Skip to main content

Babi Pun Boleh Terkejut!

Babi Pun Boleh Terkejut!

Saya sangat sedih, tatkala membaca berita ini (baca di sini). Saya sedih kerana beberapa sebab, iaitu :

1. Pada hari ini Parlimen Malaysia seakan-akan sudah hilang fungsi utamanya iaitu mengubal dan merangka undang-undang negara untuk kesejahteraan rakyat. Parlimen Malaysia semakin hari semakin dicemari dengan isu-isu pinggiran yang sengaja diperbesar-besarkan.

2. Cara penghujahan ahli parlimen juga seakan-akan cara orang tidak cerdik dan matang. Banyak hujah bodoh digunakan bagi menegakkan benang yang basah.

3. Banyak perkara yang sebenarnya boleh diselesaikan di luar parlimen, namun demikian beberapa isu sengaja dibangkitkan di dalam parlimen bagi mendapatkan kontroversi dan glamour.

4. Parlimen Malaysia juga seolah-olah sudah menjadi seperti sebuah mahkamah yang mendengar kes dan menjatuhkan hukuman kepada individu tertentu.

5. Kualiti ahli Parlimen Malaysia juga sering dipertikaikan oleh banyak pihak - mereka lebih banyak maki hamun daripada mengemukakan idea demi kebaikan rakyat dan negara. Malah, rata-rata ahli parlimen pembangkang lebih seronok mencari aib dan kesalahan kerajaan daripada berusaha mencadangan jalan penyelesaian.

6. Nasihat saya hanya satu, pilihan raya umum yang akan datang, eloklah kita sebagai pengundi menilai terlebih dahulu identiti dan sahsiah calon yang hendak kita undi, daripada parti politik yang mencalonkannya. Letakkan penilaian utama kita terhadap calon dan bukan kepada parti. Jika tidak, parlimen kita akan terus menjadi sarkas dan diketawakan oleh orang sahaja. Wallahualam.

Comments

Anonymous said…
Pasal BABI???.. babi pun boleh lari..
azhar said…
Hilangnya semangat berkhidmat untuk rakyat..Hujah menjadi dangkal , isu remeh dibawa kerana mereka meletak kepentingan dan agenda parti politik yang mereka anggotai sebagai agenda nombor satu..

apa bila rakyat sudah muak dengan gelagat ahli politik dan parti politik di malaysia :

1.Org muda tidak lagi minat mendaftar sebagai pemilih.
2.Bilangan yang keluar mengundi bila pilihan raya tiba akan merosot.
3.Undi rosak akan tinggi..

Protes berlaku kerana rakyat merasakan tidak ada parti politik yang layak mewakili mereka sebagai wakil di parlimen..
Cik Azz said…
eeeiiiii.... sape pompuan ni..? wekkkk.... geli betul... dh takde menatang lain ke dia nak pegang2...
Anonymous said…
Kami di Kedah dok tunggu jugak, kalau-kalau Dato' Mahfuz Omar MP Pokok Sena nak sokong YB Zulkifli Ahmad MP dari Selangor dalam Parlimen hari ini. Mana tahu Spiker arah MP dari Selangor itu keluar Dewan, Dato' Mahfuz Omar dan MP MP PAS yang lain nak keluar Dewan sama.

Fasal, yang di suruh keluar Dewan kerana membela murid sekolah makan babi itu adalah MP PAS juga.

Apa komen Dato Hassan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor.
Anonymous said…
Bagi yang tak tau tentang gambar tu biar saya nak citer.

Gambar ni kecoh satu masa dulu.
Dia tu penuntut medik veterinar,bakal doktor haiwan.
Pegang BXBX ni dah menjadi kebiasaan tugasannya. Disebabkan teknologi media yang begitu hebat pada masa kini sesiapapun ada bawa kamera bersama setiap hari termasuk handphone. Atas dasar saja suka-suka tangkap gambar candid, akhirnya gambar itu terbocor keluar ke internet.
Lepas tu jadi kecoh...gitulah citernya.
azlishukri said…
ye betul..begitu la ceritanya yang berlaku pada tahun 2007
Anonymous said…
BRO-BRO SEMUA. INI KES BERAT. ANAK MUSLIM MAKAN BABI. MELAYU KE? MAK BAPAK MELAYU KE? SEKOLAH MANA? DI MANA? KESUDAHANNYA MCMANA?
Anonymous said…
Oh! Begitu ceritanya. Lain kali berhati-hatilah di zaman serba canggih ini.

Tapi jangan lupa babi itu tetap najis bagi orang Islam. Dah pegang,lepas itu samaklah.
Dot said…
salam bro unspins,

kalau dah tugas tak pa. saja2 nak pegang babi dgn anjing pun takpa. lepas samak hilangla dosa, boleh bersuci & solat macam biasa. sejarah ada menceritakan tok kenali pelihara anjing utk menjaga kawasan kebun lamannya.

dulu anak2 aku suka dgn anak2 anjing yg comel2 masa kat overseas, hampir2 mrk nak belai2 anak2 anjing tu sebab banyak bersepah bila keluar bersiar2 tepi pantai. mat2 saleh plak bawa anjing mcm bawa anak, yg dukung, gendong, letak atas bahu..tengok dek anak2 naik geram plak sebab kiut. ada sekali anjing yg datang gesel tangan anak aku. terus kami cari tanah tepi pantai, campur dgn air yg kami bawa & basuh tempat kena gesel tu. melalak anak kecik aku kena basuh dgn air tanah tu sebab tak tau apa2. lepas basuh dgn air bersih barulah dia diam...

aku selalu kata ka pljr2, baik pegang anjing atau babi sebab boleh samak. lepas samak dah hilang dosa. tapi kalau bersentuhan kulit dgn kekasih lagi teruk sebab selagi tak bertaubat & mengulang2 perkara tersebut sampai mati, nanti kulit kena bakar dlm api nar... itu sj yg dapat kita tegur budak melayu kita..habis cara kdg2 menegur tetap buat jugak
Dot said…
halamk!

maaf banyak2 azli,

tadi dari umspinners teruih lompat mai sini..tak prasyan pulak..dah 2,3 kali aku silap macam ni...maafkan kami! maafkan kami! maafkan kami! maafkan kami..
azlishukri said…
anti bohmau tak ngape...tulis banyak2 pun tak mengape

Pilihan Pembaca

MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 8 : Kenapa Bukan Khairy Memilih pemimpin bukanlah seperti memilih pakaian. Mana-mana yang kita berkenan, maka kita terus memilih dan membeli tanpa banyak berfikir. Memilih pemimpin juga bukanlah seperti memilih makanan yang mana-mana kita suka, maka kita terus makan, tanpa banyak berfikir. Tetapi, memilih pemimpin adalah umpama memilih seorang isteri atau seorang suami. Mesti kenal dan mesti pastikan bahawa calon isteri atau suami tersebut memahami diri dan mengetahui hati budi kita yang sebenar. Begitu juga dalam memilih seorang pemimpin, sebelum kita memilih seseorang pemimpin, seharusnya kita fahami terlebih dahulu siapakah pemimpin yang hendak kita pilih itu. Bukan boleh main ikut suka atau ikut hati semata-mata. Kita seharusnya melakukan analisis terlebih dahulu, layak atau tidak seseorang itu memegang sesuatu jawatan yang sedang dipertandingkan. Hal ini adalah kerana, jawatan adalah amanah dan tanggungjawab. Jika salah kita memilih, maka akan hancurlah ses...
KENALI DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Siri Pertama "Saya membesar seperti kanak-kanak lain." Oleh Muhammad Azli Shukri Menelusuri kehidupan zaman remaja Datuk Mukhriz Mahathir, sangat teruja. Anak ketiga kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad ini begitu ceria sewaktu membicarakan zaman remajanya kepada penulis. “Zaman remaja saya penuh dengan keriangan, saya seperti kanak-kanak lain, hidup dalam budaya Melayu yang sangat menekankan soal adat dan agama Islam.” Ujar Mukhriz ketika memulakan perbualan. “Saya dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan pendidikan dan agama, ayah saya Tun Mahathir sangat tegas dalam pendidikan kami. Walaupun beliau sibuk sebagai ahli politik, namun pendidikan anak-anaknya sangat diambil berat.” Sambung Mukhriz lagi. Menurut beliau, zaman remajanya sangat menarik untuk dikongsi bersama. Walaupun keluarga Mukhriz sangat dihormati oleh masyarakat pada ketika itu, kerana Tun Mahathir merupakan seorang doktor perubatan, namun hubungan...
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 11 : Bukan Salah En. Jamaluddin Saya sebenarnya malas untuk mengulas isu debat yang dilaung-laungkan oleh Khairy Jamaluddin (KJ) sejak cadangan tersebut beliau utarakan di media massa. Pada hemat saya, berdebat untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, seperti yang disarankan oleh beliau hanyalah sia-sia, dan sama sekali tidak akan mencapai objektif yang diharapkan. Sebelum kita pergi jauh, sebab musabab mengapa saya tidak bersetuju dengan debat ini haruslah diketahui terlebih dahulu dan kemudian kita bisa menganalisisnya secara jujur. kita harus tahu apakah matlamat utama debat yang begitu diminati oleh KJ ini? selepas mengetahui matlamatnya, barulah dibincangkan apakah debat tersebut mampu mengukuhkan UMNO dan menarik minat orang muda kembali kepada UMNO, jika tidak, lupakan sahaja. Orang luar daripada UMNO tidak tahu apakah kesan debat ini terhadap imej dan nama UMNO itu sendiri. Mereka mungkin menyokong agar debat calon-calon ketua Pemuda UMNO M...