Tetamu Kehormat...

October 15, 2010

Apabila Zaid Ibrahim Mendedahkan Segalanya...

Apabila Zaid Ibrahim
Mendedahkan Segalanya


Saya fikir, pendedahan surat Zaid Ibrahim yang diutuskan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR - merupakan satu mesej penting bertapa PKR berada dalam keadaan yang sangat jijik dan kotor. Tidak mungkin Zaid Ibrahim sanggup menulis surat tersebut sekiranya, keadaan politik PKR begitu baik dan sejahtera. Soalnya, apakah ini jenis parti yang boleh kita yakini untuk memerintah Malaysia? Tepuk dada tanya iman. Wallahualam. Baca surat Zaid di bawah :

Datuk Zaid Ibrahim Rabu mendedahkan surat beliau kepada Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR, Dr Molly Cheah pada 5 Oktober lalu menuntut parti melaksanakan tujuh perkara yang perlu dilaksanakan bagi memastikan pemilihan parti pada November ini, baik dan adil.

Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu berkata, beliau telah meniliti dan mengikuti perkembangan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) yang baru selesai dan mengesan banyak masalah timbul hingga timbul kekecohan pemilihan peringkat Cabang. Katanya, dalam surat terbuka itu, terdapat beberapa isu yang telah dibangkitkan banyak pihak hingga menimbulkan tanda tanya sama ada pemilihan parti dapat diadakan dengan telus dan adil terutama ketika pemilihan Majlis Pimpinan Pusat nanti.

“Antara perkara-perkara tersebut ialah tindakan dan keputusan pengawas pemilihan yang jelas memihak kepada kumpulan tertentu,

“Jumlah pengawas yang tidak mencukupi, lalu dibantu oleh penyokong pihak yang bertanding; daftar pengundi yang digunakan oleh pengawas berbeza dengan senarai yang ada pada pihak yang bertanding,”

“Kertas undi yang sudah dipangkah didapati digunakan untuk memenangkan seseorang calon, jumlah kertas undi yang melebihi jumlah ahli yang hadir,”

“Peti undi yang tidak telus cahaya (transparent); calon tidak diwakili secara sah oleh polling and counting agent untuk mengesahkan jumlah kertas undi dan jumlah undi yang telah dikira,”

“Kertas undi tidak ada nombor siri; dan tidak ada proses pengesahan oleh wakil calon bahawa pengundian dibuat oleh nama pengundi yang berdaftar sahaja,” kata beliau dalam surat terbuka yang disiarkan dalam blog peribadinya.

Berikutan semua perkara itu, kata Zaid, beliau turut mendapat pencalonan untuk beberapa jawatan dalam pemilihan ini, maka beliau meminta jasa baik JPP untuk melaksanakan langkah- langkah berikut untuk membolehkan proses pemilihan yang baik dan adil.

1. Calon dibenarkan melantik seorang Wakil Calon dan 4 orang wakil sebagai polling and counting agent (PACA) bagi setiap Pusat Mengundi. Jumlah kertas undi mestilah ditandatangani dan disahkan oleh PACA (Borang SPR 13) dan jumlah undi mestilah juga ditandatangani dan disahkan oleh PACA di setiap tempat mengundi (Borang 14 SPR). Tanpa pengesahan tandatangan ejen-ejen calon berkenaan keputusan di tempat tersebut adalah tidak sah.

2. Kertas undi mesti bernombor siri. Nombor-nombor siri ini menjamin bahawa jumlah kertas undi adalah terkawal, dan kertas tambahan tidak boleh digunakan.

3. Peti undi telus cahaya (transparent ballot box) harus digunakan supaya ia dapat dilihat oleh semua pihak.

4. Ruang membuang undi hendak diasingkan bagi mengelak gangguan. Pengawas tidak boleh berada di tempat pembuangan undi kerana ini akan mempengaruhi ahli yang ingin membuang undi.

5. Senarai ahli-ahli yang sah sahaja yang digunakan; dan senarai yang sah mestilah mempunyai jumlah ahli dan nama ahli yang sama yang diberikan kepada Calon dan tidak ada perbezaan dari segi jumlah atau pun nama-nama ahli tersebut.

6. Masa mengundi mestilah dipatuhi dan pengawas tidak boleh menangguhkan atau melanjutkan masa pembuangan undi tersebut.

7. Bagi ahli yang sudah membayar yuran semasa MATC tempoh hari; nama mereka sepatut ada dalam senarai ahli yang berhak mengundi.

Menurut Zaid lagi, beliau berharap permintaan tersebut akan diluluskan secepat mungkin. “Ini memudahkan saya membuat keputusan sama ada mahu menerima pencalonan atau tidak,” Jelasnya, PKR mestilah mampu menepati standard minimum yang dilaksanakan oleh SPR, kerana jika tidak sukar bagi kita untuk mendesak SPR supaya menepati standard antarabangsa.

4 comments:

Anonymous said...

Karpal pening...Anwar mungkin minta 2nd opinion dr doctor PORNTHIP.

YB Raz said...

zaid nak keadilan dalam pkr? jangan haraplah. pkr bukanlah parti untuk rakyat tetapi parti keluarga anuar ibrahim.

tak kiralah apa saja zaid nak buat, dia pasti akan gagal..

Si Pikun said...

SALAM
BRO LINK THIS POST TO MY BLOG...THANKSSS

http://mencandat.blogspot.com/

Muhammad Azli Shukri said...

terima kasih komen tuan2 semua