Tetamu Kehormat...

October 4, 2010

Baru Balik Dari Mekkah, Mulut Jangan Celupar!


Baru Balik Dari Mekkah,
Mulut Jangan Celupar!


Saya sebenarnya malas untuk mengupas isu penghinaan Azmin Ali terhadap Tun Mahanthir, pada saya manusia dayus dan hipokrit seperti beliau tidak perlu dilayan. Lagi pun beliau baru sahaja pulang dari Mekkah, eloklah kawal sikit mulut tu. Kita bimbang, yang tersungkur nanti ialah Azmin Ali sendiri. Apa-apa pun tahniah kepada TS Muhyiddin kerana lantang "mengherdik" Azmin Ali, baca laporan di bawah :

KOTA KINABALU, 4 Okt — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tindakan calon Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai “pemimpin yang sedang tersungkur”, tidak wajar dan tidak mencerminkan nilai akhlak yang baik seorang pemimpin. “Ini tak sepatutnya berlaku. Kita dalam politik, kita mesti ada nilai moral dan akhlak dan sebagai manusia kita juga mesti hormat menghormati.

“Tun Mahathir adalah seorang negarawan ulung yang sudah banyak berjasa kepada negara,” katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas kenyataan Azmin hari ini yang menyifatkan Tun Dr Mahathir yang sedang menerima rawatan di Melbourne, Australia kerana jangkitan paru-paru sebagai “pemimpin yang sedang tersungkur” di negara itu.

Azmin membuat sindiran itu ketika berucap merasmikan mesyuarat agung tahunan PKR cabang Gombak semalam. Pemimpin PKR itu juga dipetik sebagai berkata bahawa ia disebabkan kedegilan Mahathir bersekongkol dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang didakwa memperjuangkan agenda perkauman sempit.

Muhyiddin berkata Azmin sepatutnya berpandu kepada perasaan kemanusiaan. “Bila Tun Mahathir uzur dan masuk hospital, seluruh rakyat Malaysia mendoakan agar Tun cepat sembuh dan pulang untuk berkhidmat kepada negara atas kapasiti beliau sebagai mantan Perdana Menteri. “Jadi kenyataan itu tidak sepatutnya timbul kerana kita saling hormat-menghormati. Tak tahu la kalau begitulah kepimpinan dalam PKR,” katanya. — Bernama

4 comments:

Cikgu Di said...

Salam buat tuan ...
Darah muda tentunya mudah mendidih kalau anginnya dok sekat dan tak sama selera.Maka mulalah mengeluarkan kemyataan yang bermacam-macam. Semoga Allah melimpah hidayah kepada kita semua agar faham dan mengerti pengorbanan yang telah dibuat oleh seseorang yang banyak berjasa untuk Bumi yang tercinta ini....wallahualam..

Ezad said...

tun dah 85 tahun

budak azmin ni, umur 60 pun belum tentu hidup lagi

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2

KAPAKTAJAM said...

Kapak dapat merasakan betapa ceteknya pemikiran dan budi bahasa org yg bernama Azmin Ali. Siapa budak hingusan Azmin Ali nih! Dgar cerita budak ni jambu dan rakan sepermainan Anwar? Apapun biarlah die.... dgn ke egoan dan mimpi disinag harinya.

Budak hingusan nih, naik pun sebab bini pandai bisness...... so, apa nk di herankan, jd, bila naiknya mcm tu, bukankah kita dapat menilai setahap mana gahnya budak hingusan ini jika nak kita bandingkan dgn seorang Negarawan Yg Mmg Banyak Berjasa pada Nusa & Bangsa Malaysia. Kehebatan Tun, dpt membawa Malaysia ke persada Dunia, dikenali, disegani dan dihoormati oleh segenap lapisan Negara Dunia Ketiga!. Ini mmg TIDAK dapat dinafikan oleh sesiapapun. Mungkin Anwar Al Juburi akan cuba menafikan sekeras2nya kerana almaklum siapa die Anwar kan!.

Pada budak Hingusan Azmin Ali, sedor2 diri ckit! jgn baru nak bertanding kerusi No 2 PKR dah berfikir2 jadi TPM!. Buka Mata dan cuba berdiri betul2 dan tanya diri sendiri, betul ker apa yg ku impikan nih!.

Azmin, disini KAPAK nk bg tau, hang tu zdepun sebesar hama jasa pd Negara dan usah mimpi lar nk ckap sedemikian, sbb sume org tau sapa kau, bini kau dan anak kau yg sorang tu!.... Cuba flash back sikit bila nak bercakap atau keluar statement dan mencemuh org!.

Hang xlayak nak ckap pun pasal Tun Mahathir, sbb hang tu bacul... so elok diam2 ckit dan jaga l;ar PKR tu, jgn sampai sume Mesyuarat tu asyik baling2 kerusi. Mcm Cina Taiwan yg tak de Agama, Mungkin PKR pun dah jadi mcm tu sbb satu Parti Carca marba....