Skip to main content

Apa Nak Jadi Dengan Pulau Pinang?


Apa Nak Jadi dengan Pulau Pinang?


GELUGOR, 12 Julai: Aktivis warisan merangkap Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Tanjung Tok Kong, Mohd Saleh Yahya (gambar) menggesa Kerajaan Negeri Pulau Pinang memasukkan warisan Melayu ke dalam Hari Warisan Sedunia yang dianugerahkan Pertubuhan Pendidikan Sains Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) pada sambutan 7 Julai setiap tahun. Katanya, ia perlu kerana sepanjang program yang diatur pada 7 Julai lalu, tidak langsung meletakkan elemen kemelayuan dalam sambutan walhal Pulau Pinang dibuka oleh orang Melayu bukannya Francis Light sebagaimana yang ditulis dalam sejarah.

Tambahnya, orang Melayu yang datang dari Pagar Ruyung, Indonesia lebih dulu mendarat dan melaksanakan berbagai urusan keagamaan termasuk mendirikan surau, masjid serta menamakan beberapa kampung dengan nama mereke.

Ini, ujarnya seperti Nahoda Datuk Jannatun yang membuka Gelugor dengan mendapat keizinan daripada Sultan Kedah, Batu Uban dibuka oleh Nahoda Intan, Datuk Nahoda membuka kawasan yang merangkumi Tanjung Penaga (kawasan jeti -Well Keay) Padang Kota Lama sehinggalah ke Jelutong, Datuk Kerana dibuka oleh Datuk Nahoda Datuk Keramat.

"Kerajaan negeri harus meletakkan sama warisan Melayu dalam sambutan Hari Warisan yang disambut pada 7 Julai setiap tahun. Tidak hanya memfokuskan kepada sejarah bangunan dan fakta sejarah yang lebih kepada kedatangan Inggeris," ujarnya.

Sepatutnya, kata beliau nilai-nilai kemelayuan diserapkan ke dalam sambutan kerana jelas dengan fakta bahawa orang Melayu terlebih dahulu membuka Pulau Pinang yang dulunya diberikan nama Pulau Kesatu oleh Datuk Nahoda Ragam yang dianggap sebuah pulau terbesar yang pernah ditemui di Selat Melaka.

Beliau juga mendesak kerajaan negeri mengkaji semula kedudukan Georgetown sebagai pusat bandar yang baru dengan nama 'Bandaraya Tanjung' ataupun lain-lain nama yang sewajarnya.

Katanya, lakaran peta-peta terawal yang dibuat oleh Inggeris merakamkan 100 peratus nama-nama Melayu tidak kira sungai, batu, pesisiran pantai dan jalan yang mustahil mengatakan pulau ini tidak berpenghuni, seolah-olah Francis Light menamakan Pulau Pinang.

Tambahnya, sejarah Pulau Pinang tidak bermula dengan kedatangan Francis Light sebaliknya antara wilayah pentadbiran Kedah dan sepatutnya pengisytiharan warisan mestilah bermula dengan warisan Melayu dan Islam sebagaimana yang dilakukan oleh Kerajaan Melaka Bandaraya Bersejarah.

"Kita menganggap pengisytiharan itu sebagai satu penghinaan pada warisan Melayu dan Islam yang seolah diketepikan dengan sengaja. Kami juga mahukan pengisytiharan dua tempat yang dikenal pasti sebagai tempat warisan Melayu di Batu Uban dan Kampung Melayu Tanjung Tok Kong," tambahnya. - Petikan berita daripada Harakah

Comments

zainalsamsudin said…
bang apa nak dikatakan lagi nasi dah jadi bubur .....tapi masih belum terlambat lagi . sedarlah melayu diPP
marilah sama2 kita hancurkan agenda2 PAP ini.....sallam....
zainalsamsudin said…
bang apa nak dikatakan lagi nasi dah jadi bubur .....tapi masih belum terlambat lagi . sedarlah melayu diPP
marilah sama2 kita hancurkan agenda2 PAP ini.....sallam....
sangtukangkata said…
yang peliknya ramai juga yg jumud tak tak reti bahasa.. puak2 pas peduli apa dengan melayu.. islam pun diorang tak bela.. memang siamang pas ni.. bodoh..
MYBIDON said…
mohd saleh yahaya memang pandai cakap ja

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Mengapa Mesti Di Masjid? Mana Kaum Lain?

Saya terpanggil untuk berkongsi sebuah rencana yang agak menarik untuk kita renungi. Rencana yang ditulis oleh JEFRI ZACHARIAH dari Malaysia-Instinct ini sedikit banyak mampu membuka fikiran orang Melayu dan mengapa bangsa kita selalu diperbodohkan oleh orang lain. Baca tulisan menarik beliau : APA SUDAH JADI dengan orang Islam? Itulah persoalan yang bermain di benak saya apabila melihat majoriti mereka yang hadir dalam perhimpunan haram semalam di Masjid Negara. Pada mulanya saya membayangkan bahawa perhimpunan haram ini akan dihadiri oleh rakyat Malaysia berbilang kaum yang tidak berpuas hati dengan kenaikan tariff air. Malangnya apa yang saya bayangkan tidak kesampaian. Nampak sangat orang Islam telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk menjerit di masjid. Nampak sangat pihak tertentu ini bukan sahaja mahu mempergunakan orang Islam tetapi juga mengganggu orang Islam lain yang hendak beribadat. Pernahkah kita terfikir kenapa setiap kali demonstrari haram ...

Ranking Terbaru Blog Politik : Di Mana Kedudukan Anda?

Terlalu ramai blogger yang telah menghantar alamat blog mereka dan setelah diaudit, 10 blog baru telah tersenarai kedalam Top 100 dan 10 blog yang berada didalam Top 100 pada 15 Disember telah terkeluar. Pada kali ini sebanyak 54 blog telah jatuh anak tangga, yang paling teruk ialah blog 'Buaya Merah' sebanyak 23 anak tangga. Sebanyak 23 blog berjaya berubah tempat yang mana blog 'Ipoh Malay' melompat sebanyak 13 anak tangga dan 13 blog lagi kekal ditangga masing-masing. Pihak kami masih menerima mana-mana blog yang tiada dalam senarai Top Ranking Online. Memandangkan terlalu banyak blog yang mempunyai potensi untuk meningkat naik, pihak kami mungkin akan menambah 50 anak tangga lagi, menjadikan ia sebagai Top 150 pada masa akan datang. Segala sokongan daripada anda semua sangat-sangat kami alukan. Untuk memudahkan, anda boleh melihat dibahagian bawah laman Top Ranking Online adakah blog anda ada dalam senarai jika tiada, sila hantar alamat blog anda. Lihat ranking terb...