Skip to main content

41 Tahun Yang Hilang : DAP Tidak Perlu Gusar

41 Tahun Yang Hilang
DAP Tidak Perlu Gusar


Saya secara peribadi sangat bersetuju agar 13 Mei setiap tahun dijadikan sebagai cuti umum, demi mengingati tragedi berdarah 13 Mei 1969. Ia merupakan peristiwa penting, sebelum penyatuan bangsa Malaysia di bawah satu bumbung yang bernama Dasar Ekonomi Baru (DEB). Ia juga bukanlah peristiwa yang sensitif dan perlu disembunyikan lagi pada masa kini.

Rakyat Malaysia sudah bersifat terbuka dan sudah bersedia menerima peristiwa tersebut sebagai salah satu perjalanan sejarah terpenting negara ini. Peristiwa 13 Mei tidak perlu lagi dirahsiakan untuk tatapan umum mengetahuinya - ia tetap sejarah hitam negara yang perlu diberi "keadilan" sewajarnya. Selama ini, sejarah gelap tersebut seakan-akan telah diberi layanan yang tidak adil dan "dianaktirikan" oleh buku teks sejarah kita sendiri.

Hakikat peristiwa tersebut cuba disembunyikan, demi menjaga keharmonian kaum dan menjaga hati bangsa tertentu. Mungkin kaedah tersebut sangat sesuai dan berkesan 20 tahun yang lalu dalam mewujudkan perpaduan kaum di negara ini. Namun demikian, pada saat dan ketika ini, generasi muda sudah mula berfikiran terbuka dan suka "membuka", tetapi masih suka "membuta" dan buta sejarah - lantaran itu, tragedi 13 Mei yang berlaku 41 tahun yang lalu perlu ditulis dan diberi nafas yang baru.

Kebenaran yang sejati perlu didedahkan, agar rakyat Malaysia, khususnya generasi muda, belajar bagaimana untuk bersyukur dengan keamanan dan keharmonian yang dikecapi selama ini. Saranan saya mudah, 13 Mei setiap tahun harus diisytiharkan sebagai cuti umum dan disambut dengan kesedaran dan penghayatan, manakala matapelajaran sejarah pula, perlu dirombak - agar menjadikan para pelajar lebih insaf dan bersyukur. Di samping itu, tragedi 13 Mei, mesti ditulis semula dengan fakta dan persepsi yang baru, agar rakyat tidak keliru dengan tohmahan parti pembangkang yang tidak berasas. Wallahualam. Baca rencana menarik di bawah, tulisan Rohani Ibrahim

1. ARTIKEL Datuk Zaini Hassan dalam ruangan Cuit yang disiarkan kelmarin mungkin menimbulkan rasa tidak puas hati dan tidak senang duduk pihak tertentu. Antara yang jelas dan secara terbuka menyelar artikel berkenaan ialah parti pembangkang terutamanya DAP.

2. Di Pulau Pinang, empat wakil rakyat, tiga daripada DAP dan seorang PKR membuat laporan polis di Balai Polis Lebuh Pantai berhubung artikel bertajuk 13 Mei dan 21 Julai: Fakta sejarah, mengapa perlu takut?

3. Ng Wei Aik, salah seorang wakil rakyat DAP yang membuat laporan polis menyifatkan artikel itu berunsur menghasut dan boleh mencetuskan suasana tidak tenteram di kalangan rakyat. Pemimpin DAP itu juga khuatir artikel berkenaan menerbitkan rasa tidak puas hati orang Melayu terhadap kerajaan DAP Pulau Pinang.

4. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar itu mendakwa Zaini cuba mengagung-agungkan peristiwa 13 Mei dengan mencadangkan tarikh itu dijadikan hari keramat walaupun peristiwa tersebut merupakan satu babak hitam serta menyedihkan dalam sejarah negara.

5. Benarkah tulisan Zaini boleh mencetuskan rasa tidak tenteram? Atau hanya DAP sahaja yang tidak tenteram apabila timbul cadangan untuk mengenang tarikh 13 Mei. Zaini dalam tulisannya mempersoalkan tindakan DAP di Pulau Pinang yang menggantung Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim daripada menghadiri Sidang DUN selama enam bulan hanya kerana dia menggunakan perkataan 13 Mei.

6. Dalam artikel berkenaan Zaini berpendapat DAP begitu takut dan fobia dengan tarikh bersejarah 13 Mei kerana disebabkan tarikh itulah rakyat pelbagai kaum di negara ini dapat disusun semula menjadi lebih baik dan makmur. Kerana tarikh itu jugalah Dasar Ekonomi Baru (DEB) dibentuk. Beliau turut mencadangkan supaya 13 Mei dijadikan hari cuti umum bagi memperingati peristiwa yang akhirnya berjaya menyatupadukan rakyat negara ini melalui DEB.

