Skip to main content

Kekecewaan Khoo Kay Kim Dan Murid Terakhirnya

Kekecewaan Khoo Kay Kim
dan Murid Terakhirnya

Membaca kisah dan cerita Tan Sri Prof. Emeritus Dr. Khoo Kay Kim yang terkini, sangat menyentuh hati dan perasaan. Secara jujur, saya tidak tahu apakah yang sebenarnya berlaku dan merusingkan hati tokoh sejarawan terkenal ini - bagi saya ada sesuatu yang perlu dibongkarkan secara berterus-terang. Dr. Khoo Kay Kim menunjukkan kekecewaannya - termasuk terhadap bloggers dengan menyatakan,

“Bloggers especially talk absolute rubbish! They think they are very clever and that they have the right to say anything they want. We're getting more people like this who don't talk sense anymore. It isn't possible to debate with them.” “Don't talk about history unless you have done meticulous research. Otherwise, fact and fiction will merge like it is happening now.”

Saya mampu - walaupun mungkin sedikit sahaja untuk memahami jiwa prof sejarah yang hebat ini - namun demikian, pergolakkan hatinya sukar sekali dibendung. Hari-hari pentingnya di Universiti Malaya, barangkali sudah dapat digambarkan akan rasa duka-laranya melalui bait-bait kata di bawah.

“I did have a research project which I began two years ago though,” he recalled. “It was a study of Malaysia's cultural diversity. A year later it was terminated. The 'top people' had determined that such a study is – and I quote – not of fundamental importance.” He raised his eyebrows and nodded slowly as if underlining the absurdity of his statement. When asked whether he challenged this decision, he spread his hands resignedly.

“Of course I did but what can you do?” he said. “My friends and I always talk about the tyranny of the majority. There are so few of us old people so really, what can I do except continue working on the project in a private capacity. But that won't be easy because my research won't be funded.”

Dr Khoo Kay Kim secara ikhlas mengakui - beliau sangat kecewa dan sedih dengan apa-apa yang sedang berlaku di dalam negara ini - khususnya dalam politik. Ramai yang bercakap tentang sejarah Malaysia - tetapi,sebenarnya mereka sendiri tidak faham dengan sejarah yang mereka sebutkan-sebutkan itu. Ya, saya setuju dan sangat bersetuju - Dr Khoo Kay Kim boleh dianggap sebagai "Last Historian" di negara ini dan sehingga sekarang, kita masih tidak ketemu penggantinya lagi. Sambung bacaan anda di sini...

Comments

Aminos said…
Dr Khoo, You are the man !!!
Anonymous said…
dr khoo! dont worry be happy, you are my favourite historian..
ahbiza said…
Prof Khoo you are a true Malaysian.
AMIR RAOF said…
kelantangn beliau bersuara menyebabkan belaiau dihalang masuk singapura...
To Live Again said…
Jika suma rakyat malaysia memahami sejarah maka akn lahirlah WARGA MALAYSIA yg sebenar seperti Prof.Ramlah Adam,Prof.Khoo Kay Kim,Dr.Ridhuan Tee,Dr.Sivamurugan Padian,Prof Dr.Lim swee Tim dll yg tnpa segan dn malu menyebut HAKIKAT SEBENAR sejarah Malsia yg dulunya dikenali sebagai TANAH MELAYU dn mereka menunjukkan cnth betapa mereka bangga menjadi RAKYAT MALAYSIA, MENERIMA UNDANG2 DN PERLEMBAGAAN MALAYSIA, MENGHORMATI RAJA2 MELAYU, BERTUTUR DGN FASIH BAHASA MELAYU dn MENGHORMATI AGAMA ISLAM!
Anonymous said…
Hi Azli, just wanted to ask regarding the image of Prof. I got the image from google and don't know who own it until i saw your image.

http://www.google.com.my/imgres?q=professor+khoo+kay+kim&um=1&hl=en&client=firefox-a&rls=org.mozilla:en-US:official&biw=1760&bih=853&tbm=isch&tbnid=PlSO6RwGst4fZM:&imgrefurl=http://dialograkyat.blogspot.com/2011/09/khoo-kay-kim-persoal-asal-usul-mat.html&docid=x10EcXqjwJZ4GM&w=800&h=530&ei=uuiCToXNI4u3rAf_lsGJDg&zoom=1

I believe it's your based on the background. Anyway, wanted to know if I can use it for a project with Professor. appreciate if you could reply.

oniee_2000@yahoo.com

Pilihan Pembaca

Kebenaran Tanpa Penghujung Oleh Muhammad Azli Shukri "Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya." - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki. Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia- lebih gemar mendengar khabar a...
"Beli Emas Ketika Ekono mi Tidak Menentu." - Prof. Bala Shanmugam Oleh Muhammad Azli Shukri Ekonomi dunia yang semakin tertekan akibat daripada masalah kewangan yang melanda AS, diburukkan lagi dengan pengumuman ahli kongres AS yang meluluskan pakej bantuan kewangan berjumlah AS$700 bilion bagi tujuan menstabilkan pasaran kewangannya yang dikatakan semakin teruk. Pengumuman tersebut menggambarkan betapa serius masalah kewangan yang sedang melanda AS dan langkah yang sewajarnya perlu diambil. Sehubungan dengan itu, ikuti pandangan Profesor Dr. Bala Shanmugam dari Monash University Sunway dan penulis buku Subprime Mortgage Crisis : Causes, Effects and The Way Forward bagi mendapatkan pandangannya berkenaan isu tersebut. Apakah sebenarnya yang berlaku semasa krisis Subprima di Amerika Syarikat? Krisis Subprima pada asasnya berlaku disebabkan oleh dua perkara, pertama pihak bank yang memberi pinjaman telah mengehadkan kadar pinjaman kepada peminjam. Hal ini ...

Terima Kasih Para Perwakilan

Terima Kasih Para Perwakilan Akhirnya, kebenaran sudah mati - dan kehancuran UMNO berada di hadapan kita semua. Tahniah Khairy, dan Tahniah semua perwakilan. Semoga kesilapan ini akan menyedarkan kita semua. Sesungguhnya memang benar - kita masih belum mahu insaf dan bertaubat, kita masih mahu berkiblatkan wang dan kepentingan diri. Selamat maju jaya kepada Pemuda UMNO Malaysia. Akhirnya, kita dapat jua seorang Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang sudah pun didapati bersalah terlibat dalam politik wang. Apa-apa pun sebagai ahli Pemuda saya akur dengan keputusan tersebut, namun demikian saya tetap berasa malu mendapat seorang Ketua Pemuda yang jelas terlibat dengan politik wang, setelah Lembaga Disiplin UMNO membuktikannya sebelum ini. Malu melihat cara dan gaya para penyokong Khairy yang seolah-olah begitu bongkak dan bangga dengan kemenangan yang penuh diselubungi dengan rasa curiga dan sangsi. Semoga kebenaran akan terselah jua akhirnya. Wallahualam.