Skip to main content

Apabila Sayuti Omar Kecewa!


Haram Dekati Harussani!

Oleh Mohd Sayuti Omar

1. FAHAMAN dan amalan politik orang Melayu/Islam sudah sampai ke peringkat hilang punca dan hilang pedoman. Quran dan hadith sudah tidak digunapakai lagi. Budaya dan adat juga dilupakan. Rata-rata mereka hanya menggunakan Islam sebagai alat dan umpan politik tidak lebih daripada itu. Semuanya dapat dilihat kepada perbuatan, kata-kata dan tindakan.

2. Paling mendukacitakan sesetengahnya mengaku Islam, memperjuangkan Islam tetapi fiil dan perangainya lebih buruk dan huduh dari orang kafir. Kafir zimmi di negara ini masih mengekalkan diplomasi mereka untuk mempertahankan kedudukan mereka, tetapi tidak dengan orang yang mengaku Islam sendiri.

3. Betapa tidak ada pemimpin parti Islam, Pas begitu pesimis dengan ulama atau Mufti yang dirasakan tidak berpihak kepada mereka. Mufti yang bercakap tidak menguntungkan politik huminisme dan materialistik (kedudukan dan kuasa) mereka, ditentang habis-habisan. Mereka tidak lagi menilai atau menyelami nawaitu dan seruan tersurat Mufti berkenaan sebaliknya terus diprejudis sebagai pengkhianat perjuangan mereka. Sebabnya sedikit saja, kerana Mufti berkenaan cuba membawa perdamaian dengan Umno maka ia dianggap sebagai barua Umno.

4. Kerana kekacauan fikiran dan fahaman politik itu apa juga yang baik tidak akan dilihat sebagai baik dan elok lagi. Semuanya menjadi huduh. Sebab itu saya mengatakan isu perpaduan Pas - Umno sudah jadi macam tahi.

5. Contohnya apa yang menimpa kepada Mufti Perak, Harussani Zakaria itu. Mufti itu dituduh dan dilemparkan dengan pelbagai fitnah dan kata-kata kesat yang tidak terfikir oleh kita sebelum ini. Belum ada rasanya Mufti di negara ini menghadapi kecaman buruk begitu. Paling-paling pun kalau ada Mufti dikaitkan dengan fahaman yang bertentangan ahli sunah wal jemaah saja. Itu pun Mufti berkenaan tidak dilebelkan dengan berbagai nama huduh.

6. Musibah yang menimpa Harussani itu itulah menyebabkan Mufti lain lebih banyak mendiamkan diri dari bercakap. Mereka menjadi takut untuk bercakap kandatipun atas aspek yang hak dan dalam bidang kuasa mereka kerana bimbang akan diserang. Walhasilnya maka banyaklah Mufti yang memilik lidah syaitan di negara ini.

7. Pun begitu tuduhan atau tanggapan itu tidak menghairankan. Dalam politik matlamat menghalalkan cara ia boleh berlaku apa saja. Orang kudus pun boleh dilumurkan dengan persepsi dosa dan sebaliknya orang berdosa dan munafik boleh dilumurkan dengan persepsi baik dan mempunyai keramah dan maunah.

8. Tetapi pembiaran kecaman melampau oleh pemimpin tertentu Pas kepada Harussani dilihat sebagai satu perbuatan yang agak melampau.

9. Betapa tidak ada yang membuat andaian Harussani sebagai berbohong atau menjadi alat kepada sesuatu pihak. Anihnya orang berkata demikian kalau dibelek buku harian perjuangannya sebelum ini sangat jelas akan munafiknya. Beliaulah yang membuka parit perpaduan tetapi menutup balik apabila merasakan kedudukannya selesa.

10. Tidak dinafikan kalau ada Mufti berbohong termasuk Harussani. Tetapi saya yakin bohongnya kecil sedikit daripada pembohongan dan munafik orang politik yang sangat jelas dan lebih memualkan. Pembohongan orang berilmu tentulah ada batas-batas dan syaratnya dan tidak sampai termasuk ke dalam golongan melampau.

