Skip to main content

Demi Allah! Kita Tidak Boleh Terima Semua Ini!

Demi Allah!
Saya Tidak Dapat
Menerima Semua Ini!


Pertamanya saya mengucapkan terima kasih (semoga Allah membalas jasa baik seorang pembaca blog saya - Jibam) atas maklumat dan informasi yang saya SEMEMANG TIDAK TAHU (bukan buat-buat tidak tahu) berkenaan satu program atau majlis yang dipanggil sebagai Islamic Fashion Festival (Baca di sini). Majlis ini melibatkan Perdana Menteri dan isterinya. Untuk seketika dengan nama Allah, saya mengurut dada dan mengucap panjang apabila saya melihat gambar di majlis tersebut - apakah yang saya lihat ini betul atau pun imaginasi semata-mata. Agak lama saya cuba "menyiasat" cerita ini - dan akhirnya iman saya mendahului segala-galanya.

Kebenaran dan hak perlu ditegakkan walaupun kita mungkin dibenci oleh semua orang. Sesungguh saya bertanggungjawab -atas nama seorang muslim menegur pemimpin negara atas kesalahan yang jelas dan bertentangan dengan agama. Tiada kompromi dalam hal ini. Saya tanpa berselindung dengan tegas sesunguhnya pengajuran Islamic Fashion Festival yang turut dihadiri oleh PM dan isterinya adalah jelas HARAM dan bertentangan dengan Islam. Ia merupakan sejelek-jelek majlis dan merupakan fitnah ke atas agama Muhammad.

Ini semua bukan pakaian yang dianjur oleh sunnah dan agama kita - ini semua merupakan permainan dan fitnah terhadap Islam, melalui nama "Fashion Islam" - Islam mewajibkan wanita muslimah menutup aurat bukan atas nama fashion - tetapi atas dasar takwa! Kod etika pemakaian busana Islam untuk wanita muslimah sudah jelas tertera di dalam al-Quran - tiada percanggahan dalam hal ini. Mana-mana pihak yang terlibat dalam majlis tersebut, sama ada secara langsung atau pun tidak langsung - tetap berdosa!

Saya menasihat diri saya dan semua pemimpin UMNO agar menjauhi majlis-majlis thoghut seperti ini. Ia sangat jelas berdosa besar dan seolah-olah kita mengakui, inilah pakaian dan busana yang menggambarkan kehendak Islam. Mohon maaf jika kata-kata saya agar kasar - tetapi ulama muda UMNO perlu ke hadapan dalam soal ini - ingat pesan nabi, "Jihad yang utama adalah jihad menegakkan kebenaran di hadapan penguasa yang zalim" (HR Iman Ahmad). Zalim dalam isu ini adalah merujuk kepada perbuatan pemimpin kita sendiri yang seakan-akan bersekongkol dengan musuh Islam yang sememangnya mahu menghancurkan agama mulia ini dalam pelbagai cara dan kaedah.

Dengan nama Allah Yang Maha Besar - sebagai ahli UMNO saya menentang sekeras-kerasnya penganjuran dan keterlibatan pemimpin-pemimpin UMNO dalam majlis seperti ini. Ini merupakan kejijikan yang nyata. Allah tidak akan membantu kita, sekiranya amalan seperti ini diteruskan dan menjadi darah daging kita semua. Saya juga merayu (mungkin Mufti Perak, tidak menyedari hal ini) agar TS Harussani bersuara dalam masalah yang sangat besar ini - sesungguhnya ia sangat jelas mengaibkan dan menghina pakaian muslimah yang sudah termaktub di dalam al-Quran dan as-Sunnah. Semoga Allah menyedarkan kita dan mengampunkan dosa-dosa kita. Nasihat saya ikhlas dan tidak ada kena mengena dengan mana-mana pihak. Atas nama Islam - yang hak perlu ditegakkan, walaupun rasanya sangat pahit. Wallahualam.

Comments

Jibam said…
Saya respek u bro. Berani, tidak berpihak kerana agama.kerana yg benar.kite perlu ramai lg org mcm ni.br org akan hormat.teruskan perjuangan ke arah yg benar. jgn memihak kalo terbukti salah. tahniah. sy doakn hdp saudara diberkati.amin.
Anonymous said…
ni la yang dikata penganalisis.... pak lah jatu kerana menantu..
najib jatuh kerana rosmah....
Anonymous said…
Setahu saya Islamic Fesyen Festival ini dianjurkan oleh pereka2 fesyen. Untuk menghukum DS Najib dan isteri yang berpakaian penuh sopan (tak pakai tudung dia tanggung sendiri) yang datang hanya untuk merasmikan festival ini adalah tidak adil. Saya rasa mereka berdua pun tak tahu siapa pakai apa dan fesyen bagaimana yg akan diketengahkan.

