Sebenarnya, dalam kehidupan ini - untuk kita menjadi bahagia, jauhkan bersikap hipokrit. Membaca tulisan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan di blognya, seolah-olah beliau merayu agar para pemimpim PAS tidak bersikap talam dua muka dalam menegakkan kalimah tauhid di negara ini. Menurut beliau - sekali pun perbuatan tersebut boleh dianggap sebagai "strategi", namun demikian untuk jangka masa panjang, PAS akan dilihat sebagai sebuah parti yang bersikap hipokrit. Dengan bahasa kasarnya - munafik.
Dalam keadaan PAS begitu ghairah meraih sokongan kaum bukan Islam - parti tersebut tidak seharusnya menenggelam dan menyembunyikan hasrat sebenar mereka untuk melaksanakan hukum Hudud dan negara Islam. Nasrudin pada kali ini kelihatan bersikap jujur dan berharap agar PAS kembali kepada perjuangan asal mereka, yang kini kelihatan semakin tersasar jauh. Demi menjaga hati DAP dan mendapat undi - para pemimpin PAS sanggup menggugurkan perjuangan menegakkan hukum Hudud dan negara Islam, semata-mata atas nama sebuah "strategi". Berbaloikah dengan semua itu?
Dengan kata mudah, PAS menipu dan berbohong kepada DAP kononnya mereka tidak akan memperjuangkan negara Islam dan hukum Hudud, sekiranya Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya. Penipuan dan Pembohongan inilah yang dianggap oleh kebanyakan pemimpin PAS sebagai "strategi". Padahalnya - perbuatan tersebut tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah sepanjang hidup baginda. Bahkan ia menyimpang jauh daripada kehendak Islam.
Mungkin Ketua Pemuda PAS ini sudah diberi hidayah oleh Allah - tersedar setelah terlalu lama bermimpi - sesungguhnya agama Allah tidak boleh dipermain-mainkan melalui peti undi dan demokrasi. Islam tidak boleh diundi - sama ada kita mahu atau pun tidak. Islam juga tidak akan berjaya ditegakkan melalui saluran demokrasi, ia hanya akan berjaya melalui saluran dakwah, kasih sayang dan persaudaraan. Selagi hal ini diabaikan oleh PAS, maka tunggulah sehingga kucing bertanduk untuk PAS memerintah Malaysia. Wallahualam.
KUALA LUMPUR 27 Nov. – Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan berkata, parti itu tidak perlu apologetik untuk terus bercakap mengenai dasar dan prinsip perjuangan Islam yang didokongnya seperti pelaksanaan syariah Islamiah di negara ini.
Selain itu katanya, beliau juga tidak bersetuju Pas menenggelamkan atau menyembunyikan hasrat atau cita-cita untuk mendaulatkan Islam walaupun ia dilakukan atas nama strategi. “Ini kerana kelak kita akan dilihat berpura-pura (hipokrit). Kita memperjuangkan Islam dengan pakej asal yang tulen daripada Rasullullah SAW.
“Tiada pakej kedua atau ketiga sekalipun untuk berdepan dengan usaha meraih sokongan dan undi bukan Islam. “Pakej perjuangan kita telah siap dan kekal iaitu al-Quran dan ia dibaca oleh seluruh umat manusia sejak 1400 tahun lalu tanpa sembunyi dan perlu disepikan lagi,” tegasnya. Beliau menegaskan demikian dalam blognya episod sebuah perjuangan.
Nasrudin turut mengingatkan, kempen baru Pas dalam musim atau di luar musim pilihan raya mestilah tidak lagi menggunakan kaedah lama yang hanya membuat ahli sendiri berasa seronok sementara orang- orang atas pagar dan mereka yang berada di seberang pagar akan lari malahan tersinggung dengan cara parti itu.
“Sedangkan kempen adalah untuk mendekatkan orang kepada kita. Kaedah lama seperti perkataan kasar penuh emosi yang dilontarkan mungkin berbalas takbir yang bergema daripada kalangan sendiri tetapi ia menambah liar hati orang ramai kepada perjuangan kita,” katanya.
Beliau berkata, Islam yang diperjuangkan oleh Pas adalah agama yang sesuai dan relevan sepanjang zaman. “Biarpun al-Quran diturunkan lebih 1400 tahun lalu namun prinsip, kaedah, iktibar, nasihat, hukum dan isu yang dibawa masih segar dan hidup. “(Oleh itu) selama mana perjuangan ini berlandaskan kaedah dan hikmah al-Quran maka selama itulah perjuangan ini terus segar, baru, sesuai sepanjang zaman,” katanya.