11. Persoalannya kenapa pemimpin Pas yang ada ilmu bertaraf ulama membiarkan perkara ini? Seolah-olah kecaman kepada Mufti ini direstuinya. Kalau pun Mursyidul Am, atau Presiden bersama Timbalan Presiden dan Naib-naib Presidennya tidak berani tegur kerana takut hilang undi dalam muktamar, tetapi Dewan Ulama patut memainkan peranannnya. Dewan Ulama harus tampil memberi penjelasan mengenai hal ini. Dewan Ulama yang merupakan dewan tertinggi yang menjadi penasihat harus menasihat keterlanjuran melampau ini. Ingatlah aspek dakwah dan terbiah dalam Pas itu perlu dihidupkan sepanjang masa dan ianya tidak harus ditenggelami oleh kerakusan nafsu politik.

12. Apabila ada pemimpin Pas mengecam ulama meskipun ulama semacam Harussani, tindakan itu tampak kontras dengan Pas sebagai sebuah parti memperjuangkan Islam. Ini sedikit sebanyak mencalarkan imej Pas. Logiknya yang mengecam Mufti dan ulama, Umno, sebalik tidak terjadi begitu. Dalam konteks Harussani ini Umno pula beriya membela Harussani.

13. Perlu disedari fenomena mengecam Mufti ini akan memberi kesan buruk kepada Pas sendiri dan juga institusi Islam lainnya. Kalau Mufti boleh dipermain dan diperolok-olokkan apalah institusi lain, ianya makin boleh dipermain-mainkan. Cuba bayangkan bagaimana orang bukan Islam memerhati keadaan ini. Mereka akan menyangka bahawa Islam sesama Islam juga bergomol. Jadi di manakah peranana Pas selaku pengawal dan penjaga hal ehwal Islam di negara ini?

14. Mengenai sangahan buruk kepada Harussani ini lebih malang lagi apabila ada orang Pas yang melarang orang Pas lain mendekati Mufti berkenaan walaupun atas hal peribadi. Pemimpin itu mencadangkan mana-mana orang mendekati Harussani orang itu hendak dipecat. Cadangan dan arahan ini mencerminkan betapa 'kohong' dan sesatnya pemikiran pemimpin berkenaan. Larangan dan tegahan itu meletakkan Harussani seolah-olah macam anjing dan babi binatang yang bernajis bagi umat Islam. Kenapa begitu sekali?

15. Larangan berkenaan sungguh kejam dan ia bertentangan dengan prinsip Islam dan hak asasi yang diperjuangkan oleh orang Pas itu sendiri. Kepada saya sebelum menyarankan orang lain dipecat seharusnya orang berkenaan berundur dari harakah Pas. Rasanya Pas tidak berminat dengan individu yang ekstrem dan merasakan hanya dia yang pandai dan bijak.

16. Saya tidak kisah kalau kecaman dan kebencian terhadap Harussani diluahkan oleh para bloger otak kemetot dan budak-budak hingusan dalam Pas. Itu munasabah sebab mereka muda dan jalaran akalnya pun tidak berapa jauh sangat. Kepala mereka berbuak-buak dengan emosi dan rasa taksub atas apa yang mereka percayai. Mereka tidak boleh disalahkan. Tetapi mereka yang sudah dewasa dan matang, yang janggutnya sudah sampai ke lutut dan melimpah ke pipi perlu memperbetulkan sikap dan fiil ini. Jangan sampai ia melarat sehingga orang akan melihat Pas membenci Islam bukannya menyanyangi Islam.

17. Biarlah apa orang nak tuding kepada Harusaani namun kepada saya secara peribadi dia lebih afdal untuk ditemui daripada mereka yang menerima Islam, mendokong falsafah Islam tetapi masih belum melafazkan syahadat - Ashahadul Alaiilahaillah Muhamadur Rasulullah!

Comments

Anonymous said…
MEMANG ORANG PAS BEGITU. MULUT SEBUT ISLAM TAK BERHENTI TAPI PERANGAI LEBIH HODOH DARI ORANG BUKAN ISLAM. RASULULLAH AJAR CARI KEBAIKAN. MEREKA AJAR CARI KEBURUKAN. ITULAH MEREKA. GENG MEREKA SEMUA BETUL. ORANG LAIN SEMUA TAK BETUL.
Anonymous said…
Semalam dalam mesyuarat KHAS kelab penyokong PAS MELAYU di Jerlun yg kebanyakannya atas pagar telah sebulat suara membuat keputusan MENGUTUK KERAS NIK AZIZ YG BERLIDAH SYAITAN ITU AGAR MENDAPAT BALASAN ALLAH TAALA DIDUNIA INI DAN DIAKHIRAT.