Penganjur festival ini yang patut ditegur. Apakah kaitan festival ini dengan UMNO? Cuba jelaskan dengan fakta sebelum kita membuat kesimpulan.
amieiezam said…
saya sokong dengan saudara azli shukri tapi ada kewajaran juga dengan jawapan anon 10:27.walau bagaimana pun DS Najib haruslah berhati-hati. terlalu mudah membenarkan diri utk ditembak.
azlishukri said…
kaitannya dengan UMNO hanya satu..iaitu DS Najib adalah pemimpin utama UMNO. Beliau bertanggungjawab untuk menunjukkan sikap yang jelas dalam isu ini, mahu atau tidak mahu inilah salah satu punca mengapa UMNO dipandang serong oleh rakyat. banyak majlis seperti ini melibatkan pemimpin-pemimpin UMNO. Mohon sama2 kita hindari. Wallahualam
joegrimjow said…
IFF bulan 8 hati tu, sayang baru hari ni baru ku tahu!
Anonymous said…
Saudara Azli
Bagaimana pula kalau DS Najib dan Rosmah merasmikan festival fesyen cina? Adakah mereka dan UMNO juga akan dipersalahkan apabila ada model2 yang berpakaian congsam yg seksi?

Fesyen dan politik adalah 2 perkara yang berbeza...betul tak? Dalam hal ini penganjur yg perlu ditegur kerana tidak mengikut fesyen muslimah.
Anonymous said…
Lu semua ni kalau tulis pasal yg tak elok mengenai UMNO no 1 lah sukanye. tapi mase kita ornag kritik Pas dan pembangang lain maka berapi marahnye......

Inikah yg dikatakan keadilan.....
AMIR RAOF said…
mcam nilah bro..berani kerana benar...
Anonymous said…
Ini adalah satu point baik untuk Pas membuat modal untuk mengkritik UMNO.harap DS Najib lebih peka dgn hal mcm nih.Terutamanya Rosmah yang hyperactive sgt.Program seperti ini seperti menghina islam secara diam-diam..Dengan nama Islamic tetapi berpakaian tidak menutup aurat.
Anonymous said…
aku sokong kau AZLI SHUKRI!
Cikgu Di said…
Jika kita berniaga ubat wajah dan diri menjadi cermin kepada pelanggan.Banyak mana tutur dan kata kita ,pembeli tetap menilai dari penampilan diri...inilah peluang penjaja lain memburukkan keadaan....oh ubat..oh ..ubat..walahualam
Jibam said…
http://www.pmo.gov.my/datinrosmah/_view_speech.php?submission_id=253

anon 10.27..lain kali ckp biar berdasar fakta.buat analisis skit. cuba tgk sape penaung festival ni. hrp maklum.yang tak betul perlu ditegur.sy setuju dgn saudara azli, kalo terus menafikan benda yg salah, maka selama itu ramai yg akan membenci. salam utk semua.
Ahmad said…
Kita kena akui jika ada pihak yang mengatakan bahawa Najib Dan Rosmah menyelweng drp Islam. Kalau puak pas kata Najib dan Rosmah ubah hukum Allah pun kita tak boleh nak pertahankan. Guna lututka pemimpin kita ini. Mengapa tidak dikatakan Festival fashion saja tanpa memasukkan perkataan Islamic. Oh mungkin nak jadi pelopor atau yang pertama. Bukankah Rosmah amat suka dengan 'Pertam"
Anonymous said…
Saudari Azli....ini fakta...

Dalam tahun 2010 terdapat 2 Islamic Feshion Festival. Satu di Jakarta pada 30 Jun 2010 dan satu lagi di Monte Carlo pada 9 Aug 2010. Saudara perlu lihat fesyen2 muslimah yang telah diadakan di Jakarta yang disertai oleh pereka2 fesyen dari M'sia dan Indonesia... semua nye sopan dan menutup aurat. Contoh pereka fesyen dari M'sia ialah Tom Abang Saufi... memang manis2 semuanya.

