Skip to main content

Zaid Sudah Mula Tidak Puas Hati Dengan PKR


Zaid Sudah Mula
Tidak Puas Hati dengan PKR


Tidak sampai setahun rasanya Zaid Ibrahim menyertai PKR, rasa tidak puas hati beliau terhadap kod etika pemilihan jawatan dalam PKR sudah mula "meletup" - Malah, dijangkakan menjelang pemilihan jawatan dalam PKR November ini semakin ramai individu seperti Zaid yang akan muncul mengkritik pucuk pimpinan PKR. Sekurang-kurangnya, rakyat akan tahu sejauh mana PKR benar-benar berbeza dengan UMNO dan sejauh mana juga demokrasi benar-benar telus dalam parti tersebut. (Baca di sini ) dan (di sini)...

"Saya tidak faham mengapa parti-parti politik takut sangat dengan kaedah kempen yang dilaksanakan oleh calon-calon semasa pemilihan parti. Umno, sebagai contoh, mempunyai kod etika yang perlu dipatuhi semasa berkempen. Antaranya adalah larangan penganjuran jamuan makan, larangan pengamalan politik wang, malah aktiviti-aktiviti melobi dan berkempen juga dilarang.

Umno berasa bangga kononnya mereka mengamalkan demokrasi, dan kononnnya sesiapa sahaja boleh berkempen. Tapi apakah erti pertandingan dan bertanding kalau dilarang berkempen sama sekali?

Bekas Naib Presiden Umno Tan Sri Isa Samad dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin didapati melanggar kod-kod etika ini dan pernah dikenakan tindakan disiplin atau diberi amaran, sedangkan setiap pemimpin UMNO yang ada sekarang pun melakukan kesalahan yang sama. Malah saya tahu ramai pemimpin tertinggi UMNO sekarang yang lebih bersalah dari Khairy dan Isa. Tetapi bezanya, pemimpin-pemimpin ini dianggap sebagai kebal.

Sebab itu saya tidak mahu Parti Keadilan Rakyat menjadi parti hipokrit seperti UMNO. Telah keluar kenyataan bahawa kod etika PKR sekarang melarang calon mengkritik pemimpin lain dan melarang penggunaan wang ala politik wang. Malah, penganjuran rumah terbuka Hari Raya juga akan diteliti -- ini antara kod etika yang paling mirip dengan Umno.

Agaknya, adalah diandaikan bahawa penganjuran 'open house' yang terlalu mewah boleh mempengaruhi pemilihan pemimpin parti nanti. Alangkah malunya kalaulah ahli-ahli PKR, sebuah parti yang berteraskan perjuangan, boleh di pengaruhi oleh makan dan minum!

Kod etika boleh digunakan, tapi biarlah munasabah dan dilaksanakan tanpa pilih kasih. Politik wang itu rasuah, dan rasuah sudah pun satu kesalahan dibawah undang-undang negara. Apa rasionalnya menjadikannya kesalahan kod etika?

Jika seorang pemimpin membuat tuduhan melulu yang tidak berasas, tindakan mahkamah boleh diambil. Dan kalaulah pemimpin tertentu tidak boleh dikritik, bagaimanakah caranya untuk parti diperbaiki dan terus ditingkatkan kepada tahap yang lebih baik? Bagaimana parti boleh diperbaiki dan dipertingkatkan lagi tahap mutunya jika pemimpin tertentu tidak boleh dikritik?

Kalau pengalaman parti lain boleh dijadikan bukti, masalah kod etika parti lazimnya berada di dalam tafsiran dan aplikasinya yang ditentukan oleh mereka yang rapat dengan pucuk pimpinan dan belum tentu telus dan adil kapada semua.

Saya tidak akan menjadi calon untuk apa-apa jawatan di pemilihan parti Keadilan. Jadi saya bolehlah menyediakan rumah terbuka yang besar ataupun kecil, ikut sesuka hati saya. Saya boleh mengkritik pemimpin parti yang lemah dan berkempen menolong calon-calon yang boleh menyumbang kepada parti. Saya sebagai orang tua ingin melihat orang-orang muda yang berkebolehan dan jujur memainkan peranan besar dalam parti. Saya akan berkempen bagi pihak mereka. Saya harap tak ada kod etika untuk peranan sebagai 'campaign manager' ini.

