Skip to main content

Kita Tak Tahu Bersyukur Ke?


Kita Tak Tahu Bersyukur Ke?


KUALA LUMPUR 28 Julai - Kerajaan memberi subsidi kos rawatan berjumlah RM9.9 bilion untuk pesakit yang mendapatkan rawatan di Klinik 1Malaysia. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, pesakit tempatan hanya dikenakan bayaran perkhidmatan RM1 berbanding caj RM15 untuk warga asing.

"Perbezaan bayaran perkhidmatan ini adalah untuk memastikan rakyat Malaysia menikmati subsidi yang diberikan oleh kerajaan,” katanya menjawab soalan Senator Datuk Daljit Singh Dalliwal pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini. Bagaimanapun, menurut Rosnah, Kementerian Kesihatan tidak mempunyai maklumat untuk kos subsidi bagi setiap pesakit di Klinik 1Malaysia. Sehingga 25 Julai tahun ini, daripada 721,888 pesakit yang mendapatkan perkhidmatan di klinik 1Malaysia, tidak sampai satu peratus adalah warga asing. - Bernama


Ulasan Saya

1. Kalau berita baik macam ini, satu laporan pun tidak akan disiarkan di dalam Harakah.

2. Kalau kita rakyat yang bijak, senaraikan kebaikan kerajaan, jangan nampak yang buruk sahaja. Nanti jadi manusia yang tidak tahu bersyukur.

3. Kita kena ingat subsidi tak akan ada lagi, kalau DAP yang perintah Malaysia. Semua perkara nak dihapus. Subsidi pun tak ada, hak bumiputera pun tiada.

4. Tapi, orang Melayu masih degil, nak juga undi DAP. Biar UMNO mampus, janji semua orang Melayu rugi, puas hati. Inilah perangai kita.

5. Subsidi dan dengki memang istilah yang sinonim dengan orang Melayu-Islam di Malaysia. Apabila tak dapat subsidi, ugut tak akan beri undi, macam-macam dicaci dan dimaki, bila dapat subsidi, mulut terkunci dan tak tahu mengenang budi, yang tak dapat subsidi jadi pendengki, cucuk sana, cucuk sini, tikam sana, tikam sini - yang rugi anak cucu kita sendiri.

Comments

wanbaki said…
“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah an-Nahl, ayat 18)


“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.” (Surah Ibrahim, ayat 7).
azlishukri said…
wanbaki - terima kasih atas peringatan tersebut
cikgu Nizar said…
saudara tidak boleh menyamakan suara parti seperti harakah atau roket etc dengan akhbar harian yang dibaca segenap rakyat, tujuan penerbitan dan sasarannya jelas berbeza. saudara azli seorang penulis, tak mungkin saudara tidak mengetahuinya.

saya pastilah lebih tidak mngetahui. sekadar coretan.

Pilihan Pembaca

UMNO 2009 : Tolong Jangan Baca Entri Ini, Nanti Kena ISA?

FROM NEW HOPE TO ONE HOPE Oleh Muhammad Azli Shukri Pagi ini Tun Mahathir telah menemui Perdana Menteri Malaysia yang baru iaitu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bagi menyampaikan borang kemasukan semula sebagai ahli UMNO di Putrajaya. Serentak dengan itu, anak beliau Datuk Mokhzani Mahathir juga akan bertindak sama kembali kepada UMNO. Dan pada Isnin ini, Tun Mahathir dijangka turun berkempen di Dataran PPP, Batu 2 1/2 Simpang, Taiping untuk calon BN bagi kawasan Bukit Gantang. Semalam, sewaktu menyampaikan ucapan penghargaan kerana dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 di kaca television, Datuk Seri Najib mengumumkan pembebasan seramai 13 orang tahanan ISA dan pada masa yang sama menarik semula sekatan penerbitan terhadap akhbar Harakah dan Suara Keadilan yang digantung permit penerbitannya selama tiga bulan berkuatkuasa serta merta. Malah, Datuk Seri Najib juga berjanji akan mengkaji semula akta ISA yang digunapakai selama ini. Saya secara peribadi melihat Datuk Seri Najib...
"Beli Emas Ketika Ekono mi Tidak Menentu." - Prof. Bala Shanmugam Oleh Muhammad Azli Shukri Ekonomi dunia yang semakin tertekan akibat daripada masalah kewangan yang melanda AS, diburukkan lagi dengan pengumuman ahli kongres AS yang meluluskan pakej bantuan kewangan berjumlah AS$700 bilion bagi tujuan menstabilkan pasaran kewangannya yang dikatakan semakin teruk. Pengumuman tersebut menggambarkan betapa serius masalah kewangan yang sedang melanda AS dan langkah yang sewajarnya perlu diambil. Sehubungan dengan itu, ikuti pandangan Profesor Dr. Bala Shanmugam dari Monash University Sunway dan penulis buku Subprime Mortgage Crisis : Causes, Effects and The Way Forward bagi mendapatkan pandangannya berkenaan isu tersebut. Apakah sebenarnya yang berlaku semasa krisis Subprima di Amerika Syarikat? Krisis Subprima pada asasnya berlaku disebabkan oleh dua perkara, pertama pihak bank yang memberi pinjaman telah mengehadkan kadar pinjaman kepada peminjam. Hal ini ...
KENALI DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Siri Pertama "Saya membesar seperti kanak-kanak lain." Oleh Muhammad Azli Shukri Menelusuri kehidupan zaman remaja Datuk Mukhriz Mahathir, sangat teruja. Anak ketiga kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad ini begitu ceria sewaktu membicarakan zaman remajanya kepada penulis. “Zaman remaja saya penuh dengan keriangan, saya seperti kanak-kanak lain, hidup dalam budaya Melayu yang sangat menekankan soal adat dan agama Islam.” Ujar Mukhriz ketika memulakan perbualan. “Saya dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan pendidikan dan agama, ayah saya Tun Mahathir sangat tegas dalam pendidikan kami. Walaupun beliau sibuk sebagai ahli politik, namun pendidikan anak-anaknya sangat diambil berat.” Sambung Mukhriz lagi. Menurut beliau, zaman remajanya sangat menarik untuk dikongsi bersama. Walaupun keluarga Mukhriz sangat dihormati oleh masyarakat pada ketika itu, kerana Tun Mahathir merupakan seorang doktor perubatan, namun hubungan...