Skip to main content

Kata Kunci Najib

Kata Kunci Najib

Saya sangat bersetuju dengan saranan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak (baca di sini) yang mahu setiap daripada ahli UMNO untuk bersatu-padu mempertahankan Putrajaya. Saya fikir, ini adalah mesej paling penting yang menandakan pilihan raya umum yang ke-13 semakin hampir. Ramalan para pemerhati politik mendakwa - selewat-lewat pilihan raya umum ke-13 adalah penghujung April 2011 - sekiranya ini benar, kerja kita sebagai ahli UMNO perlu digandakan.

Tiada jalan pintas untuk menang dan tiada jalan mudah untuk berjaya. UMNO perlu mengembalikan semangatnya yang telah hilang dalam PRU-Ke 12 yang lalu. Namun demikian, sejak akhir-akhir ini, kekuatan UMNO semakin pulih dan luka yang dialaminya pun semakin sembuh. Tanda-tanda UMNO mampu bangkit di DUN Galas semakin jelas - sekiranya DUN Galas kembali ke pangkuan UMNO, maka tidak mustahil PRU-Ke 13 bakal menyaksikan UMNO kembali kukuh dan kuat. Untuk mengambalikan kekuatan UMNO terdapat lima jalan yang jelas, iaitu :

1. Tiada tempat dan kedudukan untuk para perasuah di dalam UMNO

2. Mana-mana Ketua Bahagian UMNO yang sudah terlalu lama menjadi wakil rakyat, eloklah rasanya mengundur diri daripada menjadi calon dalam pilihan raya yang akan datang, berundur secara terhormat demi kebaikan parti dan umat.

3. UMNO perlu menekankan soal agama. Kuatkan penghayatan agama dalam kalangan ahli UMNO, InsyaAllah, Allah akan bersama kita semua.

4. Kerajaan perlu bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang mempertikaikan Hak Istimewa Orang Melayu dan Perlembagaan Negara - tiada kompromi dalam hal tersebut.

5. Pemimpin-pemimpin UMNO mesti berhati-hati dalam apa-apa juga tindakan mereka, tersilap langkah, ia bisa sahaja menjadi modal politik pembangkang untuk "menghentam kerajaan"

Comments

Anonymous said…
Mendengar ucapan Dato Najib pagi tadi. Aku rasa UMNO semakin dekat dihati. Sebelum ini, aku cukup marah dengan UMNO, seolah-olah tiada parti yang memperjuangkan UMAT MELAYU dan UMAT ISLAM.

Syukur kepada Allah, semoga negara ini kekal aman, maju dan dihormati dimata dunia.

katakan "SAYANG UMNO"
shamshul anuar said…
Saudara azli,

Ramai Melayu terlupa yang UMNO adalah satu satunya parti politik Melayu yang berkuasa di peringkat pesekutuan.

Tiada parti lain yang mempunyai kedudukan seperti UMNO. Orang melayu lupa yang tumbangnya UMNO akan membawa mereka berdepan dengan satu parti perkauman yang amat teruk iaitu DAP.

Saya harap nasib Melayu tidak akan jadi seperti arab bila tumbangnya Empayar osman. Jika dulu dibawah pemerintahan Kerajaan Osman, nasib arab dilindungi, kini Arab( ketika itu) berdepan dengan Yahudi yang disokong Barat.

NAMUN ada beberapa perkara yang buat orang sakit hati dengan UMNo
1) Sikap pemimpin UMNO kini yang begitu beri muka pada pelampau Cina seperti NamaWee. Orang Melayu tertanya tanya kenapa Hishamudin enggn laksanakan tanggungjawab mempertahankan ugama Islam dfan Melayu.

Tiada siapa hormat pada orang yang tak tegas.

2) Gagasan 1Malaysia hendaklah jangan menyebabkan AKHIRNYA HANYA MELAYU BERALAH.

Contohnya: Mesti tegas beritahu yang 80% kakitangan awam adalah Melayu sesuai dengan termasktub dalam Perlembagaann.

Budaya meletakkan kebolehan bercakap Mandarin dalam iklan Jabatan Imgresen satu ketika dulu amat bertentangan dengan semangat Perlembagaan.

Ramai terperanjat bila saya beritahu peratusan kakitangan Melayu adalah 80%.

3) UMNO mesti henti budaya "spoon feed" MCA dan MIC. UMNO bertanding dikawasan Melayu manakala MCA bertanding dikawasan Cina. Dengan itu MCA terpaksa berdepan DAP dan berdebat dengan DAP.

MCA mesti tegas beritahu masayarakat Cina yang cara DAP ( meritokrasi terpilih) hanya menguntungkan masyarakat Cina.

Selama ini MCA berdiam bila UMNO difitnah kerana ia masih menang dikawasan Melayu. Orang Melayu tidak benci UMNO tetapi kini mereka mahu Islam wakili mereka dikawasan majoriti Melayu.

4) hentikan budaya lantik orang yang kalah ilihanraya sebagai Senator. Ahli politik mesti mennang untuk jadi Ahli Parlimen.

Orang Cina akan sedar mereka yang rugi jika mengamalkan budaya "mempertikaikan hak Melayu".

Jika MCA kalah pilihanraya, kurangkan kouta mereka daLam kabinet. Tempat mereka boleh diambil alih oleh UMNO.

5) Jangan berperang dengan PERKASA. Tidak apa jika tidak setuju dengan PERKASA. Tetapi jangan amalkan budaya tidak mahu "engage" dengan PERKASA. PERKASA terlalu berpengaruh untuk diabaikan.

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Yang Mana Satu?

Fikir-fikirkan...yang mana satu Allahyarham Baharuddin Ahmad, Baharuddin meninggal di KLCC, tetapi gambar yang dikatakan sebagai arwah itu diambil di Hentian Puduraya, cuba lihat gambar kedua tersebut, tertera di belakangnya tertulis Puduraya. Baca juga penjelasan menarik daripada sahabat saya di sini... Double Y

PAS adakan Kempen "UMNO Pengkhianat Rakyat"

PAS Adakan Kempen "UMNO Pengkhianat Rakyat" KUALA LUMPUR, 14 Dis: PAS akan melancarkan kempen 'Umno Pengkhianat Rakyat' pada 9 Januari 2010 bagi membongkar segala pembohongan dan juga kezaliman yang telah dibuat oleh Umno hingga ke hari ini kepada rakyat khususnya bagi orang-orang Melayu dan umat Islam. Ketua Penerangannya, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataan memberitahu jentera penerangan disemua peringkat telahpun diminta bersedia untuk mengerakkan kempen tersebut hingga ke peringkat akar umbi, khususnya dikubu-kubu kuat Umno bagi memastikan rakyat dapat melihat wajah sebenar Umno. "PAS akan mengunakan segala fasiliti media dan saluran maklumat yang pelbagai bagi memperjelaskan fakta-fakta kezaliman yang selama ini disembunyikan oleh Umno. "Umno yang selama ini selalu melaung-laungkan slogan Hidup Melayu kini tersepit kerana semakin ramai orang-orang Melayu hilang kepercayaan kepada Umno selepas beberapa siri kezaliman yang mereka lakukan. "Kaum ...