Skip to main content

Isu Wahabi dan Ibn Taimiyyah : Berhati-hati Membuat Tuduhan


Isu Wahabi dan Ibn Taimiyyah
Berhati-hati Membuat Tuduhan

Saya mengingatkan diri saya sendiri dan para pembaca budiman sekalian, agar kita berhati-hati terhadap sebarang tuduhan yang menyimpang daripada kebenaran. Tuduhan terhadap Wahabi dan Ibn Taimiyyah pada hakikatnya sudah dijawab oleh beratus-ratus ulama kecil dan besar. Jawapan-jawapan mereka bersepah-sepah di internet dan kita dengan mudah boleh menilai sama ada sesuatu tuduhan itu fitnah, salah faham atau pun akibat daripada kejahilan kita sendiri. Awas! Kaedah mengambil petikan daripada tulisan-tulisan Syeikh Muhammad bin Wahab dan Ibn Taimiyyah secara separuh-separuh atau secara sekerat-sekerat, tanpa melihat keseluruhan tulisannya/bukunya - merupakan satu jenayah ilmiah dan pembohongan yang paling kotor dan jijik. Jesteru itu, saya menasihatkan diri saya dan para pembaca sekalian, jika kita masih belum menatap dan membaca sendiri tulisan tokoh-tokoh di atas, maka hindarilah diri kita daripada memberi sebarang komen sama ada menyokong atau menentangnya. Dibimbangai - kerana atas segala kejahilan yang kita miliki - kita membina keyakinan di atas keyakinan orang lain, sedangkan kita sendiri tiada hujah untuk meyakininya. Jika Majlis Fatwa Kebangsaan pun tidak menyesatkan Ibn Tamiyyah dan Wahabi, maka bagaimana pula kita boleh mamandai-mandai dalam soal ini? Elok rasanya kita mentelaah dan membaca buku-buku tulisan mereka, sebelum kita menetapkan hukuman. Wallahualam.

Secara realiti pendustaan nyata terhadap pergerakan dakwah al-Syeikh al-Imam ialah mengelarkan mereka sebagai “al-Wahabiyyah” atau Wahabi. Golongan penentang berusaha sedaya upaya merujuk gelaran ini sebagai “kumpulan yang terkeluar dari agama Islam” atau “kumpulan yang mewujudkan agama baru”. Dalam konteks ini pihak Inggeris, Turki dan Mesir mempromosikan gelaran ini seolah-olah ia sejenis “hantu yang menakutkan” (syabhan mukhifan). Ini tatkala pergerakan al-Syeikh al-Imam berdiri teguh di pelbagai lapangan dan tempat sebagai sebuah pergerakan dakwah Islam. Pihak Inggeris melihat pergerakan ini sebagai sesuatu yang membahayakan kepentingan politik serta ekonomi sehingga melabelkannya sebagai “al-Wahabiyyah al-Najdiyyah”.

Pergerakan al-Sanusiyyah di Maghribi serta pergerakan pembaharuan (al-Tajdid) serta kepimpinan (al-Imamah) di India mempunyai pendekatan fekah serta perkara cabang lain yang berbeza dengan pergerakan dakwah penduduk Najd. Walaupun demikian kedua pergerakan ini tetap dilontarkan pertuduhan sebagai pergerakan Wahabi disebabkan usaha jihad mereka yang berterusan. Merujuk percubaan memperkenalkan istilah Wahabi dengan gambaran madzhab baru serta kumpulan sesat, hakikatnya istilah yang digunakan ini dikritik dari segi sandaran. Sekiranya dinisbahkan kepada pengasasnya iaitu al-Syeikh Muhammad bin ‘Abd. al-Wahhab sudah semestinya pengikut beliau digelar sebagai “Muhammadiyyun”. Namun sudah tentu golongan penentang tidak menghendaki merealisasikan matlamat pertuduhan serta pembohongan dengan melabelkan pengikut al-Syeikh al-Imam sebagai “Muhammadiyyun”. Oleh itu mereka menisbahkan pergerakan ini ke atas ayah al-Syeikh al-Imam iaitu al-Syeikh ‘Abd. al-Wahhab. Sehubungan ini gelaranWahabimerupakan istilah yang sangat terkenal sehinggakan sejarawan serta penulis menisbahkan pergerakan dakwah al-Syeikh al-Imam kepada ayahnya ‘Abd. al-Wahhab. Contoh yang jelas [penulisan Bridges (Jil. 2/hlm.134)]. Sambung bacaan anda di sini...

Comments

HomeBiss said…
Salam..

Are you trying to deny something that has proven to be dangerous?

Al-Azhar scholars consider Wahhabiyyah as dangerous and Imam al-Sowi also has considered Wahhabiyyah as dangerous.

Why are you still in a state of denial?
Anonymous said…
homebiss..bahaya dengan sesat..dua hal yang berbeza..dan tidak semua fatwa al-Azhar boleh diterima bulat2..ramai lagi ulama yang tidak mengiktiraf fatwa tersebut...
alam said…
saudara Azli, untuk penilaian saudara...Pendedahan Ekslusif... http://caklam.blogspot.com/2010/07/pendedahan-ekslusif-yahudi-wahabi.html
azlishukri said…
terima kasih cak lam dan homebiss - untuk pengetahuan kawan2 saya bukanlah manusia yang jenis suka menyokong membuta-tuli atau mudah menerima apa2 tuduhan berkaitan dengan isu ini. Sebaliknya, saya suka mengkaji, membaca dan menilai sendiri, manakah hujah2 yang lebih hampir kepada kebenaran. Saya sudah membaca segala pendedahan berkenaan baik buruk tentang permasalahan ini, namun untuk menuduh wahabi sesat dan ibn taimiyyah sesat - merupakan perkara yang sangat merbahaya. Bahkan, jika kita sendiri membaca penjelasa ibn taimiyyah berhubung soal tauhid uluhiyyah dan rububiyyah, maka segala fitnah akan terjawab.
Anonymous said…
Azli..