Kehadiran ahli kelab seramai 57 orang itu membuatkan beberapa jiran yang totok PAS telah cuba untuk menimbulkan kekecohan.Tapi atas kebijaksanaan beberapa AJK kelab tersebut dapat mengawal keadaan.

Tahniah pd pengerusi kelab cikgu Nazri yang begitu kuat berkempin utk PAS PRU 12 dulu kini dah sedar dan kini kembali membantu memperjuangkan semangat 1 MALAYSIA ilham PM.

Nampak penyokong PAS di Jerlun telah mula plaster mulut,.Harap kesempatan ini perlu Dato Mukhriz ambil peluang utk semarakan semangat melayu UMNO.

Penyokong atas pagar di tempat lain bila lagi,inilah masanya utk tentukan kuasa melayu digeruni oleh mereka yang menumpang dalam rumah kita.Kita doakan melayu melayu atas pagar detempat lain juga wajib berperanan dalam menentukan mahligai binaan nenek moyang kita ini tetap teguh dan tiada siapa pun yg dulunya merayu utk menumpang rumah ini berani utk mencabar kita yang menjadi pewarisnya.

KENAPA MELAYU PAS TERLALU BODOH DAN SETENGAHNYA MEREKA INI NAMPAK MACAM BIOL .
Anonymous said…
Apa bila dendam menguasai diri..sahabat seagama pun di anggap syaitan...musuh yg jelas dan nyata(syaitan)...dianggap kwn paling suci...itulah Pas..pemimpin yg ego...
HomeBiss said…
Salam brother Azli..

Another thought provoking post you have here. Well done! :)
lord ried said…
ALOO BEWAK2 PEJUANG MELAYU.......

BETUI LA BEWAK HARUSSANI PON PEJUANG MELAYU....CUMA DIA NI NGAJI SIKIT AGAMA LULUSAN KOLEJ ISLAM.. PARTI BEWAK PEGHA DIA LAGU PEGHA ANJIN UNTUK SALAK NIK AZIK SAJA........

KLUAQ SAJA SORA NIK AZIK BEWAK NI TERUIH SALAK. KALU SEMAK KATIK TAK PAKAI TUDUNG KA....AKADEMI PANTATSIAL KA, JUDI KA, NENTAH APA2 KA, BEWAK NI WAT MACAM HALAL SAJA.
NAK DEBAT TAK MAW.........

KALU LA NABI MUHAMMAD BERJUANG UNTUK BANGSA ARAB.......FUHHHHHHHH MISTI BEWAK NI BERJUANG SAKAN UNTUK MELAYU..

he he he
geletek mufti seket
Anonymous said…
orang lain semuanya tak betol..lord ried je yang betol..pooraaah!
Tuan Azli - sangat kecewa apabila Mufti negeri lain diam membisu tak pertahankan Mufti Perak.

Hanya Mufti Selangor sahaja bangkit memberi komen.

harap kita dapat tolong Mufti kita bina hubungan dengan media massa agar kekeliruan ini dapat diperbetulkan.

Tuan boleh lead ?
lord ried said…
ALOO BEWAK July 23, 2010 9:24 PM..

HANG BULIH JADI TUKANG KARUT...PANDAI REKA CERITA. LANI ZAMAN ORANG MALU NAK NGAKU PARTI BEWAK......HANG DOK HABAQ ORANG MASUK SARANG BEWAK.

he he he
gurau ngan ...bewak pon bewak laaaaa
kelicapmayang said…
AL KISAH..masa dulu ada la cina tu dapat tawan 1 pulau..masa nak berhijrah kesana kadam dia nak ikot...cina tu cakap lu jangan ikut ..lu luluk sini tiam2..kacau itu melayu semua..lu pegang wa punya cakap ..ini melayu aa makin lama makin lemah..manyak sinang kita ambik ini tanah melayu..lu tengok sendiri aa sikalang dia olang galoh sama sendili....he..he..wa manyak sinang hati oooo...renongkan..apa ajenda diaorang..wa mau terbang jauh ooocari jantong pisan pok leh.....brrrrr
lord ried said…
SALAM MENTEKEDARAH TAIK SEROPA NGAN SALAM 1 MALAYSIA......

ASOBIYYAH ADALAH PERJUANGAN UNTUK BANGSA. KALU MELAYU UNTUK MELAYU, CINA UNTUK CINA, KELIN UNTUK KELIN.
ASOBIYYAH TADAK SESAT LA......

