Skip to main content

Isu Wahabi dan Ibn Taimiyyah : Berhati-hati Membuat Tuduhan


Isu Wahabi dan Ibn Taimiyyah
Berhati-hati Membuat Tuduhan

Saya mengingatkan diri saya sendiri dan para pembaca budiman sekalian, agar kita berhati-hati terhadap sebarang tuduhan yang menyimpang daripada kebenaran. Tuduhan terhadap Wahabi dan Ibn Taimiyyah pada hakikatnya sudah dijawab oleh beratus-ratus ulama kecil dan besar. Jawapan-jawapan mereka bersepah-sepah di internet dan kita dengan mudah boleh menilai sama ada sesuatu tuduhan itu fitnah, salah faham atau pun akibat daripada kejahilan kita sendiri. Awas! Kaedah mengambil petikan daripada tulisan-tulisan Syeikh Muhammad bin Wahab dan Ibn Taimiyyah secara separuh-separuh atau secara sekerat-sekerat, tanpa melihat keseluruhan tulisannya/bukunya - merupakan satu jenayah ilmiah dan pembohongan yang paling kotor dan jijik. Jesteru itu, saya menasihatkan diri saya dan para pembaca sekalian, jika kita masih belum menatap dan membaca sendiri tulisan tokoh-tokoh di atas, maka hindarilah diri kita daripada memberi sebarang komen sama ada menyokong atau menentangnya. Dibimbangai - kerana atas segala kejahilan yang kita miliki - kita membina keyakinan di atas keyakinan orang lain, sedangkan kita sendiri tiada hujah untuk meyakininya. Jika Majlis Fatwa Kebangsaan pun tidak menyesatkan Ibn Tamiyyah dan Wahabi, maka bagaimana pula kita boleh mamandai-mandai dalam soal ini? Elok rasanya kita mentelaah dan membaca buku-buku tulisan mereka, sebelum kita menetapkan hukuman. Wallahualam.

Secara realiti pendustaan nyata terhadap pergerakan dakwah al-Syeikh al-Imam ialah mengelarkan mereka sebagai “al-Wahabiyyah” atau Wahabi. Golongan penentang berusaha sedaya upaya merujuk gelaran ini sebagai “kumpulan yang terkeluar dari agama Islam” atau “kumpulan yang mewujudkan agama baru”. Dalam konteks ini pihak Inggeris, Turki dan Mesir mempromosikan gelaran ini seolah-olah ia sejenis “hantu yang menakutkan” (syabhan mukhifan). Ini tatkala pergerakan al-Syeikh al-Imam berdiri teguh di pelbagai lapangan dan tempat sebagai sebuah pergerakan dakwah Islam. Pihak Inggeris melihat pergerakan ini sebagai sesuatu yang membahayakan kepentingan politik serta ekonomi sehingga melabelkannya sebagai “al-Wahabiyyah al-Najdiyyah”.

Pergerakan al-Sanusiyyah di Maghribi serta pergerakan pembaharuan (al-Tajdid) serta kepimpinan (al-Imamah) di India mempunyai pendekatan fekah serta perkara cabang lain yang berbeza dengan pergerakan dakwah penduduk Najd. Walaupun demikian kedua pergerakan ini tetap dilontarkan pertuduhan sebagai pergerakan Wahabi disebabkan usaha jihad mereka yang berterusan. Merujuk percubaan memperkenalkan istilah Wahabi dengan gambaran madzhab baru serta kumpulan sesat, hakikatnya istilah yang digunakan ini dikritik dari segi sandaran. Sekiranya dinisbahkan kepada pengasasnya iaitu al-Syeikh Muhammad bin ‘Abd. al-Wahhab sudah semestinya pengikut beliau digelar sebagai “Muhammadiyyun”. Namun sudah tentu golongan penentang tidak menghendaki merealisasikan matlamat pertuduhan serta pembohongan dengan melabelkan pengikut al-Syeikh al-Imam sebagai “Muhammadiyyun”. Oleh itu mereka menisbahkan pergerakan ini ke atas ayah al-Syeikh al-Imam iaitu al-Syeikh ‘Abd. al-Wahhab. Sehubungan ini gelaran “Wahabi” merupakan istilah yang sangat terkenal sehinggakan sejarawan serta penulis menisbahkan pergerakan dakwah al-Syeikh al-Imam kepada ayahnya ‘Abd. al-Wahhab. Contoh yang jelas [penulisan Bridges (Jil. 2/hlm.134)]. Sambung bacaan anda di sini...

Comments

HomeBiss said…
Salam..

Are you trying to deny something that has proven to be dangerous?

Al-Azhar scholars consider Wahhabiyyah as dangerous and Imam al-Sowi also has considered Wahhabiyyah as dangerous.

