Skip to main content

Kita Bunuh Bahasa Kita?

Kita Bunuh Bahasa Kita?

Saya terpanggil untuk berkongsi bersama para pembaca sekalian berkenaan sebuah rencana yang agak menarik tulisan Rohani Ibrahim di dalam Utusan hari ini. Semoga tulisan ini membuka mata kita perihal keadaan bahasa Melayu di bumi tercinta kita ini.

DALAM mendaulatkan Bahasa Kebangsaan, semua pihak tidak kira pemimpin masyarakat, ahli korporat, para peniaga, pihak media, ahli sukan, orang ramai dan golongan pelajar perlu memainkan peranan proaktif demi merealisasikan matlamat berkenaan. Namun, kebelakangan ini sikap tidak mempedulikan penggunaan Bahasa Kebangsaan dilihat semakin ketara dan ini dikhuatiri akan menjejaskan usaha mendaulatkan bahasa tersebut.

Bekas Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Hussein Ahmad yang ditemui di ibu pejabat Utusan Melayu di Kuala Lumpur semalam melahirkan rasa kesal dengan kurangnya inisiatif untuk memartabatkan bahasa Melayu oleh pelbagai golongan sejak akhir-akhir ini. Bagi beliau, ini menggambarkan sikap pandang ringan dan tidak endah golongan terbabit terhadap Bahasa Kebangsaan.

''Stesen televisyen Radio Televisyen Malaysia (RTM) selaku penyiar nasional juga perlu memastikan hanya visual dan audio pemimpin masyarakat yang menggunakan bahasa Melayu sahaja disiarkan dalam saluran mereka.

''Jika individu yang ditemu ramah tidak boleh langsung berbahasa Melayu maka perlulah disiarkan sarikata atau terjemahan dalam bahasa Melayu sahaja. Ini tidak, visual kenyataan menteri-menteri dalam bahasa Inggeris sering disiarkan dalam saluran nasional," katanya sambil menambah langkah ini menyukarkan usaha mendaulatkan bahasa Melayu.

Hussein berkata, beliau turut kesal apabila ada warga Malaysia bukan Melayu berusia lebih 60 tahun yang mendakwa mereka tidak boleh berbahasa Melayu. ''Macam mana jadi warganegara kalau cakap Bahasa Kebangsaan pun tidak tahu. Begitu juga dengan murid-murid yang mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini. Apabila berikan reaksi kepada pihak media cakap bahasa Inggeris. Mereka mampu dapat 5A, cakap bahasa Melayu sajalah," jelasnya.

Hussein turut mempersoalkan kurangnya penggunaan bahasa Melayu di kalangan atlet Malaysia yang ditemu ramah pihak media di Sukan Asia yang sedang berlangsung di Guangzhou, China pada masa ini.

''Tidak bolehkah atlet-atlet berkenaan cakap Bahasa Kebangsaan? Orang Malaysia mestilah gunakan Bahasa Kebangsaan kerana ia merupakan bahasa perpaduan. ''Ratu Squasy Negara, Datuk Nicol Ann David tidak pernah langsung bercakap dalam bahasa Melayu. Bila ditemu bual media biarlah bunyi Melayu sedikit supaya semua boleh rasa lebih bangga," jelasnya.

Tambah beliau, penggunaan Bahasa Kebangsaan perlu diterapkan dalam semua sudut tidak kiralah majlis rasmi dan tidak rasmi, temu bual bersama pihak media dan urusan surat-menyurat. ''Namun apa yang menyedihkan ialah saya sendiri pernah menerima surat dari agensi kerajaan dalam bahasa Inggeris," katanya.

Sementara itu, bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr. Firdaus Abdullah yang turut ditemui bersama Hussein berkata, beliau sedih dengan sikap orang ramai yang jelas meminggirkan dan mengabaikan Bahasa Kebangsaan.

''Sebagai contoh di kawasan Bangsar terdapat premis yang dinamakan Bangsar Shopping Complex, Bangsar Village Satu dan Dua, pusat membeli-belah Midvalley dengan bahagian yang dinamakan Gardens. Kini terdapat kawasan pembangunan baru dengan nama Bangsar South tidak jauh dari kawasan kediaman yang dinamakan Pantai Hillpark.

''Semua kawasan kediaman dan pusat membeli-belah ini mengabaikan Bahasa Kebangsaan. Saya juga hairan bagaimana pihak berkuasa tempatan (PBT) boleh meluluskan pembangunan yang menggunakan nama-nama seperti itu. Ini tidak langsung menghargai bahasa Melayu," jelasnya.

Firdaus menambah, kalau hendak menamakan sesebuah projek dalam Bahasa Inggeris sekalipun perlulah ada imbangan dengan bahasa Melayu. ''Adakah mereka yang bertanggungjawab sengaja khianat atau ada perkara lain yang berlaku? Semua ini perlu diselidik. Sebagai orang lama saya turut sedih dengan sikap biadap dalam penggunaan Bahasa Kebangsaan.

''Ada orang muda yang memanggil orang lebih tua darinya dengan panggilan kamu. Ini adalah kegagalan pengajaran, penyebaran dan pemasyarakatan Bahasa Kebangsaan. Kamu merupakan panggilan yang patut digunakan oleh seorang yang lebih tua kepada mereka yang lebih muda," katanya.

