Tetamu Kehormat...

July 28, 2010

Kita Tak Tahu Bersyukur Ke?


Kita Tak Tahu Bersyukur Ke?


KUALA LUMPUR 28 Julai - Kerajaan memberi subsidi kos rawatan berjumlah RM9.9 bilion untuk pesakit yang mendapatkan rawatan di Klinik 1Malaysia. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, pesakit tempatan hanya dikenakan bayaran perkhidmatan RM1 berbanding caj RM15 untuk warga asing.

"Perbezaan bayaran perkhidmatan ini adalah untuk memastikan rakyat Malaysia menikmati subsidi yang diberikan oleh kerajaan,” katanya menjawab soalan Senator Datuk Daljit Singh Dalliwal pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini. Bagaimanapun, menurut Rosnah, Kementerian Kesihatan tidak mempunyai maklumat untuk kos subsidi bagi setiap pesakit di Klinik 1Malaysia. Sehingga 25 Julai tahun ini, daripada 721,888 pesakit yang mendapatkan perkhidmatan di klinik 1Malaysia, tidak sampai satu peratus adalah warga asing. - Bernama


Ulasan Saya

1. Kalau berita baik macam ini, satu laporan pun tidak akan disiarkan di dalam Harakah.

2. Kalau kita rakyat yang bijak, senaraikan kebaikan kerajaan, jangan nampak yang buruk sahaja. Nanti jadi manusia yang tidak tahu bersyukur.

3. Kita kena ingat subsidi tak akan ada lagi, kalau DAP yang perintah Malaysia. Semua perkara nak dihapus. Subsidi pun tak ada, hak bumiputera pun tiada.

4. Tapi, orang Melayu masih degil, nak juga undi DAP. Biar UMNO mampus, janji semua orang Melayu rugi, puas hati. Inilah perangai kita.

5. Subsidi dan dengki memang istilah yang sinonim dengan orang Melayu-Islam di Malaysia. Apabila tak dapat subsidi, ugut tak akan beri undi, macam-macam dicaci dan dimaki, bila dapat subsidi, mulut terkunci dan tak tahu mengenang budi, yang tak dapat subsidi jadi pendengki, cucuk sana, cucuk sini, tikam sana, tikam sini - yang rugi anak cucu kita sendiri.

3 comments:

wanbaki said...

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkan kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah an-Nahl, ayat 18)


“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras.” (Surah Ibrahim, ayat 7).

Muhammad Azli Shukri said...

wanbaki - terima kasih atas peringatan tersebut

cikgu Nizar said...

saudara tidak boleh menyamakan suara parti seperti harakah atau roket etc dengan akhbar harian yang dibaca segenap rakyat, tujuan penerbitan dan sasarannya jelas berbeza. saudara azli seorang penulis, tak mungkin saudara tidak mengetahuinya.

saya pastilah lebih tidak mngetahui. sekadar coretan.