KALU LA NABI MUHAMMAD BERJUANG UNTUK ARAB......FUHHHHHHHH....BERMAMPUIH-MAMPUIHAN LA PUAK BEWAK NI BERJUANG UNTUK MELAYU. KALU MATI PON MATI SYAHID.

BEGITU TERSANGAT TIDAK SESATNYA ASOBIYYAH.

he he he
gurau ngan bewak asobiyyah.
Hanafi said…
cerita yg inspiratif
kelicapmayang said…
uuiitt...jkkk,ajk,ajak ayam..kene ingat naaah...deme kene jengok gok ke awok2 kampung hok dok mampu serba serbi..kalu nok bui atap denge lantai rumoh biar adil naah...lagi pong kalu nok buiii..hok betol2 susoh..dok kan dok tau hok betol2 susoh dalang kampung sediri..ni dok buii ke rumoh hok ade doh..senang doh..hok ade kete 2.3 buoh dumoh..bile orang kate dok adil.. mulaa panas injin..wooiikk nok umoh sekoloh betor ari ni orang bui ebook ..anok umno ,anok pas,anok pkr buleh belaka...brrrrr...
Penyokong lePAS said…
Lord ried merupakan contoh penjuang islam yang sebenar mengikut kacamata politik PAS.

Komen orang lain semua tak boleh pakai.
shamshul anuar said…
Saudara Azli,

Ramai pemimpin PAS dijangkiti satu penyakit hati yang bahaya : riak. Mereka tak sedar yang mereka dilihat sebagai "perasan" mereka lebih bagus dan lebih beriman dari orang lain, terutama UMNO.

Mereka rasa Islam itu hak eksklusif PAS. Orang lain, pada mereka, tak berhak cakap pasal Islam.

Hanya kerana kemuliaan dunia, PAS enggan akui yang matlamat menegakkan ajaran Islam di Malaysia tak mungkin tercapai tanpa melibatkan satu parti politik Melayu yang terbesar , iaitu UMNO.

UMNO dicaci. setiap langkah UMNO dilihat dari satu sudut negativ. Kesalahan UMNO lampau diungkit ungkit seolah olah UMNO tiada jasa langsung.

"sedangkan Nabi ampunkan umat" hanya slogan pada PAS. Seolah olsah PAS tak pernah buat salah.

DAn PAS dengan senang hati boleh berpura-pura tak sedar yang orang Melayu tak suka oia jadi kuli DAP.

Demi "persahabatan)( sebenarnya kuli) DAP, PAS sanggup gugurkan "islam" dalam manifestonya. Tetapi dengan UMNO yang tak letak apa apa syarat, PAS begitu tegas sekali. Tiada kompromi walaupun UMNO tak pernah kata ia tolak Islam.

Kenaopa jadi begini? Kerana pemimpin PAS tak habiskan masa "muhasabah". Mereka habiskam masa menyuburkan kenbencian terhadap UMNO.

Memang UMNO ada buat silap. Dan banyak juga. Namun jasanya memang banyak sangat. Semua Pensyarah, Professor Melayu jadi pandai sebab UMNO gunakan kuasa polityik untuk tolong orang Melayu.

Rasuah memang ada dimana mana. Namun tentulah tak adil melenyapkan jasa UMNO langsung.

Pada PAS, cerminlah diri anda. Tolonglah tengok cermin. Atau sanggup terima keputusan pilihanraya akan datang yang saksikan ramai Melayu lari dari PAS.

pilihan ditangan anda. Berbaik dengan UMNO atau jadi kuli DAP.
Anonymous said…
Lord Reid ni memang PAS peringkat Ayah Pin. Baju hijau, kain hijau, seluar dalam hijau, rambut hijau,kopiah hijau, tahi hidung hijau, muntah hijau, gigi hijau, berak hijau dan segala-galanya hijau. Dalam kubur Mungkar Nakir tanya " Apa agama kamu? Lord Reid pasti jawab " PAS "
Unknown said…
Salam Sdr. Azli

Saya segi peribadinya menyokong apa-apa saja yang berbentuk perpaduan, penyatuan terumatanya yang melibatkan agama dan bangsa cuma platformnya perlu jelas.

PAS akan tetap berdalih dan mengelak selagi ada ruang untuk mengelak. Saya faham sebabnya.