dlm islam akidah plg pntg..

wahabi berakidah dgn beriktikad bhwa Allah BERTEMPAT....sbb tu ulama Al-Asyairah Ahli Sunnah Wal Jama'ah sepakat buat tubik fatwa WAHABI ni sesat..

bro..

gua tahu la lu ada link dgn keluarga TUN..TUN sendri pun ada bljr dgn si asri bapak wahabi mlysia dan sikit sbyk fahaman asrime tu menyesap ke dlm otak lu..
Along said…
salam bro azmi
isu wahabi ini ramai orang pandang negatif, adakah merekat tidak baca sejarah Wahabi dahulu? perkataan WAHABI sebenarnya di reka utk memecah belahkan kita. jika kita tengok balik ketika zaman Muhammad ibn Wahab, beliau menjalankan gerakan membanteras segala gologngan kuffar, ar riddah dan murtad dan segala jenis kesesesatan selepas wafatnya Rasulullah, itu dikira sesat juga ke? kebanyakkan orang salah paham ttg Wahabi ni, mereka berpandukan Quran Sunnah, tidak patut kita menjatuhkan hukum terhadap mereka. ini adalah pandagan peribadi saya berdasarkan buku buku ilmiah yg saya baca dan bertanyakan kepada ustaz yg alim. saya kenal salah seorang rakan Dr. MAZA, dia adalah pensyarah saya, namanya Xifu Naser.

Pilihan Pembaca

Di Manakah Syaitan dalam Peristiwa itu?

MONOLOG AZLI SHUKRI BAB 12 : Di Manakah Syaitan dalam Peristiwa Itu? Saya agak lambat membuat respons berkenaan apa-apa yang telah berlaku di Kuala Kangsar, khususnya di Istana Sultan Azlan di Bukit Chandan baru-baru ini. Banyak sms saya terima yang mahukan agar saya segera memberi sedikit pandangan berkenaan isu tersebut, memandangkan bahawa saya merupakan anak jati Kuala Kangsar (kerana ayah dan ibu saya orang Kuala Kangsar dan saya juga dilahirkan di Kg Semat, Manong., K.K.) Saya percaya - seluruh ahli UMNO dan sebahagian besar ahli PAS dan PKR membenci tindakkan Karpal Singh yang cuba mengeruhkan keadaan dengan bertindak untuk menyaman Sultan Perak. Semua orang bersetuju bahawa Karpal Singh terlalu biadab dan kurang ajar dengan Sultan Perak. Dan semua ini akhirnya, menyebabkan kita membuat beberapa kesimpulan bahawa Karpal harus diambil tindakkan tegas - sekurang-kurangnya ditangkap dengan menggunakan Akta ISA, serta tidak kurang juga yang mahu agar beliau diharamkan masuk ke neger...

"Semalam, Saya Menerima SMS daripada Datuk Seri Rais Yatim."

Tahniah Datuk Seri Rais Yatim! Oleh Muhammad Azli Shukri Akhirnya, saya harus berterus-terang dengan jujur dan ikhlas – sesungguhnya salah seorang Naib Presiden UMNO yang harus dipilih oleh perwakilan kelak, ialah Datuk Seri Rais Yatim. Malah, saya juga sudah berazam untuk membantu kempen Datuk Seri Rais Yatim – melalui blog saya ini bagi memastikan salah satu kerusi Naib Presiden UMNO dimiliki oleh beliau. Menonton siaran Hujah di TV9 semalam – membuka mata saya bahawa “inilah diri sebenar Datuk Seri Rais Yatim” – agak malang kepada sesiapa yang sayangkan UMNO tidak menonton siaran Hujah semalam yang menampilkan dua lagi calon Naib Presiden UMNO, iaitu Datuk Seri Syafie Afdal dan Datuk Seri Rais Yatim. Pada pandangan peribadi saya, sejak siaran Hujah keudara di TV9 – Rais Yatimlah satu-satunya pemimpim UMNO yang sanggup berterus-terang tentang hasrat dan perubahan yang diinginkan oleh akar umbi selama ini. Lantaran itu, pada “ijtihad politik” saya, saya “mewajibk...

Isu Syiah : Tutup Pintu Neraka Itu!

Kepada sesiapa yang masih mahu mempertahankan ajaran Syiah Imam 12 atau yang seangkatan dengannya, cubalah renung dan baca tulisan-tulisan di sini, semoga Allah membuka hati dan memberi hidayah kepada tuan-tuan. Klik di sini , di sini , di sini , di sini , di sini , di sini , di sini , di sini , di sini , di sini - cukuplah rasanya bukti-bukti ini bagi menolak fahaman Syiah yang jelas menyimpang jauh daripada ajaran Islam yang sebenar. Sekiranya kita mengaku sebagai ahli akademik dan golongan ilmuan, apakah kita masih tergamak menolak segala bukti ini demi mempertahankan ajaran dan ideologi Syiah semata-mata atas alasan demokrasi dan kebebasan beragama? Syiah bukan salah satu mazhab dalam ajaran Islam, pokok akidahnya sangat jauh daripada ajaran dan amalan Islam yang sebenar - segala hujah dan alasannya sangat lemah dan tidak bersifat akademik yang menyeluruh. Saya masih tidak faham mengapa masih terdapat para intelektual di negara ini sangat mudah terpengaruh dan begi...