Tetamu Kehormat...

November 24, 2010

Mahathir Sindir Anwar Lagi

Mahathir Sindir Anwar Lagi

Saya sangat bersetuju dengan nasihat Tun Mahathir semalam, yang meminta supaya PKR dibubarkan sahaja - kerana terbukti parti tersebut hanya berperanan sebagai pemecahbelah umat Islam di negara ini. Menurut Tun Mahathir lagi, eloklah rasanya semua ahli PKR berpakat untuk kembali kepada UMNO dan tinggal sahaja kapal PKR yang semakin karam itu. Sekiranya dahulu Anwar sering melabelkan UMNO umpama sebuah kapal yang semakin bocor dan ditenggelami air - kini, kata-kata tersebut perlu ditelan kembali oleh Ketua Umum PKR itu. Hakikatnya, pada hari ini, PKR tidak ubah seperti sebuah sampan yang cuba dinaiki oleh ramai orang - sehingga muatannya berlebihan dan mengakibatkan sampan tersebut pecah berderai dan bukan sekadar bocor lagi.

Fikir-fikirkanlah..sampan atau kapal yang bocor, masih ada harapan untuk ditampung, tetapi sampan yang hancur dan pecah - semuanya tenggelam di dalam air. Jadi, Tuhan sudah memberikan kepada kita akal fikiran, gunakannya sebaik mungkin - tinggalkan Anwar dan PKR, InsyaAllah anda selamat. Wallahualam. Sambung bacaan anda di sini...

6 comments:

Anonymous said...

kesimpulannya.Semua yang dia lakukan dan katakan selama ini telah dikembalikan semula kepadanya. Allah maha berkuasa dan maha mengetahui

Muhammad Azli Shukri said...

begitulah harapan kita

ahbiza said...

Pada tahun 1998 Tun Dr Mahathir telah dikutuk, dimaki hamun dan difitnah kerana hasutan dari Anwar Ibrahim. Kebanyakan rakyat keliru dan menyangka bahawa Anwar dizalimi. Mereka tergoda dengan imej yang dibawa oleh Anwar. Anwar adalah pemidato yang hebat.

Akhirnya kebenaran telah ditunjukkan. Anwar melakukan liwat sekali lagi.

Kebenaran Tun Dr. Mahathir terbuki akhirnya. Syukur Alhamdulillah. Yang Hak pasti berdiri dan yang batil pasti jatuh.

Malangnya pemimpin PAS yang tahu moral Anwar sanggup menerimanya menjadi pemimpin mereka.

Aku meragui perjuangan PAS sekarang.

Anonymous said...

Apa yg Anuar tak kata pada Tun Mahathir sehingga penjilat penjilat Anuar Pas dan dap berkokok dan menyalak menghina Tun sehingga Tun terpaksa mendiamkan diri kerana tidak mahu membalas kerana tidak disukai olih allah tapi masih bersabar juga itu lah sifat saorang negarawan terulung tapi dengan sikap sombong nya Anuar melevelkan org org yg tak sebulu dengan nya dengan perkataan yg penuh biadap tapi allah melihat apa yg kau buat nuar akan tiba masa nya kamu akan dibalas olih allah atas perbuatan kamu selama ini nah sekarang kamu rasa pula bertapa pedih nya org org yg kamu lavelkan tu allah maha adil allah tak akan dosa dosa kamu sekira nya kamu tidak bertaubat.

Muhammad Azli Shukri said...

PAS tidak pernah insaf...

Anonymous said...

Sesiapa saja mahu kebenaran dan misteri dibongkarkan. begitu juga misteri apa motif altantuya dibunuh, kebenaran kesudahan episod lingam gate etc.

DR NO