Comments

Anonymous said…
bahasa cuma alat komunikasi saja, bahasa akan jadi maju kalau bangsa tu maju, tanpa dipaksa orang lain akan mengikuti bahasa tsbt, apabila math dan sains diajar dlm bahasa inggeris orang2 bahasa pena dan macam orang lagi menentang apa ni???
jepun trkenal bukan kerana bahasa tapi kerana toyota,nissan,mitshubishi dsb kalau melayu bolih buat roket naik bulan otomatik bahas melayu akan trkenal ...poodah boring la aku nak cakap pasal bahasa ni melayu banyak perasan dgn bahasanya sedangkan abuk pun tarak
Melayu tak sedar diri said…
betul tu airman, lita mansuhkan sahaja bahasa melayu. Apa ada pada bahasa kan ?
azlishukri said…
bahasa akan menjadi hebat sekiranya penutur bahasa itu kreatif...
Anonymous said…
Salam Sdr Azli,

Kini terdapat ramai orang Melayu yg tidak dapat menjiwai dam memahami erti peribahasa Melayu,"Bahasa Jiwa Bangsa",lalu mereka mengatakan bahasa itu tidak penting.Ia "cuma alat komunikasi saja,bahasa akan jadi maju kalau bangsa tu maju,...".

Betapa dangkal dan ceteknya pemikiran semacam ini.Lebih dari itu,ianya mencermikan betapa tipisnya semangat dan jatidiri sebagai seorang Melayu.Apa yg dipamirkan oleh mereka yg berfikiran sedemikian ialah betapa kuatnya pemikiran mereka ini dipengaruhui oleh hasutan kebendaan yg melampau.Mereka sanggup mempergadaikan atau menjual maruah dan mertabat bangsa(mungkin juga agama) atas nama kemajuan.

Saranan yg mengatakan,"Bahasa akan jadi maju kalau bangsa tu maju.."tersasar jauh dari kebenaran.Jika Bangsa Melayu telah maju dan pandai buat rocket naik kebulan sekali pun Bahasa Melayu tidak akan maju kalau bahasa itu dipinggir dan diketepikan dalam penggunaan harian seperti apa yg berlaku sekarang.Macam mana bahasa boleh maju jika ada orang Melayu yg rasa malu untuk berucap dalam bahasanya sendiri.Apatah lagi kaum lain,ramai yg masih tidak boleh bercakap dalam bahasa Melayu.Jelas, ianya bukan soal maju atau tidak bangsa itu untuk menjadikan bahasa itu maju tetapi ianya berkait rapat dengan semangat nasionalisma,jatidiri dan patriotisma bangsa itu sendiri.

Perlu dingat juga bahawa kemajuan satu-satu bangsa itu bukan semata-mata kerana penggunaan Bahasa Inggeris.Bangsa Jepun,Korea,Russia dan Iran,contohnya,telah lama maju tapi bukan kerana mereka fasih berbahasa Inggeris.Presiden Iran tidak pernah berucap dalam bahasa Inggeris didalam forum antarabangsa.

Askar Tua
azlishukri said…
terima kasih komen tuan2 semua
Anonymous said…
utk askar tua aku nasihatkan kalau belum belajar bahasa arab, elok lah mula belajar kerana ianya bahasa al quran. bahasa jepun bahasa inggeris, bahasa german itu tak pa, macam aku ni trpaksa belajar bahasa inggeris kerana nak cari makan, aku trpaksa kerana aku berurusan dgn luar negara, dia orang tak tau cakap melayu...bye...bahasa cuma alat komunikasi... kecuali bahasa arab.

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Lagi Kisah Siti Nurhaliza : Mana Perginya Produk CTea?

Lagi Kisah Siti Nurhaliza Mana Perginya Produk CTea? Oleh Satu Hala (Malaysia Instinct) Inilah antara benda-benda yang buat sakit hati dengan orang kaya Melayu ni. Datuk K sanggup perabis RM66,550 untuk beli nombor plate KCT 1 untuk isteri tercinta, Datuk Siti Nurhaliza. Kononnya cintan maut habislah tu kan. Tak tahulah kot-kot Rozita Che Wan yang dulu orang kata dapat Mercedes dari Datuk K (lepas dah kahwin dengan Siti) pun akan dapat nombor plate yang sama. Gasaklah hal Rozita Che Wan tu. Yang penulis tertarik nak tulis ialah sikap orang macam Datuk K dan Siti Nurhaliza. Parasit adalah perkataan paling tepat. Tahu tak Siti Nurhaliza adalah pemohon pinjaman Tekun untuk bisnes barang solek Simply Siti. Kalau tak percaya, pergilah cek dengan Tekun. Pasti nama Siti akan terpacul. Sakit hati betul penulis dengan orang-orang macam ini. Dah tahu duit banyak, gunalah duit sendiri untuk berniaga, tak pun pinjamlah bank. Gi pinjam dengan Tekun tu buat apa? Mentanglah bayar

Tulisan Terbaik Mufti Perak

1. Minggu yang lepas telah memaparkan semula perbahasan tentang ancak serta beberapa isu yang berkesinambungan dari perkara-perkara yang sepatutnya sudah selesai dan tidak diperbincangkan lagi di media cetak dan elektronik mahupun laman sesawang. Tidak kurang juga beberapa ulasan dari blogger tentang isu ancak yang masih tidak berkesudahan nampaknya. Tambah menyemarakkan keadaan, terdapat komen-komen yang agak pedas di samping cacian, pendustaan dan kalam-kalam yang terbit dari hati sekiranya dibaca berulang kali boleh membawa kepada kesedihan yang amat mendalam 2. Itulah realiti yang perlu ditempuh oleh semua orang terutamanya para pemimpin, pendakwah atau pun sesiapa sahaja. Itulah juga mentaliti sebahagian dari kita yang banyak menghabiskan masa dan memerah fikiran semata-mata untuk memuaskan hawa nafsu mereka yang selama-lamanya tidak akan puas. 3. Masih ramai di kalangan umat Melayu-Islam ini tertarik dan terpesona untuk membuat ungkapan, percakapan ma