Why are you still in a state of denial?
Anonymous said…
homebiss..bahaya dengan sesat..dua hal yang berbeza..dan tidak semua fatwa al-Azhar boleh diterima bulat2..ramai lagi ulama yang tidak mengiktiraf fatwa tersebut...
alam said…
saudara Azli, untuk penilaian saudara...Pendedahan Ekslusif... http://caklam.blogspot.com/2010/07/pendedahan-ekslusif-yahudi-wahabi.html
azlishukri said…
terima kasih cak lam dan homebiss - untuk pengetahuan kawan2 saya bukanlah manusia yang jenis suka menyokong membuta-tuli atau mudah menerima apa2 tuduhan berkaitan dengan isu ini. Sebaliknya, saya suka mengkaji, membaca dan menilai sendiri, manakah hujah2 yang lebih hampir kepada kebenaran. Saya sudah membaca segala pendedahan berkenaan baik buruk tentang permasalahan ini, namun untuk menuduh wahabi sesat dan ibn taimiyyah sesat - merupakan perkara yang sangat merbahaya. Bahkan, jika kita sendiri membaca penjelasa ibn taimiyyah berhubung soal tauhid uluhiyyah dan rububiyyah, maka segala fitnah akan terjawab.
Anonymous said…
Azli..

dlm islam akidah plg pntg..

wahabi berakidah dgn beriktikad bhwa Allah BERTEMPAT....sbb tu ulama Al-Asyairah Ahli Sunnah Wal Jama'ah sepakat buat tubik fatwa WAHABI ni sesat..

bro..

gua tahu la lu ada link dgn keluarga TUN..TUN sendri pun ada bljr dgn si asri bapak wahabi mlysia dan sikit sbyk fahaman asrime tu menyesap ke dlm otak lu..
Along said…
salam bro azmi
isu wahabi ini ramai orang pandang negatif, adakah merekat tidak baca sejarah Wahabi dahulu? perkataan WAHABI sebenarnya di reka utk memecah belahkan kita. jika kita tengok balik ketika zaman Muhammad ibn Wahab, beliau menjalankan gerakan membanteras segala gologngan kuffar, ar riddah dan murtad dan segala jenis kesesesatan selepas wafatnya Rasulullah, itu dikira sesat juga ke? kebanyakkan orang salah paham ttg Wahabi ni, mereka berpandukan Quran Sunnah, tidak patut kita menjatuhkan hukum terhadap mereka. ini adalah pandagan peribadi saya berdasarkan buku buku ilmiah yg saya baca dan bertanyakan kepada ustaz yg alim. saya kenal salah seorang rakan Dr. MAZA, dia adalah pensyarah saya, namanya Xifu Naser.

Pilihan Pembaca

Nik Aziz 2009 : Terbaliknya Bola Hitam Mataku

Tuan Guru Nik Aziz 2009 Terbaliknya Bola Hitam Mataku MUAR 24 Okt. — Cadangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat agar Pas mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM) untuk membersihkannya daripada kumpulan prokerajaan perpaduan menunjukkan bahawa parti itu sedang berhadapan dengan masalah kepimpinan yang serius, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Walaupun Muhyiddin mengakui cadangan Nik Aziz itu sebagai satu “masalah dalaman” Pas tetapi ia tetap menunjukkan pertembungan pendapat yang agak ketara di dalam parti pembangkang. "Ia adalah serius (masalah kepimpinan dalam Pas). Pertembungan pendapat yang agak ketara di dalam Pas. Nik Aziz vs (Datuk Abdul) Hadi Awang vs (Datuk) Nasharuddin Mohd Isa vs Datuk Husam Musa,” katanya pada kepada pemberita hari ini. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran dan Timbalan Presiden UMNO berkata demikian selepas merasmikan karnival Edufest@Pagoh di Dewan Jubli Intan, di sini. Muhyiddin berkata demikian sebagai mengulas tuli...

UMNO 2009 : Tolong Jangan Baca Entri Ini, Nanti Kena ISA?

FROM NEW HOPE TO ONE HOPE Oleh Muhammad Azli Shukri Pagi ini Tun Mahathir telah menemui Perdana Menteri Malaysia yang baru iaitu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bagi menyampaikan borang kemasukan semula sebagai ahli UMNO di Putrajaya. Serentak dengan itu, anak beliau Datuk Mokhzani Mahathir juga akan bertindak sama kembali kepada UMNO. Dan pada Isnin ini, Tun Mahathir dijangka turun berkempen di Dataran PPP, Batu 2 1/2 Simpang, Taiping untuk calon BN bagi kawasan Bukit Gantang. Semalam, sewaktu menyampaikan ucapan penghargaan kerana dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 di kaca television, Datuk Seri Najib mengumumkan pembebasan seramai 13 orang tahanan ISA dan pada masa yang sama menarik semula sekatan penerbitan terhadap akhbar Harakah dan Suara Keadilan yang digantung permit penerbitannya selama tiga bulan berkuatkuasa serta merta. Malah, Datuk Seri Najib juga berjanji akan mengkaji semula akta ISA yang digunapakai selama ini. Saya secara peribadi melihat Datuk Seri Najib...
MURID TERAKHIR TUN DAIM Artikel saya pada 10 Ogos 2008 dalam blog ini bertajuk “Belajar daripada Guru”, saya turut menyarankan kepada pihak kerajaan, agar tambatan ringgit yang pernah diperkenalkan oleh kerajaan ketika krisis kewangan melanda Asia pada tahun 1997 dilaksanakan semula. Pemerhatian tersebut adalah berasaskan bahawa rejim kapitalis dunia, sama sekali tidak akan mengubah paradigma sistem kewangan dunia yang lebih berorientasikan kepada keuntungan berlipat kali ganda. Sesungguhnya, tiada kejujuran langsung dalam kalangan pemain-pemain ekonomi global terhadap apa yang sering diistilahkan oleh mereka sebagai “Win-Win Situation”. Setiap segmentasi ekonomi dunia, tiada kata-kata manis bahawa setiap negara akan mendapat manfaat daripada sistem yang diamalkan oleh rejim kapitalis tersebut selama ini. Apabila kita mengamalkan sistem kewangan dan ekonomi yang berasaskan kepada “pelindungan” sejak lahirnya Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1970, semangat tersebut diteruskan oleh Tu...