Saya masih tidak lupa bagaimana Umno menggantung keahlian saya dan menggugurkan saya sebagai calon kerana tuduhan politik wang, walaupun saya menang jawatan Ketua Bahagian pada tahun 2003; dan menang dalam pilihanraya 2004. Itu semua politik kotor yang direka oleh mereka yang inginkan jawatan saya. Dan walaupun saya meminta SPRM menyiasat kes terhadap saya pada tahun 2008, mereka enggan kerana kalau saya didapati tidak bersalah, itu bererti Umno bersalah… dan Umno mana boleh buat salah…?

Saya harap parti Keadilan tidak akan seperti Umno dengan menggunakan kod etika dan sebagainya untuk menghindar tanjakan seseorang pemimpin. Biarlah kita praktikkan cara demokratik dan menghormati kehendak ahli. Biarlah ahli-ahli memilih dengan bebas tanpa kawalan terlalu ketat, dan tidak perlulah kita sediakan 'lineup' atau orang-orang tertentu yang diminati untuk diberi keutamaan. Kita perlulah percaya bahawa ahli-ahli yang berada di peringkat awal keahlian juga boleh memberi sumbangan dalam membincangkan apa yang diperlukan oleh parti."

Comments

Anonymous said…
mcm2 ye situasi skrg nie..sy rakyat biasa nie pn pening tgok..
klik utk sedekah satu www.oneforum.biz/ahfan.htm
Dia mana penah puashati. dia nak sema orang ikut cakap dia je. lepas ni nanti dia bukak parti dia sendiri lak. Memang aku harap gitu pun.

YB = Yang Bingai @ Bangang
1. Telco & Post - Program Tipu?
2. Telco & Post - Usahawan Melayu terhimpit
Pendekar Melayu said…
aikk zaid dah panas sekarang.maklumlah dulu dia suka amalkan politik wang..sebab tu bila pkr buat rule yang sama, dia membantah..kelak dia hilang jawatan kalau tak boleh main duit.
romsam said…
Dr Mahathir is the worst thing that has happened to this country. He continues to spew venom. Why? All he cares about is himself, his family, his relatives, his friends and his cronies.

It doesn’t require a PhD to analyze the reasons why many malays are still poor for the new economy in spite of the NEP and all we hear – the true reason for the failure of the malays are MAHATHIR MAHATHIR MAHATHIR……….and nothing else.

Mahathir biggest achievements are not the white elephant KLIA, the robber highways, the meaningless Twin Towers, ghost town Putrajaya, failed MSC, sweat shop factories run with foreign labour, etc.

His true achievements are the destruction of good governance, law and order, quality education, religious brotherhood, peace and harmony.
kok said…
Well, UMNO managed to achieve one thing. The BTN-type morons, have been overwhelmingly successful in brainwashing todays 27 million citizens.

Who says that the peninsular was always called Tanah Melayu? This is a recent British term!

Tanah Melayu was never the name until the British came and colonized the peninsular.

Malai means hill in Tamil; as to describe the Titiwangsa range on the said peninsular since the 2nd century by the Gujerati traders who set up their formidable Hindu empire at Lembah Bujang.
fargoman said…
This country was all along a land for Orang Asli. The Chinese originated from China, Indians originated from India, malays originated from Indonesia etc. China get to give priority to the Chinese, India get to give priority to the Indians, and the malays are just freeloading from the Orang Asli land by claming it is bumi land.

This is because they are doing what Allah said……….Allah told malays to come from Indonesia and steal the land from Orang Asli and use Orang Asli as slaves. So when is Malaysia giving priority to Orang Asli?

The only time Malaysia is not a racist country is when an Orang Asli becomes the prime minister of Malaysia – which is never – it is a genocide in the name of Allah!
Dot said…
ni cina mabuk mana plak ni? duk tak puas hati lagi walaupun dah 81% ekonomi malaysia ada di tangan depa! bangsa tak reti bersyukur langsung! jenis mentekedarah benda haram nih!!kecik2 tak diajar budi pekerti & mengenang jasa langsung nih..please follow what Tan Sri Liew Kee Sin has to say about you, ungrateful lot!

hoi romsam kok fargoman,

aku tau kamu ni orang yg sama. do you think you can disguise under the many names while your writing style is the same? bangang punya olang!!!!

baik kamu pergi berambus ke mana2 negara yang kamu rasa boleh bagi kepada kaum kamu 100% kuasa politik & ekonomi! aku nak tengok macam mana kamu & orang kamu boleh berjaya. berapa lama masa yang kamu akan ambil utk jadi presiden umpama kaum barak obama yg harus tunggu 200 tahun baru dapat?

