Skip to main content

Lim Guan Eng Dibelasah Lagi!

Lim Guan Eng
Dibelasah Lagi

Saya memetik sebuah rencana yang menarik tulisan saudara Izmas yang tersiar dalam portal Detikdaily. Kupasannya menarik dan mampu menyedarkan kita semua, mengapa wajib orang Melayu menolak DAP - dan kalau boleh haramkan terus parti tersebut.

1. KENYATAAN Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mengecam parti Umno sebagai buta sejarah dan buta perlembagaan dan tidak mempejuang kepentingan kaum-kaum lain di negara ini secara adil adalah keterlaluan dan tidak boleh diterima. Menurut Guang Eng, Umno lebih mengutamakan konsep ‘Melayu pertama, rakyat Malaysia kedua’, sebagai melanggar Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

2. Katanya, Umno hanya mempertahan kedudukan istimewa orang Melayu apabila bercakap soal Perlembagaan Persekutuan dan tidak bercakap tentang kepentingan dan masalah kaum lain yang didakwa kononnya tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya. Sebagai orang Melayu dan rakyat di negara tercinta ini, penulis berpendapat kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang itu patut disebut dan diluahkan di Singapura di hadapan Menteri Mentor Lee Kuan Yew, anaknya PM Lee Hsein Loong, Menteri Kanan, Goh Chok Tong dan barisan pemimpin PAP lainnya.

3. Beliau mungkin lebih faham adakah beliau layak bercakap soal sensitif sedemikian rupa dalam negara demikorasi ala Singapura ciptaan Lee Kuan Yew.Beliau patut sedar kaum minoriti utama Melayu yang menjadi rakyat peribumi dan penduduk asal negara itu tidak boleh bersuara bebas seperti yang diucaplan beliau itu. Orang Melayu di sana dinafikan semua hak istimewanya; hak mengundi yang adil, hakmutlak sebagai presiden, pembahagian adil jawatan dalam kabinet, kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan penghapusan sekolah aliran Melayu dan berbagai lagi yang sudah dinafikan oleh parti PAP dan Kuan Yew.

4. Beberapa pemimpin Melayu cuba mempersoal kepentingan mereka tapi tidak pernah berjaya dan gagal di tengah jalan kerana faham style pemerintahan Kuan Yew dan amalan sistem demokrasi ala Singapura yang menghalang keras kehadiran parti pembangkang dalam pemerintahannya. Jika Guan Eng berani mempersoal sensitif atau mempertikai isu perlembagaan seperti yang diucapkan di sini, beliau mungkin sedar nasibnya dan tahap demokrasi di negara ini yang jauh berbeza dengan apa yang diamalkan di sana.

5. Penulis pernah menyaksikan dalam kempen pilihanraya umum Singapura awal tahun 80an, seorang pemimpin muda Melayu dari parti pembamgkang cuba mempertikai soal istimewa orang Melayu dan partisipasi kaum itu dalam kemasukan perkhidmatan negara yang dikatakan tidak adil, pemimpin muda itu diberi amaran keras oleh Kuan Yew. Beberapa hari kemudian, tidak kelihatan wajah dan batang tubuh pemimpin muda itu lagi dalam kempen pilihan raya itu dan sudah menjadi perbualan umum di kalangan masyarakat Melayu Singapura.

6. Kuan Yew telah berjaya ‘mengajar’ dan ‘melenyapkan’ pemimpin Melayu itu dan beberapa pemimpin pembangkang lain bukan Melayu dengan cara beliau tersendiri yang sudah diketahui umum dibandingkan dengan kebebasan bersuara dan bercakap yang diamalkan di negera ini. Berapa banyak pemimpin Melayu dari sejak tahun 60an yang cuba menjadi pembangkang yang baik dan berkesan membela kepentingan hak orang Melayu disekat dengan pelbagai cara yang tidak adil dan kejam.

7. Mendiang B.J. Jeyaratnam, pemimpin pembangkang yang dihormati dari Parti Pekerja dilayan begitu dahsyat; disaman beberapa kali mencecah jutaan dollar sehingga tidak layak bertanding dalam pilihanraya, dipenjara dan hilang segala hartabenda dan diistihyar muflis. Beliau cuba bangkit untuk melawan Kuan Yew, tapi dihalang dengan berbagai cara dan peraturan pelik sehingga meninggal dunia dalam kehidupan daif dan miskin - sukar dibayangkan boleh berlaku pada nasib seorang peguam yang berkeliber dan dihormati.

8. Nasib pembangkang di negara ini lebih selamat, terbela dan lebih terbuka. Pemerintah Melayu Umno dan Barisan Nasional (BN) tidaklah sekejam Kuan Yew. Mereka masih bebas bersuara dan berdebat secara terbuka dalam berbagai bentuk media alternatif baru walaupun seringkali menyentuh perasaan orang Melayu.Malah, pembangkang menang dalam pilihanraya PRU 12 lalu, menawan lima negeri (kini tinggal empat) termasuk Pulau Pinang yang berjaya diperintah kerajaan pimpinan DAP dibawah Guan Eng.

9. Semua ini berlaku kerana kerajaan BN tidak menghalang dan menyekat rakyat mengundi parti mana dan pemimpin mana yang disukainya – walaupun segelintir mereka tidak henti-henti bermain isu sensitif dan rasis – yang boleh mengancam kesetabilan negara.Guan Eng harus sedar, beliau tidak boleh mengungkit hak kerajaan mempertahan hak istimewa orang Melayu dan pada waktu sama memelihara kepentingan kaum lain yang sudah berlaku sejak lebih 50 tahun lalu. Ini sudah dibuktikan sejarah dengan pembangunan dan kesejahteraan berterusan yang dinikmati rakyat tanpa kira kaum tanpa banyak masalah dan halangan kecuali perisitiwa hitam 13 Mei yang menjejas kestabilan politik dan imej negara.