Comments
PAS sememang sebuah parti bersikap hipokrik sejak dari dahulu lagi sehingga kini. Bercakap tentang Islam tetapi pelaksanaan dan perbuatan tak mengikut Islam (suka memecahbelahkan umat islam Malaysia). Hendak memerintah Malaysia dengan cara Islam tetapi bertanding hanya 60 kerusi parlimen. Diharap dengan pendedahan ini ustaz-ustaz yang masih bersama pas itu insaflah. Bersamalah dengan pemerintah untuk menegakkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Wallahhualam.
DR NO
Bagi Pas
1. Pas hanya pandai cakap dan menjerit-jerit ingin buat itu dan ini tapi bila dapat kuasa lupa apa yang dia cakap. Malah pernah kata tak pernah cakap pulak.
2. Pas melancarkan Dinar Emas tanpa perancangan dan persiapan rapi dan menyatakan itu idea dia yang menunjukkan dia Islam.
3. Pas mau tunjukkan dia Mengamal Islam sebenar. Lagi besar serban lagi tebal iman. Tapi bila berkuasa boleh hilang pulak serban tu.
4. Pas bila keluar fatwa akan menjadi haram bila musuhnya berbuat/melakukan sesuatu. Tapi halal pula bila puaknya yang melakukan.
Umno pula
1. Bila buat sesuatu lebih kepada untuk semua tidak khusus untuk umat Islam. Contoh: Sistem Kewangan Islam, Projek Halal dll. Siap dengan penerangan dan faedah kenapa sistem/projek berkenaan dilaksanakan. Maknanya berdakwahlah tu.
2. Kita tahu Dinar Emas adalah idea Mantan PM Tun Dr. Mahathir tetapi kenapa masih tidak dilancarkan. Kerana mahu kajian menyeluruh dan bersesuaian dengan keadaan semasa. Macam PKR menggunakan cara undian yang diilhamkan oleh UMNO dan menunjukkan itu idea mereka. Maka berlakulah kekecohan kerana mencedok idea orang lain yang belum sempurna.
3. Orang-orang Umno tidak 'pandai' berserban macam puak2 Pas. Pakai songkok pun Tuhan terima ibadat mereka. Malah ramai pulak kini yang mula pakai kopiah putih.
4. Ulama-ulama Umno tidak mengeluarkan fatwa sesuka hati kerana mereka tahu segala dosa akan tertanggung ke atas mereka. Syurga dan Neraka itu ditentukan oleh Allah. Jadi kerja-kerja macamtu bagi saja kepada mereka yang bertauliah.
Kedua-dua puak ini manusia biasa tidak sunyi dari membuat kesalahan jadi - tegurlah secara berhikmah dan satukanlah mereka agar negara ini bukan saja dikenali sebagai negara maju malah Negara Islam yang sebenarnya.
Sayangsemua
DR NO
Hakikat yang perlu PAS terima ialah jika PAS mahu tegakkan Islam di Malaysia, PAS mesti bekerjasama( atau paling tidak jangan berperang) dengan parti terbesar bagi orang Melayu iaitu UMNO.
ADa pepatah "do not reinvent the wheel". Roda itu bulat. Tak perlu cipta roda berbentuk lain dari bulat. Hanya tiru saja.
Apa kata PAS tiru Nabi Muhammad SAW. Apa kata PAS tiru PERTAMA sekali akhlak Nabi Muhammad SAW.
Maksud saya boleh tak penceramah PAS HENTIKAN BUDAYA MEMAKI HAMUN pemimpin UMNO?
Boleh tak pemimpin PAS jangan cerca pemimpin UMNO dalam surau damn masjid seperti yang jadi kebiasaan sampai sekarang?
Boleh tak pemimpin PAS tunjukkan akhlak mulia dengan bersopan pada UMNO ?
Mulakan dengan perkara diatas. Kalau perkara seperti akhlak Nabi Muhammad SAW tak mahu diikuti, jadi tak payah cakap pasal Islam la.
Kalau pemimpin2 PAS berjuang dengan ikhlas semata-mata kerana Allah dalam menegakkan agama Islam maka mereka akan diberi taufik dan hidayah. Tanda ikhlas:
1. Tidak mengamalkan cakap tak serupa bikin.
2. Berkata benar walaupun pahit.
3. Tidak berbohong. Kalau dulu perjuangan PAS nak menegakkan hukum hudud maka ia hendaklah konsisten.
4. Kalau dulu berkata bahawa tidak boleh bersama dengan kafir dalam memerintah negeri dan negara maka PAS tidak sepatutnya bersekongkol dengan DAP yang terang2 menentang Islam dan anti orang Melayu. Penasihat DAP adalah kerajaan Singapura.