Nama Harussani sudah menjadi Taboo kepada orang-orang PAS yang taksub. Beliau tidak releven lagi untuk dijadikan orang tengah setelah pendedahan beliau tentang kekecuhan penubuhan Kerajaan Negeri di bawah MB PAS dulu dan juga peristiwa selepas itu.

Pada saya UMNO dan PAS tidak perlukan orang tengah atau perantaraan. UMNO dan PAS perlu berusaha mengadakan perbincangan dua hala sendirian secara terus dan berusaha memuaskan hati kedua-dua pihak. Berlembutlah dengan berhikmah.
Anonymous said…
salam,
alipas memang bijak dalam bab-bab agama pas. kalau org melayu dok bincang bab agama Islam, nanti akan masuk bab agama pas. bila masuk je agama pas, perbincangan akan berpihak kpd agama pas. kerana org melayu x faham agama pas. yg diorang faham agama Islam.dlm Islam memang ada perselisihan, tetapi semuanya kepada Allah. ikut bagaimana difahami dan beribadatlah kpd Allah. tapi agama pas, buatlah apa saja asalkan dapat kuasa. kuasa itu penting demi memastikan cina dan india berkuasa dan menjatuhkan umno. alipas tukang sorak je. diorg punya ajaran utama ialah menjatuhkan kj bn yg dipimpin umno. depa nak jadi ketua je, kuasa x penting.
lord ried said…
dah mampuih ka bewak azli ni sampai tak apdet blog bangang dia ni
lord reid ni jenis pelesit yang tak diberi cukup makan oleh tuannya, tak salah merayau tapi sikatlah rambut elok2 sikit, tengok muka di cermin, serupa orang ke tidak.

Ini adalah petualang yang dilepaskan oleh DAP untuk memecahbelahkan Melayu dan kerjasama UMNO dan PAS sangat mereka takut menjadi kenyataan.

Makanan rutinnya ialah biawak itupasal lidahnya bergulung hilang etika, hilang seni dan nahu. Semakin diberi perhatian semakin menjadi, elok kita anggap komennya tidak ujud dan diberi balas.
azlishukri said…
panglima - InsyaAllah saya tiada masalah.
kelicapmayang said…
uiiikssss...sedak nengok deme bebaloh..weh..tadi warong pok pin dengor2 gok sikek deme dok bbaloh hal mende...ho..hok kuor parti pkr kene rasuoh jute2..eeiii..susoh lagu ning..kalu dok sohih jgn cakap buat dose jer...kalu nok nudoh mende ker.. biar ada bukti..eeii ambe dengor gitu eeii mari mikir ..patut la pitih ko ho..kurang dalam rezak gomen..dok patut wat gitu..rasuoh leh muplis negara.... kene ingat la weiii...mmrrr panas ari ning..eeii nok gi silau warong hj loh betor...bbrrrrr

Pilihan Pembaca

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil...

Isu Kristian Agama Rasmi : Jangan Cepat Hentam Utusan Malaysia dan BigDog

Saya berfikir isu "Kristian Mahu Menjadi Agama Rasmi Malaysia" perlu dilihat secara holistik. Persoalan pengembangan agama Kristian di Malaysia sudah dibicarakan secara serius oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani hampir 10 tahun yang lalu. Sekiranya kita masih ingat, pada suatu ketika dahulu kecoh berkenaan begitu ramai orang Melayu masuk Krtistian dan pendedahan seorang Paderi Besar Kristian dari Sabah yang sudah memeluk Islam berhubung strategi Paderi-Paderi Kristian dalam usaha mengkristian para penduduk Sabah, khususnya yang tinggal dipedalaman. Bahkan terdapat kerjasama antara organisasi Kristian di Singapura dengan organisasi Kristian di Malaysia dalam menyediakan sumber kewangan untuk melakukan kristianisasi di negara ini. Persoalan yang perlu diberi penekanan ialah : 1. Sejauh mana organisasi Kristian di Malaysia mengembangkan agama mereka dalam kalangan penganut Islam? Seperti yang kita sedia maklum, agama lain boleh diamalkan di negara ini, tetapi tida...

Yang Mana Satu?

Fikir-fikirkan...yang mana satu Allahyarham Baharuddin Ahmad, Baharuddin meninggal di KLCC, tetapi gambar yang dikatakan sebagai arwah itu diambil di Hentian Puduraya, cuba lihat gambar kedua tersebut, tertera di belakangnya tertulis Puduraya. Baca juga penjelasan menarik daripada sahabat saya di sini... Double Y