and since when do the red indians of US got the political power to lead US? and the same with the aborigines in australia - do they have the political & economical power? i bet you chinese have taken more than you can chew in that country, too! hipocrite!!!!

kamu jgn ingat kamu duit banyak, dah kayaraya, kamu boleh cakap ikut sedap bontot kamu saja!!!

even in china, the hans tibetians were the first to take charge of the country, not you chang or ming!!you better do your history all over again, crook! jahat punya olang. betul2 menyirapkan darah aku nih!!!
azlishukri said…
terima kasih komen tuan2 semua

Pilihan Pembaca

Hayat Ronnie Liu Semakin Berakhir...

Hayat Politik Ronnie Liu Semakin Berakhir Nama Ronnie Liu tidak asing lagi di negara ini. Salah seorang pemimpin DAP yang sangat kontroversi - namanya dikaitkan dengan kumpulan gengster, menghalang penguatkuasaan daripada merampas penjualan arak di kawasan penduduk Islam, dan terbaru terlibat dengan skandal penyalahgunaan "kepala surat" yang dikatakan bertujuan untuk mendapatkan tender tertentu. Rupa-rupanya Ronnie tidak hanya mempunyai ramai musuh di luar sana, sebaliknya kedudukan beliau sendiri di dalam DAP masih tidak terjamin. Isu penyelewengan "kepala surat" telah digunakan oleh musuh-musuhnya untuk menjatuhkan Ronnie daripada tampuk pentadbiran kerajaan Selangor. Selain didesak untuk meletakkan jawatan sebagai exco, saya percaya kedudukan beliau sebagai ADUN Pandamaran juga akan terjejas. Mungkin, silap haribulan beliau tidak akan dicalonkan semula di kawasan tersebut dalam PRU yang akan datang. Sama-sama kita tunggu plot kejatuhan si Ronnie i

6 Asas Penting Mengapa Perhimpunan Bersih Haram Di Sisi Islam

Demonstrasi, sering dilihat dari kaca mata perundangan dan ekonomi, jarang kita melihatnya dari aspek agama. Maksud saya, isu ini acapkali disisihkan daripada kaca mata Islam, bahkan tidak kedengaran langsung dalam kalangan ulama tempatan membicarakannya, seolah-olah mereka turut redho atas segala tindak tanduk penyokong-penyokong PKR yang menganjurkan demonstrasi besar-besaran selama ini bagi menjatuhkan kerajaan. Mengapa para ulama membisu? Mengapa mereka tidak bercakap perkara yang hak? Dan mengapa mereka menyembunyikan ilmu dan hukum? Jika berkenaan Karnival Sure Heboh atau konsert artis, para ulama pantas memberikan hukum, tetapi dalam isu demonstrasi dan tunjuk perasaan yang sering dianjurkan oleh parti pembangkang, tiada ulama pun yang menegur. Apakah mereka takut dituduh sebagai penyokong kerajaan? Atau mereka tidak mahu bercakap benar? Aneh, dan kadangkala menjadi misteri dalam kalangan ulama tempatan, baik yang berfahaman salaf mahup
Penulis bersama Datuk A. Kadir Jasin di Taiping Golf Resort. Apabila Blogger Bertemu Blogger Saya bertemu dengan Datuk A.Kadir Jasin pada Majlis Kolokium Mengantarabangsakan Melayu di Taiping Golf Resort pada bulan Mei tahun lalu. Pertemuan yang turut dihadiri oleh Tun Mahathir Mohamad dan Pengerusi MK Land Holdings Tan Sri Mustapha Kamal itu membincangkan bagaimana langkah terbaik bagi membawa usahawan-usahawan Melayu ke persada antarabangsa, kerana pasaran ekonomi domestik sudah semakin tepu dan kecil. Usahawan-usahawan kita, khususnya usahawan Melayu sudah tidak mampu lagi bersaing di peringkat domestik, kerana faktor pasarannya yang semakin mengecil dan terlalu berdaya saing dengan pelbagai syarikat tempatan dan antarabangsa. Usaha ini amat saya puji, apatah lagi langkah bijak ini telah dilaksanakan oleh Datuk Mukhriz Mahathir sebagai pengerusi majlis tersebut. Usahawan Melayu perlu ke luar negara mencari pasaran baru, tetapi mestilah bijaksana dan bukan membabi buta. Oleh s