5. Islam itu bersaudara. Tetapi pemimpin PAS tidak berhasrat dan bercita-cita untuk menjadikan orang Islam yang tidak sama pandangan politiknya itu bersaudara. Mereka lebih rela bersaudara dengan DAP.
6. Dalam menegakkan perjuangan yang suci, pemimpin PAS tidak seharusnya berceramah dengan mengeluarkan kata2 yang menghina, mengumpat, mengeji dan memfitnah. Semuanya itu tidak ada dalam ajaran Islam. Semuanya itu dilarang dalam Islam. Kenapa pemimpin PAS amalkan.
7. Pemimpin PAS tahu tentang moral Anwar Ibrahim kerana mereka yang terlebih dahulu menghebahkan kepada umum melalui ceramah-ceramah mereka terutama sekali Mat Sabu sehingga menggelar Anwar dengan nama yang telah menjadi pengetahuan umum. Tetapi sekarang mereka rela meletakkan Anwar sebagai pemimpin pakatan rakyat. Apa ini?
Tetapi akhir-akhir ini macam-macam berlaku pada PKR. Ada pemimpin PAS yang mula terjaga dari mimpi yang enak apabila kecelaruan berlaku kepada parti PKR. Mereka mula sedar bahawa sebenarnya PKR tidak kuat. Ahlinya tak sampai 50 ribu. 400 ribu itu figure yang direka-reka untuk mengelirukan rakan dalam pakatan supaya dapat tuntut kerusi lebih dalam pilihanraya umum nanti.
Sedarlah wahai pemimpin2 PAS. Mari bersamalah dengan UMNO yang ikhlas berjuang untuk Agama, Bangsa dan Negara.
Jgn hanya ckp dlm blog je..2 bacul namanya..Sm la mcm isu perpaduan konon dh smpai masanya Pas MENGHULUR TANGANG dgn UMNO..Tp bila pok nik ckp konon luka PAS msh berdarah dn pas HARUS bermush dgn umno konon bg membezakan HAK dn BATIL kerana PAS=HAK dn UMNO=BATIL apesal ko diam je wahai ust nsah..Kalau kesalahan umno cpt je ko nk buat demo sana sini..Tp kalau DOSA pemimpn sendiri malu2 alah tulis dlm Blog je..
Sm la dgn Haron Din pon..Kalau melibatkan umno bkn main cpt nk tegur..Tp bila melibatkan pas sndiri cm isu kalimah Allah dn perpaduan Haron Din hanya ckp di media2 masa..Smpaikan pok nik blh ckp" 2 JWPN DIA..DIA PUNYA PASAL..NNTI DIA DPT JWPN BALAS DRP SY..KRISTIAN BLH GUNA KALIMAH ALLAH"..Haron Din diam seribu bahsa..Padahal sblm ni dia plg lantang bersuara di media2..Nape x bwk perkara 2 dlm mukatamar ke,mesyuarat tertinggi ke..Tp kalau umno punya salah laju je dia 2..2 yg semakin hari aku makin hilg respect pd Haron Din ni..
Apa tidaknya? Dulu kata tak boleh berkongsi kuasa dengan bukan Islam. Sekarang bukan lagi kongsi kuasa dah serah kuasa kepada saudara baru DAP. DAP yang memerintah Perak dulu walaupun MBnya dari PAS. Nasib baik kerajaan PR jatuh cepat kalau tidak entah apa jadi kepada negeri Perak.
Cuba fikir. PAS ada 6 kerusi. DAP ada 18 kerusi. Takkan parti yang banyak kerusi nak dengo cakap parti yang ada sikit kerusi. Bodohlah namanya. Maka apa juga cakap DAP ikut sahajalah. Kiri ke atau kanan ke ikut sahajalah.
Bersyukur kepada Allah kerana hayat kerajaan PR dipendekkan oleh yang Maha Kuasa. Allah maha mengetahui.
Majlis ilmu diadakan tiap2 minggu dirumah MB dengan kehadiran bertambah setiap minggu.
Pelaburan luar negeri ke Negeri Perak bertambah dan aktiviti ekonominya semangkin mantap.