Berlainan sekali dengan festival yang diadakan di Monte Carlo. Pereka2 datang dari banyak negara. Salah satu fesyen yang seksi tu adalah dari pereka Palestine bernama Hindi Mahdi. Soalan saya sekarang...Bagaimanakah PM dan isteri serta UMMO boleh disalahkan dalam hal ini??? Mereka kesana pun atas undangan. Perkara ini pun diluar bidang mereka. Kalau dalam M'sia tu bolehlah mereka kawal.

p/s Jibam...ini bukan untuk menafikan benda yang salah. Tapi menyalahkan orang yg tak bersalah memang tak patut. Lebih2 lagi menyalahkan UMNO!
Anonymous said…
tgk dah rmai puak pakatan hentam PM kite.PM hanya pi rasmi je.mmg la ada slahnye tp lau kite ikut rentak pakatan semua nk dipolitikn.ini semua strategi nk brukn PM kite ni.ala lg truk lau org tu dpt skongn club gay,hahaha.x githu CIFUT BABI?pastu ada la sorg hamba Allah tu duk wat fatwa bkn2 ley plak pastu rela jd telunjuk parti bkn islam,sptutnye kite parti islam kna jd ketua dlm komponen tu bkn jd ikut bontot je.can i fuck u today??eh abg sy nk karipap la.....
Anonymous said…
Dengan paparan sdr. AZLI ini terdapat banyak pandangan yang diluahkan,baik sekali tetapi penghasilan kelak apa yang kita dapat?,kejayaan atau kehancuran.Seperti kempen tidak merokok adakah kita anjurkan tutup saja kilang rokok itu atau hanya sandirawa saja?.
azlishukri said…
terima kasih komen tuan2 semua
PaKMie said…
Salam semua...

Sikap beginilah yg kita mahu. Pakmie sentiasa menyokong demi menegak kebenaran mengikut islam.

Satu langkah tindakan yang betul merendah diri, berperinsip dan tegas. Sikap yg ditunjukkan oleh saudara Azli Pakmie sanjung.

Asalamualaikum...dan salam perjuangan.
bez.amin said…
salam..
thniah saudara azli
kita perlukan ramai lagi pmimpin2 yg brani memperjuangkan haq, menegah yg batil spt anda.
bila anda dicaci pabila menegakkan kebenaran, maka senyumlah. kerana itu salah satu tanda dakwah anda sedang didengari dan diterima masyarakat.
Allah yubarik insyaAllah
Anonymous said…
Salam. tahniah..UMNO memerlukan ramai lagi ahli seperti saudara. Berani menegur atas perkara yang benar walaupun dikira menongkah arus. Tahniah bro. Teruskan perjuangan
Amin Baek said…
salam bro...
saya terpikir ada kah kita sudah tabayyun dalam kes ini?ataupun mengambil terus sumber ini dari pro pembangkang??

jom tgk link ni..gmbr yang sptutnya...

http://penembak-tepat.blogspot.com/

http://www.islamicfashionfestival.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=62&Itemid=76
Syabas Bro..

Kalau semua ahli UMNO bersifat begini.. saya mungkin tidak bersama PR..

Buat Amen Baek..

Kita bercakap tentang IFF di Monte Carlo yang dinaungi oleh Rosmah..

http://www.daylife.com/search?q=the+Islamic+Fashion+Festival+in+Monte+Carlo+August+9%2C+2010
sahabatku


jangan mudah diprovokasi oleh blogger pakatan rakyat..

niat mereka betul tetapi matlamat mereka salah...


betul kerana mengkritik perbuatan tidak menutup aurat

tetapi matlamat mereka kerana nak burukkan nama pm kita.

saudara jangan terkesan provokasi murahan mereka.

perhatikan betul2 dan beberapa rekaan sahaja yang agak tersasar dari batas aurat islam.

rosmah mansur tidak ada kaitan semua itu.

sila baca dengan perasaan lapang artikel blogger satulimatiga.

saya yakin rosmah tidak akan buat sesuatu yang menyalahi lunas lunas agama.


http://satulimatiga.blogspot.com/2010/10/bandingkan-islamic-fashion-festival.html



maaf jika teguran ini menyinggung sahabat.


salam perjuangan.
Soberi Moin said…
Panglima Perang Siber said:

"Saya yakin rosmah tidak akan buat sesuatu yang menyalahi lunas lunas agama."

@#$%^ Kalau dah tak bertudung (tutup aurat) tu ikut LUNAS AGAMA!!!!!

