guna otak bukan guna kepala lutut, tak guna CGPA dapat 3.56, anugerah dekan, tetapi lepas abis belajar, fikir guna balik kepala lutut...apa nak jadi nie..
Anonymous said…
si mamat tu asyik nak gempak orang aje, dia ingat orang takut, agaknya berapa dah kos perbicaraan yg tertunggak kat si Nuar tu ye, rasanya nya tinggi jugalah, berat juga nak jelaskan, pandai juga dia orang tu.....

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Lagi Kisah Siti Nurhaliza : Mana Perginya Produk CTea?

Lagi Kisah Siti Nurhaliza Mana Perginya Produk CTea? Oleh Satu Hala (Malaysia Instinct) Inilah antara benda-benda yang buat sakit hati dengan orang kaya Melayu ni. Datuk K sanggup perabis RM66,550 untuk beli nombor plate KCT 1 untuk isteri tercinta, Datuk Siti Nurhaliza. Kononnya cintan maut habislah tu kan. Tak tahulah kot-kot Rozita Che Wan yang dulu orang kata dapat Mercedes dari Datuk K (lepas dah kahwin dengan Siti) pun akan dapat nombor plate yang sama. Gasaklah hal Rozita Che Wan tu. Yang penulis tertarik nak tulis ialah sikap orang macam Datuk K dan Siti Nurhaliza. Parasit adalah perkataan paling tepat. Tahu tak Siti Nurhaliza adalah pemohon pinjaman Tekun untuk bisnes barang solek Simply Siti. Kalau tak percaya, pergilah cek dengan Tekun. Pasti nama Siti akan terpacul. Sakit hati betul penulis dengan orang-orang macam ini. Dah tahu duit banyak, gunalah duit sendiri untuk berniaga, tak pun pinjamlah bank. Gi pinjam dengan Tekun tu buat apa? Mentanglah bayar

Tulisan Terbaik Mufti Perak

1. Minggu yang lepas telah memaparkan semula perbahasan tentang ancak serta beberapa isu yang berkesinambungan dari perkara-perkara yang sepatutnya sudah selesai dan tidak diperbincangkan lagi di media cetak dan elektronik mahupun laman sesawang. Tidak kurang juga beberapa ulasan dari blogger tentang isu ancak yang masih tidak berkesudahan nampaknya. Tambah menyemarakkan keadaan, terdapat komen-komen yang agak pedas di samping cacian, pendustaan dan kalam-kalam yang terbit dari hati sekiranya dibaca berulang kali boleh membawa kepada kesedihan yang amat mendalam 2. Itulah realiti yang perlu ditempuh oleh semua orang terutamanya para pemimpin, pendakwah atau pun sesiapa sahaja. Itulah juga mentaliti sebahagian dari kita yang banyak menghabiskan masa dan memerah fikiran semata-mata untuk memuaskan hawa nafsu mereka yang selama-lamanya tidak akan puas. 3. Masih ramai di kalangan umat Melayu-Islam ini tertarik dan terpesona untuk membuat ungkapan, percakapan ma