Skip to main content

Kita Tak Tahu Bersyukur Ke?


Kita Tak Tahu Bersyukur Ke?


KUALA LUMPUR 28 Julai - Kerajaan memberi subsidi kos rawatan berjumlah RM9.9 bilion untuk pesakit yang mendapatkan rawatan di Klinik 1Malaysia. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, pesakit tempatan hanya dikenakan bayaran perkhidmatan RM1 berbanding caj RM15 untuk warga asing.

"Perbezaan bayaran perkhidmatan ini adalah untuk memastikan rakyat Malaysia menikmati subsidi yang diberikan oleh kerajaan,” katanya menjawab soalan Senator Datuk Daljit Singh Dalliwal pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini. Bagaimanapun, menurut Rosnah, Kementerian Kesihatan tidak mempunyai maklumat untuk kos subsidi bagi setiap pesakit di Klinik 1Malaysia. Sehingga 25 Julai tahun ini, daripada 721,888 pesakit yang mendapatkan perkhidmatan di klinik 1Malaysia, tidak sampai satu peratus adalah warga asing. - Bernama


Ulasan Saya

1. Kalau berita baik macam ini, satu laporan pun tidak akan disiarkan di dalam Harakah.

2. Kalau kita rakyat yang bijak, senaraikan kebaikan kerajaan, jangan nampak yang buruk sahaja. Nanti jadi manusia yang tidak tahu bersyukur.

3. Kita kena ingat subsidi tak akan ada lagi, kalau DAP yang perintah Malaysia. Semua perkara nak dihapus. Subsidi pun tak ada, hak bumiputera pun tiada.

4. Tapi, orang Melayu masih degil, nak juga undi DAP. Biar UMNO mampus, janji semua orang Melayu rugi, puas hati. Inilah perangai kita.

5. Subsidi dan dengki memang istilah yang sinonim dengan orang Melayu-Islam di Malaysia. Apabila tak dapat subsidi, ugut tak akan beri undi, macam-macam dicaci dan dimaki, bila dapat subsidi, mulut terkunci dan tak tahu mengenang budi, yang tak dapat subsidi jadi pendengki, cucuk sana, cucuk sini, tikam sana, tikam sini - yang rugi anak cucu kita sendiri.

Comments

wanbaki said…
“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah an-Nahl, ayat 18)


“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.” (Surah Ibrahim, ayat 7).
azlishukri said…
wanbaki - terima kasih atas peringatan tersebut
cikgu Nizar said…
saudara tidak boleh menyamakan suara parti seperti harakah atau roket etc dengan akhbar harian yang dibaca segenap rakyat, tujuan penerbitan dan sasarannya jelas berbeza. saudara azli seorang penulis, tak mungkin saudara tidak mengetahuinya.

saya pastilah lebih tidak mngetahui. sekadar coretan.

Pilihan Pembaca

MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 11 : Bukan Salah En. Jamaluddin Saya sebenarnya malas untuk mengulas isu debat yang dilaung-laungkan oleh Khairy Jamaluddin (KJ) sejak cadangan tersebut beliau utarakan di media massa. Pada hemat saya, berdebat untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, seperti yang disarankan oleh beliau hanyalah sia-sia, dan sama sekali tidak akan mencapai objektif yang diharapkan. Sebelum kita pergi jauh, sebab musabab mengapa saya tidak bersetuju dengan debat ini haruslah diketahui terlebih dahulu dan kemudian kita bisa menganalisisnya secara jujur. kita harus tahu apakah matlamat utama debat yang begitu diminati oleh KJ ini? selepas mengetahui matlamatnya, barulah dibincangkan apakah debat tersebut mampu mengukuhkan UMNO dan menarik minat orang muda kembali kepada UMNO, jika tidak, lupakan sahaja. Orang luar daripada UMNO tidak tahu apakah kesan debat ini terhadap imej dan nama UMNO itu sendiri. Mereka mungkin menyokong agar debat calon-calon ketua Pemuda UMNO M...

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Terima Kasih Para Perwakilan

Terima Kasih Para Perwakilan Akhirnya, kebenaran sudah mati - dan kehancuran UMNO berada di hadapan kita semua. Tahniah Khairy, dan Tahniah semua perwakilan. Semoga kesilapan ini akan menyedarkan kita semua. Sesungguhnya memang benar - kita masih belum mahu insaf dan bertaubat, kita masih mahu berkiblatkan wang dan kepentingan diri. Selamat maju jaya kepada Pemuda UMNO Malaysia. Akhirnya, kita dapat jua seorang Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang sudah pun didapati bersalah terlibat dalam politik wang. Apa-apa pun sebagai ahli Pemuda saya akur dengan keputusan tersebut, namun demikian saya tetap berasa malu mendapat seorang Ketua Pemuda yang jelas terlibat dengan politik wang, setelah Lembaga Disiplin UMNO membuktikannya sebelum ini. Malu melihat cara dan gaya para penyokong Khairy yang seolah-olah begitu bongkak dan bangga dengan kemenangan yang penuh diselubungi dengan rasa curiga dan sangsi. Semoga kebenaran akan terselah jua akhirnya. Wallahualam.