BODOH punya comment....
Soberi Moin said…
Ini betul-betul penghinaan kepada Rasulullah saw. Saya memang tidak boleh berkompromi dengan penghinaan yang sebegini.
Jangan harap undi saya, isteri saya dan sanak saudara saya pergi kepada UMNO - inilah penghinaan yang amat dahsyat kepada Rasulullah saw dan ISLAM. ISLAM dipermainkan dan dikotak-katikkan oleh orang Islam sendiri, isteri kepada pemimpin Islam. Sepatutnya bertaubat.....
PERIOD....
drrita said…
kesalahan dia hanya tidak memakai tudung..kenapalah umat ISLAM melayu malaysia menitik beratkan sifat luaran .dan mencaci cerca seolah-olah dia telah melakukan kesalahan besar..
Rosmah boleh jadi hipokrit..pakai saja tudung,..BN boleh menang besar.dan orang kata pandai Najib tarbiah bini..
tapi saya rasa dia tidak sebegitu hipokrit..
kita terlalu taksub pada sifat luaran seseorang itu..
sampai kan kita pernah tertipu oleh seorang PAK sheikh yang berjanggut, nampak beriman , pandai agama, pandai berkhutbah..tetapi dia adalah seorang peliwat..
Anonymous said…
drrita:kesalahan dia hanya tidak memakai tudung..kenapalah umat ISLAM melayu malaysia menitik beratkan sifat luaran .dan mencaci cerca seolah-olah dia telah melakukan kesalahan besar..

siapakah kamu utk mlawan hukum Allah?? da Allah tetapkan pakai tudung.. so, mnmg layak dititik beratkn? adakah pendapat sy slh?
Anonymous said…
Azli shukri bersandiwara lagi...

bro, hang kalau sokong syariat Islam kena masuk ke dalam Islam sepnuhnya.. bukan suku-suku. Umno nak islam ke, amende islam yang umno buat?

Najib dan rosmah sebagai penghulu rakyat malaysia tak pernah tunjuk contoh muslim sejati pun.. Cukup laa rosmah sendiri.. tudung ntah ke mana.. si najib pun tak berani tegur..

Ni pemimpin yang Azli shukri dok sanjung tinggi.. kalau teman laa... malu dok dalam umno ni.. penuh sandiwara..
Anonymous said…
saya sokong saudara azli shukri.hrp saudara tetap teguh dgn pendirian sdr wlu ada yg cuba meremeh-temeh kn isu ini.bg sy isu ini amat besar ertinya apatah lg penghinaan yang di trima trpaksa ditggng selama ini oleh UMNO brkaitan agama sehinggakn keutuhan UMNO semakin lama semakin menghilang walau terus-terusan cuba dinafikan oleh mereka2 yg "syg pd UMNO" tp lain pula dulangnya. Sy berharap benar akan ada insan sprti sdr yg akan menyelamtkn "UMNO dalam erti kata yg sebenar".Tahniah sekali lagie sdra.
Ikhwan Muslimun said…
Bertudung Tapi Hanya Hipokrit?

http://zaharuddin.blogspot.com/2010/10/bertudung-tapi-hanya-hipokrit.html
Anonymous said…
ikot agama ko ckp.,??
tudg x pkai.,
ikot agama cm2.,??
come on laa bro.,
seda cket.,
kalo ko org islm.,
ko ptot seda.,
nie bkn prkra kcik.,
tutp aurat 2 tntutn allh.,
bkn sje2 nk soh pkai tudg.,
aih.,
aku x phm laa ngn korg nie.,

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Lagi Kisah Siti Nurhaliza : Mana Perginya Produk CTea?

Lagi Kisah Siti Nurhaliza Mana Perginya Produk CTea? Oleh Satu Hala (Malaysia Instinct) Inilah antara benda-benda yang buat sakit hati dengan orang kaya Melayu ni. Datuk K sanggup perabis RM66,550 untuk beli nombor plate KCT 1 untuk isteri tercinta, Datuk Siti Nurhaliza. Kononnya cintan maut habislah tu kan. Tak tahulah kot-kot Rozita Che Wan yang dulu orang kata dapat Mercedes dari Datuk K (lepas dah kahwin dengan Siti) pun akan dapat nombor plate yang sama. Gasaklah hal Rozita Che Wan tu. Yang penulis tertarik nak tulis ialah sikap orang macam Datuk K dan Siti Nurhaliza. Parasit adalah perkataan paling tepat. Tahu tak Siti Nurhaliza adalah pemohon pinjaman Tekun untuk bisnes barang solek Simply Siti. Kalau tak percaya, pergilah cek dengan Tekun. Pasti nama Siti akan terpacul. Sakit hati betul penulis dengan orang-orang macam ini. Dah tahu duit banyak, gunalah duit sendiri untuk berniaga, tak pun pinjamlah bank. Gi pinjam dengan Tekun tu buat apa? Mentanglah bayar

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil