Skip to main content

Rombakan Kabinet : Yang Selamat Yang Diselamat

Rombakan Kabinet
Berita Terkini

Desas-desus menyatakan bahawa Datuk Mukhriz Mahathir akan menjadi Menteri Penuh, manakala Datuk Seri Hishamuddin pula akan bertukar kementerian lain semakin bertiup kencang. Manakala, beberapa Menteri Kabinet pula bakal digugurkan dalam satu rombakan pentadbiran Datuk Seri Najib - menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 April depan.

Difahamkan rombakan kali ini turut melibatkan posisi Timbalan Menteri. Sebelum ini, sumber UMNO turut mengesahkan akan berlaku rombakan kecil yang melibatkan pertukaran Ketua Perhubungan UMNO Negeri, sebelum DS Najib menjelajah ke seluruh pelusuk negara bertemu rakyat dan pimpinan UMNO di setiap negeri - siapa yang terlibat, masih tidak diketahui.

Kedudukan Khairy Jamaluddin juga masih menjadi tanda-tanya, namun demikian difahamkan beliau berkemungkinan akan diberi kepercayaan untuk mengisi jawatan Timbalan Menteri - ekoran kesungguhan beliau yang dikatakan berjaya meningkatkan penyertaan generasi muda ke dalam UMNO dalam tempoh yang sangat singkat. Namun demikian, ia masih menjadi misteri dan belum dipastikan lagi. Walauapa pun, berita ini masih diperingkat "khabar angin", InsyaAllah laporan berikut akan menyusul...

Comments

santauangin said…
Kalau KJ ni di lantik akan berlaku malang kat BN pada PRU13 akan datang. Tak caya ......... nanti kita tengok. Undi aku serta seluruh puak aku dah pasti kat yg lain bukan BN. Itu sahaja yg nak aku cakapkan.
To Live Again said…
KJ????? Apa ni tuan PM..Nk memperbodohkan rakyat marhaen mcm kami ke???? Blh Tuan PM bg sy 1 je sbb PLG KUKUH yg KJ msti ada dlm kabinet! Utk apa!!!

Apa x ckp ke segala JASA KJ 2 pd UMNO selama ni..Jgn jd bodo la Tuan PM..Terus terg sy ckp kalau KJ msuk jgak dlm senarai kabinet hatta sbgai Timb.Menteri sukan sekalipon sy xkn mengundi umno pd PRU13!
Anonymous said…
Saya rasa kalau KJ dilantik sbgai TM , bukan bermakna DS Najib tidak bijak .. DS Najib tau penilaian masyarakat thdp KJ .Tapi , ada juga kdg kala kita perlu bermain dulu dgn rentak lawan .. apabila dia alpa dan dpt bukti , maka masa itulah pasang jerat.. mungkin juga PM mau melihat setakat mana kecerdikan dan permainan KJ ..KJ adalah bekas menantu PM , jadi kalau nak menendangnya terus , mesti ada cara nya ..
aku said…
buang KJ sekarang tak dapat faedah sangat, tunggu la nak dekat PRU, baru la ada momentum bro..

TQ
Anonymous said…
Tk kisah masa bila nk ditendang KJ tu... Yg penting dia tk wujud lg dlm UMNO. Kalau dia nk join PAS ke PKR ke, bior lantak dia.
To Live Again said…
Anon November 16, 2010 12:58 PM

Ni bkn ms nk test ke ape ke..Ni bkin caranya..Kalau DSN ada strategi tp jgn la strategi MAKAN DIRI cmni..Sekrg ni dlm politik persepsi jgak memainkan peranan plg besr..Apa kata akar umbi yg selama ni menderita memperjuangkan umno selama siang mlm sedg KJ dn bapak mentua dia dulu bekerja siang mlm KEDARAH HARTA NEGARA..

Apa perasaan rakyat marhaen yg nmpk jelas si keparat ni mengaut segala hasil negara, menghina pemimpn yg berjasa pd negara, cuba mnjadi hero di mata bgsa lain..Persepsi org melayu terutama sekali akn treus brubah 360 pd DNS kalau dia buat tndakan bodo ni..

Rmai lg aku tgk di kalangan yg blm jd menteri or timbl menteri yg blh diberi peranan spt Dato Ghafur, Dato'Tajudin,Dato'Mohd Aziz yg selalu menegur kerajaan dn menyokong kuat suma dasar kerajaan yg memberi manfaat pd kita suma..

Xde sebb lgsg utk KJ ni ada dlm kabinet!
Anonymous said…
Kalau KJ dilantik & Nazri Aziz dikekalkan...Najib sama la dgn Pak Lah...
To Live Again said…
Anon November 16, 2010 3:48 PM

Sy 110% bersetuju dgn anda..Kalau KJ pon dimasukkn ke dlm kabinet hatta sbgai timb.menteri sukan sekalipon mmg najib=pak lah..xmau blaja dr kesilapan..Dn org cm ni x lyk memimpin kita!

Pilihan Pembaca

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil...

Isu Kristian Agama Rasmi : Jangan Cepat Hentam Utusan Malaysia dan BigDog

Saya berfikir isu "Kristian Mahu Menjadi Agama Rasmi Malaysia" perlu dilihat secara holistik. Persoalan pengembangan agama Kristian di Malaysia sudah dibicarakan secara serius oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani hampir 10 tahun yang lalu. Sekiranya kita masih ingat, pada suatu ketika dahulu kecoh berkenaan begitu ramai orang Melayu masuk Krtistian dan pendedahan seorang Paderi Besar Kristian dari Sabah yang sudah memeluk Islam berhubung strategi Paderi-Paderi Kristian dalam usaha mengkristian para penduduk Sabah, khususnya yang tinggal dipedalaman. Bahkan terdapat kerjasama antara organisasi Kristian di Singapura dengan organisasi Kristian di Malaysia dalam menyediakan sumber kewangan untuk melakukan kristianisasi di negara ini. Persoalan yang perlu diberi penekanan ialah : 1. Sejauh mana organisasi Kristian di Malaysia mengembangkan agama mereka dalam kalangan penganut Islam? Seperti yang kita sedia maklum, agama lain boleh diamalkan di negara ini, tetapi tida...

Yang Mana Satu?

Fikir-fikirkan...yang mana satu Allahyarham Baharuddin Ahmad, Baharuddin meninggal di KLCC, tetapi gambar yang dikatakan sebagai arwah itu diambil di Hentian Puduraya, cuba lihat gambar kedua tersebut, tertera di belakangnya tertulis Puduraya. Baca juga penjelasan menarik daripada sahabat saya di sini... Double Y