7. Portal berita Malaysian Insider kemudiannya mempertikai pandangan Zaini yang melihat 13 Mei dari sudut positif. Dalam salah satu daripada lima laporan yang disiarkan di dalam portal berkenaan susulan kepada artikel Zaini, Ahli Parlimen DAP, Jeff Ooi mendakwa tulisan Zaini boleh menyebabkan peristiwa pertumpahan darah seumpama 13 Mei berulang.

8. Sementara Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menganggap pandangan Zaini sebagai sampah dan hanya individu ekstremis memandang 13 Mei sebagai tarikh keramat. Lim Kit Siang turut cuba membangkitkan isu artikel berkenaan pada sidang Dewan Rakyat Khamis lalu dengan meminta Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop memberikan pandangan beliau sendiri mengenai artikel Zaini.

9. Bagaimanapun soalan itu ditolak oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Difahamkan Setiausaha Politik Guan Eng turut meminta polis menyiasat rencana tulisan Zaini itu. Penulis blog bigdogdotcom, Zakhir Mohamad ketika dihubungi berkata, DAP begitu ghairah menghentam pandangan Zaini kerana seandainya tarikh 13 Mei disambut secara positif, DAP akan kehilangan modal untuk memburukkan imej UMNO.

10. ''DAP mestilah tidak senang jika negara ini bersatu kerana politik yang mereka sukakan ialah politik kebencian yang sukakan kepada perpecahan. Peristiwa berdarah 13 Mei berlaku ekoran sikap DAP yang gemar memberikan provokasi kepada masyarakat Melayu di Kampung Baru.

11. "Orang Melayu yang terpinggir dan ketinggalan pada masa itu dihina dan diejek sehingga tercetus tragedi berdarah itu. ''Kita perlu mengambil iktibar daripada peristiwa pahit 13 Mei itu supaya generasi akan datang tidak akan mengulangi perkara yang sama. Kajian perlu dijalankan untuk mengetahui punca dan sebab sebenar peristiwa itu," jelasnya. Tambah Zakhir, bagi mengambil pengajaran daripada peristiwa 13 Mei, semua kaum tidak kira Melayu, Cina dan India perlu memastikan tidak ada rasa tidak puas hati, ketinggalan mahupun terpinggir di kalangan mana-mana kaum.

12. Tambah beliau, sebagai contoh pengeboman bandar raya Hiroshima pada tahun 1945 merupakan satu peristiwa yang amat pahit dan mendukacitakan bagi Jepun dengan lebih 100,000 terkorban. Namun ia tetap diingati dan dikenang melalui majlis khas saban tahun sehingga ke hari ini.

13. ''Jepun mengadakan majlis memperingati peristiwa pengeboman Hiroshima setiap tahun dengan objektif supaya mereka sentiasa mengelak tragedi itu daripada berulang. Peristiwa yang pahit tidak semestinya perlu dikenang secara negatif semata-mata. Dalam konteks peristiwa 13 Mei, perkara yang keruh mengenainya perlu dibuang namun apa yang jernih perlu diambil," jelas Zakhir.

Comments

Laporan Mageran : Rakyat Malaysia wajib baca>> http://rayaputeh.wordpress.com/laporan-tragedi-13-mei/

Pilihan Pembaca

Penulis Bersama Datuk Mokhzani Mahathir di Pejabatnya. Mokhzani keluar UMNO Pada 21 Mei 2008 Bekas Penolong Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Mokhzani Mahathir, 47, mengumumkan keluar daripada UMNO mengikuti jejak bapanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Datuk Mokhzani berkata, beliau telah menghantar surat membatalkan keahliannya dalam UMNO kepada Pejabat UMNO Bahagian Merbok, semalam dan berkuat kuasa serta-merta.``Saya akan terus berkhidmat kepada negara, kerana untuk berkhidmat kepada negara tidak semestinya hanya melalui politik,’’ katanya ketika dihubungi di sini hari ini- Utusan. Ulasan Saya : Nampaknya ramai yang tidak mengenali anak ketiga Tun Mahathir Mohamad ini dengan lebih dekat. Saya agak kecewa apabila orang bercakap bukan berdasarkan sejarah. Benar kata-kata pepatah Arab yang berbunyi, “Manusia akan menjadi musuh dengan apa-apa yang mereka tidak ketahui”. Apabila Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Ismail Sabri Yaakob m...
Kebenaran Tanpa Penghujung Oleh Muhammad Azli Shukri "Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya." - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki. Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia- lebih gemar mendengar khabar a...
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A...