10. Peristiwa hitam itu menjadi sejarah untuk semua dan seharusnya memberi pengajaran kepada semua termasuk Guan Eng dan partinya supaya tidak cuba membangkit atau mempertikai lagi isu-isu sensitif dan hak istimewa sesuatu kaum yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Ini sudah diperjelas dan ditekankan oleh pemerintah besar Umno, PM Najib dalam ucapan pembukaan Perhimpunan Umno lalu bahawa sekalipun pembangakang menang dua pertiga undi di parlimen, mereka tidak boleh mengubah Perlembagaan dan apa yang tersurat di dalamnya kecuali mendapat perkenan Raja-Raja Melayu.

11. DAP seharusnya banyak bersyukur dan sepatutnya belajar menjadi pembangkang yang baik dan berkesan dengan membela kepentingan nasib rakyat dan menunaikan segala janji yang sudah ditabur dalam PRU 12 lalu. Guan Eng harus bertindak rasional dan bergerak ke hadapan (moving forward) merealisasikan agenda pembangunan rakyat dengan mengenepikan diri dari terus mempersoal soal-soal sensitif yang tidak memberi faedah kepada rakyat semua kaum - kecuali cuba meraih undi kaum tertentu untuk kepentingan partinya.

12. Marilah kita sama-sama membangun negara ini tidak kira apa kaum dan fahaman politik demi kelangusungan keamanan dan kejayaan berterusan negara dengan cara yang aman serta berhenti mengungkit perkara-perkara yang boleh menganggu dan mencederakan perjalanan kita.

Comments

Fairosza said…
kalau mempertahankan Melayu katanya melanggar perlembagaan. Kalau memperlekehkan melayu pula katanya memperjuang kebebasan...adohai

Pilihan Pembaca

Akhil 2009 : Hari Tanpa Esok

AKHIL 2009 Hari Tanpa Esok KUALA LUMPUR 25 Mei - ''Februari lalu, dia pernah meminta kebenaran untuk mengahwini Waheeda. Saya reda dan membenarkannya. ''Bagaimanapun, selepas dia mendiamkan diri termasuk tidak pulang ke rumah dan menjawab telefon, saya sudah hilang sabar serta nekad untuk menuntut cerai.'' Itu tegas isteri kepada penyanyi dan pendakwah Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 33, berhubung kemelut rumah tangga mereka yang kini sedang hangat diperkatakan gara-gara Akhil didakwa mempunyai hubungan dengan penyanyi Waheeda atau Norwahidah Abdul Wahab, 31. Menurut Maizawati, selepas lama memendam perasaan, dia hilang rasa sabar dengan apa yang melanda hidupnya ekoran gosip hubungan berkenaan termasuk apa yang telah Akhil lakukan terhadap dirinya. ''Saya pernah beberapa kali menghubunginya tetapi dia tidak menjawab telefon. Alasan yang diberikan adalah sibuk dengan kerja. ''Dia juga sudah lama tidak pulang ke rumah. Ketika saya memfailka...

"Kajian Membuktikan Masyarakat Mahukan Mukhriz Memimpin Pemuda."

INI KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA YANG DIKEHENDAKI AKAR UMBI DAN MASYARAKAT LUAR Oleh Muhammad Azli Shukri Laporan Khas Azli Shukri yang saya paparkan semalam mendapat begitu banyak respon yang pro dan yang kontra. Hari ini saya menyambungnya kembali - namun demikian, laporan kali ini lebih menjurus kepada menjawab persoalan-persoalan asas mengapa terdapat sebahagian perwakilan yang tidak mahu memilih Datuk Mukhriz sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Di sini saya kemukakan satu pandangan dahulu - pertama, mereka berhujah bahawa Datuk Mukhriz begitu lembik, manakala Khairy Jamaluddin begitu lantang dan tegas dalam mengemukakan beberapa isu. Agak malang jika inilah yang menjadi hujah utama mereka dalam usaha menyokong Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Saya tanyakan terlebih dahulu kepada mereka apakah yang mereka faham berkenaan makna "lembik" dalam kepimpinan? Apakah hanya dengan sikap lantang yang tidak bertempat sudah memadai menarik sokongan daripada orang Melayu di ...

Sultan Azlan : Tanda Harga Tanggungjawab

Sultan Azlan Tanda Harga Tanggungjawab Nampaknya, hampir semua orang keliru dan dikelirukan berhubung dengan mengapa kerajaan dan Sultan Perak tidak mahu mengadakan pilihanraya semula di negeri tersebut. Banyak hujah dan penerangan di alam maya gagal disampaikan kepada rakyat berkenaan hal tersebut secara tepat dan jujur. Sebaliknya, banyak pihak yang terus termakan dengan omong kosong Anwar Ibrahim melalui slogan "Mahkamah Rakyat", "Kuasa Rakyat" dan sebagainya. Semua lapisan rakyat ditipu oleh Anwar Ibrahim. Malah, semua orang tidak tahu hakikat sebenar mengapa Sultan Perak tidak mahu menerima usul bagi membubarkan DUN Perak sebelum ini. Mari kita sama-sama bertanya kepada diri kita terlebih dahulu, sebelum kita pergi lebih jauh dalam isu ini. Andaikan jika pilihanraya diadakan semula di negeri Perak, parti manakah yang akan menang? Saya fikir semua orang akan tahu jawapannya, baik orang UMNO mahupun orang PAS. Jawapannya mudah, yang menang nanti ialah - PAS, PKR ...